Thursday, December 27, 2012

Ucapan itu

Aloha...

Hari ni tak nak cakap banyak. Cuma nak bukak 1 story. Yang lain tu aku cut & paste.

Cerita nya....

Berberapa hari sebelum sambutan hari Krismas, aku received 1 bbm.

Berbunyik :-

(Tiada penambahan & tiada pengurangan dengan apa yg aku dapat,)

Ustaz Azhar Idrus wrote:

Sebarkan sebelum terlambat..


Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?


Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu. Tapi , agama saya melarangnya.


Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?


Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa..


Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.


Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...


Christian : Sekarang......... saya faham sekarang...


Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi:


"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Jahanamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)


Sebarkan sebelum terlambat..


Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan dgn Islam oleh kaum bukan muslim.


So aku jadi konfius seketika... Benarkah? Aku google, aku cari dalam buku.... Tiada jawapan.
Aku tanya ustaz.....

Ini yang dia jawap : -

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
 

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
 

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/


So aku pun nak suruh korang pikir sendiri... Sebab aku nak balik....... Buhbye.

 

Friday, December 14, 2012

12-12-12

Aloha....

Perasan tak. 2 hari lepas orang kecoh sangat dgn 12.12.12... Sana sini update status 12.12.12. Apasal ntah.....

(Google lah, apa lagi...)

 Dan ingat lagi tak dulu2 heboh kononnya 12.12.12 ni akan berlaku kiamat...
Alhamdulillah.... hidup lagi aku. Hidup lagi korang.  Bersyukur pada ALLAH.
Wahyu mana yang dorang dapat, tataulah.....  (Ya ALLAH... aku memohon agar aku bukan didalam golongan yang sesat. Amin....). Nasib baik ada hanya 12 bln shj. Kalau tak tahun depan ada pulak yg taksub dgn 13.13.13.

Hari ni pulak, pagi2 lagi ada segelintir yang kecoh dengan 1.2.34. Tapi tak ramai.... Sebabnya, ada dorang kisah dengan kalendar Islam? Konpem2 tak...

Menguatkan lagi andaian aku bahawa tidak ramai antara kita yg tau kalendar Islam adalah kerana, walaupun ada yg taksub menghapdet status 1.2.34 pagi2 lagi (konon2 dia yg no 1 tahu kewujudan tarikh itu) tiada sorang pun (ok... mungkin ada) yg menegur yg tarikh 1.2.34 itu belum tiba lagi. Hari ni baru 30 Muharram 1434. Bila masuk waktu Maghrib hari ni barulah 1 Safar 1434. (Correct me if im wrong).

So.... Google google lah.....

Note :  Lalalalalala...... (Mode nak balik)




Tuesday, November 27, 2012

Cuti-cuti yang best

Aloha....

Hari ini sudah mula bekerja...

Tapi apa barang mau citer pasal kerja. Haruslah cerita pasal cuti2 hari tu.

Cuti yang aku pikir bakal membosankan & memenatkan sebab kena naik keretapi. Tapi... perkiraan aku silap sama sekali. Cuti kali ini adalah antara yang paling best sangat2.

Syok jugak naik tren rupanya.... Takdelah penat.

Ekceli, boleh dikatakan perjalanan kali ni sangat2 lah smooth. Dan kat sana pun orang tak ramai, so, memang berjalan sesuka hati je.

Shopping?.... Ofkos lah ada. Acara wajib tu. Tapi takdelah sampai lupa diri. Yang hilang akalnya, si laling. Orang taknak beli, dipaksa2 beli........ Kan hilang akal nama nya tu.

Gambar?... memang banyak. Nati lah ada masa baru upload. Standardlah kan....

Aktiviti?.... macam2.  Shopping, boating, island hopping, snorkelling, parasailing....(yg ni laling jr je lah). Kitorang chartered boat untuk 4 jam, so puas lah lompat dari 1 pulau ke 1 pulau. Tu yang dapat snorkelling bagai tu. Plan nak pegi Pulau Payar, tak sempat....



Hotel?.... Kitorang ambik chalet kat Cenang Beach. Langgura Baron Challet. Just ok lah..... Bilik bersih, 2 queen bed... it just bukan sea view. Kononnya dulu challet ni memang betul2 mengadap laut tapi sebab ada pulak tuan tanah lain kat depan dia tu dah buat hotel/motel, so mengadap dinding bangunan tu jadinya. Tapi still dekat dengan beach, ok lah.... Tepi2 beach tu pulak ada orang2 menjual makanan, sambil duduk2 makan mee udang, rojak buah, abc.... Huish... rasa cam nak terus bermastautin je kat situ. Syok kan kalau kaya, tak payah keje... duduk lepak... (berangan lah kau kiah oiii....)

Makan?... Siyesli... memang murah. Orang2 kat sana kata kalau makan kat area2 Cenang beach tu, sah2 lah mahal. Cer cari tang2 kampung. Nasib kami baik dapat kedai yg boleh tahan jugak food dia. Bayangkan yer, makan utk 6 org, ambik 2 tomyam, 2 sayur, 2 daging masak merah + paprik, roti canai (apa punya perangai ntah nak mkn roti canai time2 tu...) & air, sumer2 tu only RM55 shj. Aku kat sini makan 3 org dah dekat RM50. Next day tu ulang lagi tempat sama, ambik siakap steam, 1 sayur, 1 tomyam, 1 daging, roti canai (roti canai dia sedap...) & air, only RM65. See..... tak percaya? Tapi apa nama kedai or kat mana aku memang lah tak tau arah nak tunjuk. Nati aku usha2 balik tanya kat dorang...
Untuk breakfast pulak, still cari kat area2 kampung jugak. Ada 1 tempat tu cuma ada roti canai & nasi lemak ciput2 singget tu.  Roti canai menten sedap... nasi lemak dia pulak, takde kacang je. Aku memang takleh nasi lemak takde kacang. Biar nasi lemak tanpa telur ke, timun ke or tanpa ikan bilis aku tak kisah. Makan pagi tu untuk 6 orang hanya lah RM20.

Transport?... Time tu kitorang ambik Avanza dapat RM120.  Siap extend time lagi. Patut pulang kereta kul 1 tp dia kasi extend spi kul 3. Sebab nak naik ferry balik kul 4.

Yang buat tambah best jalan adalah bila si laling2 junior dapat good result. Laling jr sorang dapat 8A utk final exam, yg sorang lg dpt 5A utk UPSR. Alhamdulillah..... So keje dorang kat sana, pow dedi dia habis2an. Aku tumpang sekaki.....  Dedi dia tidak lah boleh berkata apa2 sebab dorang lagi bijak berkata2... "Kami telah beri yang terbaik, so kami mahukan yg terbaik..."  Boleh????

Keseluruhan.... Semuanya OK.

Note : Next trip.. TAWAU.

Saturday, October 27, 2012

Hospital


Aloha....
Hari Selasa lepas aku berada di Hospital Temerloh. Kul 11 mlm dpt kol, dedi sakit dan ambulan ambik bwk ke Hospital Raub. Kul 1.30am, mom kol kata kena bwk ke Temerloh utk refer pakar.

Kul 3am tak hantar lg, so aku decide nak blk. Elok aku kluar rumah kul 3.30am, mom kol kata dah naik ambulance. So aku akan terus ke sana je.

Nasib baik laling kata dia boleh ikut. So dari KL ke Bentong, dia drive sebab dia pun baru balik kul 2am.

Bab tu dah settle.

Dari Karak ke Temeloh dia mintak aku drive.

Okkkkkkkk........

Dan bermulalah perjalanan aku drive sengsorang.

Elok masuk je Karak deria bau aku telah menangkap bau2an yg tidak begitu memberangsangkan. Time tu jgk aku terus teringatkan cerita KARAK yg aku anak beranak gelakkan sampai tak hingat. Kalau korang tgk citer tu, mesti korang perasan hantu pakai kebaya merah tu. Dialog dia lebey kurang cenggini (hantu pun ada dialog tu...). "Baaang.... boleh hantar saya balik baaang......." dan lg satu "Baaaang.... ada nampak anak saya baaanggg.....". Aku, junior & laling gelak terbahak u....

Time tu aku rasa, klu hantu kebaya merah yg last2 cabut kepala sebab nak buktikan dia hantu tau aku lalu situ, mau dia suh aku gelakkan dia lg. "Try gelak tgk.... hari tu bkn main ye......". Aku mintak ampun hantu kebaya merah...

Sampai kat hiway Lanchang, time tu kul 4.30am. Setebal2 kabus sampai aku takleh psg lampu tinggi. So, view memang terhad. Speed pun sgt2 terhad jgk. Kereta lori sebijik pun takde.

Time tu aku hanya mintak 3 perkara. Padahal byk perkara aku boleh mintak tp itu je yg aku leh ingat time tu. Laling memang lena...

1) Jangan lah ada apa2 melintas dihadapan. Nak melintas, sila melintas dibelakang.
2) Jangan ada yg duk menumpang kat belakang. Time tu rasa nak pki kereta yg 2 seater je kat depan. Keter sport lah tu....
3) Tak perlu lah jumpa apa2 pun.

Tgh2 drive tu ada lak sebijik motor. Slow motion je. Dalam hati kesian lah pulak dia dok sorang2. Tp bila aku lintas je sebelah dia....

Jeng.... jeng... jeng.....

Well.... ekceli takde apa pun berlaku. Aku tak tgk pun motor tu. Dlm hati, dun turn left. Saje tanak pandang... Takut ada yg cabut helmet, tercabut kepala.

Tinggi sungguh imaginasi aku kan. Aku kan suka verangan.

Dan akhirnya aku sampai ke destinasi dgn selamatnya. Elok masuk bandar Temerloh je, mom kol kata dia pun baru sampai.

Dan my dedi pun kena admit kat situ, sebab ada bleeding dlm perut.

Note : Dup dap dup dap hari tu memang ada makna


.


Monday, October 22, 2012

Bercuti2 ke hulu, berjalan2 ke tepian....

Aloha.....

Lama bebenau tak memerah otak disini.

Ok, hari ni nak cerita sal plan percutian. Kan dah nak cuti sekolah kan... Junior pun dah habis peksa, dpt pulak result cemerlang...(Ya Allah, Kau iyakan lah kata2 ku ini...). Peksa dak lg dah berani maut post result junior kat sini.

Sebelum tu, nak komen pasal Soto Nasi Impit yg baru sat tadi makan. Sup dia tu memang kena letak daun limau purut ye? Bukan apa, tak pernah lg lah seumur hidup sup ada daun limau purut. Klu memang ada, abaikan je lah soklan aku td. Kalau tak pernah jumpa jgk, cubalah letak. Rasa..... takdelah teruk sangat, cuma pelik. Habis jgk lah aku telan...



Back to plan cuti tadi.

Kali ni plan dekat2 aje (ajeeee lah sangat). Tgh tahun hari tu kan dah jalan jauh. Segala deria yang ada kat badan aku ni hanya membenarkan aku naik kapalterbang yg melebehi 3 jam perjalanan hanya 2 kali setahun shj. Lebih dari itu aku akan jadi tidak keruan kat atas awan sana. Begitu juga kapal laut.
Kali ni dah ada plan...


Kemana?

Jeng Jeng Jeng......

Langkawi Pulau Lagenda.

Dekat je kan.. Tak perlu naik kapalterbang.

TETAPI!!!!!!!!

Si laling2 sekelian kat rumah tu punyai deria rasa, dan otak yg sama.

OMAIGOD..... depa ajak naik tren. (#hantuk kepala kat meja 48 kali..dung dung dung...)
Tolong lah... aku memang tak serasi lah nak naik public transport ni. Tak kira atas awan, atas darat, atas laut... asal nama je public transport, ya ampuunnnnn...... Aku cukup malas. Kalau boleh aku mau, aku nak naik depan rumah aku dan sampai pun betul2 depan pintu hotel. Itu aku.

Depa kata kalau aku tanak, aku pi naik kapalterbang. Sendirik-sendirik... Itupun aku tamau....

Plan nak naik tren tu malam, bajet2 sampai Arau pagi dan terus pegi jeti. Kalau dah malam, sahih lah ambik tren yg boleh tido2, baring2 ada bantal tilam.

Aku...? Gulp.... cakap je naik tren yg ada tilam2 tu, terus aku terpikir kan....

Cadar & sarung bantal dorang ada tukar tak? Time bila dorang tukar? Sempat ke dorang tukar? Setiap kali orang turun & ada org baru naik, dorang tukar?

Dan seperti biasa akan dapat jawapan yg sangat2 tidak membantu.

Ekceli, ada pilihan lah kan. Samada nak ambik yg kabin tapi hanya utk 2 orang je. Yg sorang lg nak campak tang mana kan.




Ataupun, ambik kerusi macam bas ekspress.



Or, yang macam aku cakap tadi, katil tapi berlangsir.





(Gambar terang2an dicilok dari En Google. Tq Mr Google)

Nampak tak disitu... langsir tu. Kalau tengah tido, ada orang lalu lalang yang gatal2 tangan gi selak kain langsir tu.... Bayangkan, bayangkan... Aku dah tanak bayang apa2 dah...

Tapi... ada pilihan kah aku?

Mau sampai sana, pecah lelemak aku sana sini. 8 jam duk berayun2, berentak2... Sampai sana nak naik feri lagi.

Yang ni 1 hal jugak. Dah tentu2 aku akan mabuk lauk laut. Aiyoooo... so adventures.

Baru sat2 ni aku terpikir. Nampak tak permainan depa kat situ? Sengaja kasi aku mabuk darat, mabuk laut bagai, sampai sana aku dok melepek. Jalan kemana, shopping pun ntah kemana. Try main kasar nooo......

Note : Mabuk kerja....



Wednesday, August 29, 2012

Dialog Junior lepas raya...

Aloha....

Junior : Dedi, this year punye collection tak banyak compare to last year....
(merujuk kepada duit raya)

Aku : ..(menyampuk). Ye lah last year kan kita buat open house. So ramai yang datang sambil hulur2...

Junior : So.... buat lah lagi.

Amboi amboi... senang cakap je dia... Dia tak tau mak   bapak dia habis berapa banyak untuk dia dpt collection RM600 tu.... Bak kata neber2 yang datang open house hari tu...

"Bang, ini kenduri kawen ke open house..."

Ye lah time tu baru masuk rumah baru, kawasan situ pun semua nye baru pindah masuk, so time tu lah nak kenal neber2.....

Tahun ni rest kejap lagipun time nak buat tu macam takde. Tiap2 minggu ada hal.... Tunggu lah tahun depan yerk...

Selamat Hari Raya....

Note : Masih beraya kan??


Thursday, August 9, 2012

Rindu....sangat-sangat


Aloha....

Puasa tak? Aku puasa....... penuh you.

Dua tiga menjak memang jarang sangat belek sini. Kadang2 nak bercerita tapi tak tau mana nak mula.

Korang perasan tak sekarang ni kan dah jadi trend kat facebook orang dok mengelike gambar2 Mekah & Kaabah. Gambar yang cantik2 belaka.... Yup, memang sejuk mata memandang. Percayalah, tengok gambar je dah rasa semacam apatah lagi berada di sana.



Pengalaman di sana memang tidak puas diluahkan.... Memang ada satu kelainan bila ada kat sana.

Aku sudah mula terasa rindu untuk kesana.

Nak tau..... 1st time aku ternampak Kaabah tu, memang otomatik air mata keluar mencurah2. Rasa sebak, happy, eksaited.... Macam2 lah. Bersyukur sangat2 sebab Allah kasi aku peluang untuk aku tengok dengan mata & hati aku sendiri. 

Dulu aku tak dapat bayangkan macamana keadaan disana. Yang aku tau, Kaabah itu berbentuk kotak. Dimana, bagaimana kedudukannya, aku tak ambik kisah. Dimana tempat bersaie pun aku tak tau. Aku bayang kan tempat saie tu berada di satu tempat yg lain. Jahil nya kan.....

Now bulan puasa. Bulan yang dinanti2kan untuk kesana. Sebab apa? Segala apa yg di lakukan kerana Allah disana pahalanya berlipat2 kali ganda. Sedang kan pergi hari biasa, pahalanya berlipat ganda ini lagikan pulak bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni, seramai 1000 orang sukarela telah mendaftar untuk berkhidmat untuk masjid. Bermakna, kalau time2 ni perlukan orang nak tolak kerusi roda ke, mengangkat barang2 ke, memang free lah.

Di sana apa saja yg orang boleh sedekah, akan disedekahkan. Berbagai cara untuk orang disana mengumpul pahala. Dorang sangat kreatif. Tak perlu bersedekah duit, hanya sehelai tisu sudah cukup.
Bayangkan ye, semasa tawaf tu ada je orang yang pegang kotak tisu sambil berjalan. Itu tandanya dia mahu sedekahkan tisu tu untuk orang ramai. Lepas sorang2 ambik tisu. Sehelai tisu dah berapa pahala dia dapatkan......

Dalam masjid pun, sambil kita duduk, akan ada orang yang beri tisu sekeping2 pada setiap jemaah.

Kadang2 ada je orang hulur air, kurma, kacang..... Janji sedekah.

Ragam, tak dinafikan lah memang 1001 macam ragam orang. Almaklumlah kan, tumpuan seluruh dunia. Lain negara, lain adab nya. Itu toksah lah kita pertikai kan ye. Tapi apa yang aku nampak, jemaah kita adalah antara jemaah yang sangat2 displin (atau takut2, aku tak pasti).
Jaranglah nampak orang2 kite berebut masuk masjid, bergaduh dengan penjaga masjid dan orang2 menjual. Sama jugak kat airport, orang2 kita dorang tak check lama. Tengok, cop, jalan....

Kalau masuk masjid tu port yang aku cari adalah kumpulan yang memakai telekung putih. Itu orang2 kite atau orang2 yang serumpun dengan kita. Kalau duduk dengan bangsa lain tu, kena banyak2 kan bersabarlah ye. Mana yang ramah tu ramah sangat2. Walaupun dia cakap bahasa lain (berborak) dengan kita, dan kita pulak cakap bahasa kita, tapi kadang2 tetap boleh faham. Pelik kan...?

Lagi satu, tapi ni kat Madinah lah..... Aku tak dapat feel sangat yg aku berada di Madinah sebab orang2 yang menjual disana kebanyakkannya bercakap bahasa melayu/indon. Aku rasa macam berada di pasar borong pun ada.

Yang buat aku rindu sangat nak pegi sana lagi sebab aku rasa tak puas. Kebetulan masa kat sana aku tak berapa sihat so masa banyak dihabiskan dalam bilik. Tapi nasib baiklah semua yang wajib aku dapat buat. Walaupun hari nak balik tu aku terpaksa bertawaf menggunakan kerusi roda....

Aku bukannya sakit apa pun... cuma aku tak boleh makan kat sana so badan jadi lemah. Macam2 dorang belikan untuk aku makan tapi semua tak masuk. Pembawakan.... nak buat macamana.

Ya..... aku kesana bukannye bertiga tapi tanpa disangka2 rupanya berempat. Kuasa Allah.... sehari sebelum kesana, aku buat upt dan +ve. Miracle sangat2.

Yang ni ceritanya akan diceritakan pada post akan datang k. (Ntah bila tu tak janji...)

Banyak cerita di Mekah yang memang tak habis untuk diceritakan tapi kang boring lak nak baca....

Adios... errrrr... wasalam....

Note : Lapar....










Friday, July 20, 2012

Penuhi masa terluang

Aloha.... Now aku berada di KPJ Selangor. Datang dah awal tp doctor lak ada kes c-zer. Sambil2 tu, mari sapu habuk kat sini. Harap2 lepas ni dah takde follow up lg. Dah tamau mc lg. 2 minggu mc bikin kepala gue jadi mereng. BORING dowh....

Monday, July 9, 2012

Amek kau.... sekali dapat...

Aloha..... Mula2 cuti 2 minggu. Pas tu keje 2 minggu. Pas tu mc 1 minggu. Pas tu keje 3 hari. Pas tu mc 2 minggu.....

Tuesday, June 12, 2012

Pulang sudah

Aloha... Akhirnya selamat sudah kami tiba dengan sehelai sepinggang. Bayangkan 1 flight tu sumer barang masih tinggal kat sana. Samada dorang tak masukkan dlm kapal atau salah masuk kapal. Kami ibarat pelancong di tanahair sendiri. Kemana pergi hanya berbekalkan passport sebab wallet & purse masing2 ada dalam beg.

Monday, May 28, 2012

Perjalanan ini

.........dan perjalanan pun bermula. Perjalanan 12 hari. Perjalanan 32 minggu.

Saturday, May 26, 2012

cuit cuit

Aloha.... Sangat2 lama tidak bersiaran disini. Biasalah bila ada cerita, malas nak update tp yg selalunya intenet lah yg jd penyebabnya. Skrg tgh bersiap2 untuk menuju destinasi percutian. Debaran semakin terasa. Berbagai perasaan bercampur2. Note: siyesly memang tadak cite.


Tuesday, May 1, 2012

Dinner hari ini

Aloha....

Ekceli cerita ni patut di post 2 hari lepas tp sebab keadaan internet yg sgt2 kurang hajor 2-3 hari ni, maka mlm ni baru dpt di publishkan. Mana taknya, baru masuk intro, line putus. Baru nak upload gambo, line putus. Ptuihh betolllll! Tension mak.

Akhirnya... cita2 nak buat roasted chicken kesampaian jugak..

Tadaaaa......

 Ha... nampak tu. Itulah cita2 aku sebelum adanya oven idaman. Walaupun dah nak makan waktu jugak dpt oven tu, baru ni lah berkesempatan nak merealisasikannya...

Seperti biasa, resepi campak2...

Note : Salah ke aku gemok?

Wednesday, April 25, 2012

Plan

Aloha....

Wuyooo... sudah lain lah blogspot ni. Dah lama mak tak jengah sini. Almaklumlah... bizi je. Lap2 sikit habuk sana sini.

Dah tak larat dah rasa keje sekarang ni. Tiap hari check kalendar bila nak cuti. Masuk keje hari senin je dah berangan2 nak hari jumaat.

Hati ni dah tak sabar2 nak bercuti panjang. Setiap hari mengira detik.

2-3 hari ni baru ada masa nak buat persiapan. Beli2 baju mana yg patut. Maklumlah nak jalan jauh, negara org yang dah tentu2 musimnya tak sama dgn sini.

Passport dah ready, flight dah confirm, bil2 sumer dah settle... So boleh jalan dengan senang hati nya.

Note : Lalalalalala........

Sunday, April 8, 2012

Buku merah

Aloha...
Buku merah
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Opppssss....kang tak pasal2 kena ban blog aku ni sebab nyanyi lagu ni.

Ok, bukan nak citer pasal lagu, tapi nak citer sal buku merah aku yang dah nak expired. So semalam, gigih lah bangun pagi2 pegi imigresen. Sampai sana kul 9am. Konon masih awal, boleh releks2 lagi melayan nafsu tekak pekena nasik lemak. Yelah, tengok kompleks PKNS tu macam sunyi je tadak orang lagi. Bajet2 orang tak ramai lah kat atas. 9.30, aku pun lenggang kangkung gi tingkat 2. Masuk je sana, adalah dalam 10 org yg beratur. Terus je q belakang sorang brader ni. Pas tu dia pusing belakang, dia kata "nombor dah habis. Saya dapat nombor last sekali..."
Alamak..... terus gi tanya kaunter, memang pun nombor dah habis. Pulanglah dengan perasaan berbagai2.
Hari ni lagi gigih bangun lagi awal. Sampai sana jam 8. Mak aiii..... berbelok2 barisan punyalah panjang. 1 jam beratur hanya untuk dapatkan nombor je.

Napak tu? Lagi 72 nombor. Itu kalau kira nombor. Kalau kira orang, beratus lah jawapnya. Mana taknya, kalau panggil 1 nombor tapi yang keluarnya 10 orang. Itu yang mana buat group visa lah tu.

Takpe... aku kan insan yang sabar sekarang ni. Nasib baik berada di zaman teknologi maka hidup ini tidaklah membosankan dikala menunggu.

Sedang2 tunggu, ada pulak announcement...
"Harap maklum, kepada yang membuat pembayaran sebelum pukul 11, boleh ambil passport hari ini tapi pada yang membuat pembayaran selepas pukul 11 hanya boleh mengambil passport anda keesokkan hari. Ini kerana mesin kami hanya berfungsi 1 sahaja. Kesulitan amat dikesali. Harap maaf."

Itu macam lah pulak. Masa tu dah kul 10. Nombor nun jauh lagi nak kena panggil. Sempat ke idak ni....

Jam dah kul 10.40. Lagi 2 nombor je nak sampai, lama lah sangat2 nak nunggu kena panggil. Akhirnya jam 10.50 dipanggil jugak. Tapi itu baru urusan kat kaunter. Belum lagi buat pembayaran. Urusan di kaunter tak sampai pun 4 minit. Kena tunggu pulak nama dipanggil untuk bayar. Sangat2 mencemaskan. Yelah... kan dah cakap tadi, bayar lepas kul 11, ambik hari esok. Sapa yang nak gi ambik. Last2 lagi 4 min je nak kul 11, dapat jugak bayar. Tak pernah rasa se happy ini time keluar duit.

Ok.. itu baru cerita nak buat. Cerita nak collectnya pulak kenalah tunggu 2 jam selepas bayar, baru boleh ambik nombor untuk collect passport. Banyak sungguh protokol dengan gomen ni kan...

Dan.... jam 1.15 berakhir lah segala urusan. Yippi!!!!!

Note : sudah tidak sabar untuk terbang.

Saturday, April 7, 2012

Mini chef with mini pizza

Aloha....

Siang tadi sudah makan besar. Ini malam sudah tak tau mau makan apa. No heavy2 plis......

So bermula lah eskperimen.... oleh seorang chef. Mini chef....

Menggunakan bahan2 yang ada, apa lagi... campak2 jelah. Then masuk oven.

Suka sangat2 tengok cheese tu melting

Tadaaaa.......


Amacam? Ada gaya tak?

inilah hasilnya

Ye... inilah hasilnya pizza campak2. Walaupun tak semegah pizza buatan orang lain, tapi boleh lah nak kenyangkan perut 3 beranak.

Senang nak bikin. Kasi keluar apa ada dlm peti ais... yg penting cheese mesti ada. Jangan kedekut letak cheese tu. Guna roti gardenia je jadi base pizza tu. Sos tu guna spageti sos yg dah tinggal separuh. Yang lain2 tu ikut suka hati. Masa persediaan hanya 20 min. 10 min sedia bahan, 10 min dalam oven. Dah siap, 4 min je habis masuk perut.

Note : Teringat2 kan mango milk & strawberry milk kat Dubai Garden.








Sunday, April 1, 2012

Coootiiiiii.... (Cuti da...)

Aloha....

Hari ini aku bercuti. Ye.. aku cuti. Setelah 2 minggu bekerja tanpa cuti. Dapat cuti hari Ahad ni terasa besarnya rahmat. Rasa macam2 mahu buat tapi demam pulak dah. Ayoo.... betul2 potong stim. So, hari ni kena lah rest untuk hari esok dan seterusnya.

Seperti biasa hari ini anak bujang & bapak bujang pegi padang. Aku, makan ubat dan tido hingga ke tengahari. Bak kata hingga perut berbunyik. Bila dah macam tu mula menggagau cari nasik. Macam dah 2 hari tak rasa nasik. Bukak peti es,udang ada, cili ada, santan kotak ada.... apalagi, gulai lemak lah jawapnya. Nak tambah lauk, buat sambal ikan bilis & ikan masin. Elok je tutup api dapur, darling kol tanya mau makan apa.

Now time untuk lepak2. Hati terhingin pulak Tuti Fruitti. Tapi malasnya nak keluar... Takpelah, tunggu abang eskrem lalu je lah jap lagi.

Si anak bujang & bapak bujang sedang berborak2 pasal teknologi terkini. Terdengar2 jugak perkataan Samsung Note, Galaxy 10.1, 7.1, dan ntah apa2 point 1 lagi. Pas tu dengar lak rege RM1599, 2599, 1899.... Ok, time kena off kan bunyi2an laptop ni. Kena pasang telinga.

Darling jr : (asking me) which 1 u like?
Me : the expensive one.

Tamak!!!!

Bapak darling : Buy your own lah.

Aku sekarang ni dah tak kisah sangat dah dengan teknologi ni. Apa yang ada ni pun sudah sangat2 cukup untuk aku berhubung dengan dunia luar. Kalau orang ada 'fon pandai', fon aku pun pandai. Cuma fon aku takdelah sepandai henfon orang lain. Fon aku ni kalau dalam kelas fon2 pandai, mungkin akan dapat nombor tercorot dalam kelas. Tapi tetap dipanggil 'fon pandai'.

Aku notis 2 beranak ni lately ni asyik citer sal bende2 ni. Kadang2 bila aku balik malam2 tu, terberangan jugak kot2 sampai rumah dorang kata "SEPERAIS!!!! this is for you... (sambil hulur tab or note or 4gs). Nama dah angan2 kan... Dorang tu selagi tak di hints, jangan harap lah ada seperais seperais bagai.

Ok, bab2 teknologi ni aku memang tak leh join lah dorang borak... Kat rumah citer sama, dalam keter pun citer bende yang sama. Tak leh masuk arrr....

Biarlah dorang dengan dunia dorang.....

Citer pasal kelas dan nombor tercorot, ada citer sal darling junior.

Masa dalam keter otw balik rumah, darling pun bersuara....

Darling : Tau tak anak u dapat nombor brp exam hari tu?

Aku tak tanya, tapi pandang je kat junior.

Junior : (dengan selamba....) no 17. Whole class no 20.

Aku : Dari brp orang?

Junior : No 17/45 & No 20/580.

Aku : So, apa perasaan?

Junior : Menusuk ke hati.....

Haaa..... tau takpe. Tak pernah2 dapat nombor banyak macam tu tiba2... ambik kau!!

Since darjah 1 sampai form 1, tak pernah hayat dapat lebih dari no 5. Sekarang baru dia tau menusuk ke tidak dapat nombor 17 tu.

Tapi ada jawapannya....

Junior : yelah.... b4 exam tu kan tak masuk kelas 3 minggu. Datang sekolah je terus exam....

Nasib baik ada jawapan. Sebelum exam tu dia memang tak masuk kelas 3 minggu sebab pergi memanah.

So kali ni dimaafkan....

Thursday, March 22, 2012

Mari mari.. mau cerita...

Aloha...

Ok, hari ni nak update laju2. Sebab anytime akan dapat panggilan untuk pulang. Biasalah kan, bila guna ofis nye aset rasa macam tak privacy. Selkom bodben kat rumah tu dah 2 hari tak leh guna pakai. Kena potong gamaknya. Elehhhh... kerek!! Baru 2 bln tak bayar nak potong. Potong stim betoll. Bil api, bil tepon, credit card pun dah 2 bln tak bayar, takde lak dorang nak potong2.

Oh ya, memang sumer bil sudah tertunggak 2 bulan. Itu sumer gara2 kealpaan aku lah tu. Telah diberi tugas tapi tak amanah. Mesti ada yang kata, standardlah kan... cilok duit laki. Bab tu tak betol walaupun dah selalu buat kerja2 tu tapi kali ni aku memang betul2 lupa tahap superman. Bila dia tanya dengan keselambaannya menjawap, "dah... dah settle dah sumer. Dun worry" . Sekali tengok bil api, adoyaiii... sudah 2 bulan daaaa... (*Cepat2 masuk bil dlm henbeg). Pas tu sampai pulak bil Selkom kerek tu. Pun sama....(*cepat2 masuk dlm tong sampah). Datang bil2 lain tu tak yah bukak pun dah tau... So, pakat simpan je lah.

Bila balik rumah bukak tenet, tak leh pulak. Sampai ofis pagi tadi, cepat2 kasi settle sumer. Patutlah dlm bank banyak je balance rupanya duit bil tak bayar daaa....

Itu baru mukadimah....

Sebenarnya bukan nak cerita pasal hutang piutang tu. Ni ha nak cerita pasal barang yang aku beli pakai hari tu. Ada 2 barang....

Barang 1 - Premium Beautiful

Sudah masuk 1 bln aku pakai... Mula2 siyesli, memang seksa. Sangat2 seksa. Tapi wanita ini adalah makhluk yang tabah kan, akhirnya ketidakselesaan itu telah lenyap sedikit demi sedikit. Bertukarlah ia kepada sangat2 selesa. Bukan nak promote tak tentu pasal sebab aku bukannya ahli MLM tegar tapi kalau nak beli kat aku pun tak salah....
Sekarang ni bila tak pakai pulak sudah rasa tak selesa.
Dari segi fizikal pulak, sekarang ni sudah jatuh 1 size. Dulu size *tut* sudah TURUN.... (ulang semula).. TURUN ke size *tut* (size terpaksa di sensorkan atas sebab2 tidak munasabah).
Dari segi berat pulak.... tidak lah mahu menipu. Sebabnya memang tak timbang pun sejak tak jumpa mana bateri scale tu aku letak. Aku dgn scale tu dah lama bermusuhan. Sampai 1 tahap, aku cabut bateri dia. Dan dia pun berkata..."Phewww... lega. Tak payah nak menampung berat minah ni lagi."
Tapi macam dah rasa ringan sikit... sikit je lah. Memang aku perasan pun.... Tak bleh??!!!
Kalau ada citer pasal penguncupan badan aku, nati aku kasi tau lagi.....
Mai lah order bendalah ni kat aku. (Cuba nasib..)

Barang 2 - Norefal Placenta Oil + Vitamin E

Ha... yang ni barang bagus. Bila aku kata bagus, memang bagus. Kena lah dengan kulit aku. Kulit orang lain aku tak tau lah. Tapi orang2 sekeliling aku yang aku dah promotekan sume kata ok. Sumer repeat beli lagi. Yang mula2 ambik 10 - 20biji, sudah berani ambik 1 botol. So, dah terbukti lah kan. Yang ni pun kalau nak aku tolong belikan pun boleh. Aku TOLONG belikan, bukannya jadi dealer tau. So harga, aku kena ikut harga yang orang kasi kat aku. Kang aku pandai2 letak harga kat sini, buatnya orang tu naikkan harga, mampuih aku nak kata apa kat korang.

Kulit aku ni memang jenis berminyak. Walaupun baru pakai dlm 1 minggu ni, tapi dah nampak sikit lah perubahan walaupun belum ada lagi lah orang tegur dengan ketara. Laki ai usah citerlah.. dia memang selau puji ai u know. Itu lah ciri2 laki romantik..... (ada yg dah muntah atas keyboard??)
Ulang balik... dulu kulit aku berminyak yg amat ketara tapi sekarang sudah kurang ketara nya. Kalau dulu, sebelum mekap aku kena tepek dulu Maybelline BB cream kaler natural untuk menutupi cela2 noda diwajahku ini. Tapi kini tidak lagi. Aku sudah mula berani keluar rumah tanpa lapisan menutupi kulit muka ku ini.Ahaks... perasan ayu tanpa mekap.
Ok... itu aku tipu. Belum lagi ayu tapi sudah mula kearah itu. (perasan lagi...). Ok.. ok... kali ni siyes. Memang lah tak ayu tapi bolehlah.... Takde lah kulit ni nak glowing under the sun lagi (pantulan minyak).
Bab tang nak hilangkan jerawat tu aku kurang pasti sebab kulit aku ni jerawat hanya singgah sekali sekala aje. Selalunya time2 ada big function, time2 nak gathering2 dgn sedara mara atau sahabat handai, time tu jerawat ni macam sengaja nak menguji kesabaran aku. Sekali dah tumbuh memang akan meninggalkan parut. La ni ada 2 parut. Tapi sejak pakai bendalah ni, aku napak dah macam samar2 je parut tu. Ha... berkesan lah tu.
Sorilah... tak pulak aku pandai nak snap kulit muka aku tanpa nampak wajah aku ni. Malu ah nak jadi model.
Tapikan, ada 1 testimoni dari kawan aku. Dia kata muka adik dia memang berjerawat. Bak kata, dia dan jerawat memang sangat2 serasi. Tapi sejak pakai Norefal Placenta Oil + Vitamin E tu, (yang aku perkenal kan) dah semakin berkurang. Time tu dia cuma beli 20bijik je. See... 20 bijik pun dah napak kesan. I tell you... memang tak tipu. Now dia order 1 botol (100 bijik). Kawan2 yang lain pun dah mula order main botol2 dah. Sumer tamak, bajet nak lawa cepat lah tu.....
Meh cepat2 order..... selagi stock tak naik rege sebab dengar2 nya dah nak naik rege dah.

Note : Ngam2 habis citer laki den dah koling2... "Sayang... jom kita balik. Sebelum balik I bawak you gi shopping2 dulu yer.... " (Ayat kedua tu aku saje2 tambah...). Adios..... Buhbye.

Friday, March 9, 2012

Surat buat Azim

Salam Azim...

Lama ibu tak menulis untuk Azim kan. Rindu....

Tau hari ni hari apa? Hari ni birthday Azim yang ke 6 tahun. Rasa macam Azim ni baby lagi. Tapi sebenarnya Azim dah boleh sekolah. Sudah pasti ibu akan hantar ke Q-dees. Sama macam abang. Tapi Azim kat sana pasti sekolahnya lagi bagus kan....

Kenapa Azim dah lama tak datang jenguk ibu? Sudah lama Azim tak muncul dalam mimpi ibu. Ibu tak pernah lupakan Azim tau... dan ibu pasti, Azim juga tak akan lupakan kami disini.

Sekarang ni Abang dah besar. Ada jugak dia sebut2 nak adik. Dia rindu Azim lah tu.... Tapi dah lama abang tak berborak dengan adik kan. Abang busy sangat sekarang ni. Nanti ibu bawak abang visit adik yer...

Hari tu doctor sahkan ibu mengandung tapi tak ada rezeki lagi sebab ada masalah sikit. Mungkin belum masanya untuk gantikan Azim lagi. Azim doa2kanlah kami yer.

Hadiah? Ibu selalu hadiahkan surah Al-Fatihah buat Azim. Rasanya itu semolek2 hadiah yang mampu ibu berikan. Nama Azim tak pernah lekang dari doa ibu.

Azim...

Ibu harap Azim tenang di sana. Dan selalu2 lah doakan untuk kami disini.

Kirim salam buat penjaga Azim.

Salam sayang, peluk cium ibu buat Azim dan kawan2.

Satu hari kita kan bertemu jugak.

Thursday, March 8, 2012

Cucuk cucuk tak main yer....

Aloha...

Semalam kan, ada update gambar bunga. Sempat update gambor je tak sempat nak sembang2. Itu bunga dari laling ler.... sempena enibeseri yg ke..(??) Kiralah sendirik baper kuntum bunga tu. 1 thn tambah 1 kuntum. Agak2 30 thn, 40thn... mau besar gile dapat kan kan kan... (jgn spi thn depan je dah stop).

Kalau dah agak2 kuntum bunga tu banyak, so agak2 lah ye dah berapa tahun kawen. Kalau dah agak2 tahun kawen tu dah banyak, so agak2lah ye umur dah berapa...

Semalam, eh bukan semalam. Semalam tak sempat belek muka. Sibuk....
Dulu semalam, belek2 muka kat cermin. Ada 3 biji jerawat manja. Pastu ada parut2 jerawat2 yang lama. Selalunya belek cermin bila dah pakai bedak bagai. Kaver dulu mana yang tak mau tengok, baru belek cermin dekat2. Tapi dulu semalam tu teringin nak tengok muka dekat2. Mak aiii..... Banyak nye noda2.

Ini tidak boleh jadi... Kena buat sesuatu.

PING!!!!

BOTOX. Wah... tak agak pemikiran. Konon.... nak kena ambik darah kat lengan pun 23min doctor kena tunggu. Ada je reason seboleh2 tak nak kena cucuk. Ok.. ok... cancel BOTOX.

Pernah dulu nak ambik Vitamin C. Yang cucuk2 jugak.... Pun mengalami pemasalahan yang sama. Takut kena cucuk.

Last2 tepek je bedak sejuk.

Tiba2 terpikirkan pulak SK-II. Tapi tengok regenye..... Kena kira bonus laki dulu. Cukup.. cukup... 2 set pun dia boleh sponsor. Tapi dah habis nati nak gobek bonus saper pulak kan? Bonus sendiri?? Lalalalala........ Nak lawa untuk dia, kena lah pakai bonus dia (saper setuju angkat keyboard).

Tengah2 survey2 kot ada lah kat Mudah.my orang nak jual murah SK-II tu, terbaca lah pulak pasal Norefal Placenta + Vitamin E. Menurut testimoni2 yang ada, ianya sangat2 bagus. Yang ni takyah cucuk2. Tak yah makan2. Kalau yg kena makan2 tu lama nak nampak kesan. Selalunya makan tahun. Maklumlah nak cuci dalaman dulu baru naik seri kat luaran. Sekarang sudah desperate. Kasi seri kat luar dulu baru pikir serikan dalaman pulak.



Ianya di buat dari placenta biri2. Telah disahkan halal.

Sebab sudah terlalu taksub, hari ni jugak beli... Tak lah semahal SK-II. Selamat duit bonus laki. Malam ni nak try pakai. Apa2 hal lagi 3 hari aku update perkembangan.

Note : Kalau ok berkira2 mau bukak lagi 1 bisnes.

Wednesday, March 7, 2012

Monday, February 27, 2012

Apa saje keluar dari otak ni



Aloha....

Memang takde citer tapi hanya nak mengisi masa terluang... (Boleh??!!)

Hari ni ada orang kata aku sombong. Sebabnya aku tak reply msg dia, tak jawap hi dia, tak like comment dia.... Kejap aku nak pikir samada aku kesah ke tak??

Aku skrg ni byk on9 guna fon (yg x semahal fon org yg sound aku tu). Aku pun tatau knp sumer fb nye notification aku tak dpt. Mungkin pasal setting atau fon aku yg murah? Klu ada masuk pun, lambat yg sgt2. Relevant lagikah klu aku nak loike org nye komen kat status aku klu dah 10 hrs ago? Same goes to chatbox. Perlu ke kalau aku reply klu org tu dah offline? (*tepukdahi)....

Apa yg pasti.... pedulik apa haku. Kennnnnnn......

Ok, ni nak citer pasal PB yg aku order itu hari. Dah dapat hoccay.... Mula2 pakai memang sangat2 seksa. Tapi biasalah kan pompuan. Seksa mcmana pun kat dalam, luaran kena kontrol ayu. Gila tak seksa kalau dah pakai baju sendat2 macam tu.

Yang buat aku terbukak hati nak beli set tu sebab rasa dah tak tertahan lagi menanggung sakit belakang. Memang sangat2 tidak selesa. Yelah... kdg2 tengah jumpa org, boleh aku jadi resah gelisah bila tiba2 rasa sakit belakang. Rasa macam nak cari tiang, hentak2 kan belakang aku kat tiang tu. Time tu jugak rasa nak balik sebab nak baring kat pelapik tilam contiago. Dapat baring kat situ rasa lega sikit... Tapi bila dah kat luar, mcmana nak cari tilam tu nak baring kan... So, nak tak nak aku try jugaklah pakai PB ni. Superbrand produk tu... kalau tak ok jugak, tak tau lah nak cakap apa kan. Mau aku bakor je baju tu..

Aku notis aku sakit belakang ni lepas aku jatuh tahun lepas. Dah check, x-ray bagai. Takde apa pun. Atau..... ada hantu bertenggek kot?? CHOYYYYYY!!!!!!

Bila dah seminggu menyarungkan benda ni kat badan, memang ada perubahannya.

Perubahan pertama - dan2 tu aku boleh pakai balik baju dulu2 yg dah mengecik itew..(Sila baca sekali lagi... baju yg mengecik kay). Ini aje dah cukup buat aku ceria. Almaklumlah kan... tumbesaran badan aku ni seperti tidak mahu berhenti membesar. Katanya (org katalah) dengan menyarungkan suit ni, boleh membantutkan pengembangan badan aku ni.... Disaat2 aku tgh obses utk mengembalikan bentuk badan aku ke zaman tingkatan 3 dulu, aku sanggup je tipah oiii walaupun seksa.

Perubahan kedua - Sakit belakang aku sudah berkurangan. Walaupun masih ada tapi takdelah sampai jadi macam cacing kepanasan. Menggeliat sana menggeliat sini. Time tu kalau dapat pusingkan pinggang pas tu bunyik keletuk keletak, aduh...lega kejap. Pas tu rasa lenguh & sakit balik. Tapi bila dah pakai suit ni, memang dia punya grip kita nye badan, memang sedap. Rasa seperti dipeluk2 gitu (ahaks.... menggatal kejap).

Perubahan ketiga - cara duduk sudah tegak. Makan pun sudah agak2. Masih mengikut nafsu tapi selalunya 4-5 suap je, nafsu jadi terbantut. Rasa sudah kenyang. Kalau dah kenyang, tak reti2 berenti? Kalau makan jugak memang cari penyakit.

Tapi berat aku takde lah turun lagi. Bab tu aku taknak lah tipu kan. Baru seminggu je pakai. Walaupun katanya (org katalah) 1 jam kita pakai boleh menghilangkan 900kalori. Sori... aku taknak komen lagi pasal tu. Tapi siyes aku cakap, memang sedap sangat badan bila pakai. Yang terlebih sana sini tu takdelah bergoyang2 bila berjalan. Mantop je rasa body.

Ekceli takde kepentingan pun aku promote benda tu giler2. Tapi kalau nak cuba atau beli dari aku pun boleh... hihihi (*cubanasib). Sumpah aku tak ajak korang join jadi ahli. Kalau nak pun apa salahnya... Sharing is caring.


Bukan aku

Ini lah mende nya yang aku citer bagai nak rak kat atas tadi kalau korang masih blurr tak tahu apa mendenye tu.

Kalau nak letak gambar aku pakai baju tu kat sini, idak lah yerk... Tak layak rasanya nak jadi model. Buat orang taknak beli je.

Tapi kenapa ye nak kena kasi model slim2 pakai slimming suit. Dah tentu2 dia slim, nak kasi pakai buat apa lagi kan??!!(*Musykil)











Tuesday, February 21, 2012

Mampukah si kecil ini tersenyum

Aloha...

Hanya mahu share tentang kisah sedih adik Faris Nur Daniel, 6 tahun.
Aku tak kenal pun siapa ayah dia. Aku juga tak kenal siapa ibu dia. Tapi bila baca kisah si kecil ni, hati jadi sayu. Sedih dan pilu.Tambah2 bila tengok gambar dia dengan air mata.... Sangat2 seksa.



Gambar ihsan dari blogger2 yang perihatin...

Ok... ada dialog2 sumbang kedengaran begini:-

"Dah tau kos spital swasta tu mahal, kenapa nak hantar ke sana. "

atau

"Dah hantar spital swasta tu mestilah mampu, tapi kenapa nak mintak bantuan ramai??"

Tak perlu lah kita nak pertikaikan itu semua. Nak tolong, tolong je lah. Kalau takde hati nak menghulur bantuan, tolong senyap pun dah cukup bagus. Tolong jugak namanya tu.

Kenapa adik Faris dimasukkan di situ dan mengapa mereka merayukan bantuan, semuanya dah dijelaskan sejelas2nya.

Tidak semestinya sumbangan yang dihulurkan berbentuk wang ringgit. Doa itu juga satu sumbangan. Berdoalah untuk dia. Berdoalah untuk diri sendiri.

Imam al-Bukhari menulis “Bab Du’a al-’Aa’id lil Maridh” (Bab Doa Menziarahi Orang Sakit) dan menyebutkan hadis Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).


Note : Hanya lakukan apa yang termampu.

Monday, February 20, 2012

Pernah Tak ???? (Eleeehhh... jgn nak tipu)

Aloha....

Korang pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali,
menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi. (Siyesly... air milo yg dorang kasi dlm cawan kecik ni mmg betul2 kaw... Bila beli, hampeh...)
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia
mati.

Betul tak? Betul tak?

Tak nak ngakulah tu.....

Note : Menghepikan diri di hari Senin....

Friday, February 17, 2012

..sambungan... dah lama aku tunggu tau

Ok.. tajuk diatas sambungan tajuk entry sebelum ni. Tadi memang nak cerita tapi tiba2 hilang mood.

Dalam ini cerita, aku tak tunggu sesiapa pun. Dan aku tak tunggu sesiapa pun atas katil tu. Jangan nak advance sangat pikir bukan2 yer...

Aku telah direhatkan atas katil dan tidak boleh kemana2. (Kononnya lah....) Tak tau bila org takde je aku mula bermaharajalela dalam rumah ni.

Ingatkan macam best je dapat melingkau atas katil kan. Masuk hari ke 2, dah jadi macam cacing menggelupur.

Apa yang aku tunggu?

Aku kasi hints ye... Junior dah nak masuk 14thn. So, kalau korang, rasa2nya rindu tak nak pegang baby?

Dulu ye aku bukan setakat rindu, tapi dah kemaruk sangat nak kan baby. Berpuluh ribu habis tapi itu semua kerja DIA kan...

Last2 aku dah tak ambik kisah lagi. Lantaklah.....

Tup tup hari tu perut aku sakit. Sebelum2 tu belakang aku sakit. Sangat2 tidak selesa sampai aku beli PB. Bila pakai PB tu aku rasa sangat2 selesa.

Tiba2 aku period after delay seminggu. Period yang sangat2 luar biasa. Aku jumpa doctor sebab semata2 nak ambik MC je. Aku tak rasa sakit cuma sangat2 tidak selesa. Mula2 doctor suspek fibroid then dia suruh scan.

Masa scan tu :-

Doctor : Ini bukan period.

Aku sudah mula cuak... Aku cuma nak MC je takdelah sampai nak scan2 bagai.

Doctor : You tak tau you pregnant ke?

Aku : WHAT!!!!!!!! you must be kidding.

Doctor : See... you nampak tak black spot tu (referring to the scanner - nati aku upload gambar scan). Tapi dia dah betul2 kat pintu rahim. Dah nak keluar. After seminggu kita scan balik if tak keluar, kena buat D&C.

Aku : (*aku masih blur...) Meaning, saya masih boleh pregnant?

Doctor : Yup. Lepas ni kita start balik procedure, then kena jaga betul2.

Doctor ni memang tau kes aku. Aku memang selalu refer kat dia. Tapi nak mulakan balik procedure tu, aku rasa macam...... alamak, penatlah. Betul2 kena kuatkan mental. Tapi since dah jadi macam ni, chances aku untuk pregnant lagi sangat2 besar.

Tulah kan... dah lama aku tunggu saat2 ini tapi malangnya aku tak sempat nak nikmati saat2 itu.

Bila pikir2 balik, memang sudah ada tanda2 tapi aku je yang tidak ambik peduli. Dulu pun pernah jugak ada tanda2 mcm ni tapi hampeh belaka.


Note : Gila tak frust!!!!

Dah lama aku tunggu tau

Aloha...

Hari ni masih lagi berada diatas katil. Aku guling2 ke kiri, aku guling2 kekanan. Rasa nak melompat2 pun ada. Sesekali selak langsir dengan kaki. Pas tu capai roti sapu nutella or peanut butter. Makan separuh. Sangat2 membosankan......

Dah lah... malas pulak nak citer. Esok je lah.

Tapi yang pasti hati dah meronta2 nak keluar.

Saturday, February 11, 2012

Kesian dia

Aloha...

Kemana hari ni? Pejam celik, dah habis hari Sabtu. Esok Ahad. Lusa Isnin. Oh TIDAK!!!! Nehi.. Nehi...

Hari ni habis macam tu je. Aku kehulu kehilir tanpa tujuan. Tiada siapa mau dijumpa, tiada siapa mau diajak bicara.
Dua2 darling sudah ada aktiviti masing2. Biasalah si bapaknya kerja. Si anaknya ada kursus sehari suntuk. Kursus kepimpinan melalui teladan untuk pengerusi/naib pengerusi/setiausaha kelab/persatuan. Si junior ni naib pengerusi kelab Sains & Maths. Macamana dia boleh pilih kelab tu aku kurang pasti. Itupun nasib baik 1 murid, 1 kelab & sukan. If not, aku berani jamin dia akan masuk semua. Gila glamour mamat ni. Kalau aku dulu cari yang senang2 je. Janji ada masuk sebab wajib.

Esok ada training kat padang lagi. Tapi pegi sekejap je kot (katanya sekejap tapi bila dah kat padang, tak hingat hari). Isnin dia dah start latihan pusat kat Gombak Setia selama seminggu sehari suntuk. Mak aiiiii...... makin golap anak bujang aku. Tadi cikgu dah kol kasi tau schedule. Nasib baik cikgu yang hantar pergi balik.

Lepas habis seminggu training, baru ke SB untuk lawan... Duduk sana 4 hari.

Ok... aku sudah mula mencari2 homestay sekitar area sana.

**Iklan : Min 49 - MU 2 -0 LIV**

Dan aku juga sudah standby sunblock untuk aku & junior. Golap yang dulu pun tak cerah laie. Kalau aku tak pegi kang tak syok jugak sebab aunty & uncle dia dah plan nak pegi.

Semalam cikgu dia dah kol daddy dia kata Isnin ni ada penyampaian medal masa perhimpunan. Ekceli medal tu akan di kasi pada perhimpunan pagi sebab yang dapat hari tu 2-3 orang senior. Dan cikgu akan umum nama dia je untuk sesi pagi tu tapi medal cikgu akan kasi masa perhimpunan petang sebab dia sorang je yg dapat. Tapi tadi cikgu kol balik kata tukar pulak. Dia akan ambik time pagi jugak sebelum cikgu hantar pergi training kat Gombak. Frust jugaklah mamat ni sebab kalau boleh dia nak ambik depan kawan2 dia. Pagi tak ramai kenal dia. Cikgu pagi pun tak kenal dia. Dia kan gila glamour. Alasan dia, dia nak semua cikgu2 kenal dia. Dan yang penting, dia nak tunjuk kat cikgu ***** yang dia bukan ponteng kelas. Dia bengang bila 1st day dia masuk kelas lepas tournament tu dia kena sound cikgu tu sebab selalu tak datang. So tak dapat siapkan homework. Sorry... aku tanak masuk campur. Lu settle lah sendirik dengan lu punya cikgu.

Citer pasal kelas.... minggu lepas tak masuk sekolah seminggu. Esok tak masuk lagi seminggu. Lepas tu lagi seminggu. Amekau!!! 3 minggu tak belajar. Harapkan belajar malam je. Nasib baik masih awal tahun. Itu pun dia dah mula gabra.Masuk sekolah je esok dah exam pulak. Ish... ish.. ish... tak dapek den nak nolong.

Memang penuh lah schedule dia. Belum lagi nak citer sal kelas muzik dia. Ini baru bz takat ni. Biarkan dia rasa. Esok dah time kerja baru dia tau penat lelah. Kalau tak, melengkau depan TV tengok kartun Disney. Umur dah kategori remaja tapi masih boleh layan kartun Disney. Dengan aku sekali kadang2 terjebak.

Note : Tak sabar tunggu PB aku... Bila laa nak sampai.

Friday, February 3, 2012

My Robin Hood

Aloha....

Setelah 4 hari darling jr berkampung kat tengah padang akhirnya selesai sudah pertandingan memanah daerah Gombak. Phewwww.......

Lega... sebab dengan aku sekali berkampung kat sana. Tapi aku berkampung hanya untuk 2 hari aje. Tapi sudah cukup menggelapkan kulit aku yang tak berapa nak cerah ni. Kalau tengok si junior lagilah.....

Bak kata T-Zack.... 'Abang, kaler kita dah sama lah...'

Ini Tzack

4 hari dia berjemur telah mendatangkan hasil. Akhirnya dia terpilih jugak mewakili Gombak untuk MSSS. Diperingkat ni, dorang akan dipilih untuk wakil Selangor pulak. Tapi itu mungkin lambat lagi akan terjadi. Sebab untuk ianya jadi kenyataan, dia kena berentap dengan daerah Klang yang memang hebat. Dia kena jumpa shooter dari Langat yang sememangnya tiada tandingan. Tapi takpe.... baru 1st year. Esok dorang2 tu dah melebihi had umur, time tu dia lak ambik alih. Insyaallah......

Masa peringkat Gombak tu dia dapat 4 medal. Untuk 60m dia dapat tempat ke 2. 50m ke 3 dan 40m ke 4. Untuk 30m dia tak dapat apa2 sebab memang ke laut dia shoot. Makin dekat lagi dia tak boleh shoot. Overall untuk individu bawah 15thn dia dapat no 3. Kalau ikutkan score dia, dia boleh dapat place untuk acara group tapi sebab tak cukup sorang (sekolah hanya hantar 2 org) dia tak layak untuk acara group. Kesian dia... dari 1st day tu dia dah demam. Demam pun demam lah. Nak buat macamana, shoot jugak lah.



Minggu depan dia sudah mula latihan pusat di Gombak. Pasal ni belum buat arrangement lagi siapa yang kena hantar, tunggu & ambik dia masa training tu. Dia kata cikgu yang akan hantar. Tapi bila pikir2, takkan cikgu nak berulang alik hantar dia sorang.

Hari tu sekolah dia hantar 8 org tapi hanya dia je yang dapat ke peringkat MSSS. Tapi yang bestnya untuk overall result, no 1 sampai 7 sumer dibolot oleh budak2 kelab Wira. Dan paling membanggakan bila ramai parents dan coach dari kelab Wira turun padang kasi sokongan. Diorang memang betul2 serius mahu budak2 kelab dapat place untuk peringkat lagi tinggi.

Congrats guys


Lagi 2 minggu dia akan berkampung di Sabak Bernam pulak. 1st time akan berjauhan dengan dia. Harap semuanya akan ok.

Note : aku je yang macam tak ok

Thursday, January 19, 2012

ONE SELAYANG APARTMENT FOR RENT (update : TELAH DISEWA)

Aloha...

Ok... sori, sori....
Tadi kata nak bercuti blogging. Lepas up post ni baru start cuti tapi tak tau berapa lama.

Ni ha.... aku nak sewakan Apartment ni. Sudi2kan lah yerk....


2nd floor.
Basic unit with fan.
Moving in condition.
3-5 mins to Selayang Hospital, Selayang Mall, Mydin, Selayang Capitol.
Walking distance to UITM Selayang.
Mini Market, Laundry, Mamak Restaurant, Malay Restaurant, Pharmacy.
Access Card.
Easy access highway to KL, Kepong, Rawang & LATAR.

Back to basic

Aloha....

Ish... ish.. ish... malas sungguh nak bersiaran. Nasib baik tiada yg memfollow.

Bukannya takde citer. Melambak2 citer nak di kepoh kan disini. Tapi bila pikir2, citer aku tak lah segempak citer org.

Aku takde bende mahal yg nak tunjuk kat sini.
Kalau ada pun aku hanya beli 1 je. Aku tak mampu nak beli banyak2.
Aku tak jalan pegi obersi nak citer kat orang.
Kalau ada pun hanya pegi PD.
Laki aku bukan pangkat besar pun utk aku gebang kat orang.
Kalau Yang ada pun hanya keje bank tempatan.

Tak menarik pun nak cerita, so elok je lah aku senyap buat sementara waktu kan....

Ok, hari ni masuk hari ke 5 aku tidak menggunakan henpon. Bukan tidak menggunakan myberryitam tapi tidak menggunakan henfon lansung. Erti kata lain, tiada telefon tangan. Kamu boleh gitu? Aku boleh. Sambil2 tu boleh mogok nak dapatkan aifonfo.

Ya... hari pertama, kedua, ketiga... ada sedikit sengsara di situ. Tapi sekarang aku sudah biasa. Myberryitam ada dalam genggaman darling junior. Bukan setakat myberryitam aje, tapi dengan sim card sekali. Bila ada kol or sms dia akan kasi tau. Kalau rasa2 macam penting, aku kol balik.
Boleh pun hidup tanpa fon kan....

Sekarang sedang berkira2 mau tutup saje account fesbuk. Saje mau mencuba.

Untuk blog ni, kalau boleh ditutup, mungkin juga aku tutup buat sementara tapi aku rasa tak mungkin boleh kot.... Ntah lah, aku tak tau. Nanti kena tanya sifu dulu.

Semua ini di buat bukan sebab faktor2 luaran tapi hanyalah kerelaan diri sendiri. Sebab, pada suatu hari yang hening aku tiba2 terpikir......

'kalau dolu2 boleh hidup tanpa bende2 canggih ni, knp tidak sekarang...'

aku mahu cuba mengurangkan penggunaan gajet2 zaman sekarang.

dan aku hanya kesiankan pada ozon yang semakin menipis.

Sekian.....

Note : Ingin bercuti sehingga ada cerita yang betul2 gempak

Sunday, January 8, 2012

Kembali bersiaran

Aloha....

See.... berapa berapa banyak sudah rugi bila hidup ni takde komputer/laptop/iPad atau yg seangkatan dengannya....

Tahun baru..... tak dapat nak menghapdet apa2 sempena tarikh 1/1/2012.

1st day anak sekolah.... tak dapat nak feeling2 jadi mummy mithali, citer pasal anak 1st day masuk sekolah. Walaupun dah besar gedabak, tapi still nak citer jugak hoccay.... Masuk kelas 1 lg antara 14 buah kelas... (org boleh citer knp tidak aku... kennnnnnnnnnn...).

Bil.... Segala bil tertunggak sudah. Bila bank kol dengan selambanya...."Sori my laptop rosak. I can't pay online". Tak cakap apa dorang.

Gambar.... banyak tempat dah round, banyak gambar dah snap, tapi tak dapat nak upload....

Dan banyak lagi lah bende tak boleh buat tanpa bende ni.

Sekarang, dlm otak ni macam puting beliung. Berlumba2 cerita nak kasi keluar. Macam2 nak hapdet kat sini, tapi....... MALAS LAH PULAK...... kejap lagilah kalau rajin. Esok rasanya idak lerr... Almaklumlah... masuk je ofis esok, terus tak dapat buat apa. Dah jadi macam robot dok mengadap komputer & list2 data yg nak kena test utk sistem baru tu. Paling hampeh bile org yg kena kaver keje kite, pemalas... .APTB!!!!

Anyway.... HAPPY NEW YEAR... (relevant lagi tak nak wish??)

Note : Oh ya... credit untuk junior sebab gajet ni junior yg punya.... Pinjam je.