Sunday, September 22, 2013

Bread butter pudding versi hantam sajelah labu...

Aloha....

Hari ni dah 2 hari my laling jr gi seminar. Orang nak peksa kan.....

Hari ni takde request2 nak jalan. My laling awal2 dah ada aktiviti... (saje cari aktiviti). 

Sesi menampal tayar si kenit. Masuk ni dah 4 kali kena paku. Yang nak kena jual keter se lagi, tapi si kenit ni pulak yang sensitip lebih2. Macam dia nak kena jual....


Lepas selesai dengan si kenit ni, kemas bilik junior pulak. Aku mintak mahap ye nak masuk bilik anak bujang. Takut aku jumpa anak rimau dalam tu.  Biar dedi dia kasi setel....

Hari ni tak kemana2 so, kena cari aktiviti. Pagi dah buat nasik goreng banyak2. Makanya kenyang lagi ni tak perlu nak masak. 

Terasa nak makan sweet thing..... mmmmm.... (baby pompuan kot...) kikikih......... berangan.....

Ok jom tolong bacakan resipi ni. I nak buat bread butter pudding with custard sauce.

Pudding :-

1 bungkus roti butterscotch gardenia (guna butterscotch yg dah tentu2 sedap)
3 biji telur (sila basuh dulu - ini penting)
2 cawan susu kotak low fat or full cream pun boleh. (ikut nak ternak lemak badan byk mana)
gula 2-3 sudu sebab roti dah manis. ( letak sikit dlm bancuhan pas tu rasa sampai dapat manis yg diidamkan)
1 sudu esen vanilla (ni yg buat time bakar harum semerbak sampai rumah jiran)

- susun roti yg di sapu butter dlm acuan. nak potong ke nak koyak ke... nak susun or campak2 ke ikut suka hati. 
- pukul telur & gula. then campur susu. (time ni boleh rasa nak manis ke tak)
- jgn lupa esen vanilla
- tuang bancuhan susu atas roti & biar sampai semua bancuhan meresap kat roti.

Sementara tunggu oven panas meh buah kastard sauce.

Susu 2 cawan
Gula 2 sudu. (ingat!! td dah manis)
2 - 3 sudu tepung kastard. (ikut nak pekat mana)

campur sumer kacau sampai likat atas api perlahan. time ni boleh rasa manis ke tak. kalau nak pekatkan sikit, campur tepung kastard dlm 1/4 cawan susu dan larutkan dulu kalau tak berketul2 pulak nanti.

eh ehh... puding tadi dah masuk oven??!!

Klu tengah kacau kastard tu, suh en somi masukkan pudding tadi dalam oven. Oh ya... sebelum masuk oven aku sprinkle kan gula icing atas tu. Motip? Hahaha... ada terbaca somewhere tapi tak perasan untuk apa.

Oven 175c selama 45 minit. Kalau buat nipis kurang kan jadi 30 minit. Pas tu, jenguk2 lah isi dalam oven tu...

Jangan leka tengok running man, tau2 dah rentung. Aku tak nak bertanggungjawap. Pudding tu pun takleh diinsurankan yer....

Tadaaaaa........



Dia punya sos aku tak sempat nak snap. Kelam kelibut nak ambik my laling jr balik.


3 comments:

  1. nanti next mkn2 avina, kite wat bread pudding 2 versions la. senang. hihi....

    ReplyDelete
  2. Bila agaknye the next mkn2 tu... Kuikuikui.....

    ReplyDelete
  3. tnggu sampai diberitahu. huhu. Gamaknye kite wat mkn2 kite jer la..

    ReplyDelete