Thursday, March 9, 2017

Surat untuk Azim

Assalamualaikum anak ibu...

Hari ini, waktu ini, 11 tahun yang lepas...

Selamat ulangtahun yang ke-11 sayang. 

Ibu ayah abang & adik sihat2 saje. Bagaimana Azim? Rindu kami?

Dah 11 tahun Azim tinggalkan kami. Tapi tak sedetik pun ibu lupakan Azim. Mana mungkin ibu lupakan anak ibu kan...

2 hari lepas anniversary ibu & ayah yang ke 20. Doakan kami ye sayang... Moga ibu & ayah dapat jumpa Azim disana.

Abang & adik seperti biasa... Abang sibuk belajar, adik sibuk main. Doakan untuk mereka jugak ye... Nanti bila dah sesuai untuk bawak adik visit abang Azim, ibu akan bawak dia. 

Azim jangan lupa kan kami... 
Kami sentiasa rindukan Azim.
Kami sentiasa sayang kan Azim.

Tunggu kami ye sayang....











Wednesday, March 8, 2017

Anniversary

Aloha....

Semalam anniversary hakak yg ke......




Yang penting my laling & laling jr tak lupa. 

Seperti biasa takde lah beria sangat celebrate nya. Takde cuti2 pun sebab plan next week nak cuti. Maybe time tu kot pegi jalan2.

Balik kerja, pergi dinner. Thats all....

Kali ni dinner dekat2 je sebab sampai rumah pun dah pukul berapa. Rumah hakak jauh hoccay kalau nak keluar balik pergi dinner tempat grand2. Cari aje apa yang ada di sekitar rumah. Janji tak kena masak.

Kali ni pegi sini..... 






Ada set yang macam kat atas ni. Aku & laling ambik macam kat bawah. Sizzling lamb black pepper & Mushroom chicken grill. Kenalah dengan tekak walaupun nampak sikit tapi terasa jugak lah kenyang. Dengan syarat kena makan all the vegies kat plate tu. Selambak salad...







Ni antara menu2 yang ada. 
Aku tak sure bukak kul berapa tapi selepas pukul 7pm takde nasik ye... Sebelum tu ada. Lupa nak tengok menu nasik.



Budak ni makan mushroom soup. Feveret dialah tu. 

Dia ni ada, memang tak lah nak feeling2 dating. Nasib baik behave.

Hadiah? 

Hakak tak dapat lagi. Dia kata next week. Taktaulah apa yang dapat. Yang pasti, mesti dia tengah pening kepala pikir nak kasi apa sebab aku dah kasi dia.....



Asyik dok usha jam aje... Pas tu bila nak pakai jam lama kena ketuk2 dulu sebab jarum jam tersekat kat jarum yang dah tercabut. Biasalah kan jam lelaki banyak sangat jarum.. Jarum minit, saat... Pas tu ada pulak kat tepi macam jam kecik, ada jarum lagi. Tah ada fungsi ke tidak benda tu.

Nah ambik lah jam baru... Memang suka sangat2 lah dia. 

Lagi surprise bila aku beli direct hantar kat staff dia sehari sebelum anniversary dengan pesanan pagi2 letak atas meja dia tanpa pengetahuan.

Tapi biasa lah.... Berurusan dengan mamat yang memang tak makan arahan, kasi terus depan2 staff lain... dengan satu tujuan.....

Nak membahan secara berjemaahlah. Apa lagi.....

Nasib lah yang oiii dapat staff cenggitu.