Tuesday, November 18, 2014

Balik, hujan & banjir

Aloha....

Tajuk memang takde rupa tajuk. Otak beku.

Minggu ni Abam nak balik. Cuti sekolah sudah terasa bahangya.

Plannya, nak ambik dia hari Khamis then terus extend cuti sampai Sabtu. Nak jalan2 KT, Pasar Payang lah kononnya.... And mungkin juga ke Kota Bharu.

Tapi, semakin dekat hari, semakin hujan menjadi2.....

Sana sini dah ada berita banjir.... Huishhh... takleh jadi ni. Kalau teruskan jugak mau bermastautin 2-3 malam kat sana. Takut tak lepas balik sini.

So, kensel plan..... Maybe ambik dan balik aje.

Semalam, dah rasa kena tukar plan jugak. Kena suruh dia naik flight je. Baru berkira2 nak ambikkan tiket, dia kata tak nak pulak naik flight. Sebab barang banyak. Takpe, itu bisa ditambah luggage nye. Dia tak nak jugak sebab dia tak reti nak kemas. Bajet2 kalau jemput, dia main campak je barang2 tu dalam kereta. Bijak bijak... Hantar belajar jauh2 itu yang dia pikir nye. Nanti ur mommy bawak lori ye nak.....

Alhamdulillah, exam kali ni dia ada peningkatan compare to exam sebelum2 nye. Kalau tak setiap kali dapat result, tiap kali tu jugak kol dedi nak balik. Frust amat sangat lah kononnya.

Kali ni dia dapat no 2. Memang jauh sangat dah peningkatannya tu. Tak sia2 antar ngaji jauh2..... Harap2 SPM nanti dapat cemerlang.

Adik pulak, menggeletis kaki tangan kalau panggil nama Abam.... Tak sabar agaknya nak kena gigit lagi....








Tuesday, November 11, 2014

Otak

Aloha....

Otak kite ibarat hard disk lah.... Sesetengah orang memory hard disk dia besar. Yang mana dapat yang besar tu, macam2 bende dia boleh simpan. Tu yang pandai2 lah. Sesetengah orang pulak memory dia kecik. So, takleh simpan banyak mende. Aku ni kategori tengah2.... Just nice lah nak save bende2 elok tapi telah disalah gunakan dengan menyimpan data2 yang tak berapa nak berfaedah. Bayangkan ye..... (ni bahasa senang belajar) otak kita ni kita dah masuk kan macam2 folder. Aku tak nak citer otak orang lain tapi otak aku folder yang paling besar adalah folder berangan. Dah penuh, aku delete folder lain seperti folder Sejarah darjah 4 sampai tingkatan 3. So, folder berangan aku lebih dapat banyak space. Tak cukup lagi, aku delete pulak folder kenangan zaman2 sekolah.... (tu pasal aku blur2 je bila ada ex schoolmate hi hi kat aku... sebab aku dah teredelete lah tu). Kena pulak banyak sekolah.... lagi lah. Dan folder berangan bertambah2 besar. Dah ada ruang kosong, aku tambah lagi dengan angan2 baru..... (kuat berangan aku nih....)


gambar hiasan di cilok dari En google



Lama-lama semua otak penuh dengan angan2.... Pas tu malas nak pikir, Bila malas nak pikir, jadi.....(malas nak mention.)
 
Sekian nukilan hari ini. (yang paling vongok)