Sunday, February 24, 2013

sumer citer laju2...

Aloha....

Kalau dengan CELCOM lah... ringan je mulut ni nak menyumpah bukan2.... Apa taknya, penat jari aku menaip (1 jari je tau) last2 takleh save. Aku dah agak dah, ni mesti koneksyen problem.

So, aku screenshot je apa yg dah aku key in.



Alamak... 'afa typi' (ada typo) tapi tak leh nak edit. Halalkan je lah yerk. Begitulah kekdahnya kalau berblogging menggunakan mySamseng Tab.

Note : Ada 1 citer....









Tuesday, February 19, 2013

Peace yo....

Aloha....

Selepas kes hari... ala... kes hari tu..... sudah tiada gangguan talian.

Mungkin mesej sudah diterima tapi tak tau macamana. Atau mungkin sudah ada kesedaran... Atau mungkin hanya sementara cuma???

Yang penting... aku happy.



Friday, February 1, 2013

Cuti lah sangat kan.....

Aaaaachuuummmmm!!!!

Amek kau.... dah ku sebarkan virus ni ke seantero dunia via blogspot. Ada yg tak dapat?! Meh sini sekali lagi...AAACHHUUUMMM!!!...

Rasa nak cabut hidung, cuci dengan berus botol. Gatal, merenyam, perit, sumer ada.

Semlm tak keje. Hari ni tak keje. Esok tak keje. Lusa tak keje. Klu tulat tonggeng pun tak keje, pakat2 lah berenti terus.

Dah cuti ni konon2 dapatlah beristirehat.... Yelah sangat....

Nak rehat ke bendenya. Laling takde. Ke Sabah 3 hari, so aku ni terpaksalah jadi supir utk nak raja lingam tu.

Next Monday si laling junior dah start tournament. Sekarang ni memang busy dengan training. Tak cukup kat sekolah, sambung kat rumah. Tak cukup kat rumah, sambung kat padang. Kalau dah daddy dia takde, aku jugak yang kena hantar & tunggu. Demam pun demam lah...... Malam ni ada kelas gitar pulak. Pagi sekolah, petang training, malam kelas.... Eeeeiiii...... tak reti penat ke dia ni.


Untuk esok awal2 dia dah cakap tak nak gi Shah Alam. Nak berlatih kat KL. Jauh lah pulak. Tapi kat KL padang ok sikit & ramai. Kat Shah Alam ni dekat sikit & coach dia ada kat situ. Ikut kan aku, kat rumah je.... Dah lepas sana nanti sure nak meronda pulak. 

Note :  Terliuq Big Apple.....