Tuesday, November 26, 2013

Good luck


 
Good luck darling.....
 

 




Semoga dipermudahkan......

update :- jam 10am - junior masih gigih berjuang di dalam manakala mak nye dari tadi asyik mentedarah.... ai nerbes u......

update :- jam 10.30 - selesai bab pertama

 


menjelang petang, habis sumer kuku kena kokak....
 
 
update :- jam 11.30 - anak masih gigih memerah otak di dalam. Mak nye pulak sibuk memerah otak macamana nak jawab kat bapak nye kalau2 terbeli bende kat bawah ni. Ini item yang ke 18 aku dah survey tapi balik2 yang ni jugak diulang tayang...
 



padahal.......

yang bawah ni baru dapat semalam...

 
 
update :- jam 12.20 - solosai sudah perjuangan dia..
 
Wish him luck....
 
 




Thursday, November 21, 2013

Mistik

Aloha....

Sana sini citer sal hantu. Paling trending buat masa sekarang ni, kesah Villa Nabila. Aku tak tau kesah mulanya.... Jarang tengok berita, sampai rumah berita jam 8 dah habis. Nak tengok berita omputih, dah tengah malam sangat. Nak baca, lagilah idaknya.. Aku pun tak tau kisah ni ada masuk berita ke tak.

 
Mula2 aku tau, dalam twitter. Dah jadi trending. Ingatkan filem  David Teo... Pastu terbaca dalam fesbuk. Huishhhh... dahsyat giler. 30 orang masuk, 7 je dapat keluar. Yang lain tinggal suara je....

Berantu betul villa tu. 

Then aku mula lah berminat nak gugel kisah villa tu. Makin banyak aku gugel, makin banyak lak version yang keluar...

8 jam waktu keje, 5 jam aku dok mengadap cerita2 mengarut tu. Buang masa kan...

Last2 semalam berita budak yang hilang tu dah jumpa.... Sorang je... Gempaknya bukan main. Dah tu jumpanya bukan dalam villa tu. Jumpa kat rumah kawan. 

Bengongkan?!! Muka selamba badak je bila wartawan interview. Time mak dia cium2 tu rasa nak bagi penampar je... 

Ada banyak sebab kenapa dia patut kena lempang laju2...

1) sebab dia dah menyusahkan mak dia
2) sebab menyusahkan team polis
3) sebab dia, ramai orang jadik percaya dengan bende2 karut.
4) sebab dia bagi aku bukanlah anak yang baik. Jadahnya baik kalau dah lah tak balik, tak inform family lak tu.
5) sebab dia dah tau orang cari dia tapi dia buat bangang jer... samalah dengan kawan dia, family kawan dia yang dia tumpang tu... 1 pakej lah tu menyusahkan orang.

Ish ish... aku lak emo lebih. Mulanya aku tak kisah bila dia dah jumpa dan kat mana dia jumpa. Tapi bila tengok mak dia cium2 & peluk2 dia, time tu rasa darah naik kat kepala... Time tu jugak timbul keinginan nak lempang dia.  

Argghhh.... biarlah. Anak dia.... Mungkin anak manja dia. Aku pun ada anak, so tutup citer.

Update :- 22/11/13 - Dengan rendah hati aku mintak maaf lah yer sebab teremosi di atas... Sebenarnya adik Izzat yang hilang dalam wayang mistik ini adalah OKU @ orang kelainan upaya. So, memang tak wajarlah untuk menyalahkan dia dalam kes ini. Untuk berita seterusnya sila baca sini .
 
Kalau nak citer pasal mistik ni, memang syok. Antara percaya atau tak aje. 

Aku pulak memang bukan jenis mudah percaya. Walaupun boleh dikatakan pernah kena. Adatlah dulu duk asrama, so version lagi hebat pun aku pernah dengar.

Even sekarang ni pun, dah kena batang idung sendiri pun, aku masih boleh bertolak ansur dengan 'bende2' itu. 

Dulu masa duduk rumah lama, aku pernah nampak 'bende' bertenggek kat syiling rumah. My laling kata aku mimpi spiderman.

Rumah sekarang pun pernah kena jugak. Nak2 time aku demam.

First day bermalam kat rumah tu, aku dah dengar orang mengilai. Tapi aku anggap je lah itu orang tengah ketawa mengilai2 sebab zaman sekarang ni ramai dah yang ada potensi jadi pontianak sebab tengah2 orang ramai pun nak ketawa mengilai2.

Setakat kelibat2 tu, dah biasa kot. Setakat pandang je lah. My laling kata, bayang2 dia je tu. Dia bela antu raya agaknya, dia ada kat luar bayang dia ada kat dapur.  

Kalau bab cakar2 pintu dapur tu pun dah kira selalu dah dengar. Bila bukak, takde sape. My laling kata, kucing tu... Yelah, sampai kucing aku pun dah terikut2 mencakar pintu bilik dia.

Baru2 ni, ada 'bende' tarik kaki aku. Mula2 aku ingat mimpi. Tapi selang berapa hari, kena lagi time aku belum tidur. Time tu jugak my laling ada. Dah aku melompat atas dia, terkezut mak. My laling kata dia yang pegang. Boleh?!! Tangan ko boleh sampai lah kat kaki aku... Esoknya kat ofis, baru perasan kaki aku lebam. Elok je lebam keliling atas buku lali tu macam gelang.

Esoknye dan hari seterusnya, my laling tidur kat kaki aku. Nak jaga kaki aku katanya....

Baru2 ni jugak, sliding door bilik aku bergoncang. Time tu my laling kat luar. Aku bbm dia, dia cakap angin kuat nak ujan. Make sense... tapi kenapa pokok buluh depan rumah tak goyang2?

Pe'el aku satu je.... time2 kena tu rasa jugak cuak. Tapi esoknya dah buat selamba balik.  Selagi dia tak tunjuk muka, aku ok je.

Dalam pada my laling tak percaya tu pun rupa2nya dia ada jugak menanya & cerita kat orang2 yang arif pasal ni.

Kononnya..... (kononnya!) kawasan tu ada jugak kerasnya. Lepas tu, kononnya ada orang cakap, kalau tetiba je ada dengar orang main guli, maknanya 'bende' tu tengah main guli. Errr??? Tiap hari aku dengar orang main guli tapi anak cikgu sebelah rumah yang main.

Ha... ni lagi satu aku pernah nampak mata kepala aku sendiri. Duit syiling jatuh dari atas. Tiba2 je jatuh depan aku seposen. Seposen je yang dia kasi? Jatuh kanlah duit kertas Ringgit Malaysia sekepok ke..... Jangan duit daun pisang pulak.

Lepas aku cakap yang guli tu anak orang sebelah main, aku cakap jugak pasal duit seposen jatuh tu. Dia kata, itu pun salah satu kot.. Lerrr.... percaya pulak dia... Konfius aku.

Dia kata nak panggil orang tengok2kan rumah tu. Aku kata tak payah lah. Pasang je cctv....

Bukan tanak percaya tapi malas nak percaya... Kalau dilayan sangat 'bende2' gitu, memang tak kemana dan tak boleh buat apa.

Aku tau ramai yang percaya, itu ikut masing2 lah. Jangan taksub sudah. Dan peringatan untuk aku jugak, jangan percaya tapi jangan takbur.



 

Wednesday, November 20, 2013

Sunday, November 17, 2013

Dinner for my love - lamb grill

Aloha.....



Ini je yang mampu kami makan malam ni. Lamb grill with grilled potatoes + carrots + onion + japanese cucumber with mayo.

"Ini je yang mampu....." - statement kojaq namanya ni....

Ok, malam ni tak makan nasik. Lusa semalam dah makan besar. Ada orang belanja seafood. Semalam balik kampung, pun makan besar siang dan malam. Pagi tadi, belasah nasik goreng....

So, tengahari tadi dah tak larat masuk nasik. My laling2 tapau nasik masa on the way balik. Hari ni tak sempat lunch kat kampung sebab my mom nak gi kenduri. Aku....? Mekdi jew...... 

Malam, permintaan tak agak2 dari my laling jr. Barang ada, bisa di atur. Kentang ada 2 bijik, carrot sebijik, bawang pun tinggal sebijik. Ada pulak timun jepun yang aku beli konon2 nak buat vege salad. Lamb tu pulak memang beli yang dah siap marinated kat Giant. Semua barang2 yang lain kecuali timun, aku marinate sekali dengan lamb. Timun gaul mayo je.

Maka.... jadi lah santapan kami malam ini. Lepas tu pekena pulak Musang King.

Pergghhh..... nikmat dunia.


Tuesday, November 12, 2013

Dah agak dah...

 
Aloha...
 
Ahad lepas my laling jr dapat pelepasan keluar. Itupun sebab pegi dengan kakak dia. Ke KLCC tu....
Ekceli ada motif dorang tu. Seminggu awal dah buat plan.
 
Rupa2nya ada Korea fair or K-Pop fair apa ntah.
 
Malam tu masa ambik dia aku tak sempat nak tanya dia kemana, beli apa, buat apa bagai.... Migrain.
Tau2 kat instagram dia......
 

 
 
Amboi2........ Tak marah ye..... tunggu......
 
Aku dah agak dah. Mesti ada beli2 punya... Nasib baik lah ur mommy ni migraine hari tu. So, tak sempat nak mengaudit. Semalam pulak balik lambat, tak sempat jugak nak tanya apa dia beli.
 
Takpe... hari ni ur mommy free...............
 
Ni ikut perangai sapo la nih dah pandai menyopping.... (*cekak pinggang pandang kiri kanan).
 
 


Monday, November 11, 2013

Sihir.... mainan syaitan

Aloha...

Tetibe nak citer sal sihir...

Kenapa? Dah pernah kena ke?

Ish ish ish... tak sayang mulut betol!!!! Errr... tapi.... entahlah....

Cuma semenjak dua menjak ni selalu sangat terdengar pasal orang kena sihir, orang percaya bomoh dan macam2 amalan pelik.....

Aku?

Nak kata percaya tu, tidak lah sangat. Tapi nak takbur sangat pun tak boleh.... Cuma yang aku tahu & percaya, ALLAH Maha Berkuasa.

Tadi dapat 1 email from fren pasal sihir. Something nice to share.... So, rajin2 kan lah membaca :-

Kopipes :-


Segalanya tentang SIHIR - Ustazah Dato’ Dr Fatima Zahra


Ni nota yang sempat dicatatkan dari kelas Ustazah Dr Fatma El-Zahra. Beliau bercakap mengenai sihir. Sambungan dari kelas beliau sebelum ini. Dr. Fatma amanahkan anak murid dia untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. So, I want to share this knowledge to you all, since kita pun terdedah dengan perbuatan sihir ni everyday.

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu etc. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.

Bagaimana kita nak tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelikat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.

gambar sah2 cilok dari goole
 Bagaimana kita tahu kena sihir?

 1. Cannot sleep at night - (Bukan sebab tunggu laki balik)

2. Suka ketawa sendiri  - (Bukan sebab tengok Running Man)

3. Tak suka mandi  - (Bukan Kambing)

4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!  - (CHOYYY!!! Ini ai terasa u….)

5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama. - (Ini pun I terasa jgk…)

6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!  - (Tak pernah pergi kelas bahasa))

 Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

 1.Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!

Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi  ‘aliiyil ‘azhiim

 Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya mel ain kan kehendak Allah. Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak? Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don’t just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

 2. Turut perintah Allah.

 Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka  melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don’t prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

 3. Lebihkan zikir.

Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari “
Aamanarasul. …”

Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.

                Note! : “Arasy” atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

 4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!

 5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

 6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

 7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah  Al-Kauthar.

 8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.


Wallahualam.....