Tuesday, June 28, 2011

Sudah ada cucu

Aloha....

Pengumuman.. pengumuman....
Tesha sudah selamat melahirkan 3 ekor baby.
Dengan ini, makanya bertambah lah tanggungjawap aku daddy dia....
Dulu nak kasi makan 2 ekor je. Tak lama lagi 5 ekor.
Dulu beli food 4 kgs tahan sebulan. Tak lama lagi mau kena ambik 15kgs. Ambik!!! RM400 sebulan untuk depa je.
Dulu beli pasir kristal tu 4 packet utk sebulan. Tak lama lagi 8 packs. RM13 x 8 = RM104.
Dulu bawak gi klinik untuk vaksin 2 ekor je. Tak lama lagi kena hantar lak yg 3 ekor tu pulak. Sekor RM45 sebulan x 3 ekor x 3 bulan x tiap2 tahun.

Semalam Tesha hanya mau tunjuk kat daddy dia je mana babies dia. Tabby pulak sudah tidak mahu kawan dengan Tesha. Bila Tesha datang dekat je dia marah. Padahal dulu dia paling manja dengan Tesha.
So far, Tesha sayang & pandai jaga baby dia. Walaupun masih muda & 1st time. Kejap2 dia naik atas duduk kat anak dia.

Tapi.... body Tesha sudah out of shape. Nak kena pakai corsett lah pulak lepas ni.

Patutlah Tesha beria nak berborak before pergi kerja pagi tu.. Nak cakap dia dah nak bersalin rupanya....

Note : Tesha, ibu tunggu baby Tesha besar skit baru ibu jaga yer...

Sunday, June 26, 2011

Happy birthday..(to me)

Happy birthday to me....
Happy birthday to me....
Happy birthday to me....
Happy birthday to me....

Yeahhh sila sambung nyanyi ramai2...

Yup. Today is my birthday...
Meaning?? Tiada makna nya...
Hadiah??? Dapat trip percutian 3D2N di Kuching... Yeahaaaa!!!! (Eh bukannya dlm wishlist nak ke KK or Bandung?)
Bila tripnya??? This coming Thursday? Suka suka suka....

Disamping tu, aku juga disuruh buat pilihan...Mula2 hati kata nak tu. Lepas tu tanya pendapat org lain kata yg ni pulak. Tapi hati ni macam nak yg lagi satu tu pulak. Tak tau lah nak yg mana. Semua tak boleh ke? Semua tu idaman hatiku. Jangan pilih punya pilih, satu habuk pun tak dapat sudah. Melepas... Kena cepat ni sementara orang nak sponsor.
Hihihi... Nanti dah pilih, baru kasi tau yerk.

Hari ni nama je birthday aku.. Tapi tak kemana2 pun. Duduk dalam kilang papan rumah yg dah macam kilang papan.
Semalam org yg pasang kabinet & wardrobe datang antar barang. Hari ni baru buat. Pasang ni tak kena, potong... Pasang situ tak padan, potong lagi... Bersepah2 papan & habuk. Adooiii bila lah nak siap. Macam forever menunggu nak siap.

Tak kemana lah jawapnya hari ni....

Note : Meniti bahagia....

Wednesday, June 22, 2011

What say you...?

Aloha...

Kalau disuruh pilih salah satu kat bawah ni, yang mana pilihan korang :-

1) Ipad
2) Samsung Galaxy Tab
3) DSLR
4) Blackberry

Note : Tak boleh pilih 3 ker??

Sunday, June 19, 2011

Mau berkira ye....

Aloha...

Last week aku dihantar training 2 hari. Konon2nya nak train kami 'how to be a good leader'.
2 hari dlm bilik training, takde lah membosankan. Memang enjoy sebab ada banyak activity. Tak sempat nak berangan pun kat dlm tu sebab aku duk depan sekali. Asyik2 aku je yg kena soal...

Tapi.....

Bila masuk je ofis balik.... MACAM SIAL!!!!

Konon2, dengan semangat yg berkobar2 mau praktik kan apa yg di ajar. Tapi bila ada yg mulut macam longkang, terus rasa mau maki.

Ok.. takpe... kamu mau berkira dengan aku ye... Kamu tunggu aje hari kamu. Kamu lupa selama ni sape yg selalu backup kamu yg pemalas dan bangang itu? Atau aku kah yg bangang yg selalu kaver keje kamu?

Note : Ada ubi ada batas.....

Arrgggghhh... Lega.

Aloha & gud morning.

Phewwwh... lega skit pagi ni. Itu batu atas kepala rasa sudah hilang.

Semalam, dari pagi sudah start sakit kepala... Ayoo.. time2 ramai org datang rumah, time tu ini kepala mau buat hal.
Takpe.. boleh tahan lagi. Masuk tghari, sudah telan ubat. Tido sat... Bangun, still kepala ni mengong lagi.

Takpe.. cuba bertahan lagi. Gagahkan jugak bawak Tabby gi vaksin. Kalau tak bawak hari ni, jawapnya kena start all over again. Ini 3rd & last vaksin. Kalau lambat hantar lagi (patutnya last week) aku kena start balik dgn 1st vaksin. Itu lah padahnya kalau kerja bertangguh. (Tazkirah utk diri sendiri).

Sepanjang jalan nak hantar Tabby, aku dah tergulik2 dlm kereta. Keluar je kereta, nah... muntah melambak2 (sowi sape yg tgh mkn). Ingatkan lega lah pas tu. Tidak rupanya.

Balik rumah, lagi sekali. Telan lagi ubat.. Rasa mau telan 8 bijik sekaligus. Takut lak tak bangun lansung. Time2 maghrib aku tido. Kul 8.30pm aku bangun, aduihhh... tak hilang lagi. Fikir sudah mau ke klinik suh doctor cucuk je. Tapi memikirkan klinik & hospital jauh, dan aku tak sanggup duk dlm kereta, lupakan je. Telan lg ubat. Tido lagi sampai pagi ni.....

Sudah lega........

Note : ............

Sunday, June 12, 2011

Mari mengomen (ooo pls.. bkn romen hoccay)

Aloha...

Hari ni nak buang tebiat. Nak on9 sambil mengomen.

Skrg ni aku tgh tgk 1 konsert. Yang kononnya berfenomena.

Start2 je..... sudah out. Wow!!! Datuk RMS ada dowh... i like.

Pengacara... Eh eh, minah ni mmg dah gemuk or tv aku yg buat dia gemuk?

1st singer... OUT. Ayooo... mcmana ini pompuan boleh masuk final??

Laaa.... ada pulak yg dah terkeluar dulu nyanyi balik. Patutlah hangpa sumer keluar awal.. Hancus!!!! Yang pernah jadi juara pun sama je ke laut.

Woaahhh... abg RMS sudah bersuara.. Ingat tu adik2... jgn duduk atas any instrument hoccay. Sumer musician tak buat mcm tu. Takde adab gitu...

Take 5. Iklan sat....... Mana Tesha & Tabby ni. Oooo tido rupanya.
Ok jom sambung balik.

Konpem tv aku yg buat dorang2 ni napak gumuks. Sikecik molek ni pun aku tgk kembang semacam je.

Makhluk Tuhan paling seksi... i like this song & this singer.

Minah kurus kering ni not bad jugak... Ni lagu citer apa ye?? Hah! citer Manjalara (tanya junior). Kita tunggu kata juri.

Ini minah kena betulkan sebutan (kata 1st juri).
Kakak... tudung kakak dah senget lah kakak. Dah lah merah menyala....

Datuk RMS tak cakap banyak, kira oklah tu.

Ok, now turn mamat ni yg konon2nya akan jadi juara... Dia ni bukannya pernah masuk season yg keberapa ntah. Mcm pernah kudengar nama ini....
Motif org2 berbaju hitam itu...??
KAWTIM... jgn jadi super poyo!!! konpem juara lah ini malam.

Nak tunggu SEARCH pulak... Alaaa sound system x best pulak. Lagu pun tak syok. Tapi suara dia tetap maintain. Eh korang2.. jgn spoil kan lagu tu boleh tak.

Bila mau kasi tau juara ni.... Wa sudah ngantuk lor.

Dik non... ini konsert last.. Kamu hantam kromo je lah lagu tema tu.. bukannya cikgu2 kamu boleh marah lg...

Sempat aku berangan sat sambil tunggu habis lagu tema ni. Berangan ke Cameron Highland lagi.. Motif??!!

Masa yang di tunggu2. Jeng jeng jeng.....

Tempat ke 4 - Azri

Laa... sabar cik kiah2. Jangan panjat pagar tu...

Tempat ke 3 - Fina (Eh aku konfius.. bukan nya dia ni lg ok dari minah sorang lagi tu)

Juara - Hazama... (Nasib baik kamu menang..)
Naib Juara - Lena (Rezeki kamu lah...)

Yehaaa!!!! tamat sudah. No more AF after this. THANK GOD.....

Note : Esok kejer....

Saturday, June 11, 2011

Pandai sangat kamu...

Aloha...

Hari ini hari makan2... Yehaa!!! tak perlu masak makan kat kedai lg.

Hari ni ada kenduri. Pas tu ada birthday party...

Rasa2 macam dah lama sangat tak makan nasi kenduri. Rasanya dlm thn ni tak pernah lagi rasa nasi kenduri dgn erti kata lain belum pergi lagi mana2 kenduri. Bukan takde jemputan tapi.... well.... aku & kenduri ibarat tiada keserasian lah. Can't explain why.

Kali ni macam excited pulak nak pegi. Bukan kenduri sedara mara aku pun. Bukan kenduri sahabat handai aku pun. Aku hanya mengikut sorang mamat ni. Dah lama tak jalan2 dgn dia. Apatah lagi pegi kenduri dgn dia.

Ni nak citer sal mamat ni... Hari ni nak gi kenduri nya tak lah jauh tapi sebab tak tau arah tuju (kad dia x bawak) so ibarat main redah je. Time ni baru dia kenal apa itu GPS. Ok, aku dah set arah tuju....

GPS : After 500m turn left.....
Dia : Salah kot.... (sambil masuk kanan)
GPS : Re-calculating.....

GPS : After 1.5km turn right....


Belum sampai 500m mamat tu dah masuk simpang.

Dia : Ikut sini pun boleh....

Aku bukan apa, kesian dengan cik GPS tu asyik dok nak kena cari jalan baru untuk dia. Memandai sangat. 3-4 kali tak mau dengar cakap cik GPS tu. Sampai hang bende alah tu. Dah kena set balik.

Kalau lah bende alah tu boleh maki orang, memang free je dia kena.

GPS : Turn left....
Dia : Jam kat situ, ikut sini lah....
Aku : You ni kenapa??!! Tak boleh ke dengar cakap dia? Orang dah lapar ni....


Aku dapat rasakan yg cik GPS tu mewakilkan aku untuk bersuara bagi pihak dia.

This time baru mamat ni nak ikut. Masuk 1 simpang, 2 simpang... dah sampai. Kan senang. Lagi dia taknak percaya....

Aku dah lapar tahap kebulur dah rasanya. Nasib baik food & tempat dia marvelous. Lantak kamu lah mamat. Kenduri kawan kamu. Kamu pegilah cari kawan2 kamu. Aku mau melantak. Aku melantak banyak pun bukan ada sape kenal aku... Nasi minyak, kuih, buah, cendol... semua aku rasa. Lupa pulak lepas ni ada 1 lagi function... Ayoo.. kena simpan perut sikit.

Disebabkan lama kat dewan kenduri tu, aku sampai kat birthday party anak sedara aku dah lambat. Sampai2 je....

Irfan : Mak Na.... (sambil tgk atas bawah). Kenapa Mak Na pakai baju ni?
Suara sumbang lain : Laa... ni salah majlis ke?

Ni semua gara2 aku berbaju kurung. Baru mau terasa ala2 ayu gitu dah ada yg pelik. Yup.. pelik tapi benar.



Apa2 je lah...

Tapi aku masih tak puas hati pasal mamat tu dgn cik GPS...

Note : Mamat di atas adalah laki aku...

Wednesday, June 8, 2011

Monday, June 6, 2011

Pergaduhan 2 beradik

Aloha...

Masih tidak ada mood mau cerita sal rumah baru.

Hari ni mau cerita pasal aku nye furkids. Si Tesha & Tabby @ Qaseh & Suci. Junior & daddy dia panggil Si kain buruk & Si kusyen. Kesian tau babies aku tu dorang panggil nama macam tu.

Semalam, ntah apa silapnya, si kakak (Tesha) meradang kat si Tabby sampai tak cukup tanah dia kejar si Tabby tu. Kedepan kebelakang keatas... pas tu tak sempat turun, Tabby main terjun je separuh dari tangga tu. Punya lah nak lari dari si kakak. Yg Tesha pulak tak padan dengan perut tu bulat, ada hati nak kejar adik dia. Kejap2 berenti mengah, pas tu kejar lagi. Habis sumer bende dorang redah.

Punca nya, si Tabby masuk dalam plastic sampah. Tesha datang korek plastic tu, tiba2 Tabby keluar. Terkejut lah minah tu. Sampai terbalik, tergolek. Dah sumer pakat gelakkan dia. Malu punya pasal agaknya, dia kejar lah si Tabby sampai dapat.

Adegan kejar mengejar ni berlansung agak lama jugak. Sampai aku & junior kena tangkap dorang2 tu pujuk baik2.

Aku pegang Tesha, pujuk dia "Dah lah tu kakak, maafkan je lah Tabby tu..."
Junior pegang Tabby, apalagi kena basuh lah dia dgn junior "Cari lagi pasal dgn kakak tu. Kan kakak dah naik angin"

Memang jarang sangat2 nak tengok si Tesha tu naik angin. Sekali... Ambik kamu.




Satu cara pujuk si Tesha, ajak dia tgk tv. Baru dia cool....




Si Tabby sudah kepenatan. Menyorok balik tv besar, tapi sempat lagi menelek kakak dan akhirnya tertido.

Note : Penyeri hidup aku....

Saturday, June 4, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir

Setiap waktu yang ada pasti akan berakhir...
Adakah kita pasti akan ada waktu yang lain?
Adakah kita pasti akan ada waktu untuk kita?
Adakah kita pasti waktu yang bakal tiba adalah waktu untuk kita?


Email untuk Azim

Hi sayang....

First of all, ibu nak mintak maaf sebab dah lama tak menulis buat Azim.

dan.....

Maaf, minggu lepas ibu tak sempat visit Azim. Ibu sibuk pindah.

Sebelum ibu bercerita kat org lain pasal rumah baru kita, ibu nak citer dulu kat darling.

Dah seminggu ibu, daddy & abang pindah rumah baru. Rumah yg ibu selalu ceritakan tu masa ibu visit Azim. Kat sini sunyi sangat2. Rasa mcm tak padan je ibu bertiga duduk kat sini. Rumah rasa mcm kosong. Bila bercakap, bergema2 1 rumah.

Pagi2 kat sini sejuk berkabus. Mungkin sebab bukan dlm bandar. Macam tempat Azim. Tapi tempat Azim atas bukit tepi hutan simpan. Lagi sejuk kan. Ibu suka sangat duduk kat tempat Azim. Mendamaikan.....

Mungkin kawasan baru, so masing2 masih belum dapat menyesuaikan diri kat sini. Abang sudah mula tidur kat bilik dia. Bilik Azim sebelah bilik abang tau. Bila2 masa Azim boleh datang. Mungkin bilik Azim nampak kosong tapi katil & wardrobe ibu dah sediakan. Ibu tak tau nak cat bilik Azim kaler apa. Abang kata biarlah kaler putih tu. Sesuai untuk adik, suci.

Daddy pulak masih nak jadi jaga. Kadang2 dia tidur bawah. Dia kata kalau tidur atas, tak dengar apa2 kat bawah. Motif dia ibu tak pasti. Mungkin dia takut ada orang kacau. Kadang2 dia lepak dengan pakcik2 guard kat depan. Ibu tak heran kalau 1 hari dia pulak meronda kawasan ni dgn pak guard tu. Harus.....

Ibu pulak, sorong je bantal kat kepala. Ibu lena jer. Janji mata ibu mengantuk. Tak kuasa ibu nak test tidur kat semua tempat mcm daddy & abang. Kat dapur & bilik air je dorang belum try tidur lagi.

Azim...

Kalau Azim ada kan best. Sekurang2nya riuh jugak lah rumah ni. Sekarang ni abang & daddy lebih buat hal masing2. Nak2 lagi kalau dorang dah tgk movie. Lansung dorang sikit pun tak jeling kat ibu. Nak panggil dorang pun kena terjerit2. Kadang2 nak ckp pun guna sms.... Tesha & Tabby lagi lah pulak lepas pindah sini. Memang tak pedulikan orang bila dapat main kejar2.

Adik...

Ibu rindu sangat2 kat adik. Tadi ibu baru berborak dgn jiran baru. Anak dia ada 4 org. Meriah sungguh rumah dia. Dan sorang ada bersama adik. Abang Amin nama dia. Adik boleh berkawan dgn dia. Cakap kat dia, ibu dia & ibu Azim berjiran. Nanti boleh balik sama2.

Azim baby...

Minggu depan ibu pegi visit Azim ye. Nanti ibu bawakan white flower.

Azim....

Maafkan segala dosa, salah & silap ibu ye sayang....
Ibu sayangkan Azim sampai hujung nyawa ibu. Semoga kita kan bertemu disana....