Wednesday, November 16, 2011

Time ni lah.....

Ek elehhhh.....

Banyak2 hari, hari ni lak nak kena. Dah lama tak kena ni, mesti teruk.

Time laki aku tadak, time ni lah nak kena migrain. Now belum teruk lagi. Masih boleh mengadap laptop ni kira ok lagilah. Sat2 lagi tak tau lah macamana. Sebab lepas mandi, makan ubat, belum ada tanda2 nak kurang... Muntah sudah 2 kali since balik keje tadi.

Time bawak keter tadi pun dah semacam. Rasa melayang layang je. Nasib baik sampai.

Nak tido rasa mcm awal sangat. Nak tengok tv.... remote mana satu pun aku tak tau. Kalau minggu2 lepas time2 gini layan Mastercep kat ch 104. Tapi sejak 2 menjak ni macam meluat pulak tengok lagak si juri. Nak2 bila ada kes juri yg menipu... Bila dengar dia komen terus je terdetik, alaahhh.... kamu tu pun bukannya baguuuuusssssss sangat. New york pun tak pernah lepas (itu kata bapak dia). Tulah, tipu lagi. Dah buat orang hilang rasa respect.

Ok, dah melalut dah ni.....

Nyut nyut nyut kepala ni.....

Cing cing cing.... bunyi loceng Tesha & Trio berkejar2an.

Eong eong eong... bunyi alarm.

Adoiiii... kenapalah sumernya time ni??!!

Note : Tido lah macam ni.

Saturday, November 12, 2011

Belajar benda baru.....

Aloha....

Entry kali ni post testing2....

Pagi2 hari otak tgh fresh elok lah berguru dgn org. Nasib baik paham, maklumlah berguru dgn org yg tengah sakit gigi ni besar risiko nye..... Silap2....(??)

Tenkiu kepada cik puan remaja purba yang sangat bermurah hati mengajar diriku yang mengong ni walaupun tatkala dia tengah berperang di dapur dan berperang dengan perasaan dia. Dan aku sangat2 kagum dengan dia yg boleh buat keje 2 in 1. Memasak sambil berfesbuking. Ailapyu lah....... forever n ever until when when....

Note : Tenkiuk daun keladi,lepas sakit gigi boleh ajar lagi...

Thursday, November 10, 2011

Mata Bengkak Hati Bengkerk

Adooiiiiii!!!!!

Bangun tido mata dah sakit. Tapi tidak bertahi mata.... cuma ada rasa bengkak ditepi mata sebelah kanan. Nak pejam, nak gerakkan anak mata rasa sakit. 15 minit belek kat cermin sebelum mandi dan selepas mandi. Manalah tau semakin membengkak ke... Boleh lah MC. Tapi, MC hari ni rugi jugak. Baik ambik esok.

Kat ofis, jap jap belek mata. Manalah tau tiba2 dia bengkak, bengkak dan bengkak lagi....

Sakit makin bertambah sakit tapi rupa bentuk masih seperti pagi tadi. Nak kaver, hari ni tak pakai lens. Pakai cermin mata je. Dah jadi macam cikgu Markonah dah aku ni. Dengan berbaju kurung... Motif berbaju kurung, malas nak gosok baju... Cari baju yang kalis kedut.

Badan pun dah macam seram-seram sejuk.. Ala2 nak demam gitu. Muka dah jadi panas ibarat orang menahan malu.

Ok, part tu aku boleh kontrol jelitawan lagi.... Mata bengkak takpe, jangan hati bengkerk.

Ni nak citer lak pasal hati bengkerk....

Dah lah dengan rasa satu muka ni berdenyut2.

Tiba2 teringat lak kat kawan aku si remaja purba yang tengah menderita sakit gigi.... Ya Tuhan.. Kau sihatkan lah gigi/gusi dia agar cerita pasal gigi dia yg sakit tu tak jadi beratus episod....

Ok back to the topic pasal hati aku bengkerk.

Ulang balik.... dah lah muka aku tengah rasa berdenyut2... Ada pulak makcik CNN yg memekak kat sini.. Aduuuhhhh... Bingit tau tak...Bingit!!!

Dah... tak nak ngata lebih2.

Mata sudah tidak boleh pejam. Sakit. Tapi belum bengkak yang betul2 bengkak... Bengkerk jer.....

Note : Mihun sup ok tak hari ni?