Monday, August 22, 2011

Jantan meroyan

Huh!!!

Korang pernah dengar jantan meroyan? Org selalu kata pompuan je kan yg meroyan. Dengar perkataan meroyan pun dah rasa mcm hodoh je kan apatah lagi kalau jantan yg meroyan.

2-3 hari ni aku sabar je. Mula2 aku boleh lah jugak melayan. Lama2, penat haih. Bukan penat apa... penat dok nak kena delete message kat bbm. Kelentung kelentang bunyik cik beri aku bila message jantan meroyan ni masuk. Pagi petang malam, time sahur, time keje, time tido... Ayoooo.. amma appa... penat mak nak delete message dia nyah.

Mak punye boipren pun tak segila dia antar message nak pujuk mak tengah merajuk.
(Mode: masih merajuk) Habih2 pagi sekali petang sekali dia antar sms.

Tapi bab jantan meroyan ni sampai aku rasa mau deactivate kan aku nye bbm chat tu. Oooo... mentang2 message kamu antar tu free. Cer kamu antar sms. Tau lak takut habis credit. Antar pulak kat group chat. Pas tu ada pulak lain yg melayan... lagi meroyan lah dia.

Geli aku dengan jantan macam ni. Nak aku nyah dia dari group chat tu tak boleh. Last2 aku jugak yang kena berkorban nyah kan diri aku dari group itu. Babai frens sumer. Aku memang takleh masuk arr dgn jantan macam tu. Bak kata satu sumber... BOILER!!!!

Note : *^#%#@!&





Saturday, August 20, 2011

Sisa Kisah Kita

Ditegaskan lagu ini tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup atau yang sudah mati. Bukan ada kena mengena dengan aku dan juga bukan dituju untuk sesiapa. Hanya sekadar suka2.

Ibarat berantu gitu.....





Thumbs up violet5986.

Raya paling gempak

Aloha...

Nah ambik!!! Punya lah lama tak melepak kat sini, hari ni melebih2 pulak nak hapdet blog.

Walaupun masih tiada 'rasa' mau bergebang tapi demi tidak mau tempat ni bersawang terutama dekat2 raya ni, ku gagahkan jua.

Itu tajuk diatas adalah seperti cerita dibawah... (baru perasan betapa teruknya bahasa ibunda ku ini - so, jgn salahkan junior aku)

Kenapa raya kali ini (buat masa ini) ku kata kan gempak?
Ianya adalah kerana :-

1) Aku - belum beli apa2 pun yg bekaitan dengan raya.
2) Aku - tiada 1 kuih raya pun aku order. (Oh ya, dapat 1 hari tu tapi sudah habis)
3) Aku - tiada mood untuk beraya walaupun dah cuba dengar berpuloh2 lagu raya.
4) Aku - pegi shopping mall, tapi yg dibawa balik adalah shampoo & lip liner.

5) Junior - juga tiada baju raya & tidak pulak dia berminta2.
6) Junior - tidak pulak dia kisah mau beraya di mana.

7) Darling - memang tiada baju raya dan itu memang perkara biasa.
8) Darling - tidak sibuk untuk menservis kereta sebelum raya.
9) Darling - berkali2 dan berhari2 dia tanya aku tak membeli apa2 seperti tidak atau tidak mahu percaya.

Note : Gempakkan???



Friday, August 19, 2011

Kisah Hati

Soal hati

Aloha...

Aku hanya mahu bicara pasal hati tapi bukan pasal perasaan.

Kenapa mesti kita...

Kecik hati?
Sakit hati?
Makan hati?
Jaga hati ?

Kadang2 terpikir jugak... Kalau kite takde hati, adakah kite akan rasa bende2 ni semua?

Arrgghhh... sudah! cukup! aku tidak mahu beremosi lagi. See, aku sudah teringin kan hati goreng kunyit. Mana mau cari??

Note : ...(..mencari2 lagu pasal hati)

Tuesday, August 9, 2011

..... sabar je lah

Aloha...

Ini bulan, bulan puasa. Ini bulan tadak cerita.

Ekceli banyak nak cerita sejak dari sebelum puasa. Sejak dari 2-3 bulan lepas. Tapi...... (no reason for that)

Tapi hari ni.....

Kalau nak mengeluarkan kata2 kesat kang, ini bulan puasa. Hormat sikit bulan yg mulia.
Tapi ini lah hakikatnya. Hati ini menjerit2 mahu memaki. Hati ini meronta2 mahu mencari pasal.

Tension gile hari ni kat ofis. Kononnya mau tukar sistem baru. Tapi aku tak nampak dari segala sudut yg sistem tu bakal menyenangkan hidup aku. Dorang tak buat, so dorang tak tau macamana menderitanya hidup aku.

Hari ini aku sengaja mau mencari pasal dgn boss. Tapi dia seakan tau2 je... Sepatah haram dia tak bercakap apa2. Aku tunggu dia bersuara. 5 patah dia bersuara aku akan balas 83 patah perkataan. Begitu telitinya plan aku, tapi dia lak buat bodo. Sampai lah balik. Hati ini jadi semakin meluap2 api kemarahannya.

Kata pertama yg keluar dari mulut aku time jumpa darling masa balik tadi adalah....

"You, I nak benti keje..."

.... dan dia tak berkata apa2...
pekak agaknya....

Note : BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI!!!!!!!

Sunday, August 7, 2011

Once upon a time......

The End.....


Note : Konpem otak jam giler. Sehebat jam kat Jalan TAR time dekat2 nak raya.