Wednesday, October 14, 2015

Cuti

Salam Maal Hijrah....

Tiada yang lebih indah selain dari off day... Weeeee.....

Malam tadi hujan sepanjang malam. Bab2 tarik selimut tidur meringkuk (?) macam tenggiling tak yah citer lah. Heaven....

Pagi ni cuaca cerah nyaman. 

My laling princess bangun macam biasa. So takyah nak verangan2 nak berguling sampai matahari terpacak atas kepala.

Bangun, siap2 moh bekfas.

Warung Kak Lin Sinar Pagi.
(Kalau dia pasang radio Sinar Pagi dah kena sangat lah tu)




Ni senarai roti canai. Selain tu ada nasik lemak berbagai lauk, nasik dagang, kerabu, laksam siap bungkus2, kuih muih. Ramai tadi ambik donut besar. Sedap kot. Napak jugak orang ambik goreng2 panas - nasik goreng, mee goreng.... 

Katanya special kat situ mee/bihun sup tulang. Tengok cili kicap & jeruk atas meja pun dah kecur ayaq liuq.

Femes katanya tempat nih. Orang memang penuh lah time2 cuti.

Kat merbau sempak. Aku nak kasi direction tak reti. 

Tapi ni nama jalan yang sempat aku snap.


Meh lah try. Rendang paru memang best... Banyak lagi food lain tak sempat nak snap sebab nak rebut table.

Agak2 ada yang dah siap makan tapi mengada2 nak belek henpon, jelingkan aje sambil2 sandar kat meja tu. 








Tuesday, October 13, 2015

Annual Dinner 2015


Aloha....

Ahad lepas annual dinner ofis. Kat mana? Seperti biasa lah..... Memang depa dah sign kontrak mati kat situ. Almaklumlah.... Dapat diskaun sebab hotel sendiri.


Aku pun agak lama jugak lah tak attend mana2 event ofis nih. Bukan anti social tapi..... entah lah....

Kalau dah tiap tahun tempat yang sama, tak ke rasa nak muntah ijo. Event2 yang lain selalunya buat lepas ofis, lagilah malas nye.

But this time dah ada kerajinan sikit nak join depa berfoya2.

Disebabkan tahun ni mylaling princess ada, makanya timing untuk hantar or ambik aku kena betul2. Dulu senang sebab boleh bawak spouse. Nowday, sori..... bajet yelekkkk. 

Last2 nak senang, aku angkut je dua beranak tu kat ke hotel. Ambik bilik, senang cara.

Nama dah hotel kompeni sendiri, mestilah dapat rege staff. Tak pasti rege ni dapat time ofis ada event je ke or anytime leh dapat. 

Kalau check balik kat website hotel rege leh tahan lah. Dari nak duk situ bayar RM400-600, baik aku ambik GL PD. Siap ada private pool lagi. 

Hari tu aku dapat RM254.40. Mana datang 40sen tu pun aku tak paham. Ini include breakfast. Kalau check kat Agoda or mana2 agent boleh dapat rege tu tapi without breakfast.

Oh ya..... Breakfast je dah mahal ye. RM53/pax. Tapi ada berbagai2 lah. Bukan setakat 7, 8 jenis. Dari western, malay, mamak, jepun, cina.... Sumer ada. Mau berpuluh jenis. Memang tak terambik sumernya. Rasa pun not bad. Patutlah dia bukak dari kul 6am - 11am. 

Tapi, tak terlintas lak aku nak snap pic. 

Tengah2 breakfast tu aku terperasan ada 1 group ni pandang2 mlp. Seperti biasa, minah ni pantang orang agah, tegur, menyengih menjadi2. Bila aku pandang.... macam ku kenal yang sorang ni. Kawan aku yang kasitau sape dia tu.

Ooooooo.... Si Bila AF rupanya. Yang comei2 tu. Lagi sekali, aku tak terlintas nak amik pic together2 dengan dia. Apa punya mamai lah aku nih. Dah habih borak2 sikit & mlp babai babai flying kiss bagai dengan derang aku naik bilik. Dalam lif baru teringat nak ambik pic. Idoklah nak turun balik. Mylaling memang dah naik awal sebab dia ada kerja nak buat. 

Rupa2 nya tu sumer budak2 AF yang masuk final malam tu. Sori lah dik..... ahkak kenal Bila tu je. Itu pun sebab laki ahkak minat kat dia. Asyik dok citer suara dia best. Tapi votenya idok..... Time konsert final live tu pun ahkak dah berdengkur. Ampun kan kami ye.

Panjang ni nak citer.....

Balik pasal breakfast tadi tu, walaupun food dia banyak tapi masih mahal. Nak tau mahal ke tak, tengok ni....


Ini room service nye menu. Fine.... Nama dah room service mesti lah mahal kan.

Tapi kalau amik cereal+milk, juice, local fruit, coffe/tea dah RM35...... dapat berkotak2 cereal dah tu.

Menu lain usah citer lah...

Bab bilik pulak, aku ambik deluxe twin. Bilik boleh dikatakan besar lah untuk berdua. Boleh berlari2 anak. Senang mlp nak gerak.

Yang penting, bersih & mesra kanak2 sebab takde sangat furniture yang bahaya. Kabinet, drawer, closet sumer mlp tak boleh bukak. So, risiko tangan tersepit tu takde. Tapi tetap ada insiden tersepit jugak sebab aku tak perasan masa bukak pintu sikecik tu dah menyelinap pegang pintu. Tapi tak kuat sebab aku pegang pintu tu. Nangis tetap nangis.







View, kami dapat view masjid Shah Alam.
Pagi2 dengar azan subuh... Syahdu.


Tu anak boss sedang menikmati view. 




Malam tu time nak siap2 nak gi dinner tu mlp dah perasan dah. Asyik duk pegang kaki aku je. Nak keluar tu dedi dia bawak nyorok dalam toilet.

Ingat hati kejap2 nak lah naik bilik tapi lupakan lah kalau dah macam tu. Silap2 naik tak dapat turun dah. Cakap nak gi work pun tak jalan sebab dedi tak work pun.

Overall, nasib baik jugak lah bawak derang stay situ. Aku leh siap lambat. Tak payah susah2 nak kena antar or ambik. Takdelah ml nak angkut mlp tengah tido nak jemput aku. Then, kebetulan ml ada keje nak kena setel, boleh lah dia buat keje dengan aman sebab mlp dah tido awal kepenatan.

Mylaling jr ada kol malam tu tapi ofkos lah tak citer mummy dedi & adik ada kat mana.... Ngeh ngeh ngeh... Kalau tau, tekanan perasaan nanti. Takpe, abis peksa nati kite gi holiday ye darling.

Dress? Pakai je apa yang ada. Takde beli2 nye. Recycle balik yang 5-6 tahun lepas. 
 
Credit pic to Zureena
 
Lucky draw? Huh.... tak pernah nye lucky. 

Ni budak hepi tiap minggu tido hotel. Next week check in kat Kuantan lagi.









Monday, October 5, 2015

Visit my laling jr

Aloha...

Sabtu lepas aku gi visit mylaling jr. Ekceli sekolah dia ada buat majlis perjumpaan guru & parents. Lepas tu ada solat hajat.

Kami gerak dari sini kul 4am. Plannya nak sampai sana kul 9am. Main angkut je mylaling princess masuk kereta. Dia tido sampai Gambang. Masa tu dah kul 6am. Puas jugak lah nak suruh dia tido lepas tu. Tapi last2 tido jugak. 

Sampai kat LPT my laling dah tak larat nak drive. So aku lak take over.

Takpelah... Demi anak bujang sorang, jauh pun jauh lah.

Sampai sana dalam sebelum kul 10. Singgah kat masjid, siapkan mlp. Pakai comei2 nak jumpa abam.

Sampai sekolah abam, masuk je dewan kawan2 abam jadi tak tentu arah tengok mlp. Dah jadi kecoh pulak 1 dewan budak2 pompuan serbu mlp. Sampai mlj cakap dorang tu macam nak makan adik. 

Aku yang tengah pimpin mlp jadi segan sebab 1 dewan tengok. Bajet macam retis.

Yang dak kecik ni pun tersengih2 kat sumer orang. Pantang hulur tangan, nak aje. 

Masa cikgu tengah kasi speech tu aku saje biarkan mlp merayau sebab dia bukannya nak duduk pun. Bila budak2  panggil, nak pulak dia datang. 

Bak kata tu senang keje aku hari tu. Dapat aku jumpa cikgu2 tu dengan aman. Last2 sampai kena cari mana dorang bawak sebab dah pass sana pass sini. 

Memang dia pandai jaga mummy dia nye water face. 

Memang glamer dia hari tu. Mana pegi dengar orang panggil nama dia je.

Haaa... Tu pasal mlp.

Ni pasal abam dia pulak.

Lagi sebulan ni abam nak exam. Memang ketaq kecut perut dah mak pak nye.

Kat sana dah ada peluang jumpa cikgu2 dia, memang aku & ml tanya habis2an lah. 

Cuma yang aku tak puas hati, tak semua cikgu dia aku dapat jumpa. Cikgu2 yang subject dia lemah sikit semua aku tak dapat jumpa sebab takde.

Dah lah sebelum tu masa cikgu buat presentation, cakap result diorang menurun. Since awal tahun dah nampak merosot. Tapi..... baru sekarangnya nak panggil parents. 

Then ada few things lah yang parents tak puas hati dengan cikgu2 ni. Bukannya nak kata tak appreciate apa cikgu buat dan bukannya nak kata cikgu2 ni tak buat apa2. Tapi cara diorang menyampaikan statistik tu macam dah give up dengan budak2 ni sampai kena panggil parents untuk tolong pantau anak masing2. Siap boleh offer lagi siapa nak datang tiap malam bantu anak masing2 study, dipersilakan.

Lagi sebulan nak exam baru nak panggil.... Kalau duduk depan pagar sekolah, boleh lah.

Ada lagi lah isu2 sekolah ni yang buat aku & parents lain macam tak puas hati.

Biasalah aku kan.... tak puas hati mana boleh simpan. Tapi cari cikgu incharge yang ganti pengetua yang bersara pilihan, takde pulak. 

Molek sangat kan.... Jemput parents datang untuk majlis perjumpaan cikgu & parents tapi cikgu takde. Ada pulak yang kasi reason cikgu duduk jauh. So, aku tak jauh??? 

Time tu tak dapat cari cikgu, takpe....  aku simpan dulu. Kesian kat mlj sebab dia dah macam serba salah. Dia tau mummy dia ni ada simpan rasa tak puas hati. 

Otw balik KL aku try dapatkan nombor PK HEM yang ganti pengetua tu.

Dah dapat.... Apa lagi.... Memang satu2 lah aku luahkan apa yang terbuku.

Bila aku cakap ramai cikgu takde & aku cari dia hari tu, dia boleh tanya aku sampai kul berapa. Dia ingat aku dari jauh, takleh sampai on time... Bila aku cakap aku ada kat situ sebelum event start sampai habis, baru dia cakap cikgu2 tu busy. Memang kena sound direct lah dengan aku. Tak patutlahkan... Jemput parents datang tapi diorang takde. Tau pulak tu dia yang aku dari KL bila aku cakap dari jauh. Aku rasa, aku je yang paling jauh yang datang.

Nasib baik dia admit semua tu salah diorang. 

Aku bukannya nak cari silap siapa2. Aku hanya cakap apa yang aku rasa tak betul. 

Sampaikan pasal aku susah nak contact mlj sebab fon masing2 dah kena serah kat cikgu pun aku luahkan. Siap cikgu tu cakap, kalau rasa nak contact mlj, kol je dia. Nanti dia akan panggil & guna henfon dia. 

Kang aku kol tiap malam kang..... Jangan cuba cari pasal dengan aku.... Datang angin 'aku peduli apa'... aku kol je sehari 3 kali.

Haihhhh.... Sekarang ni mampu doa je lah dari jauh. Aku nak push dia sangat pun kesian jugak. Aku percaya, mlj dah buat habis baik dah tu.