Friday, January 28, 2011

Nasib... nasib.....

Aloha...

Hari ni darling gi Penang. 3 hari.
Pesanan dia.... jangan gaduh2. Mmmmmm.... tengoklah mcmana.

Hari ni aku cuti. Boleh dikatakan hari ni hari percubaan untuk menjadi 'home manager' sepenuh masa.

Permulaan pagi, segalanya bermula dengan baik sekali.

Masuk tengahari.....
Alamak!! gas habis. (Aku pun x pasti, gas habis or what) Ni dah pukul 11.30. Darling jr nak gi sekolah lagi. Fine... kena belajar koling2 org gas.

Nasib baik sempat. Darling jr pun sempat lunch before pegi masjid. Aku hantar dia & gang. Janji jam 2 aku tunggu somewhere kat area sana.

Pukul 2 aku dah tunggu. Tapi jauh dari masjid coz tadak parking. Until 2.25, batang hidung dorang tak nampak2. Nak masuk sekolah kul 2.30. Tak boleh jadi. So aku turun cari dorang yg sedang tercangak2 nunggu aku kat depan masjid. Alahai... org dah pesan suruh cari kat belah depan2 sikit.

Time nunggu dorang, aku dah terlanggar tunggul pokok. Tak nampak beb. Terkopak bumper kereta.... Tu belum lagi kisah aku terhantuk kat pintu kereta masa nak tgk aku langgar apa. Benjol dahi aku.

Sampai sekolah jam 2.35. Hi hi hi... kena tulis nama lah jawapnya dia & gang. Pengawas tu memang loghat. Nak je aku sound dia.

Balik rumah, henpon pulak buat hal. Patut lah aku tak dengar semua incoming call & sms. Tadak bunyi lansung. Dah di belek2 pun, haram......

Apalah nasib.... dugaan sungguh. Baru sehari buat semua2 keje tu sdn bhd.

Macamana nak buat semua ni sepenuh masa??

Note :- DARLING!!! baliklah cepat....

Wednesday, January 26, 2011

Hari ni aku relax

Aloha....

Hari ini aku relax.
Walaupun hari ini aku banyak kerja tapi aku masih relax.
Walaupun hari ini aku kena cover orang tak datang kerja, tapi aku relax.

Hari ini aku HANGIN dengan boss aku.
Disebabkan dia yang bersalah, makanya, hari ini aku dapat relax.
Disebabkan dia nak tebus salah dia, hari ini dia kasi aku relax.

Aku : "Boss... sebab u dah buat salah, hari ni I tak nak buat apa2"
Boss: "Suka hati lah......"

Note : Dan sekarang tiba masanya aku nak balik....

Aku tidak mampu untuk menolak

Aloha...

Rasanya ini tajuk paling panjang dlm blog aku ni.

Memang!! Aku tidak mampu lagi untuk menolak. Hari demi hari hati ni berdetik, "Ok, ini last... lepas ni tak nak lagi...". Tapi semua tu ibarat air lalu je. Esok ulang lagi...

Kenapa dulu aku mampu? Sudah 2-3 bulan aku bisa katakan TIDAK. Kenapa sekarang imanku tidak sekuat dulu?

Ketika & saat jejari halus mulus ku menaip di sini, ketika & saat otak ku mencari2 bait yg mahu ku taipkan di sini, aku masih membuat benda yang sama...


MAKAN NASIK......................


Kalau boleh scale kat rumah tu berdehem, pasti dia berdehem bila aku mahu memijaknya.
Kalau boleh scale kat rumah tu bercakap, pasti dia berkata2 bila aku memijaknya. (Sebab tu aku tak sanggup memijak scale kat shopping complex yg mulut mcm longkang tu).

Ini semua gara2 aku tak bisa untuk kata TIDAK pada nasik...

Oh No....

Note : Akan terus mencuba....

Friday, January 21, 2011

Rimau vs Rimau

Aloha....

Bila rimau bertemu rimau... kesian gajah kat tengah2.



Orang kata, klu kita lahir sama tahun (kalendar cina) dgn pasangan or anak kita, jadi panas. Jadi tak ngam. Selalu gaduh. Tiada kesefahaman....

Macam betul je....

Contohnya:- aku & darling junior.

Dulu masa dia kecik2 aku suka sakat dia. Sampai dia nangis. Then, aku jugak kena marah.....
Masa dia besar ni pulak, selalu pulak gaduh dengan dia. Masing2 tak nak mengalah. Masing2 dgn pendapat masing2. Ada je tak kena. Sampai salah sorang merajuk... Then akan kedengaran ayat seperti ini dari darling:-
"Dengan anak pun tak nak mengalah....." ini di tujukan untuk aku.
"Dah tau perangai ibu mcm tu, nak bertekak jugak. Senyap dah lah.." ini ayat untuk junior.
Dan akhirnya akan ada pergaduhan 3 penjuru.

Kalau situasi tu semasa di dalam kereta, darling akan berhenti kat petrol pump, beli lolipop kasi kitorang berdua. Senyap masing2.....

Tapi lately ni memang kerap sangat tak sependapat dgn junior. Tambah2 pulak masing2 tgh cari idea untuk rumah baru nanti. Apa yg dia nak, aku tak nak. Apa yg aku nak, dia tak nak... Jangan sampai darling keluar idea dia sudah......

Note : Tapi tetap sayang menyayang.....




Wednesday, January 19, 2011

Yang mana satu?

Aloha....

Lepas dpt kunci rumah hari tu, rajin sungguh menggugel. Usha2 kitchen cabinet, wardrobe, deco.... Rambang mata den. Mcm2 design ada. Pokok pangkalnya...DUIT.

Hari tu aku ada cerita pasal aku check rumah kat DC tu. Pasal aku mintak quotation kat contractor....

Semalam aku belek2 forum. Ada 1 thread pasal renovation. Kat sana forumer ada discuss pasal contractor mana jadi pilihan :- Cina or Melayu?

Aku just nak share experience aku hari tu. Ini semua untuk kita fikir2kan.

Macam ni.....

Lokasi : Rumah baru aku
Hari : Sabtu 15/1/11

Situasi 1.

Sedang aku belek2 rumah tu, datang 2 org cina muda. Kemas & menarik ala2 org keje ofis. Sorang lagi pakai t-shirt kemas pegang laptop.

Mula2 dorang masuk, dorang pekenalkan diri, company buat apa, brp org pekerja (siap mentioned pekerja dorang ada cina, inda, melayu).

Then baru dorang tanya, mau buat renovation or pasang grill or kitchen cabinet?

Bila aku tanya dia, klu grill untuk 1 rumah, brp dia ambik? Dia pun tanya jenis apa, terus je dia cakap harga. Siap on laptop tunjuk design. Lepas tu aku tanya sal renovation & kitchen cabinet pulak. Dia tunjuk floor plan rumah & tanya which part nak renovate.

Itu maknanya dia sudah buat homework, sudah kira berapa tingkap & sliding door rumah tu ada. Berapa luas dlm & luar rumah.

After dia ambik sumer details, dia kata akan siap kan quotation by this week. 3 quotation aku mintak. Without charges.

Esoknye (Ahad) aku dtg balik, cina tu singgah ckp quotation tak siap lagi. Ye lah, dia janji pun by this week kan.


Situasi 2.

Selepas beberapa minit contractor pertama balik, datang sorang mamat ni. Melayu. Aku bukan anti-Melayu atau nak burukkan kaum sendiri. Tapi, ini lah cerita nya....

Tiba2 datang bukak pagar rumah org masuk kasi salam. Dengan rokok kat tangan selamba bawak masuk dlm rumah org. Dengan bangganya menghembus asap rokok tu semasa berdiscuss dgn client. Kat situ aku dah rasa hangin dgn dia. No respect!!

Mamat kontraktor :"Abang nak buat grill? Saya boleh buat. Kalau renovate, saya boleh carikan."
Darling : "Klu buat grill 1 rumah ni berapa u ambik?"
Mamat kontratktor : "Mmmmm... kena kira dulu bang. Untuk gate tu dlm RM3k. (Dia tak tau aku dpt RM2k je dgn mamat cina tu. Jenis yg sama). Klu org lain buat, ambik mahal."

Sambil tu dia mengomen (kata dasar komen bukan romen) cara org lain buat keje.

Darling : "Nati tolong buatkan quotation"
Mamat kontraktor : "Boleh bang."

Lepas duk gebang sikit2 (darling pun mcm dah malas nak layan) dia pun blah. Tanpa ambil no telefon atau ukur bahagian mana nak buat. Padahal janji nak buatkan quotation.

Situasi 3.

Masih di tempat yg sama. Masih kontraktor melayu.

Mamat tu : "Bang, kompeni saya buat ada buat grill. Klu nak renovate pun sy ada contact." Sambil hulur bisnes card.

Darling : "Klu nak buat grill brp u ambik?" Masih ayat yg sama.
Mamat tu : Ooo.. kena pilih jenis besi & design dulu baru boleh kira. Tapi katalog tak bwk hari ni.
Darling : "Takpe lah. Klu aku nak aku call." Itu memang ayat boleh blah dari darling.

Nak buat bisnes tapi takde preparation.

So, kat sini dah nampak perbezaan cara kerja orang kita dgn org lain. Aku bukan nak burukkan or mempperkecilkan cara org kita buat keje, tapi klu mcm ni cara dorang.... Mmmm... aku malas lah nak cakap apa. Aku pun Melayu jugak.

Note : Yg mana pilihan anda?

Sunday, January 16, 2011

Minggu ini part II

Aloha...

Semalam dah gi tgk rumah, hari ni nak pergi lagi.

Pagi tadi, darling junior seperti biasa dgn aktiviti memanah.

Semalam, darling junior juga (org yg sama) dapat archery set yg baru.....
Wahhhh!!! meleleh air liur aku bila darling belanja junior dia set baru. Segalanya brand new. Harga pun dah tentu2 lah brand new jugak.... Harga sebijik DSLR... or laptop. Huhuhuhu... junior dah dpt 3 brg yg dia nak, aku nak dptkan 2 bende kat atas tu, ntah bila. Birthday lambat lagi.... Klu birthday pun, ntah dapat ke tidak. Kena belajar from junior mcmana dia pow daddy dia...


Note : Target tahun depan junior dah boleh masuk tournament....

Minggu ini

Aloha....

Wah.. tiba2 terajin lak nak berblogging. Yelah, darling2 sumer dah terbungkang kepenatan. Rasa cam sunyi pulak. Dgn cuaca yg ala2 mendung lagi.

Saja nak cerita....

Semalam dah ambik kunci rumah DC. Tersangatlah syoknya. Kat sana konon2 nak check api air dan segala bende lah. Nak cari lah walau sekecik2 defect. Masa ambik kunci kat Apek tu, dia pun explain...

"Itu semua kepala paip & fius letrik kita talak pasang lagi. Lu kasi pasang itu grill dulu, baru panggil kita pasang itu semua barang.."

Meaning, segala bende kecik2 yg boleh dicabut, dorang memang tak pasang lagi sebab takut kena curi. Bila dah paang grill baru set appointment dgn dorang & dorang akan datang pasang. Makna nya, tak boleh lah nak check api & air.

Ok, takpe... So kite check mana2 yg ada defect je lah. Baru nak start mission, ada lak kontraktor datang menjengah. Tak perlu nak susah2 gi cari, suruh dia je buat quotation. Tak tahu lah berapa kena. Aku suruh dia buat :-

Extend belakang sampai habis, atas & bawah.
Bilik kecik / store kat belakang.
Grill, pagar, auto gate.
Kitchen cabinet.
Walk in wardrobe - master bedroom.
Wardrobe - 2 bilik.
Kasi tutup lantai atas (yg ada ruang kosong). Aku gayat ada lubang tu boleh tgk bawah.

Lagi 2 hari kontraktor tu akan call balik....

So, hari ni nak gi balik untuk sambung balik keje semalam.

Note : Bab paling syok, bila dah boleh start pikir barang apa nak beli...

Wednesday, January 12, 2011

Fesbuk

Aloha....



Hari ni nak citer sal bende kat atas ni. Bende yg org gila2kan sgt. Bende yg boleh buat org lupa diri. Bende yg buat org leka. Bende yang boleh menimbulkan fitnah. Tempat untuk menunjuk2....

Itu semua yg negatif2 lah. Yg positif pun ada......

Boleh mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Tempat untuk kita pesan memesan. Tempat untuk menanya khabar berita.....

Tapi, tiba-tiba.... kita dikejutkan dgn berita ini...........





Gila apa Mak Zakebeg ni nak tutup bende ni. Berbillion tu asset ni.... Alasan, sebab bende ni, hidup dia jd tak tenteram. Tak boleh tidor. Rasanya bukan dia yg tak boleh tido, org yg melayan bende ni yg tak boleh tido.....

After beberapa hari berita ni kecoh, masuk pulak 1 berita yg agak2 boleh cool kan keadaan.




Foohhh... mesti itu yg kedengaran dari hujung mulut org2 yg fanatik dgn bende ni. Aku? takde lah fanatik sgt. Cuma aku terpikir gak, mana aku nak simpan koleksi gambar2 aku. Sejak adanya bende ni, aku tak payah beli album lagi. Tak payah antar kedai cuci gambar lagi. Snap photo sana sini, pilih yg paling cun, upload kat situ.

Terlanjur dah cerita sal bende ni kat sini, meh kita panjangkan lagi....

Aku peratikan, ada beberapa kategori org dlm melayani bende ni. Ada org yg betul2 reti nak gunakan bende ni. Ada yg tak reti. Ada yg 'org ada, aku pun ada'. Ada yg register tapi lepas tu nothing (ni semua yg memenuhkan laman sesawang je). Ada yg untuk bisnes... Macam2 lagi lah.

Ada jugak yg tak berapa aktif berkawan tapi aktif main game yg ada kat situ. Aku salah sorangnye.... Ini memang sungguh merbahaya. Melekakan....

Cuma.... (ini pendapat aku lah), tak perlu lah sampai bende2 tak sepatutnya pun nak update kat situ.

Seperti.....

What's on your mind.....

'Aku nak berak' - Memang tak relevan
'Hari ni kena tampar dgn laki 8juta kali' - Perlu ke nak cerita?
'Hari ni mood tadak sbb period' - Ayoooo... itu pun mau kasi tau 1 dunia ka?
'Nak masak utk anak .....' - ye, ye... aku tau ko ibu mithali.
'Aq gi skewl la' - Ni aku tak paham & buat aku hangin...
Yg ni yg kes nak tunjuk alim (tp sekodeng jgk org nye profile) - 'Wahai kaum wanita, jgn letak gambar yg terbukak auratnya di sini. Aku tanak tanggung dosa' - Butakan mata anda....

Banyak lagi lah....

Ha... ada 1 lagi. Yg buat sampai aku gelak tergolek2.... Ini aku ambik dari post kawan aku yg hot dgn kawan dia nye status.... Aku tak tau lah apa yg kawan dia update tp kononnya, kawan dia tu sudah kasi tau 1 dunia brp oz milk dia dah produced hari tu... Ayooo Ammaaa Appaaa.... perlu ker? Spesis mcm tu pun ada......

Aku jarang update status. Sebab aku takut org kata aku syok sendiri. Ada sesetengah fren dlm list aku tu, aku suka sgt baca kata2 dorang. Simple and ada makna. Yg berbunga2 sgt tu, aku scroll scroll je mouse aku. Mungkin akal aku tak boleh sampai maksud yg dorang nak sampaikan tu.

Fren list aku pun tak ramai. Tak semua org aku accept untuk jd kawan aku. Aku tak mcm org lain berlumba2 nak tunjuk ramai fren, walaupun aku tau bukan semua pun fren dia or dia kenal. Aku memang tak ramai kawan. Bagi aku, ramai kawan, banyak lak ragam. Byk ragam, byk kerenah aku nak layan..... Tak semua manusia perangai sama. Tak semua perangai kita boleh tahan. Sebelum adanye unsur kutuk mengutuk, kata mengata, menyampah bagai... baik aku elakkan awal2.

Bak kata, kalau nak citer sal bende ni, memang tak habih. Bende ni jugak menemukan aku dgn kwn2 yg lama aku tak contact. Merapatkan aku dgn sedara mara aku. Bende ni jugak yg update aku pasal hal2 semasa. So tadak lah aku ketinggalan sangat. Bende ni jugak lah yg boleh aku berchatting dgn fren semasa di ofis (kala free hoccay..)sebab machine yg lain seperti YM, Gmail chat sumer tu dah kena blocked.

So, bagi sesiapa yg ada bende ni.... Tepuk dada tanya selera. Perlu atau tidak bende ni dlm kehidupan seharian kita.


Note : "Meeting? Kejap ye boss..."

Sunday, January 9, 2011

Bowling

Aloha....

Semalam ada aktiviti. Aktiviti mem'bowling'. Office darling ada buat tournament. Big boss dia sponsor. Mcmana aku boleh terjebak dlm ini cerita?? Aku pun x tau.... Maybe ada sikit miscommunication. Tapi yang penting, team aku menang jugak. Dan aku pun kurang paham mcmana hari itu skill aku ada sikit baik. Skill or nasib? Dua2 kot. Walaupun bkn champ, no 3 pun jadik lah.... Darling seperti biasa, akan berlagak dgn piala pusingan nye.... Champ sgt lah tu....

Overall.... memang fun sangat.

Next, katanya boss nak sponsor Paint Ball & Go Kart.....

Note :- Taik bowling dah mari... Jom membowling....

Tuesday, January 4, 2011

:-)

Aloha....

Disebabkan Mr Lappy masih di ICU dan mungkin (mungkin!!) tidak boleh diselamatkan lagi, aku sudah ter miss nak update blog sempena tarikh 'keramat'- 1.1.11.

Tapi, apa ada pada nombor kan...

Entry yg pertama untuk tahun ini:-

YEAHAA!!!! Kunci rumah sudah boleh di collect... Suka.. suka... suka...
Tapi yg tak suka nya, duit rumah lama tu belum dapat2 lagi... Ini lah klu berurusan dgn G**M*N. Bukan setakat lembab tapi BASAH!!!...

Note : Sudah mula berangan2....