Saturday, May 28, 2011

Yang pertama & yang ke-200

Aloha...

Seperti tajuk diatas.... Bukan boifren yg pertama atau yg ke-200.

Tapi....

Ini ada lah entry yang pertama di rumah baru.,

dan.....

Entry yang ke 200 untuk blog aku. (Kecoh kamu baru update 200 entry. Org len dah berpuluh ribu...)

Note : Purposely menunggu hari ini untuk entry kali ini. More story coming....

Saturday, May 21, 2011

Sudah sampai masanya

Aloha...

Kalau tgk tajuk diatas, boleh didenifasi dgn berbagai makna.

Sudah sampai masanya - untuk pergi kerja
Sudah sampai masanya - untuk bersalin
Sudah sampai masanya - untuk melakukan sesuatu yg lebih baik
Sudah sampai masanya - untuk sempurnakan hidup kita
Sudah sampai masanya - untuk bertaubat
Sudah sampai masanya - untuk mati

Tapi....

Untuk tajuk hari ini, adalah...

Sudah sampai masanya - henpon ku perlu ditukar

Tiba2 pulak keypad jam. Pagi semalam dah tunjuk tanda2 awal. Tapi kejap ok kejap tak. Malam tadi lansung x boleh nak buat apa2. Hanya boleh jawap kol je. (Mesti ada yg kata "alaa... alasan nak jimat bill lah tu. Nak org kol je." Sekati lu lah!!). Nasib baik boleh jawap kol sebab phone aku jenis slide. Nak jawap either press answer button or slide. Yang lain... jgn harap. Nombor2 boleh guna lagi tapi button send, end, menu, sumer jam. Habis, apa yg aku boleh buat? Pengunaan yg paling tinggi adalah sms. Macamana mau bercinta berkomunikasi klu tak boleh sms?

26 June ni, ngam 2 tahun umur phone aku tu. Hihihi... mcm disuruh2 je ganti phone baru bulan depan. Tapi, korang jgn nak tuduh2 aku errr.... Bukan aku sengaja jam kan phone tu untuk dapatkan yg baru. Sebenarnya ada benda lain yg aku inginkan.

Walau macamana pun aku tetap akan hantar service phone tu. Banyak data kat dlmnya. Gambar, lagu, mesej, info, password & pin no.....

Note : Guna balik henpon lama.... Dah bertahun2 pun masih elok lagi.

Thursday, May 19, 2011

My theraphy

Aloha...

Mood hari ini :- kurang baik.

Mood berkerja :- tiada.

So, apalagi...."Boss, I'm taking EL today..."

Tempat dituju : Shopping mall.

Tujuan kesana : Basuh kain... Bershopping lah!! Apa lagi.

Thank God!!

Ada sale.
Gila punye sale.

HUAHAHAHAHA!!!!!

Hati sangat gumbira.

Barang yg sempat di beli :-

-Handbag (lagi!!!) Carlo Rino. (Sudah lama mengidam..)
-Kasut 2 pasang. Alain Delon & Nautifit.
-Blouse - 3 helai.
-Sweat shirt - 1 helai.
-T-shirt junior - 1 helai. (Untuk tutup mulut dia, if not membebel mengalahkan bapak dia). Rege RM129.00.(Klu mulut tu takleh tutup jgk, aku sumbat je dlm mulut dia)
-dll

Selepas selesai menyopping....

Mood :- sudah ok

Bershopping adalah 1 therapy yg sangat2 berkesan untuk aku. Sungguh!!!
So, jangan sesekali cuba spoil kan mood aku. Bankrap laki aku nanti.

Note : Dah lama tak buat kerja gile ni....

Wednesday, May 11, 2011

Tuan rumah yg baik hati

Aloha...

Penama diatas adalah aku....

Ini cerita minggu lepas.

Tenant aku seorang engineer. Masih bujang & menyewa sorang. Mula2 dia datang tgk rumah tu, awal2 lagi dia tanya.

Dia : Surau kat mana ye??
Aku : Errr..... kat sana kot. (Tak tentu arah jari aku menunding...)

Yelah.. aku tak duk situ, mana aku tau. Tempat tu pulak baru.... Last2 aku tunjuk masjid kat rumah aku je.

Aku rasa dah nak masuk setahun jgklah dia menyewa apartment aku tu. So far, payment ok. Tip top, tak pernah kurang tak pernah lambat.

Minggu lepas dia kol darling. Dia kata dia sekarang ada kat Labuan. Dia memang selalu ke sana sebab kerja. Tapi dia tak sangka kali ni pergi berbulan2.

So, dia ada permintaan....

Dia : Saya ni kat Labuan. Ingatkan sekejap je, tapi tak sangka lak kali ni lama. Saya ingat nak mintak klu boleh sepanjang sy kat sini sy x perlu bayar sewa apartment tu.

Hah!!! Hukum mana kamu ikut?

Dia : Tapi kalau abang & kakak tak setuju, saya kena balik untuk pindahkan brg2 saya lah...

Oleh sebab dia kol daling aku, so darling aku lah yg berurusan dgn dia. Tapi disebabkan rumah itu rumah aku.... aku lah yg buat keputusannya.

Setelah berbincang dan berfikir dan disebabkan aku ni baik hati (seperti tajuk diatas), maka aku pun kasi cadangan kat dia..

Aku : Apa kata, suruh dia bayar separuh je.

Ye lah, kitorang pun dah malas nak cari orang. Dia ni pun nampak dah ok je. Dia pun kata dah selesa duk kat situ.

Dengan cadangan aku tu dia pun setuju untuk bayar RM300. Tapi janganlah sampai setahun kamu nak bayar separuh. Aku pun nak bayar kat bank jugak.



Note : Mudah kesian kat orang...

Tuesday, May 10, 2011

Si anak mami...

Aloha...

Pagi tadi memang betul2 buat aku tidak keruan... Dah lah lambat bangun (bukannya itu perkara biasa makcik??!!), lepas mandi tgk punyalah banyak darah merata living room. Huishhh... darah apa ni??

Jeng jeng jeng....

Aku dah mula menjerit panggil adam.... Terkebil2 darling jr turun. Nasib baik, dia ok.
Aku mula terpikir kat anak2 dara tu... Mana dorang?? Masing2 dah buat muka suci. Dorang ni bila buat muka suci lagi murni, mesti ada perbuatan yg tak diiktiraf yg dorang dah lakukan....

Mula2 aku angkat Tesha... mana tau kot2 dia peknen dan keguguran ke.. (Wei makcik!! mana ada kucing keguguran.. Wat lah you...). Ok takde apa...
Pas tu aku angkat Tabby... Ya ampun.... menitik2 darah dari kaki dia.

Aku dah mula terjerit panggil darling. Rupa2nya darling kata, dia ada dengar bunyi Tabby panjat tingkap bilik junior. Sah... kaki dia kena cermin tingkap.

Baju aku dah penuh dgn darah. Dah brp helai towel aku guna lap kaki dia. Nasib baik dia duduk senyap je. Si Tesha lak, time2 ni lah nak tunjuk baik. Nak groom adik dia lah, nak peluk lah....

Mulanya aku nak antar Tabby pegi klinik. Aku takut luka kaki dia dalam. Tapi bila darah dah start kering, aku tengok hanya terkoyak. Tapi consider banyak jugak lah. Kesian anak mami tu, nampak isi kaki dia. Dan dia pulak... sudah mula berlari berkejaran dengan si Tesha. Oklah tu....

Balik kerja ni kalau napak tak ok, mau bawak pegi vet.

Note : Dia aku panggil anak mami sebab, hidungnya yg mancung, gelang (belang) dari kaki sampai ketiak. Rantai ada dua di leher. Badan pulak ada kaler gold2 lagi...

Saturday, May 7, 2011

Sorry... wrong no.

???

Hari ni aku dapat 1 sms. Masuk ni aku dah dpt 3 sms yg berunsurkan soalan yg sama? Cuma ayat yg lain2 (Itu pun sebab sms ni tak leh kopipes). Awat tak berani kol??

1st sms - 'orang' tu tanya, no henpon aku ni kepunyaan pompuan atau lelaki... Yg ni aku ignored.

2nd sms - i think org yg sama tapi no yg lain. Tanya aku ni sape?... Nak je aku jawap aku ni JLo ke, Beyonce ke..... harus.

3rd sms - hari ni. Nak tau aku ni sape lagi. Watdeheck!! Kamu sape nak tanya aku sape... Anak kamu? Adik kamu? (Betul jgk, klu aku anak or adik dia, takkan dia tanya). Nak tau aku jawap apa?
MADU KAMU!!!
Boleh?? Nah ambik!! Terus senyap.

Tapi nasib baik lah itu yg aku jawap. Kira lembut dan manis lagi. Kalau aku %$&#*^&@ dia?! Itu pun sebab dia tanya tu cara baik.

Sorrylah yerk.... aku takde ambik laki saper2 pun. Aku ada laki aku sendirik.... Laki yang ada pun aku dah tak terjaga, mau jaga laki orang?

Atau peng'sms' tu mau ngorat aku?? Wah!!! Mak masih laku lagi nyah. (Cukup2 lah makcik...Aku sendiri yg mau muntah.)

Note : Mau control hati dan mulut.....

Thursday, May 5, 2011

Sebenarnya, kamu tu yg pemalas

Bukan aku hoccay!!!!

Ini cerita pasal seorang kawan. Tak penting pun dalam hidup aku. Kesian dia, mengadu nasib kat salah orang.

Bila dia kata, dia takde masa mau masak - aku paham. Yelah, balik keje pun dah pukul brp kan. Aku pun mcm tu.
Bila dia kata, dia takde masa nak lipat kain - lagilah aku paham. Aku pun upah indon je.
Bila dia kata, dia takde masa nak pergi bercuti - aku boleh paham lagi...

Tapi tak nak pulak dia cakap dia takde masa mau belai laki... (Nasib baik lah dia x ngadu pasal ni)

Yang aku tak paham, bila dia kata dia takde masa mau jaga muka dia. Tapi tau pulak mau jaga air muka....

Ceritanya bermula begini. Semlm dia belek2lah facial set yg aku baru beli. Dia tanya mcmana nak pakai. Aku pun tunjuk lah cara2. Mula dgn cuci muka, spray toner, sapu moisturizer & sun block. Then baru aku tepek bedak. Aku memang takde make-up2 nye ke ofis. Bedak,lipstick... wallahh!! dah cantik (anda mau muntah??) Hello... mak aku pun ada masa mau belek muka dia. Bukan dgn bedak sejuk tapi Olay lagi...

Dan start lah dia cerita :-

Dia : I takde masa nak belek2 muka I. (Abis tu, kamu nak aku jaga muka kamu..?) Pagi I bangun siapkan anak sekolah. Pas tu terus gi ofis.

Kamu tak mandi Bedah??!! Sambil mandi tu kan kamu boleh cuci muka.

Dia : Betul.. takde masa lansung. I bangun pukul 5.30am. Siap2kan anak ke sekolah. (Wei pompuan!!! 2 org je anak kamu. Bukan 1 lori)


Time ni aku boleh lagi terima.

Tapi masuk part ni.... Since dia dtg keje dgn laki dia, laki dia drive, sambil2 duk sebelah tu, touch up lah sikit. Ini tidak, membuta.. kamu biar laki tu jadi cam taxi driver.

Dia : Time tulah I dapat tidur..
.(F&#K!!! nak je aku carutkan dia...)

Aku pun kadang2, tak sempat nak tepek bedak kat rumah. (Yolah!! bangun pun kul 7.00. Nasib baik sempat mandi) Tapi aku gagahkan jugak belek2 muka dlm kereta.. Walaupun aku drive sendirik. Kadang2 sampai keter belakang dah nak pecah hon kan aku sbb tak sedar keter depan dah jalan. Kadang2 apply lipstick pun sampai ke pipi.

Dia boleh cakap, lecehlah nak kena apply itu ini. Sampai 2-3 lapis kat muka.

Hari ni aku try tgk time, brp jam aku perlu habiskan masa utk belek muka aku. Tak sampai 5 minit pun. Bukannya nak kena urut muka tu...

Lantak kamu lah Bedah. Yang bersopak esok, muka kamu.

Muka aku ni pun takde lah cantik sangat pun. Jerawat tetap ada tanpa di jemput. Kadang2 siap menggelupas lagi. Parut jerawat, usah citer lah. Parut aku accident hari tu pun ada lagi. Aku pun jenis tak rajin nak make-up2 bagai. Cukup aku tepek bedak je utk ke ofis.

Tapi aku takdelah malas macam kamu.....!!!!

Note : Tak perlu alasan untuk cantikkan diri tu...