Wednesday, July 5, 2017

Raya trip to Perth - Part 1

Aloha...

Dah habis raya? Belum lagiiiiii... Raya tahun ni kitorang buat perangai. 1st raya je kitorang beraya lepas tu pause kejap...

Ni baru nak sambung balik beraya.

First week Syawal orang sibuk beraya, aku sibuk berjalan anak beranak..

Kemana?

Ke bumi Australia. Tapi pegi part yang paling dekat dengan Malaysia je lah. Perth...

Mula nya memang aku anak beranak takde lah plan nak pegi tapi dah semua family aku (mak & adik beradik) takde sini, aku nak raya dengan sape. Baik ikut je raya sama2 kat sana. Kena pulak hari pergi tu birthday aku. Celebrate di awan biru lah..

Kami pergi sana pagi raya kedua (26/6/17) Flight Malindo jam 8am. Gigih keluar rumah kul 4am sampai airport kul 5 lebih. Dapat lah lepak2 sat kat KLIA. Boleh check in awal.

Bila semua dah ada (13orang) kami solat subuh & breakfast. Then baru check in.

Nasib baik jugaklah kami check in awal sebab ada pulak insiden kat imigresen. My mom punya passport tak boleh baca kat laluan scan. Dia kena pergi kaunter. Aku memang kena pergi kaunter sebab bawak my laling princess. Lepas tu anak saudara aku pulak tak lepas. Yang ni nampak macam kritikal sikit. Mak bapak dia sumer dah lepas masuk dah.

Lepas tu dia keluar dari kaunter tu. Rupa2nya sangkut sebab PTPTN..

Terkejut lah mak pak dia sebab dia pun mana habis belajar lagi. Then dorang takde pun apply PTPTN sebab dia dapat MARA. Tapi sebab nak setelkan jugak time tu, bayar jugak on the spot. Nasib baik kakak imigresen tu kasi no kaunter PTPTN KLIA. Nasib baik kaunter PTPTN bukak 24jam tapi tak boleh bayar cash. Nasib baik boleh bayar guna credit card. RM4900 nak kena setel. Kalau tak, tak lepas imigresen. Derang kata ramai yang tak lepas. Merayu macamana pun derang tak boleh tolong kecuali bayar. 

So sape2 nak pegi oversea, make sure bayar PTPTN ye... Bayar je berapa mampu janji bayar.

Balik pada citer anak saudara aku tu, lepas dah setel bayar & dia lepas masuk kakak ipar aku apa lagi, call kolej lah. Rupanya kolej tak update PTPTN yang budak ni dapat sponsor MARA. Lebih kurang macam tu lah story dia. 

Flight 5jam 45min. Kami sampai sana lebih kuran kul 2pm. Shuttle yang ambik kami kat airport ke apartment dah tunggu. 

Sana sekarang ni winter. Sejuk nyaman. Nama je winter tapi takde lah bersalji ye. 

Suhu siang dalam 12 - 17 celcius. Malam pulak boleh jatuh bawah 10 celcius. Alhamdulillah time kami pergi tak hujan. 

Kat sana memang rasa nyaman, damai & relax. Traffic pun tak sesak. Walaupun office hour sana sama macam kita, tapi tak nampak bila peak hour derang. Mungkin kebanyakkan orang2 sana jalan kaki or naik basikal so takdelah sesak. Public transport pun banyak. Ada bas & train. Bas ada yang free ada yang bayar. Tapi kami tak merasa pun naik bas / train sebab kami stay kat town so boleh jalan kaki.  Lagipun kami sewa kereta sana & drive sendiri.

Drive kat sana pun relax. Driver sana behave. Bayangkan kalau ada yang tak sedar traffic light dah tukar hijau sebab asyik dengan henfon, driver belakang tak akan hon. Derang akan tunggu. Kalau kita nak cross jalan, lebih2 lagi bawak baby / orang tua, derang akan stop kereta kasi kita cross. 

Tapi kat sana jangan sampai kena saman ye... Sekali kena terus AUD $500. Bayar on the spot katanya. Boleh guna debit kad or credit card.

Sana memang hidup dorang guna debit / credit card. Sampai parking pun boleh caj kad. Kalau beli groceries pun ada tempat yang takde cashier. Ini masa aku pergi K-Mart kat Mirrabooka town. Ala2 Tesco or Aeon Big lah lebih  kurang tapi banyak supermarket. Kita yang kena scan barang, masukkan dalam plastik then caj kad. Tapi make sure ye dah scan terus masuk plastik & jangan sekali2 try tak scan barang tu ye. Tak tau lah apa akan jadi sebab aku pun taklah try buat macam tu.

Barang kalau ikut duit derang, memang murah. Tapi janganlah nak convert duit kita. Memang terasalah mahalnya. 

Thats all for now. Ni aku cerita intro dia je dulu. Lepas ni aku story iternary kami pulak. 

Adios....







Friday, June 2, 2017

Tak yah tajuk2 na....

Aloha....

Miss me? Pliz dont lah... Shy2 akak...

Entry takde tajuk ni selalunya banyak benda nak story. Tengoklah ye sampai mana aku larat nak type.

Sebab lama sangat tak menyinggah sini, dah macam tak reti pulak nak start. Since bulan berapa hari ye.......

Oh ya... Since March. Now dah masuk June. So kita skip skip story bulan April & May.

Tunggu...... akak tengah cari idea nih. So intro kena panjang sikit.

Now dah masuk bulan Ramadhan. Seperti tahun2 lepas, azam untuk tidak membeli2. #30dayshomecookingchallenge kononnya. Lagipun apa yang nak dibelinya kat area rumah ni.... Orang menjual pun berapa kerat je. Nak menyinggah mana2 memang tak sempat lah. Padahal sama je time balik macam tahun lepas.

Ramadhan kali ni complete kami 4 beranak. Dulu kan my laling jr sekolah jauh. Last year dia kat kolej. Tahun ni ngam2 dia dah habis, tengah tunggu result. 

Dia nak kerja sementara tunggu mana2 intake bulan September. Tapi daddy dia kata tunggulah lepas raya. Nanti dapat kerja shif leceh pulak time puasa ni. Lepas tu cuti raya nanti entah dapat ke tak. Dah lah plan raya jauh kali ni. Nak beraya di perantauan...... Ahaks.... Nanti akak kirimkan ucapan raya dari sana ye.

Ok, back to cerita puasa. 

Minggu pertama puasa ni, rasa macam relalx sikit. Balik pun tak terkejar2. Nak2 berapa hari tu petang je hujan lebat.

Mana tak relax, sampai je semua dah ready. Nasik dah masak, lauk dah siap, my laling princess dah ambik.... Semua tu kerja anak bujang tu lah. Tah apa angin dia dapat syok masak. 

Tiap hari, time berbuka je, dia dah tanya esok nak makan apa. Kalau takde barang, dia pergi beli. Tengah syok drive.

Since daddy dia tak makan nasik sejak 3-4 bulan ni, so menu kitorang lah yang tentukan. Daddy dia hanya makan lauk je. Tu pun selang2 hari buka dengan kami sebab berulang rumah mak dia.

Menu minggu ni :-

Isnin - Ayam masak lemak cili padi. Yang ni dia call wan dia tanya resepi. 


Selasa - Sweet sour bawal & sayur sawi. Dia sempat goreng ikan je pas tu aku sampai, sambung but sos. Then dia goreng sayur.

Rabu - Tomyam goreng ala2 paprik. Aku buat kue teow. 

Khamis - Kari ayam & butter chicken. Yang ni aku kagum sebab memang marveles kari dia. Macam kari maktok. Refer kat google je. Aku pun tak pernah buat kari ayam hoccay. Tak pernah lansung..... 


Jumaat - Tomyam campur & kuih..... serius tak tau apa nama. 


Dia tunjuk gambar dalam ig, nampak macam lompat tikam yg hijau tu je. Makan dengan roti kukus. Aku tukang kacau je tapi sampai sudah tak pekat2. Something wrong somewhere i think. Even dah masuk kan tepung pun tak likat2. Last2 jadi macam kaya. Dah makan, sedap jugak. 

Esok konon2nya nak buat ayam panggang ala2 kenny rogers or percik. Sebab kesian daddy dia asyik dok makan ikan bakar je kan.... 


Huntunglah aku..... Oopppss... daddy dia kata bulan ni aku yang kena kasi allowance kat mlj sebab dah ambik alih tugas aku.

Adios...







Thursday, March 9, 2017

Surat untuk Azim

Assalamualaikum anak ibu...

Hari ini, waktu ini, 11 tahun yang lepas...

Selamat ulangtahun yang ke-11 sayang. 

Ibu ayah abang & adik sihat2 saje. Bagaimana Azim? Rindu kami?

Dah 11 tahun Azim tinggalkan kami. Tapi tak sedetik pun ibu lupakan Azim. Mana mungkin ibu lupakan anak ibu kan...

2 hari lepas anniversary ibu & ayah yang ke 20. Doakan kami ye sayang... Moga ibu & ayah dapat jumpa Azim disana.

Abang & adik seperti biasa... Abang sibuk belajar, adik sibuk main. Doakan untuk mereka jugak ye... Nanti bila dah sesuai untuk bawak adik visit abang Azim, ibu akan bawak dia. 

Azim jangan lupa kan kami... 
Kami sentiasa rindukan Azim.
Kami sentiasa sayang kan Azim.

Tunggu kami ye sayang....











Wednesday, March 8, 2017

Anniversary

Aloha....

Semalam anniversary hakak yg ke......




Yang penting my laling & laling jr tak lupa. 

Seperti biasa takde lah beria sangat celebrate nya. Takde cuti2 pun sebab plan next week nak cuti. Maybe time tu kot pegi jalan2.

Balik kerja, pergi dinner. Thats all....

Kali ni dinner dekat2 je sebab sampai rumah pun dah pukul berapa. Rumah hakak jauh hoccay kalau nak keluar balik pergi dinner tempat grand2. Cari aje apa yang ada di sekitar rumah. Janji tak kena masak.

Kali ni pegi sini..... 






Ada set yang macam kat atas ni. Aku & laling ambik macam kat bawah. Sizzling lamb black pepper & Mushroom chicken grill. Kenalah dengan tekak walaupun nampak sikit tapi terasa jugak lah kenyang. Dengan syarat kena makan all the vegies kat plate tu. Selambak salad...







Ni antara menu2 yang ada. 
Aku tak sure bukak kul berapa tapi selepas pukul 7pm takde nasik ye... Sebelum tu ada. Lupa nak tengok menu nasik.



Budak ni makan mushroom soup. Feveret dialah tu. 

Dia ni ada, memang tak lah nak feeling2 dating. Nasib baik behave.

Hadiah? 

Hakak tak dapat lagi. Dia kata next week. Taktaulah apa yang dapat. Yang pasti, mesti dia tengah pening kepala pikir nak kasi apa sebab aku dah kasi dia.....



Asyik dok usha jam aje... Pas tu bila nak pakai jam lama kena ketuk2 dulu sebab jarum jam tersekat kat jarum yang dah tercabut. Biasalah kan jam lelaki banyak sangat jarum.. Jarum minit, saat... Pas tu ada pulak kat tepi macam jam kecik, ada jarum lagi. Tah ada fungsi ke tidak benda tu.

Nah ambik lah jam baru... Memang suka sangat2 lah dia. 

Lagi surprise bila aku beli direct hantar kat staff dia sehari sebelum anniversary dengan pesanan pagi2 letak atas meja dia tanpa pengetahuan.

Tapi biasa lah.... Berurusan dengan mamat yang memang tak makan arahan, kasi terus depan2 staff lain... dengan satu tujuan.....

Nak membahan secara berjemaahlah. Apa lagi.....

Nasib lah yang oiii dapat staff cenggitu.








Sunday, January 22, 2017

Haluuuu...

Aloha...

Haluuuu.... Hakak is back. 

Sori dek non... hakak is malas sangat2 nak menghapdet. Faktor umur? Ehh... dak aih... Tabaek tau cakap cenggitu.

Biasalah sekarang ni, anak dara dah bijak sikit, fon ni dah macam jadi hak milik kekal dia pulak. Layan Youtube kids je lah kejenye.

Dulu dok keje kan Youtube, tapi penat haih nak pantau. Mengarut2 kadang2 aku tengok video dalam tu. Tajuk macam untuk kids tapi citernya macam haram je tak senonoh.. Baik korang check apa derang tengok. Nak2 kalau video Elsa & spiderman tu. 

La ni icon Youtube tu aku sorok, pas tu aku download Youtube Kids untuk dia. Yang tu memang selamat untuk kanak2. Dan korang boleh buat setting untuk tetapkan masa berapa lama derang boleh mengadap video2 tu. 


Ni citer2 yang recommended. Like upin ipin, boboy, marha & bear...



Ni music video. Didi & friends, family finger... banyak lagi lah...


Yang ni learning video... Macam tak pernah je aku tengok mlp main. Tak jumpa kot.



Ni explore... Aku tak tau apa dia. Takdan nak explore..

Itu salah 1 sebab lah kenapa lama aku tak bersiaran.

Sebab lain selain malas.... aku busy lately. Bila ada masa terluang, nak ngadap my laling princess tu pulak. Kalau tak ngadap dia aku ngadap tv. 

Tu yang malas kalau dah terjebak citer bersiri kat tv ni. Berantu sungguh.. Tak dapat tengok hari siaran, siap record or download lagi.

Hari tu terjebak citer 7 hari mencintaiku & Isteri Tuan Ehsan. Habis citer tu aku nekad tak nak dah terjebak  dengan apa2 citer lagi. 

Ok... Sepanjang tahun baru ni aku boleh bertahan lagi sehinggalah pada suatu petang yang dingin... tatkala hujan renyai2... aku keseorangan... lepas channel ni channel tu aku tekan. Satu pun tak menarik minat. Last2 aku biarkan je tv tu. Mula2 buat tak tau je citer kat tv tu, lama2 tertengok. Sejam punya citer...
Dan akhirnya aku tertewas..

Citer apa?

My promise.... aka Pangako sayo versi remake. 

Dulu dah ada citer ni tapi yang ni baru punya kot sebab pelakon muda.

Dan.... aku berjaya jugak menjebakkan my laling untuk turut sama melayan citer ni sebab dia yang jadi tukang dowload. 

Itu lah sabab musabab nye masa aku untuk memblogging agak sangat2 berkurangan. Ada masa terluang je aku layan My Promise. Tak pun aku layan Running Man yang my laling jr memang record setiap episod.

Sekian saje rutin hidup aku. 

Ok aku nak start tengok episode 18 pulak. Dari tadi dah nak tengok tapi kena tunggu my laling godek washing machine  yang macam mintak kena campak. Aku saspek....... besi bra aku tersekat dalam tu.

Adios....








Wednesday, August 31, 2016

Campak belakang

Aloha....

Berkurun kan tak jenguk sini... Last dulu, bulan June. Takde lah lama sangat kot.

Selama 2 bulan ni, tak banyak cerita pun. 

Takpe, meh kita cerita sekali lalu ye.

5/6/16 - My laling jr masuk kolej matrikulasi. Dah kolej dah anak bujang I tu. Dia dapat offer Matrikulasi Selangor & asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Dengar je UPNM tak pikir, terus tak nak. Takut kena training macam askar.

6/6/16 - Puasa. 

7/7/16 - Raya. Biasa2 je raya. Tapi yang bestnya semua balik kampung. Dan yang paling best baju raya sedondon anak beranak.


Napak tak? Susah tau nak dapat cam gini. Kami2 ok je, si bapak nye tu yang susah nak cari baju.

Baju My laling princess tu kebetulan je ada lebih kain wan dia buat jubah kaler sama. Ngendeng lah wan dia buat baju kurung kedah siap ada renda2 sama macam aku.

26/6/16 - birthday aku. Bulan puasa makanya celebrate time berbuka. Kali ni celebrate dengan family & budak2 tahfiz. Jamuan berbuka kat sekolah sukan tahfiz Bukit Badong. Then celebrate dengan family kat Seri Pacific Hotel KL. Ada orang sponsor... Ahaks...

Lepas tu takde cerita menarik...

21/8/16 - birthday mlp. Mula plan nak jugak buat makan2 panggil anak beranak or jiran2 terdekat. Tapi si abangnya tak dapat balik sebab nak exam. 

Nasib baik jugak lah tak jadi buat sebab ngam2 pulak hari tu aku kena gi team building ofis. 

Pergi 2d1n. Kat Grand Lexis PD je. Menggagau jugaklah dedi dia malam tu sebab anak dara mencari mummy dia. "Nak mama.... Mama ne?" Nangis2 nak tido. 

Pagi2 esoknya sebelum kul 8, dua beranak ni dah sampai depan hotel. Bukan anak je cari mak, dengan bapaknye sekali cari. Tu lah, tak pernah kena tinggal. Kalau dia yang outstation takpe... Setakat aku cakap dedi dia gi work or kedai, anak dara tu dah senyap.

Sementara pagi tu aku ada aktiviti, anak & bapak berendam kolam dalam bilik.

Balik dari PD, rupanya mama (bbsitter) si mlp dah plan buat birthday party untuk dia. Celebrate dengan anak beranak dia je. Anak dia je 5 orang dah meriah nyanyi lagu happy birthday.

Aku? Takkan nak melenggang aje. Dan2 beli kek Secret Recipe. Dan2 buat makaroni goreng. Yang lain2 mama dia yang sediakan.


Tengok... beria2 kakak2 & abang2 dia decorate. 




Dah muda remaja dah anak dara aku ni. Pakaikan kebaya, ayu je tengok. Tapi berapa kali tersungkur sebab berlari macam pakai short. Sekejap je menten ayu jelita tu.

Hadiah birthday mama dia awal2 dah belikan rupanya. Tapi malam tu baru kasi. Siap bereben, belon bagai. Siap bawak pilih sendiri lagi.... Selamat bapaknya tak yah beli beskal. Memang plan nak cari beskal untuk dia pun.


Aku, dah 2 minggu birthday baru ada masa nak gi cari & beli hadiah dia.


Tu dia.... BMW hoccay....

Tapi dia tamau naik. Aku kasi tempoh 2 bulan je, tamau naik, aku jual.

Adios.....












Saturday, June 11, 2016

Safety first

Aloha....

Selamat berpuasa...

Nak singgah kejap je ni.

Tadi, sementara tunggu subuh, scroll2 wall fb... Jumpa iklan ni.



Jangan tanya rege sebab aku bukan nye nak promote mende alah ni. 

Orang kite ni kan memang kreatif sangat nak cari bala. 

Yang tukang jual tak yah cakaplah sebab depa memang tak peduli pun pasal bahaya ke tak, janji masyukkkk.... 

Mak pak yang beli ni, tak pikiaq ke? Lagi2 yg terpikir nak beli sebab nak balik kampung. Nak anak selesa tido bergolek2 kat seat belakang.

Korang..... bende ni bahaya. Tak duduk kan budak especially baby dalam carseat pun dah bahaya, apatah lagi nak suruh dorang bergolek2 atas tu.

Even riba baby dalam moving car pun boleh ada risiko... No need to mention lah apa akan jadi sekiranya accident... So scary. Dah banyak yang kena.

Well.... aku pun takdelah tahap displin sangat pun bab2 safety dlm kereta ni. Lagi2 mylaling princess dah start melasak. Kejap je pun nak duk carseat nak2 kalau abam dia ada sekali. 

Aku pun kadang2 riba jugak dak kecik tu, tapi nak kasi duk atas tilam tu.... Sorry!!!! Kalau jalan jauh, carseat mesti ada. Sebab hakak tak mampu weh nak pangku budak 10kg tu kalau dia tido. Tido je, letak dalam carseat. Siyes, baby akan lagi lena dalam tu. Kalau aku berdua je dengan mlp, memang aku ikat dia dalam tu. Ada masa dia teriak jugak nak turun, tapi NO WAY!! Tak buat cam tu kang sat lagi kedepan kebelakang, panjat seat, tekan segala butang yang ada. Tak leh tahan kalau..... "ma.... nak nenen...". 

Pelikkan kalau tengok anak omputih, molek je duk senyap2 dalam carseat. Kalau yang besar sikit, pakai seatbelt. 

Sebab derang tu dah di ajar dari kecik. Derang WAJIB buat macam tu.

Tempat kita, hot2 chicken shit je... Tengoklah pasal wajib pasang seatbelt seat belakang. Kejap je implement nye... 

Nak kasi selamat pun ramai yang kondem.

Yes, carseat mahal... Tak semua mampu. 
Yes, kereta kecik, anak 4 orang, mak mertua lagi nak bawak. No space for carseat.

Fine.... bab ni aku tak kata apa2. Aku paham. Aku pun pakai kancil je dulu.

Tapi, boleh tak kalau nak riba baby, sila duduk belakang. 

Ada kawan pernah ngadu, laki dia tak kasi duk belakang, sebab nanti orang ingat dia driver... Jatuh terjelepok ego derang. 

Ko pikir ada orang kaya pakai drebar bawak myvi?? Tu grabcar bongok!!!! Bongok bongok!!!!!

Dan lagi satu, tolong biasakan anak yang besar sikit untuk pakai seatbelt. Bukan anak je, kite2 pun silalah pakai... 

Aku pun kadang2 tak pakai... hihihihi....

Tapi my laling jr memang pakai seatbelt kalau duk belakang. Dari kecik sampai sekarang. Sebab mak pak dia memang trained dia macam tu. So aku sekarang ni dah termalu sendiri kalau tak pakai. Adik pun dah terikut2 apa abam buat. Dah satu keje pulak time dia pakai seatbelt, aku kena pegang tali tang dada/badan tu sebab ngam2 kena muka dia. 

Itu lah alkisahnya aku meroyan pagi2 ni.

SAY NO TO 'TILAM ANGIN YANG LETAK KAT SEAT BELAKANG KERETA'!!!! (tak tau nama dia).

Adios....