Wednesday, June 30, 2010

Itu hanya nombor

Aloha.....
Nak cerita pasal nombor. Bukan nombor ramalan, bukan nombor rujukan dan bukan nombor giliran. Cut the story short, nombor itu adalah umur. Umur kita, kira mestilah guna nombor kan. Kenapa dgn umur? Sebab bulan ni bertambah lg 1 tahun umur aku. Selepas dicampur2 (tanpa ditolak), genaplah umur aku ** thn. Alhamdulillah kerana Allah telah memanjangkan umurku sehingga saat ini.
Celebrate mcm biasa jer tanpa kek. Tapi hadiah tetap dapat. This time betul2 suprise lah coz xder angin xder ribut, my darling belikan present. Apa dia?? Jeng jeng jeng...
Kamera Samsung. Dgn ini bertambah lagi lah bilangan kamera aku. Masuk yg ini, adalah yg ke 4. Nama dah dpt kamera, so apalagi kitorang bergambar larr... Gambar semut pun jadik kitorang snap. Boleh lah darling kecik guna untuk kenduri nanti.
Dah banyak2 snap photo, tp just simpan jer dlm tu. Nak upload kat FB or blog, x boleh. Kat office dah x boleh upload gambar. Kat rumah, internet belum boleh guna lagi. Apalah punya Celcom....
Ok lah for now.

Note : Makin bertambah umur, makin bertambah berat, makin bertambah size tp otak makin mengecik (??)

Tuesday, June 22, 2010

Kisah Abang, Adik & Kenzo

Aloha...
Kisah ini kisah semalam. Mamat kecik aku cakap, Kenzo tu kawan adik. Datang pun dari tempat yg sama. Oleh kerana Kenzo ada 9 nyawa (ye ker??) so, Adik telah menghantar Kenzo kepada kami untuk tengok2 rumah baru kami & keadaan kami. So, genap 3 hari, Kenzo mesti 'balik' & ceritakan segalanya kepada Adik...








Note : Mmmmmmm.................(*thinking*)

Thursday, June 17, 2010

RIP - lil Kenzo

Apa yang specialnya Kenzo di mata dan hati kami? Apa yg buatkan kami terpaut hati pada pandangan pertama? Mata dia kot... Mata dia mcm mata Ipan Nabil. Sayu jer....

Gambar2 Kenzo sepanjang dia bersama kami.... Gambar mula2 kami jumpa dia semuanya dlm fon. Akan upload later.


Aummm Chak!!...


Time ni dia dah weak. Dah start rindukan ibu dia agaknya...



Pandangan yg sayu


Si comot. Tak sihat mcmana nak mandi...



Bye2 Kenzo

Note : Akan adakah Kenzo II??

Monday, June 14, 2010

My lil Kenzo...

Today... 14/6/10 - 9.20am.
My lil Kenzo dah xder.................................................................



My si kecik...

Aloha....
Ingat lagi dgn si kecik tu? Now dia dlm ward. Hu hu hu... rindu sangat kat dia.
Since saturday dia x nak makan, minum... Last dia mkn kul 2 pm. Then terus tido. Pagi Ahad dia x bangun2... Aku dah cuak. Aku paksa jugak dia minum susu. At least nak kasi dia tenaga. Bunyi pun xder... Memang x sampai hati nak tengok.
Petang semalam bawak dia ke klinik kat Ampang. Doc suggest tahan dia dlm ward. Senang nak kasi drip. Buat lah apa saja doc, asalkan si kecik selamat.
Walaupun baru 4 hari bersama dia, tapi bila dia x der semlm rasa sunyi sangat. Ternampak2 dia terkedek2 kat depan tv. Terdengar2 bunyi dia.. Terbau2 je dia kat merata2.... Dah rasa rindu sangat. Tersangat2. Bukan aku sorang jer rindu kat dia. Dua2 darling aku pun rindu kat dia. Asyik cerita sal si kecik tu jer. Mak Long, Tok, Pak Di asyik kol tanya sal si kecik tu. Semlm b4 gi klinik, sempat jugaklah bwk dia rumah Pak Mi. Sempatlah dorang kenal dgn si kecik tu.
Kalau x sempat hari ni, esok will visit him.

Note : Ya Allah... selamatkanlah si kecik tu.

Friday, June 11, 2010

Si kecik....

Aloha....
Walaupun baru 2 hari si kecik tu bersama kami, dah rasa sayang sgt kat dia. Malam dia x tidur sendiri. Kena riba, tepuk, baru dia tidur. Mengada sungguh.... kesian pun ada. Yelah... mak xder, bapak ntah ke mana.... Nasib baik malam dia x buat hal, x bangun. Pagi, org bangun jer baru dia pun jaga. Time tu, mula lah lapar. Mlm tadi dia tidur kat bilik aku lagi. Darling aku kata, nanti x dengar klu dia panggil...
Kalau dulu aku bangun ngam2 utk bersiap ke ofis. Now, kena awal sikit, coz nak uruskan si kecik tu dulu....
Darling aku kata, kalau si kecik ni ok, bila pindah rumah baru tu, boleh ambik yg lain lg.... Oh tidak!! Cukuplah dulu..... Sekarang ni pun, nak keluar pegi mana2 or nak pergi berfoya2 pun dah terbatas. Asyik teringatkan dia jer......

Note : Kini bukan lagi bertiga, tp berempat......

Thursday, June 10, 2010

Ahli baru....

Aloha....
Malam semalam kami telah menerima kehadiran ahli baru dlm family. Bermakna, kami bukan bertiga lagi...tp dah berempat. Walaupun mulanya kami 50-50 jer nak ambik ke x nak, tp at last, kami ambik jugak. Alahai... kecik sangat. Nampak mcm x berapa sihat.
Dlm perjalanan nak bwk balik, dah kecoh. Nak kasi makan apa? Susu apa? Dia nak tidur kat mana?... Dah lama aku x buat kerja2 ni....
Rasa2nya darling aku yg excited kot. X tido sampai 3 pagi. Siap bawak naik atas tido kat bilik kitorang... Ish ish ish.... (Konon... x nak ngaku lagi). Pagi b4 kerja, dia yg mandikan. Busuk, dia kata.
Tapi dia kata ini percubaan. Klu x boleh jaga, dia hantar balik. (Kata dia...)
Nama.... nak kasi nama apa yer? Nanti nak antar klinik mana yer?
Malam ni nak pergi rumah kakak, nak ambik brg2 utk ahli baru ni. Manalah kami ada sumer barang2 tu.....
Setakat ini dulu cerita pasal ahli baru. Sebab baru sangat dgn dia, x banyak citer lagi. Hari ni dah kerja, nasib baik mamat kecik ada... Boleh tolong tengok2kan. (Tgk jer...)

Note : Gambar? Nanti dulu lah. Dah confirm jadi milik kami, akan di tepek gambar dia kat sini...

Monday, June 7, 2010

How to describe??!!........

MENYAMPAH!!! MENYAMPAH!!! MENYAMPAH!!!!
TAK SUKA!!!! TAK SUKA!!!! TAK SUKA!!!!!




Marah sampai kembang2 idung.... (Nasib baik x keluar api)


Note : Do not disturb....

Wednesday, June 2, 2010

Aloha....
Hari ni baru masuk ofis. Aduyai... penat badan, penat mata, penat otak. Ini semua penangan PINDAH. Rasa tobat nak pindah lagi. So far 95% dah settle. Atas bawah semua dah siap kemas except dapur. Pinggan mangkuk x bawak lagi. Kabinet dapur x beli lagi... Rasa2 dlm sebulan ni mmg x berasap lah dapur aku. Dalam pada xder dapur tu, mcmana aku boleh naik 3kg??!! WHY??!!!... Baru 3 hari kat situ. Mcmana kalau 6 bulan? Apa akan jadi pada aku?
Mamat kecik sedang belajar menyesuaikan diri. Kebanyakkan hari dia banyak dihabiskan di rumah sebelah (rumah ibu mertua ku..) Ooooo.. skrg baru aku tau dari mana datangnya 3kg tu... Rutin pemakanan aku lengkap dari breakfast hinggalah dinner. Mana tak nye, time mkn jer ada org tukang panggil makan. Saper lagi klu bukan bapa mertua ku. Semalam baru ada tv, telefon, astro... internet jer belom ado laie... (biaq pi xdak astro, tv, telefon... jgn xdak internet).
1st day tido rumah baru (yg x baru), masing2 x dpt tido. After that dah ok lar...
Punya lah sibuk minggu ni, sampai x sempat visit adik.
Adik... ibu, ayah & abg adam dah pindah tau... Abg adam takut adik balik rumah Kepong tengok rumah dah kosong. Nanti adik cry pulak... Insyaallah, this week ibu visit adik. Tapi abang adam xder. Dia ada kem.
Sampai di sini post aku kali ni.... Jari-jemariku masih penat. Badan2 masih sakit. Otak pun mcm dah slow jer. No idea. Today nye post hanya utk melepaskan rindu dgn internet. Adios....

Note : Nak balik tido.....