Monday, September 30, 2013

Pangkah 10 kali....

Aloha....

Ni bukan nak citer pangkah pilihanraya hoccay... Ini kali pangkah kedai makan.

2 - 3 menjak ni aku dah jarang makan luar. Aku masak yer... My laling jr lagi berapa hari je nak PMR, so kalau boleh nak avoid dia dari makan luar. Takut lah nati kang, sakit perut ke apa ke....

Tapi dulu semlm teringin nak makan steak.... Konon2 nak menuju ke Ampang tapi sampai MRR2, jem pulak. Pusing masuk DUKE, patah balik. Last2 plan kat Tree Steak Sg Buloh sebab otw balik kan. 

Sampai2 je dah penuh pulak. Nak dapat seat pun kena tunggu... tak payah lah. Time gaji agaknya tu yang ramai. Yang tekak ni tak agak2 teringin time gaji... Time tengah bulan, awal bulan tanak teringin. Kan dah ramai....

Dengan hampanya, masuk keter dan jalan... Sampai depan sikit nampak 1 kedai western food jugak. Tak ramai...(takde orang) so, dah terlajak, my laling pusing balik.

Mula2 ambik seat aku dah tak berkenan... Staff ramai, meja kotor. Suruh lap baru nak lap. Alas meja basah, berbau..... Apalagi aku bukak je. Lantak pi meja tu bogel. Brader staff situ boleh tengok je aku lap2 meja tu. Lansung nak tolong or tanya ke.. idak lah.

Order memang dapat cepat. Yelah.... takde orang kan. Tapi..................!!!!

Part ni klimaks citer ni. Food dia macam HAMPEH!!! HAPRAK!!!

Aku ni bukan lah jenis banyak songeh pasal food. Sedap tak sedap itu subjektif. Janji tempat makan tu bersih. Kalau terkurang rasa sikit2 tu kira halal lah. Tapi kes kedai ni, dah melampau2 pulak aku rasa...

My laling & junior ambik steak rice. Ada lah nasik, daging steak yg macam dorang goreng celup tepung ke apa ntah. Ada sekali sos & chicken or mushroom soup. Aku ambik chicken chop. 

Mula2 aku makan mestilah aku punya. Aduhai..... keras nye ayam dia. I mean bukan ayam yg keras tapi tepung salut ayam tu yang keras. Coleslow macam tak fresh.... Itu yang aku punya.

Yang dorang punya pulak nasi tu rasa nasik lah kot. Aku tak rasa pun.  My laling kata sup dia bau hapak... Sup bau HAPAK??!! Apakah maksudnya itu? Aku rasa daging dia. Aku pun tak tau kenapa dia panggil itu steak. Daging tu sebijik macam daging dendeng masakan minang tu. Aku rasa dia ambik daging kat kedai minang sebelah tu kot, tapi yang kedai tu  punya tak habis minggu lepas. Cuma minang punya ada sambal tp ini salut tepung kot. Keras nak mampus..... !!! Salad tepi2 memang tak fresh. Tau kan macamana sayur kalau tak simpan dalam peti ais? Haaa... macam tu lah rupe sayur dia.

My laling junior memang tak habis. Tapi dia belasah je sup yg hapak itu...

Dan akhirnya...... Pagi tadi dari kul 4 am dia dah takleh tido. Sakit perut dan dok berulang ke toilet. Bangun pagi baru dia cakap. Dah lembik.... Ke hospital lah jawabnya... 

Takde bende lain lagi dah yang aku saspek selain SUP HAPAK itu!!!

Apa yang aku cuba elak,  dah kena..... So, hari ni 1 hari dia tido. Tuition miss, apa 1 bende pun tak buat. Dah rugi 1 hari. Nak peksa 3 hari je lagi...

Aku try gugel dalam tenet pasal kedai ni. Yelah... sedap atau tak sedap itu subjektif. Lain orang lain tekak... Review yang aku dapat ada yang kata sedap tapi aku pelik bila ada yang kata sedaaaaappppp sangat2. Sebab aku dapat feedback dari kengkawan yang pernah pegi sini, dorang dah lama pangkah. Yang kata sedaaaappppp sangat2 tu agak2nya inilah satu2nya kedai yang dia pernah try.

Lepas makan tu baru aku teringat, ekceli kitorang dah pernah makan sini & dah pangkah sebab tak kena selera. Tapi tak tahu lah semalam kenapa boleh lupa. Tulah kan... 'the power of teringin' tu lagi kuat....

Maka, dengan ini, aku sekeluarga telah memangkah 10 kali untuk tidak akan jejak lagi kedai AYEEM BURGER BIKER'S CAFE yang beroperasi di Paya Jaras. Gambar takde lak aku teringin nak ambik..

Dan... my laling jr semalam dedi dia nak lalu situ pun dia tak nak. Nak kemana2 ikut hiway je....

Tuesday, September 24, 2013

Selagi hayat....

Aloha....

Ifon5 korang pernah tak jatuh dlm besen yg ada air?
My beri itam pernah.... elok lagi sampai sekarang.

S4 korang pernah tak tercampak atas jalan raya?
My beri itam pernah... tak berderai pun.

Nota III korang pernah hilang jumpa balik?
My beri itam pernah... jumpa balik sebab org tak sampai ati nak ambik.

Fon pintar korang takde plan internet?
My beri itam boleh dapat internet paling murah. Pernah dapat free pun untuk 1 tahun.

So...... takde sebab ai nak tukar fon pintar ni ke fon yang lebih pintar tapi tak kuat.

 
 
 
Dan ini adalah fon paling lama aku guna. 3 tahun.

Sekian......

Sunday, September 22, 2013

Bread butter pudding versi hantam sajelah labu...

Aloha....

Hari ni dah 2 hari my laling jr gi seminar. Orang nak peksa kan.....

Hari ni takde request2 nak jalan. My laling awal2 dah ada aktiviti... (saje cari aktiviti). 

Sesi menampal tayar si kenit. Masuk ni dah 4 kali kena paku. Yang nak kena jual keter se lagi, tapi si kenit ni pulak yang sensitip lebih2. Macam dia nak kena jual....


Lepas selesai dengan si kenit ni, kemas bilik junior pulak. Aku mintak mahap ye nak masuk bilik anak bujang. Takut aku jumpa anak rimau dalam tu.  Biar dedi dia kasi setel....

Hari ni tak kemana2 so, kena cari aktiviti. Pagi dah buat nasik goreng banyak2. Makanya kenyang lagi ni tak perlu nak masak. 

Terasa nak makan sweet thing..... mmmmm.... (baby pompuan kot...) kikikih......... berangan.....

Ok jom tolong bacakan resipi ni. I nak buat bread butter pudding with custard sauce.

Pudding :-

1 bungkus roti butterscotch gardenia (guna butterscotch yg dah tentu2 sedap)
3 biji telur (sila basuh dulu - ini penting)
2 cawan susu kotak low fat or full cream pun boleh. (ikut nak ternak lemak badan byk mana)
gula 2-3 sudu sebab roti dah manis. ( letak sikit dlm bancuhan pas tu rasa sampai dapat manis yg diidamkan)
1 sudu esen vanilla (ni yg buat time bakar harum semerbak sampai rumah jiran)

- susun roti yg di sapu butter dlm acuan. nak potong ke nak koyak ke... nak susun or campak2 ke ikut suka hati. 
- pukul telur & gula. then campur susu. (time ni boleh rasa nak manis ke tak)
- jgn lupa esen vanilla
- tuang bancuhan susu atas roti & biar sampai semua bancuhan meresap kat roti.

Sementara tunggu oven panas meh buah kastard sauce.

Susu 2 cawan
Gula 2 sudu. (ingat!! td dah manis)
2 - 3 sudu tepung kastard. (ikut nak pekat mana)

campur sumer kacau sampai likat atas api perlahan. time ni boleh rasa manis ke tak. kalau nak pekatkan sikit, campur tepung kastard dlm 1/4 cawan susu dan larutkan dulu kalau tak berketul2 pulak nanti.

eh ehh... puding tadi dah masuk oven??!!

Klu tengah kacau kastard tu, suh en somi masukkan pudding tadi dalam oven. Oh ya... sebelum masuk oven aku sprinkle kan gula icing atas tu. Motip? Hahaha... ada terbaca somewhere tapi tak perasan untuk apa.

Oven 175c selama 45 minit. Kalau buat nipis kurang kan jadi 30 minit. Pas tu, jenguk2 lah isi dalam oven tu...

Jangan leka tengok running man, tau2 dah rentung. Aku tak nak bertanggungjawap. Pudding tu pun takleh diinsurankan yer....

Tadaaaaa........



Dia punya sos aku tak sempat nak snap. Kelam kelibut nak ambik my laling jr balik.


Tuesday, September 17, 2013

Makan lagi...

Aloha...

Last week, penghujung raya... ekceli dah habis raya tapi penghujung minggu raya, kejiranan aku ada buat jamuan raya. Kitorang buat collection & potluck. Walaupun tak semua rumah yang join, tapi boleh dikatakan meriah jugak lah. Cuma yang buat banyak plan tak berapa menjadi adalah sebab hujan. Hujan yang lebat dari tengahari hingga ke petang. Nasib baik masa jamuan tu, hujan dah stop. 

Dah macam kenduri bila time gotong royong memasak. Oh ya... kat sini sumer disediakan oleh kaum bapak2. Dari cadangan hari, menu, menyediakan bahan2, memasak, menyediakan tapak hinggalah mengemas selepas habis jamuan. Kami..? duk lepak sambil2 buat air untuk orang2 bekerja.

Acara hari tu ada bbq, karaoke, bakar mercun, potong kek. Untuk kanak2 mulanya nak pasang movie kartun kat situ tapi cuaca tak mengizinkan, terpaksa dibatalkan. 

yg ni bukan tengah berucap, tapi tengah melalak panggil hujan.
 
 
Keesokan malamnye, diorang pacak wayang kasi tengok balik video yang telah di ambik oleh cameraman 'profesional'....
 
 
buat kat lorong gelap


Masa tengok wayang tu, aku berani mati tunjuk kreativiti aku dengan membuat pie hasil lebih grill potatoes semalamnye...

Tadaaaa........

 
 
Itu citer minggu lepas.

Minggu ni weekend panjang sikit sempena Hari Malaysia.

So.... kaum2 bapanya buat plan lagi. 

Bbq lagi...Tapi this time hanya 5-6 rumah je. Lagipun ramai yang takde, so kitorang2 je lah.

Rupa2nya idea ni dari my laling... Nak amik hatilah tu. Tak jadi ai nak isytihar perang hari tu. 

Boleh dia sound kat geng2 dia yang aku teringin nak makan seafood. Hari tu masa jamuan raya makan tak puas. Baru baik demam seminggu, so selera pun kurang. 

Geng2 dia pantang bab makan2 ni, apa lagi.... on je lah. 

Pagi Sabtu kitorang gi Kuala Selangor beli bahan2 untuk dipanggang esoknya. 

Sotong, kerang, pari, kembong.....

Chef kat sini sediakan bahan2 untuk sesi panggang memanggang.

Lokasi... rumah aku.

ini dia brader chef
 
Dapur, orang sebelah punya.... 
 
ni orang kuat kaum wanita

ni baru sebahagian yang menolong. Yang tu tengah tunjuk rajin.

Memang meriah giler. Makan.... sampai tersandar. Nasi ada yang bawak sendirik. Air tembikai di sponsor orang sebelah. Siang tu ada yang hantar siakap 2 ekor, so chef kitorang buat 3 rasa. Sotong goreng tepung, ikan & kerang bakar sambal, fries, wantan (ni aku nak kasi perabih sebab my laling salah beli. Orang suh beli wantan skin), ayam golek (aku buat). Semua tu masak kat rumah aku. Depan rumah.

Petang tu masa tengah doranng membungkus ikan untuk dibakar, ada yang sponsor durian... Tak pandang kiri kanan, aku belasah je.... Terdengar jugak suara tak puas hati kat belakang...

"Makan banyak2... kang demam lagi...."

Ada aku kesah...???

ada yang duduk dalam, ada yang lepak kat luar...

Gambar2 food akan di upload selepas berjaya mentransfer dari Nikon. Kabel hilang...(lagi).
 
Yang bestnye kat sini, nama je aku tuan rumah tapi langsung tak penat. Sumer buat keje sama2. Sampai bab kemas lepas habis makan dorang kaum bapak2 kasi settle. Susun atur dalam rumah pun telah diletak di tempat asal. Yang pompuan kemas dapur. Sampai bab lap mengelap dapur sumer settle. Aku ni tukang sedia kan barang apa yang dorang nak. Nak pinggan, aku kasi. Nak periuk, kuali, sudip... aku tukang sediakan. Sonang keje den. 

Memang happening dapat jiran2 macam ni. 

Sambil tu dapat jugaklah celebrate birthday my neber & anak dia. Lepas habis pindah rumah sebelah untuk sesi karaoke....

Esoknye pulak brother chef hantar bread butter pudding (yang belum masak) untuk oven aku.... Senang je dengan dia, sound je teringin makan apa, sat2 sampai..... hihihihi.....

Next, nak buat breakfast lak kot. Makan lagiiiiiii....................................................

***update :-

Yippiii.... Berjaya mentransfer gambor2. Sudah jumpa usb.

Meh kite layan gambor food pulak.

 
Ini sotong idaman Malaya...






 
Siakap 3 rasa marbeles 


 
Nampak ayam golek tu? Dah tak tergolek sebab dah kena chopped dengan brader chef.
 


Burrbbbbb...... Alhamdulillah.... Syukur nikmat Allah.

Note : Tuan tanah tidak akan menanggung segala risiko pada sesiapa yang terliur....


Friday, September 13, 2013

Doyan oh doyan....

Aloha....

Tetibe.....

Tetibe je....

Tetibe je teringin durian....

Tapi....

Rasa2 senang tak nak dapat?
Rasa2 kalau mintak ada orang nak belikan?

Tidak rasanya....

Kenapa ye....?

Mana taknya.... hari tu melantak tak hingat. Balik kg belasah durian, macam tak pernah jumpa. Dan2 tu jugak terus sakit kepala, terus sakit tekak. Malam terus demam. Seminggu.... Mc 3 hari.

Dah jadi macam tu, ingat dalam masa terdekat ni boleh nak ngada2 mintak beli durian?

Tapi.... kalau dah teringin, akan ku ikhtiarkan jugak.

"Teringin makan benda manis2 lah... Dapat bubur, ok jugak"

Baru intro....

"Mana nak dapat bubur??"

Nasib baik takde pasar malam, kalau tak konfem2 dia beli bubur kat pasar malam.

"Nak buat bubur durian lah... senang sikit nak buat"

Nampak tak....??

"U belilah durian depan tu.... Sebijik je. Yg kecik.."

Kamu ingat beli durian boleh beli sebijik2?.. Yang timbang boleh lah. Ni yang longgok. Dah tentu2 beli seploh hengget dapat 3. 

So, tadi beli dapat 5 bijik. Sebijik buat bubur, sebijik aku belasah, yang lain simpan dalam tapaware. Ikut nasib lah esok, dapat seludup2 makan atau bakal jadi tempoyak...

#makanduriansebalikpetiais

Monday, September 2, 2013

Asrama

Aloha...

Semalam dah mula bukak online untuk apply Sekolah Berasrama Penuh untuk tingkatan 1 & 4. Semua tu guna result trial exam hari tu lah kot. Sape nak apply boleh masuk sini

Dan semalam jugak, my laling jr dah suruh aku masuk & apply SBP untuk dia. Pilihan dia kalau tak dapat MRSM, dia pilih sekolah Sains. Kat mana? Kat Trengganu. Kuala Selangor tak boleh ke? Hulu Selangor ke..... Yang nak pi jauh2 tu pehal? Aku gertak je suh dia duk asrama..... Bukan suruh pegi betul2 pun.

Aku cakap kat dia.... kalau dia duk asrama, aku nak plan gi jalan2 dengan dedi dia. Kasi dia panas skit.

Dia kata.... "Takpe... tak kisah"

Tapi kalau round Europe, dia nak ikut...

Aku rasa time aku dolu2 takde nak kecoh2 nak kena apply sekolah awal2. Apa2 hal, tunggu result kuar dulu. Situ lah baru menentukan untung nasib. La ni form 2 dorang dah kena tau besar esok nak jadi apa. So dari situ dorang dah kena tekankan subject apa yang patut. Belum lagi PMR, dah kena apply sekolah mana. Bukan main apply je.... kena ikut kite nak jadi apa nati. Dah tau nak jadi apa, baru tau nak kena ambik subject apa and sekolah mana. Sangat2 komplikated...
Zaman kita dulu, ikut je dapat U mana2 pun. Tak dapat, takdenya nak buat rayuan, cari kabel sana sini.

Kalau dulu main letak je cita2 nak jadi apa. Standardlah dulu... kalau tak doktor, lawyer. Tapi time Sains, Maths... pepalih malasnya. Bio, Fizik, Kimia usah citerlah... Kalau dapat credit tu kalau boleh, cikgu yang buat doa selamat. Sekarang ni aliran Sains terbahagi pada berbagai2 Sains. Sains Tulin, Sains Teknikal, Sains Arab..... Haaaa... kat situ kena pilih ikut cita2 kita. Baru aku tau sekarang betapa pentingnya cita2 itu.

Aku memang konfem2 dah tak tercapai cita2 aku...doktor. Laki aku kata orang yang berjaya adalah orang yag dah capai cita2 dia. Dia salah seorang yang dah berjaya... dengan cita2nya menjadi pekerja bank.