Wednesday, July 29, 2015

Ganas

Aloha....

My laling baru tukar fon. Baru tak baru lah.... Dah memang patut tukar pun.

Setiap kali tukar fon yang tukang godek tak anak dia, aku.... Buat setting sumer kejadah. Masukkan balik data... 

Kali ni laling jr takde, aku lah mangsanya. Takpe... Janji dia nak tukar.

Bila aku nak buat setting wallpaper, aku tanya dia nak letak gambar apa...

"Letak gambar yg mcm kat fon u tu.."


See... Napak je muka tu ganas tapi dalam hati ada jelly... 


Sunday, July 26, 2015

Duit raya

Aloha...

Dulu2 since my laling jr kecik aku lah tukang pegang duit raya dia. Sampai lah tahun lepas sebelum dapat adik.

The best part, lepas tu dia tak ingat or tak kisah duit dia tu sampai bila aku nak guna balik handbag yang aku guna time raya tu baru jumpa balik angpau peket tu.

Tahun ni aku ingat aku kena pegang duit raya adik dia je. Rupanya, masih lagi kena pegang dia punya jugak.

Cuma kali ni ada syarat. Dah habis raya nati kena kira sumer then bahagi dua. 

Wahhhh... Buli adik ye....

Dia dah lah tahun ni tak beraya sangat, so kuranglah collection. Adik, sampai sekarang round beraya lagi.... Collection usah cerita lah. 

Tapi abang kata tetap bahagi dua...




Tu tengah pilih angpau mana yang sedap nak gigit.






Checkup

Aloha...

Hari ni ada check up. Last check up, pas tu next week dah start keje.

Selalunya checkup cepat je. Sejam dah settle. Tapi hari ni lambat sikit. Kat tempat x-ray je dah sejam nak tunggu report. Ada technical problem katanya.... Dah dapat report terus je masuk bilik doc. Takyah tunggu2 nombor.

Kaki aku dah 70% recover. Doc nak kasi mc lagi tadi since belum betul2 ok tapi aku dah tak nak.

Ikutkan sape tak nak cuti tapi sebab aku punya hospitalisation hanya 60 hari, aku dah guna abis. Nati tolak cuti pulak. So, keje je lah.....

Cuma doc pesan, masih tak boleh terkinja2. Berlari, melompat, jogging, dancing.... no no no!!! 

Macamana ai nak eksesais.... Hishhhh... Ikut je lah cakap doc.

Setel bab check up aku pegi check up keter my laling pulak. Plannya dia hantar aku balik dulu.

My laling buat appointment kul 11, tapi sebab dah terlajak kat hospital tadi, makanya terpaksalah dengan aku sekali gi workshop tu.

Nasib baik lah tak lama kat situ. 

Sebelum raya tu dah pegi servis keter tu, memang pomen tu cakap steering ada bunyi. Katanya nak kena buat something. Tapi dia kata next servis baru buat. 

Oleh kerana keter tu ada waranty insurans, ml nak pegi lah buat. Last2 insurans tu kata tak valid sebab tak pegi servis kat panel diorang... 

Laaa.... Gitu pulak. Tapi ml tak puas hati, kasi bising sikit kat insurans & tokey tempat ambik keter tu dulu. Rupanya tokey tu cakap insurans company tu memang macam sial. So dia suh bawak kat workshop yang boleh kautim dengan insurans tu. Workshop tu pun memang blacklist dah jnsurans tu jugak sebab selalu buat payment lambat. 

Lepas dia check, bawak seround keter tu, terus dia cakap..... ini takde apa. Letak gris je.

Thats it.... Lepas dia letak minyak, dah takde bunyik. 

Pheww..... selamat. Yang lain2 dia kata masih tip top. Siap buat test drive seround dua.

Dorang pun advise jangan ambik dah insurans tu lagi. Ambik yang lain pulak. 

Baru aku tau keter ni ada 2 insurans. Selalu ambik insurans untuk renew road tax je rupa2nya kali ni dia ambik 2 insurans. 1 tu untuk eksiden, 1 lagi untuk kerosakkan. Sediakan payung sebelum hujan katanya. Mau tak nya.... kalau ada problem here & there keter ni bapak mahei nya nak repair. Apatah lagi kalau ada major problem. Lantak lah haih.... Keter dia bukan keter aku. Dia yang bayor... kalau keter aku pun dia yang bayor.. Ngeh ngeh....

Masa test drive tadi, ternampak pulak Harrier baru tapi 2.0 or 2.4 (tak sure). Rm270k. Meleleh ayaq liuq tengok keter idaman.. 

Hari ni dapat 3 jemputan open house. Umah neber depan, umah abang & umah  in law adik aku.  

Umah depan pegi lambat sebab hantar keter tadi. Umah abang & in law adik tak pegi sebab sambung migrain semalam. Nasib baik bangun tido dah ok.







Friday, July 24, 2015

Kejadian

Aloha....

Sambungan cerita semalam.

Alhamdulillah kami sampai KL jam 1.45am. My laling princess pun molek je tido dalam kereta.

Perjalanan balik tu banyak jugak kereta. Tak lah macam selalu, sunyi je....

Kat hentian Ajil kul 9 kami stop kejap sebab nak salin diapers mlp. Ramai jugak orang. My laling bawak mlp gi toilet. Masa nak basuh badan dia, letak dia kat sink, dia taknak. Dia macam geli... Tengok toilet tu pun muka dah satu macam. Hihihi... Ikut perangai aku lah tu tak suka masuk public toilet.

Sampai kat Gambang kul 11.30pm. 

This time pegi balik ml bawak ikut buku. Menten 120km/j. Sangap rasa nak sampai. Minyak pun jimat, tak top up sampai sana. Selalunya macam pelesit. 140-170km/j. Tak leh lawan aku 180km/j. Ahaks.....

Sampai kat Gambang tadi, ml mandi & solat. Tapi surau takde air. So aku tak turun lagi pun mlp tido. Lepas solat, singgah Petronas kat situ. Kami memang selalu singgah lepak kat petronas tu. Sambil2 makan megi or Dunkin' Donut. Selalunya aku solat kat situ tapi takde air jugak.

So decide singgah R&R Temerloh je. 

Sampai Temerloh jam 12am tepat. Aku masuk surau lansung takde orang. Tak kisah lah tu.

Surau tu luas... Pas tu bertingkat sikit. Ruang solat tinggi. Aku bentang sejadah kat belakang.

Masa tengah solat tu, aku ternampak2 ujung mata ada orang jalan kat sudut belah kiri. Dari depan ke belakang. Pas tu rasa lalu belakang aku. 

Menten.... Menten... Teruskan solat. Tak pikir apa pun time tu. Tapi masa beri salam tu terdetik lak hati nak tanya, sape lak yang lalu tadi. Bila kasi salam ke dua, sempat lagi jeling....

Habis je salam, tak dan doa terus lipat sejadah sambil2 pandang keliling. Terus keluar. Ml siap tegur, cepatnya siap....

Itu je lah kejadiannya... Takde apa pun. Bayangan semata2 bak kata ml. 

Kat rumah aku ni pun dah lama takde kejadian2 yang macam dulu2. Alhamdulillah ada my laling princess, tak pernah lagi aku nampak, dengar or rasa apa2. 

Cuma petang tadi my laling dah masukkan sumer cat dalam bilik pas tu kami tertido... Tau2 masuk maghrib tengok cat sumer ada meleser sebelah dia. Tak tau saper bukak pintu. My laling cuma boleh cakap..... adalah tu nak kejut kita maghrib tu.

Baru2 ni kat area rumah aku ada orang cerita ada nampak 'sesuatu' jam 1-2am kat kawasan kosong sebelum sampai rumah. 

Selalu pun aku lalu situ tapi tak pernah pulak jumpa apa2. Nampak mamat estet terbungkang minom todi adalah. Itu yang aku lagi takut sebenarnya.

Tapi sejak tau cerita 'sesuatu' tu, mata ni kalau lalu situ tengah2 malam, asyik nak jeling situ je. Rupanya ml pun macam tu. 

Bukannya mintak nak tengok, tapi..... ntah.... nak jugak jeling.







Thursday, July 23, 2015

Pulang

Aloha...

Semalam hantar my laling jr balik hostel. Sebelum tu balik kampung, then terus gerak dari sana. 

Mlj dah start kelas malam semalam. Sekolah dia start hari Sabtu tapi budak2 SPM & PMR ada kelas awal.

Mula my mum nak ikut. Saje nak jalan2. So plannya gerak hari Selasa & stay 1 malam sana. Rabu lepas hantar mlj, baru balik. Tapi bila pikir2, Rabu kena balik awal sebab nak hantar my mum lagi, kesian lak mlj hantar dia awal. 

So tukar plan. Gerak pagi Rabu, konon sampai sana awal boleh jalan2 dulu. Petang baru hantar mlj. Pagi Khamis balik.

Tapi, last minit my mum tak nak ikut. Penat sangat katanya. Maklumlah raya kat sini hari tu tak dapat rest sangat.

Tetap jugak kami gerak pagi Rabu tu. My mum siap masak nasik + lauk untuk kami bawak bekal. Maklumlah, sepanjang hiway kesana bukannya ada apa jual. Kalau ada setakat kat R&R Temerloh tu tapi tak kena tekak. Lepas tu melangut takde apa2 dah. Tak macam ke utara. Memang setiap kali ke sana aku akan bawak bekal. Puas hati....

Mlj pulak, nak bawak meatball ala2 ikea tu. Masa balik kg, lupa pulak nak cari readymade meatball kat sini. Nasib baik ada kat kampung tapi brand Saudi. Tak berapa sedap coz macam fishball je. Nak cari brand Marina (ramai kata sedap) takde. Sos dia aku buat sendiri.

Meatball tu dah macam cekodok pisang lak aku tengok.

Mulanya nak bekalkan meatball & sos tu je. Tapi my laling kata, biar lah lengkap sikit. So buatkan sekali sayur. Tu pun goreng dengan butter semata2 sebab takut nati tak tahan sampai malam.  

Saje buat banyak sebab dia nak makan dengan kawan2 dia. Malam tadi dia kol, kata dah selesai.... 

Lepas hantar dia, my laling decide nak balik sebab macam takde apa pun kalau nak stay sana. Dia kata dia larat nak drive. My laling princess pun behave je dalam kereta. 


Boss kecik & boss besar. 

Lagipun kami sampai awal sikit kat sana & terus pegi beraya rumah mak neber aku. Dapat jugaklah rehat2 kan kereta & driver. 

Sampai KL kul 1.45am..... 

Oh ya.... Ada kejadian masa dalam perjalanan balik tu. Di lain entry aku story ye.




Tuesday, July 21, 2015

Tragedi & strategi baju raya

Aloha....

Hari tu aku kata nak story sal baju raya. Meh sini ahkak nak citer..... Nak dengar, silakan. Tak nak dengar, gi buat kopi kat dapur.

Tahun ni tema nya "Mak ko ijo, bapak ko ijo, anak2 ko ijo...." kononnya.

Disebabkan aku dah ada kain kaler ijau yang my laling jr beli kat Bangkok tu, makanya dengan perasaan bongkak aku paksa sumer adik beradik aku berkaler ijau jugak. 

Derang sumer lagi steady.... Kebetulan sumer adik beradik & mak aku jenjalan gi Bandung, aku je tak gi. Kat sana derang siap buat baju raya. Ofkos lah ijau. Last2 aku yang kelam kabut.

Kain aku tu dah hantar awal kat tailor. Bulan 4 dah hantar tapi pesan untuk raya. Ukuran pun tak ambik, kononnya dah dekat nak jahit baru amik ukuran takut badan mengecut (kononnya.....). 

Last2 aku mc 2 bulan. Tak dapat keluar2. Dah masuk bulan puasa tailor kol mintak ukuran. Dah kelam kabut.

Itu 1 hal... 

Oleh kerana dah lama hantar sampai lupa kaler baju tu. Tau ijau, tapi ijau camana, main agak2 je.

Sebelum puasa, time cuti sekolah 2 weeks, bawak mlj gi cari baju melayu. Konon2 baju yang dia ambik tu sama dengan baju aku. Kondifen......

Pastu cari lak untuk adik & my laling... Time cari tuk dorang 2 ni, hati dah was2 dah dengan kaler baju aku. Aku suruh tailor tu antar gambar kain aku.
 
 
Ambikkkkk........ Lansung kontra.


Yang ni baju aku dah siap. Dah lah kaler lain, tak sedap lak tu pakai....

My laling princess nye selamat. Hari tu terjumpa kain yang ala2 ijau abang dia, aku beli suruh wan dia buat jubah. Dapatlah jubah & dress. 





Siap match dengan headband lagi....



Ingatkan dah pakaikan jubah, boleh lah menten ayu sopan santun..... sangaaaatttt........



Beli kain 1 meter, ada lebih buat jubah, wan dia buat dress labuh. Bahu sebelah ikat reben.



My laling pulak, pinjam kurta ijau mlj. 

Untuk menyelamatkan keadaan, malam raya tu sesaje redah Jalan TAR.... dapat lah baju kaler yang tak kontra sangat dari dorang2 tu. 

Makanya.... Jadilah tema ijau carca marba.






Sunday, July 19, 2015

Raya 2015

Aloha...

Hari ni raya ke-2. 

Aku takdelah sakan sangat beraya. Biasa2 je...

Pagi raya my laling2 solat raya kat DC je. Lepas solat, siap2 gi rumah my inlaw. Memang kena pegi awal, tapi ni pun dah lewat. 

Sampai sana kakak ipar dah ada. Lintang pukang kat dapur. Rupanya takde bende pun yang dah siap. Sebab mak pun dah tak berapa upaya macam dulu.

Nasib baik aku dah hantar kuah kacang & nasik impit malam sebelumnya. Rendang pun kakak ipar dah buat hari sebelumnya.

Makanya, pagi raya pertama, tanpa salam2 raya apatah lagi bergambar2 raya maka aku dan kakak ipar menyinsing lengan baju menyiang ayam 2 ekor. 

Ni dah kul 10, time tu buat lontong, buat kari, nasik beriyani.... Aku tukang basuh ayam. Masak sampai kul 1.

My laling jr tanya, hari ni ada siapa datang? Aku jawap "buat masa sekarang, tak payahlah ada orang datang..." 

Dah takde kemeriahan hari raya macam dulu2...

Pukul 4ptg baru dapat gerak ke rumah abang aku tuk beraya dengan mak pulak.

Derang pun dah abis sesi bergambar. 

Tapi sempat lah jugak bergambar walaupun tak sumer yang ada. Mak aku pun dah tukar baju. Sibuk melayan orang yang datang.

Ini je lah gambar2 yang sempat di snap.


Family aku & kakak... Memang sumer tema ijau. Cuma ijau kami je yang carca marba.


Kan..... Sumer jenis ijau ada. Ada ceritanya pasal baju ijau ni. Nanti dilain entri aku ceritakan.


Ini dibalik tabir. Patutnya ambik gambar dalam rumah abang tapi dah ramai orang datang, ambik kat luar je lah. Cari tempat paling klasik.

Tak tau belakang photographer ni ramai orang yang terlompat terjerit terkinja2 panggil my laling princess suruh pandang depan & senyum. Sebab dia baru bangun tidur. Takde mood.


Macam ni lah mood dia masa baru sampai sana tu. Tapi nasib baik tak merengek menangis. Pandai jaga air muka mummy dia.

Hari ni just pegi rumah kakak kat Kelana Jaya. Anak dia dari Saudi ada balik nak raya. Kecoh masing2 bila dah berkumpul.


Hari ini, mood my laling princess ni mood nak raya. Tidur pun lama. 








Wednesday, July 15, 2015

Lepak

Aloha...

Tak dapat gi Jakel or Jalan TAR or uptown, lepak mamak pun jadi lah. Angkut sekali dak kecik tak nak tido tu.



Tuesday, July 14, 2015

Sahur

Aloha...

Aku & my laling kalau bersahur simple je. Takdenye nak ngadap2 nasik bagai. Bangun pukul 5am. Cukup sekadar minum air masak. Kalau ada roti depan mata, makan roti. 

Lainlah kalau my laling jr balik. Dia pun tak kisah kalau tak makan tapi kesian lah, biasa kat asrama makan sahur, balik rumah sendiri tak makan. Apa je yang dihadap kat dia, dia makan je...

Aku lak bukan tak nak makan tapi kalau makan yang heavy2 like nasik, sure pagi tu aku muntah. Pas tu aku pun melepek sepanjang hari. Sebab tu berbuka aku kena makan nasik. Kaver sampai hari esok.

Tahun ni 1st time lah nyambut Ramadhan & Syawal dengan my laling princess...

So far, time sahur dia tak pernah bangun. 

Pagi tadi masa bersahur dengan ml, tibe2 dengar dak kecik tu panggil.

"Peh.... Ibeh.... Meh meh... Beh beh..."
(Translation : Peh (pembuka kata), ibu... kat mana?.... Beh beh tu ayah)

Memang dia panggil aku ibeh. Dedi dia beh beh. Dedi dia ada banyak skit version. Abam pulak bam bam...

Baru lah aku cakap kat ml yg dia tak pernah pun bangun sahur, dah bangun. Siap join makan roti lagi..... sambil borak2. Tapi siap makan sumer, kasi susu, tido balik. 

Monday, July 13, 2015

Cik minah

Aloha...

Semalam baru dapat ngemas. 

Tapi biasalah kalau ngemas ada mak minah kenit tu. Anak dara lah katakan.... Nak tolong sama.

Dah macam2 akal dia sekarang. Yang paling ketara, melawan.... Kalau kita marah dia boleh lawan tu. 

Tak caya? Napak muka manis je. Senyum je. Tunggu.... nati dapat bukti, akan ku hapdet. Dia pandai pulak tu, kalau orang nak shoot video dia, dia mula buat muka comel. 

Dia ni aku rasa jenis berani. Babysitter dia pun cakap. Dengan orang dia tak kisah. Tinggalkan sorang2 pun selamba je. Kadang2 saje aku intai je dia duk sorang2 baik dalam gelap or terang. 

Kalau berdiri tu selamba je lepas tangan. Macam dah boleh berdiri tegap. 

Semalam dapat akal naik tangga dah. 



Kemain dia. Ni 1st time naik tangga. Tapi laju je sampai atas. Aku follow je. Eceh... siap nak berdiri lagi.

Sofa dia tak boleh panjat lagi sebab tinggi. So, sofa lah jadi pagar buat sementara.


Ini dah kena kepung dah tak boleh pegi ke tangga. Tengah terjerit2 nampak kucing kat luar. 

Kucing memang selalu jadi mangsa sampai kucing rumah ni takut dengan dia. Dia pun dah pernah kena tampar dengan kucing tapi dia balas balik. 

Memang nampak berani nya mak minah ni. Akal pun panjang.....

Semalam berbuka buat gulai lemak labu, cencaru sumbat & sayur kacang panjang. Sardin hitam ada lagi, panaskan. Pas tu dapat lak bubur kacang. Sedap...


Buat sekor je ikan sebab ingat nak goreng ayam tapi tak jadi.

Tengah berbuka, teringat my laling request megi goreng.... Gulppp... Lupa...
 




Sunday, July 12, 2015

Hujung Ramadhan

Aloha...

Tak sampai seminggu je lagi nak raya. Sana sini dah mula sibuk buat persiapan. Ada jugak yang dah siap2 nak balik kampung. 

Aku...? 

Ingat nak ngemas je semalam tapi pagi2 dah keluar. Nak ambik baju yang aku tempah kat budak ofis. Nak gi zakat, gi tukar sim kad my laling sebab sim kad dia tak boleh masuk kat phone baru. Register lak under nama aku, aku lah kena pegi. Dah memang patut tukar dah phone tu. Petang balik dah penat.

Tapi masak tetap masak....

Semalam masak simple2 je. Sambal udang dulu semalam punya pun ada lagi, panaskan aje.

Masak simple pun, bertambah2 nasik...


Ni sardin masak hitam. Ekceli tak tau tajuk sebenar menu ni tapi dah dia hitam, jadilah sardin masak hitam.

So far aku tak pernah lagi jumpa lauk ni kat mana2 kecuali asrama aku dulu. Kalau tanya kawan2 aku sekolah dulu memang ini menu feberet sumer penghuni asrama. Lagi 1 kenapa panggil sardin hitam sebab hanya Pak Itam Kadir je yang masak lauk ni. So nama pun ambik sempena nama dia kot.

Meh sini nak share resepi. Tak rugi cuba.

Bahan :-

Sardin tak kira cap apa. - Tapi aku guna mackerel cap ayam. Compare to sardin, mackerel ni keras sikit isi dia.
20 biji cili padi di blend - ikut suka pedas
Bawang besar di hiris bulat.
Serai diketuk.
Kicap - aku guna kicap manis kipas udang. Tak perlu letak gula.
Kicap pekat - kalau nak hitam lagi. Aku gak guna pun.
Asam keping 1-2 keping.
Minyak untuk menggoreng. Tak perlu sampai tenggelam sebab nanti nak guna minyak tu untuk menumis. Lagipun minyak akan jadi hitam.

Cara2:-

Ikan mackerel/sardin asingkan sos dia.
Goreng garing. Part ni aku nak warning siap2. Sila sediakan penutup kuali or perisai sebab ikan tu akan meletup2 lain macam sikit. Nak selamat, letak ikan dalam kuali then baru nyalakan api. Tutup kuali. Agak2 dah garing, tutup api, balikkan ikan, hidupkan api. Kalau tak takut meletup, goreng je lah macam goreng ikan biasa. Dah garing, angkat dulu.


Ni rupa dia. Ni pun tak berapa garing sangat.

Guna balik minyak tadi, tumis serai & cili padi blend tadi hingga naik bau/masak.
Masukkan sos sardin tadi & kicap. Kalau guna kicap masin tak perlu letak garam. Kalau kicap manis, letak sikit garam tak perlu gula.
Then campak asam keping.
Dah dapat kehitaman yang diidam, letak bawang.
Dah pecah mintak, gaul dengan ikan yang dah digoreng tadi.

Siap.....

Kalau uols perasan, resepi aku sumer guna bahan2 basic seperti cili, bawang, garam, gula. Tak pernah ada rempah ratus, bawang putih or herba2. 

Sebab aku memang tak guna or jarang sangat guna sumer bende tu. Takde pun kat rumah. Kalau terpaksa guna pun, beli untuk time tu je.

Bawang putih pulak sebab my laling2 tak makan bawang putih sebab dah biasa dengan mum in law aku yang tak makan bawang putih lansung. Tapi derang berdua ni garlic bread makan pulak. 

Boleh kata resepi aku sumernye resepi derhaka. So kalau nak ikut, pandai2 lah adjust ikut keprofessionalan masing2 ye...

P/s : kalau nak resepi sempurna jengok kat blog kawan aku ni. Dia terer sikit masak. 









Friday, July 10, 2015

Kuih raya

Aloha...

Seperti biasa, aku bukannya pengoder tegar kuih raya. Aku bukannya jenis yang nak penuhkan kuih atas meja. Bekas kuih raya pun aku takde.

Tapi adalah 2 - 3 jenis yang aku suka, aku order. Itupun pada orang yang biasa.

Tahun ni aku order choc chip 2 jenis. Sedap punya pasal. 1 lagi semperit. Feberet my 2 orang laling. Tapi sumer tu haruslah diambil dekat2 nak raya. Kalau boleh malam raya tu baru ambik. Kalau tak, tinggal balang je lah macam popia simpul itu hari.

Tiba2 hari ni terdetik pulak rasa nyesal tak reti buat kuih raya. Kalau lah reti...... mc 2 bulan ni mesti berbalang2 kuih raya. Siap amik order lagi. Itu kalau...... malangnya tak reti.

Patutnya minggu lepas cuba2 buat yang senang2. La ni nak buat dah kelam kabut sangat. Nak kemas rumah....

Nak seribu daya kan....

Hari ni gigih cari kuih apa yang mudah, bahan senang cari.

Terjumpa resipi kerepek crabstick. Taktau kerepek or keropok. Rupa cam kuih gunting.

Ni rupanya.... Tada...


Masa penyediaan nya 1-2 jam.

Bahan2 :- 

1 bungkus crabstick.


Serbuk kari & daun kari. Itu aje.


Crabstick di leraikan. Aku hiris nipis then baru leraikan.


Letak 1 sudu serbuk kari & 3 batang daun kari. Katanya crabstick tu dah ada rasa so tak perlu letak garam.


Gaulkan. Aku letak dalam bekas, pas tu goncang2 kan. Nak gaul dengan tangan nati pecah2 pulak.


Then goreng dalam minyak yang panas. Balik2 kejap je...

Tapi aku tak rasa lagi ni. Malam karang baru nak rasa... Kalau tak cukup rasa, nati aku hapdet sini. 

Tengah2 buat keje ni, dah jatuh berderai pulak tutup periuk kaca... Dah jadi keje nak kutip, sapu, mop.... Dua ekor tu nyebok je.







Thursday, July 9, 2015

Menu raya

Aloha....

Dah nak ujung2 Ramadhan ni. Ada yang gigih mengejar amal ibadat, ada yang gigih mendistribute kuih or baju raya, ada yang gigih bershopping dan ada yang gigih gugel resepi untuk menu raya. Aku lah tu....

Plan tahun ni raya kat sini je. Adik beradik kebetulan sumer turn raya sini so takde sape balik. Ekceli kami tak sangat ikut turn tu. My mom memang jenis tak kisah anak2 dia nak balik mana dulu. Tu kadang2 berterabur plan sape balik sana dulu sape balik kendian.

Selalunya atleast ada 1 family yang balik dulu kat kampung. Takkan nak biar my mom sorang2 kan... Nak jadi si tanggang??

Tapi kali ni komitmen dah ada tambah sikit buat menantu2 kat sini. 

My laling dah tentu2 nak kena siapkan abah dia dulu kat sini. Sejak abah kena stroke, itulah rutin dia. Ya.... adik-beradik lain ada. Tapi rasanya tanggungjawab tu dah lebih kepada dia. Setiap hari dia yang berulang tengok abah. Selalunya tengahari. Seminggu 2 kali dia akan bawak aku & my laling princess sebelah malam. Abang ipar akan datang weekend aje sebab duduk jauh sikit. Adik dia pun datang weekend. Kakak dia tengok time. Selang sehari kot....

So raya ni, dia rasa dah tanggungjawab dia untuk sediakan persiapan untuk mak abah dia. Dah tentu2 tak dapat balik kampung sebelum raya.

Kesian kat my mom. Abang aku pun nak kena siapkan rumah mak mertua dia since bapak mertua dia dah takde. 

Kakak & adik aku memang raya ikut turn. This year turn sini. Nasib baik jugak lah inlaw adik beradik aku sumernya kat sini.

Atas perbincangan bersama, nampaknya my mom yang kena datang beraya sini. (Ini bukan sebab menyahut seruan 'pak menteri' yang kata jangan balik kampung sebab GST tu. Tapi sebab2 seperti yang aku story tadi lah.)

See... I told you. My mom very understanding & sporting. Kalau tengok drama melayu kat tv, tidak boleh tidak, kena balik jugak. Itu kalau dapat mak mertua macam Nyonya Mansor. Kalau dapat yang baik sangat.... "takpelah nak.... kau pegi lah raya sana. Mak redho..." sambil menangis air mata darah.

Ini contoh....... drama melayu. Ada lagi ke realiti macam tu?

Tak abis lagi kesah aku ni. Panjang sikit kali ni nak bebel...

Aku ingat, mak dah raya sini ada chance lah nak escape dari melibatkan diri kat dapur ni. Sebab dia akan stay rumah abang aku. Kat situ selalunya dah ada orang sediakan. My sis inlaw pun dah tanya tekak sorang2 nak makan apa. Senang dia nak order.... Order, bukan buat. 

Tapi.... malam tadi my laling tanya. 

"Raya nanti sape nak masak kat rumah mak?..." Rumah mak dia lah tu.

Haaaa???? Tanya aku ke? Kenapa tak tanya kakak dia? Rasa terpukul pulak... Desyummmm!!!!!!

Ok lah, ok lah.... I buat kuah kacang & nasik impit je. Rendang2 thing & ketupat palas thing (ni wajib) i serender. Pass kat orang lain. Kalau takde sape nak buat, dengor je lah sambil salam raya cium tangan abah bebel suh cari ketupat palas. 

Ekceli mak boleh masak lagi tapi tengok keadaan dia sekarang macam kesian je. Maybe sebab pikiran dia kusut tengok abah macam tu. Selalunya sumer bende abah sediakan. Abah pegi pasar, siang daging, ayam.... sediakan bahan nak masak. Sekarang ni dia kena harapkan anak2. 

Satu peel mak mertua aku ni dia jenis susah sangat nak mintak tolong anak2. Dia selalu cakap, dia malu dengan menantu2.... Dia segan dengan anak2...

Part ni memang aku rasa sedih sangat. Selalunya saper2 balik akan check dapur apa yang ada apa yang kena beli. Namun dia nak suruh lah anak2 beli walaupun garam gula, tidak sama sekali. Kalau dia cakap kat abah, baru abah cakap kat kitorang apa yang nak kena beli. Tapi konfem2 lah ada penambahan. Tu yang mak selalu marah...

So, makanya..... sebagai menantu pilihan, isteri mithali kepada my laling, officially i'm incharge of kuah kacang.

Tapi otak ni ligat jugak memikirkan..... kalau suruh my mon buatkan then malam raya pegi ambik kat ampang, pun brilliant jugak.

Tengok lah nanti.....

Ni menu berbuka semalam. Semua ikut aku nye tekak. Sanggup tunggu ml balik bawak serai walaupun 2 rumpun serai ada depan rumah orang depan nu. 


Gulai lemak cili padi daging.


Kambing goreng. Kambing ni aku beli dah siap marinate untuk buat lamb chop. Tapi aku potong kecik2, goreng.


Bendi + telo ni versi terkurang garam. Selalu makan tapi tatau buat. Resepi dapat dari orang depan umah yang ada pokok serai 2 rumpun tu. 

P/s:- aku pun tak paham kenapa nak tanam sampai 2 rumpun tu. Tapi tak nak lah menyuarakan.... Ahaks...











Wednesday, July 8, 2015

Menu lagi

Aloha...

Apa lagi bulan puasa ni kalau tak gambar food aje... Tiap hari gugel resepi. Semua nak try, bahan je takde.

Ahad hari tu adik ipar belikan udang galah kat Jeram Kuala Selangor. RM38. Tak sure tu sekilo ke tak. Tapi adalah dalam 40ekor lebih. Mahal ke murah?


Takde lah besar2 sangat udang nya. Tapi ok lah....


Tak macam aku pernah dapat dulu lagi besar. Lagi murah. 1 plastik RM20. Ada dalam 30 ekor lebih.


Semalam udang tu aku buat sambal petai. 


Goreng sayur, goreng ikan masin. Ada air tembikai. Complete.... Dua kali tambah.