Wednesday, August 31, 2016

Campak belakang

Aloha....

Berkurun kan tak jenguk sini... Last dulu, bulan June. Takde lah lama sangat kot.

Selama 2 bulan ni, tak banyak cerita pun. 

Takpe, meh kita cerita sekali lalu ye.

5/6/16 - My laling jr masuk kolej matrikulasi. Dah kolej dah anak bujang I tu. Dia dapat offer Matrikulasi Selangor & asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Dengar je UPNM tak pikir, terus tak nak. Takut kena training macam askar.

6/6/16 - Puasa. 

7/7/16 - Raya. Biasa2 je raya. Tapi yang bestnya semua balik kampung. Dan yang paling best baju raya sedondon anak beranak.


Napak tak? Susah tau nak dapat cam gini. Kami2 ok je, si bapak nye tu yang susah nak cari baju.

Baju My laling princess tu kebetulan je ada lebih kain wan dia buat jubah kaler sama. Ngendeng lah wan dia buat baju kurung kedah siap ada renda2 sama macam aku.

26/6/16 - birthday aku. Bulan puasa makanya celebrate time berbuka. Kali ni celebrate dengan family & budak2 tahfiz. Jamuan berbuka kat sekolah sukan tahfiz Bukit Badong. Then celebrate dengan family kat Seri Pacific Hotel KL. Ada orang sponsor... Ahaks...

Lepas tu takde cerita menarik...

21/8/16 - birthday mlp. Mula plan nak jugak buat makan2 panggil anak beranak or jiran2 terdekat. Tapi si abangnya tak dapat balik sebab nak exam. 

Nasib baik jugak lah tak jadi buat sebab ngam2 pulak hari tu aku kena gi team building ofis. 

Pergi 2d1n. Kat Grand Lexis PD je. Menggagau jugaklah dedi dia malam tu sebab anak dara mencari mummy dia. "Nak mama.... Mama ne?" Nangis2 nak tido. 

Pagi2 esoknya sebelum kul 8, dua beranak ni dah sampai depan hotel. Bukan anak je cari mak, dengan bapaknye sekali cari. Tu lah, tak pernah kena tinggal. Kalau dia yang outstation takpe... Setakat aku cakap dedi dia gi work or kedai, anak dara tu dah senyap.

Sementara pagi tu aku ada aktiviti, anak & bapak berendam kolam dalam bilik.

Balik dari PD, rupanya mama (bbsitter) si mlp dah plan buat birthday party untuk dia. Celebrate dengan anak beranak dia je. Anak dia je 5 orang dah meriah nyanyi lagu happy birthday.

Aku? Takkan nak melenggang aje. Dan2 beli kek Secret Recipe. Dan2 buat makaroni goreng. Yang lain2 mama dia yang sediakan.


Tengok... beria2 kakak2 & abang2 dia decorate. 




Dah muda remaja dah anak dara aku ni. Pakaikan kebaya, ayu je tengok. Tapi berapa kali tersungkur sebab berlari macam pakai short. Sekejap je menten ayu jelita tu.

Hadiah birthday mama dia awal2 dah belikan rupanya. Tapi malam tu baru kasi. Siap bereben, belon bagai. Siap bawak pilih sendiri lagi.... Selamat bapaknya tak yah beli beskal. Memang plan nak cari beskal untuk dia pun.


Aku, dah 2 minggu birthday baru ada masa nak gi cari & beli hadiah dia.


Tu dia.... BMW hoccay....

Tapi dia tamau naik. Aku kasi tempoh 2 bulan je, tamau naik, aku jual.

Adios.....












Saturday, June 11, 2016

Safety first

Aloha....

Selamat berpuasa...

Nak singgah kejap je ni.

Tadi, sementara tunggu subuh, scroll2 wall fb... Jumpa iklan ni.



Jangan tanya rege sebab aku bukan nye nak promote mende alah ni. 

Orang kite ni kan memang kreatif sangat nak cari bala. 

Yang tukang jual tak yah cakaplah sebab depa memang tak peduli pun pasal bahaya ke tak, janji masyukkkk.... 

Mak pak yang beli ni, tak pikiaq ke? Lagi2 yg terpikir nak beli sebab nak balik kampung. Nak anak selesa tido bergolek2 kat seat belakang.

Korang..... bende ni bahaya. Tak duduk kan budak especially baby dalam carseat pun dah bahaya, apatah lagi nak suruh dorang bergolek2 atas tu.

Even riba baby dalam moving car pun boleh ada risiko... No need to mention lah apa akan jadi sekiranya accident... So scary. Dah banyak yang kena.

Well.... aku pun takdelah tahap displin sangat pun bab2 safety dlm kereta ni. Lagi2 mylaling princess dah start melasak. Kejap je pun nak duk carseat nak2 kalau abam dia ada sekali. 

Aku pun kadang2 riba jugak dak kecik tu, tapi nak kasi duk atas tilam tu.... Sorry!!!! Kalau jalan jauh, carseat mesti ada. Sebab hakak tak mampu weh nak pangku budak 10kg tu kalau dia tido. Tido je, letak dalam carseat. Siyes, baby akan lagi lena dalam tu. Kalau aku berdua je dengan mlp, memang aku ikat dia dalam tu. Ada masa dia teriak jugak nak turun, tapi NO WAY!! Tak buat cam tu kang sat lagi kedepan kebelakang, panjat seat, tekan segala butang yang ada. Tak leh tahan kalau..... "ma.... nak nenen...". 

Pelikkan kalau tengok anak omputih, molek je duk senyap2 dalam carseat. Kalau yang besar sikit, pakai seatbelt. 

Sebab derang tu dah di ajar dari kecik. Derang WAJIB buat macam tu.

Tempat kita, hot2 chicken shit je... Tengoklah pasal wajib pasang seatbelt seat belakang. Kejap je implement nye... 

Nak kasi selamat pun ramai yang kondem.

Yes, carseat mahal... Tak semua mampu. 
Yes, kereta kecik, anak 4 orang, mak mertua lagi nak bawak. No space for carseat.

Fine.... bab ni aku tak kata apa2. Aku paham. Aku pun pakai kancil je dulu.

Tapi, boleh tak kalau nak riba baby, sila duduk belakang. 

Ada kawan pernah ngadu, laki dia tak kasi duk belakang, sebab nanti orang ingat dia driver... Jatuh terjelepok ego derang. 

Ko pikir ada orang kaya pakai drebar bawak myvi?? Tu grabcar bongok!!!! Bongok bongok!!!!!

Dan lagi satu, tolong biasakan anak yang besar sikit untuk pakai seatbelt. Bukan anak je, kite2 pun silalah pakai... 

Aku pun kadang2 tak pakai... hihihihi....

Tapi my laling jr memang pakai seatbelt kalau duk belakang. Dari kecik sampai sekarang. Sebab mak pak dia memang trained dia macam tu. So aku sekarang ni dah termalu sendiri kalau tak pakai. Adik pun dah terikut2 apa abam buat. Dah satu keje pulak time dia pakai seatbelt, aku kena pegang tali tang dada/badan tu sebab ngam2 kena muka dia. 

Itu lah alkisahnya aku meroyan pagi2 ni.

SAY NO TO 'TILAM ANGIN YANG LETAK KAT SEAT BELAKANG KERETA'!!!! (tak tau nama dia).

Adios....












Saturday, March 12, 2016

#throwback

Aloha....

Sebelum2 ni lama jgk tak menghapdet kat sini.

Banyak story tapi line problem.

Lepas holiday kat Singapore tu, ada lagi jalan2. Ke Medan, Terengganu, Kuantan.... tapi nak story sekarang pun macam dah basi je. 

Sekarang ni nak berblogging kat ofis memang no time lah. Kat rumah boleh lah jugak curik2 masa. Time2 mylaling princess tido. 

Hari tu ada problem dengan tenet kat rumah. Guna data fon sampai max.

Dulu rumah ni guna streamyx. Memang kena banyak bersabar. Dah upgrade pun still menyakitkan hati. Time tu nak tukar unifi, takde lagi sini.

Sampai lah 1 fine day, TM call tanya nak upgrade ke Unifi tak. Tambah seploh hengget je katanya. Line stabil...

Ok... bab nak masuk unifi pun dah banyak citer. Malas nak story panjang2. Buat appointment, tak datang....  Pas tu adalah 2-3 hal lagi.

Tapi yang paling win bila lepas seminggu, terus takde line.

Time derang pasang tu aku dah pelik kenapa banyak sangat modem bersusun kat tempat modem lama tu. Dengan telefon sampai 2. Belum lagi decoder hyppetv, ada 2. 

Rupa2nya yang lama dorang tak terminate. Dapat tau pun bila mlj call weols guna line fon nombor baru.

Bila check, konfem tak terminate. Kata upgrade, kenapa lah nak kena pasang line baru.

Nak terminate kena lak gi TM. Bukannya sekejapan duk kat situ...

Bila dah terminate, tetibe lak unifi & line fon baru down. Bila call TM tah hape dia check kata tak boleh. Kena technician datang check tapi working hours only boleh datang. 

Seminggu hoccay tunggu dorang datang... 

Rupanya bukan kami je kena macam tu kat sini. Ada jugak neber yang problem dengan line dorang.

Pas tu ml dapat advice dari sape tah, suruh call balik contractor yang pasang hari tu. Bila call, dorang kata adalah kot kat mana2 yang tak betul. Dia kata akan datang check kalau ada kat area situ.

Esoknya..... dah ok. Tak tau orang tu dah datang pebetulkan ke apa.

Baru2 ni ada issue lagi dengan TM, kena pegi balik. Sebabnya, bill streamyx dulu dah terlebih bayar. 

Mana taknya... Bill tu aku dah buat monthly IBG dari bank aku. Alih2 kena potong sebab due 1 bln nak masuk 2 bln. Tak sempat aku nak check dengan bank, ml dah bayar RM500. Hangin nye pasal. Time tu dah lah anak bujang dia tengah sibuk nak apply scholarship & college. Tu yang dia malas pikir, terus bayar. Bila aku check dengan bank, baru bank debitkan account aku, bayar kat TM. 

Bila datang bill terlebih bayar RM200. 

Since unifi ni account baru, ml suruh TM contra je. Dia kata tak boleh. Dorang boleh refund balik je. 3 bulan baru dapat cheque. 

Mana punya zaman lah orang guna cheque lagi. 53sen tau untuk check clearance dorang kena tanggung. IBG je lah kan senang. Dah tu 3 bulan nak kena tunggu.

Tu 1 hal.  Alang2 dah ada kat TM tu, ml terus mintak rebate untuk unifi yang takleh guna seminggu tu. 

U know what...?? Dorang kata kes yang ml report dulu tak setel lagi. Dah 3 minggu kot.... Kalau betul tak setel lagi, takde sape pun dari TM call or datang nak fix kan problem hari tu. 

Pasal rebate tu, budak kaunter tu cakap bila kes dah setel baru dorang boleh kira rebate. Dia suruh ml call balik cakap dah ok untuk close case.

Hah... memang tak lah dia nak call.
Ml cakap.... Biaq pi lah 2 bulan baru dia call. Untung2 dapat rebate 3 bulan terus.

Sampai sekarang pun bil tak sampai2 lagi.

Oh ya... decorder hyypetv tu ada 2, katanya 2-2 boleh guna. Kena cari tv baru ni pasang kat atas. 

Adios.....



Tuesday, March 8, 2016

Surat untuk Azim

Assalamualaikum Azim...

Hari ini 10 tahun lepas..... 

Dah besar anak ibu. Dah darjah 4. Mesti pandai.

Azim ingat ibu? Ingat ayah? Ingat abang?

Oh ya... Ibu belum bawak lagi adik visit abang Azim. Tunggu adik Iris besar sikit ye sayang.

Hari2 kami macam biasa. Ada adik Iris, bertambah sikit rutin ibu. Lagi2 adik dah pandai macam2. 

Sebelum lupa, ibu nak cerita pasal abang Adam. 

Baru ni abang dah dapat result SPM. Tapi result dia tak seperti yang diharapkan. Kesian abang. Frust sangat dia. Ayah pun frust. Ibu pun frust tapi ibu cuba tak tunjukkan sangat. Nati lagi down dia. 

Jauh sangat tersasarnya... tapi yang tersasar tu semua sipi2. Itu yang buat dia lagi rasa frust. 

Tak tau lah mana silap. Mungkin jugak tak dapat full support dari ibu & ayah sebab abang kan sekolah jauh. 

Insyaallah, Allah dah sediakan sesuatu yang lagi baik untuk masa depan dia. Sebab dia kata dia sentiasa berdoa pada Allah berikan keputusan yang terbaik untuk dia. Mungkin inilah yang terbaik.

Ibu tetap bangga. Ibu bangga dengan anak2 ibu. Ibu bangga adanya abang, Azim & adik.

Azim...

Macamana Azim disana? Allah.... apalah ibu ni tanya soalan tu. Mesti lah happy kan. 

Azim jangan lupa doakan kami disini ye sayang. Ibu tak pernah lupa doa untuk Azim. 

Kenapa dah lama Azim tak datang dalam mimpi ibu? Ibu rindu....

Rindu macamna ye....? 

Rinduuuuuuuuuuuuuuu berjuta2 kali rinduuuuuuuuuuuuuuuu......

Lagi satu, Azim tolong doakan kesihatan ayah ye. Ayah kan tak berapa sihat. Tapi dia selalu tak tunjuk. Tapi kadang2 ibu & abang nampak. Penat agaknya. 

Sekarang dia kena jaga Tokyah & Maktok. Sentiasa berulang alik ke sana. Oh ya, Azim doakan sekali untuk Tokyah, Maktok & Wan ye.

Walaupun ibu dah jarang datang visit Azim, tapi ibu tak pernah lupa. Mana boleh ibu lupa. Tapi kalau ibu singgah, rumah Azim bersih je. Ibu suka duduk kat sana sebab redup, sejuk.... Luas permandangan dari situ sebab atas bukit kan.


Oklah sayang.... sampai sini dulu surat untuk Azim.

Salam sayang peluk cium dari ibu.....

Selamat ulangtahun yang ke 10 buah hati ibu.

 
 

Anniversary

Aloha...


Semalam enibeseri iols..... & asben iols ingat........

Mungkin sebab 3 hari berturut2 sebelum tu iols asyik mengiang2kan words ANNIVERSARY kat telinga dia. Kasi input sikit...... Nasib baik melekat dalam otak.

Well.... takde lah celebrate apa pun. Takde lah sampai ambik cuti. Kerja tetap kerja cuma dia balik awal lah. If not setiap Isnin kalau jam belum kul 7pm, memang tak keluar ofis lagi.

On the way balik kerja macam dapat idea je nak ajak dia dinner seafood. Mana lagi kalau tak ke Jeram, Kuala Selangor.

Ofkos lah kena ambik laling jr & laling princess dulu.

Dah terbayang2 ketam goreng, sotong tepung, ikan bakar......

Sampai sana, tempat dituju..... Aroma Ikan Bakar Jeram.

Tutup.......  WARRRGGHHHH!!!!!!!!

So, pegi yang kat sebelah dia tu. Tak pernah try pun situ tapi tempat dia besar jugak & selesa.

Takpelah... ada orang kata lebih kurang je dengan Aroma tu.

Masa pilih2 lauk tu, dah potong mood aku. Aku tak nampak mana depa tepek harga. Dah kena tanya satu2....

Aku ambik.... sotong (size sedang2) 2 ekor - goreng tepung, ikan kerapu (size kecik just nice untuk 2-3 org) - masak 3 rasa, ketam 2 ekor - goreng kunyit, kangkung belacan, telur dadar & air tembikai 1 jug. Total RM89.00.

Tapi......... TAK SEDAP!!!!!!!

Ikan rasa suratkhabar! Hapak!.... Agaknya dia goreng dengan tepung dulu, tepung tu yg rasa semacam. Sos 3 rasa dah lah sikit.

Sotong tepung pun tak sedap!

Ketam, tak nampak kunyit. Goreng kaler putih je dengan kacang panjang lembik.

Fine......!!! Nasib baik air tembikai ada rasa. Kenyang air je.

18 kali jauh beza dengan Aroma or Bagan Lalang. Kalau tau dapat makan rasa cenggitu, baik makan kat kedai depan penjara kat rumah je.

Oh ya.... tahun ni dapat hadiah grand skit... okbai......