Tuesday, July 30, 2013

Kan dah kena....



 Aloha....

Encik2 suami semua... sila baca keratan dibawah. Dun play2 huh....!



Ni aku dapat dari dinding muka buku. So aku share kan aje. Dari keratan paper mana paper bila tu aku tatau.

Tengok tajuk pun dah ganas kan.

Dan aku saje2 tagged kat my laling.... Almaklumlah, aku pun tergolong dalam kategori isteri2 yang belum dapat baju raya lagi.



Dan...terlebih bunyik pulak dia....




Monday, July 29, 2013

cerita puasa cerita raya

Aloha.....

Kita sudah pun melepasi separuh bulan Ramadhan. Bermakna lagi beberapa hari je Syawal menjelang... 

Dulu2 eksaited jugaklah bila dah dekat2 nak raya. Eksaited bershopping sebenarnya. La nih, tak rasa apa2 pun. Tak sabar nak cuti je. Menunggu mood nak shopping pun tak sampai2 lagi. Baju pesen apa pun tak pikir.... Cuti pun tak ambik. Giler sempoi....

Sabtu hari tu ada lah sikit rasa nak bershopping. Nunggu jugak kot2 ada orang offer, tapi haram..... Jumaat tu si junior dah dok menanya. Tak boleh jadi nih, kena bersuara jugak. Kalau tak memang dia buat derk je.

Kasi hints skit2, kasi intro, nasib baik paham. So esok paginya...

"Jom pegi Setia City Mall...."

Hah??!! Sopink raya kat sana?!!

Apa aku nak cari kat sana? 

Tapi jangan tanya si junior. Hidup dia kat tempat macam tu....

UniQlo..... apa lagi, kena pow lah dedi dia.

Hambek kau!!! Dia sambar jeans & kemeja je kurang limahengget tigaratushengget. Tak payah nak pandang2 aku... Saper yang ajak datang sini. 

Aku berkenan kan candy jeans. Tapi macam mahal pulak. Padahal RM99 je tapi sebab pernah napak jeans yang sama dengan harga RM49, so terbatallah niat. Nak jugak cari yang murah. Dapat tapi punya lah panjang q nak menerai. Nak masuk fitting room pun nak beratur 15min, tak payah ler.

 
cantik tak? (muat tak?)
 
Jalan2 napak pulak H & M.... dah dia berkenan baju kat situ pulak. Tapi ntah nape tak jadik ambik. Rupa2nya dia dah ada plan dengan kazen2 dia nak gi H&M kat KL. Amboi2..... dah remaja sangat lah tuh. 

Ok... itu citer sal shopping.

Semalam berbuka puasa dengan family. Kebetulan my mum dah seminggu kat sini, so bawak dia berbuka di Mandarin Oriental Hotel. Beramai2 kitorang ke KLCC cuci cuci mata sambil tengok my mum shopping.

Minggu lepas masa my mum sampai sini, kami sefamili berbuka di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Sini tempat dia open. Pool side... Food memang melambak2. Kat situ buat style warung. Dari segala2 yang panggang, segala2 yang goreng dan segala2 yang rebus. Oleh kerana tema adalah santai, maka memang havoc lah meja kami. Kalau semua dah berkumpul, memang adab tatasusila masing2 tinggal kat rumah ler... Makan tak seberapa, tapi kecohnya yang lebih. Si Feya & Zara awal2 dah kasi makan, time berbuka je kasi dorang main kat playground. Sebelah meja je, tu yang sonang.... Surau pun sebelah meja. Memang kelab tu sediakan khemah kat sebelah tempat makan untuk menyenangkan guest2 yang datang berbuka. Dengan harga RM58 sorang, rasanya berbaloi kot. Cuma sibuk berborak sampai lupa nak ulang2 makan. 

Kat sini tak sempat pun nak snap gambar. Nak ambik gambar sendiri pun lupa.
 
Berbuka kat Mandarin Oriental pun best jugak. Tapi kat situ taklah sesantai kat Kiara tu. Mungkin suasana senyap, so dapatlah menikmati lebih banyak food. Tapi senyap2 pun, meja kami tetap havoc. Cuma havoc tu ikut suasana lah. Food kat sini tak semeriah kat Kiara tapi macam2 jenis. Dari yang western, seafood, chinese food.... macam2 lah. Kalau nak rasa yang pelik2, kat sini tempat dia. Sampai oyster mentah tu pun kitorang try. Untuk yang gemarkan sushi, pun heaven. Aku pelahap daging panggang ler dengan mushroom sos. Marbeles.... Dari yang well done, medium cook... semua aku belasah. Pasta, kebab, salad.... dessert pulak memang buat orang2 seperti aku lupa dengan akujanji untuk berdiet. Giler tak ambik eskrem coklat dengan topping macam2. Tukang jaga eskrem pun dah kenal budak2 nih yang asyik dok mengulang. Bukan untuk dorang, tapi untuk kitorang. Tu seronok jadi orang besar boleh suruh budak2 kecik.

 
 
Ini first round. memang lapar nasik hari tu.



Lepas tu baru nampak yang ini.



Dan ini....



Ini je 2 round aku belasah



Sape nak makan bende mentah ni....



Alaa... shomel nya. Tapi rasa tak sheshomel rupa.



Hah... yang ni 4 round.



 
Aku semalam makan sampai migraine. RM160 per head memang kena makan sampai muntah. Wajib cuba semua sampai nak sarung jeans hari ni dah sendat.

Sebelum migraine teruk semalam, sempat lagi tawaf KLCC. Pas tu terus hantar my mum balik. 

Alhamdulillah, seminggu dia kat sini, dia sihat sangat. Ada je yang bawak dia jalan2 shopping2. Siap shopping kat KLCC hoccay..... Aku jugak yang belum bershopping lagi.

 

Tuesday, July 23, 2013

Muka sardin roll

Aloha....

Hari ni time berbuka, aku pandang muka dia, dia pandang muka dia satu lagi, dia satu lagi pandang muka aku.... then masing2 pandang menu yang terhidang. Sardin roll & air oren.



Yup.... ini je hidangan kami hari ini. Ini je yang termampu aku buat..... Memang hidup kena berserdehana, tapi kalau setakat sardin roll je buat santapan berbuka, mau nanges mak mertua kalau dia dapat tau.

Hari ni aku sangat2 tidak larat untuk berjuang di dapur. Itupun nasib baik ada sardin roll ni dalam peti es. Ini memang dah buat awal2 sebagai stok. Kalau tak..... roti sapu peanut butter je lah aku hidang.

Ekceli, baru balik dari Johor. Pagi lepas sahur gerak kesana. Pergi melawat makcik dia meninggal. Sepanjang Ramadhan ni, aku tak pernah sekali pun sakit kepala, boleh hari ni pulak terasa berat. Pelagi, time sahur telan ubat. Bajet dalam kereta boleh tido.

Memang tido pun... tapi bangun je, masih berat lagi kepala ni. Kat sana memang panas terik....

Sampai KL kul 6. Memang idak upaya lah nak buat apa2. So, itu jelah cukup untuk alas perut.

Lepas Maghrib... duduk2 kejap, baru keluar makan. Tapi perut dah masuk angin agaknya, tambah pulak kepala masih berangin, so fresh orange je lah yang aku hadap sampai habis. Now perut dah berbunyik... siapa mau jawab??!

Sunday, July 14, 2013

Berita baik...

*entry di buat 2 hari lepas tapi tatau kenapa hari ni tgk masih dalam draft. Lupa nak publishkan ke or line yang mengong (sambil menidakkan kesalahan sendiri)... 


Aloha....

Hari ke -3 Ramadhan.... Berkat bulan Ramadhan, berkat hari Jumaat, aku dapat 3 good news.

News yang pertama : berat aku turun hari ni. Tapi ni timbang sebelum berbuka. Selepas berbuka takyah lah nak ngada2 timbang. Tak pasal2 migrain. Aci ke tak aci, haku pedulik hape!!!

News yang kedua : dapat greenlight esok boleh shopping....

News yang ketiga : sekarang ni aku tak perlu lagi sorok senduk2 rumah aku. Dah selamat. Takkan ada orang nak curik.... hihihi.... 

Ekceli aku happy untuk kawan se spa aku yg berjaya dengan mission nya. Takleh kasi tau, tunggu tuan punya badan buat official announcement. 

Anyway, Selamat Berpuasa

Thursday, July 11, 2013

Air Optix vs O2 Optix

Aloha...
 
Ni cerita untuk orang2 rabut (macam saya......).
 
Dulu bila mak suruh study siang2 hari.... tak nak. Nak malam2 hari jugak bukak buku.
Mak suruh baca bawah lampu terang...... tak nak. Nak baca dalam selimut jugak...
(tapi tak jugak pandai2)
 
Mak kata jangan asyik tengok tv.... Nak tengok jugak.
 
Ha... kan dah rabun.
 
Dulu pakai je spec..... dah feeling2 macam budak pandai. Habis lawa lah rasanya...
 
Sekarang kalau boleh tamau pakai. Sanggup tengok dunia dengan pandangan kelabu.
 
Bila dah kerja, dah ada duit sendiri, dah takleh buat spec guna student package dan yang paling penting dah rasa tak lawa bila pakai spec, mula lah try2 guna contect lens.
 
Mula2 pakai lens, ambik yang boleh pakai lama. Selagi tak koyak, pakai lah sampai sudah. Tiap2 bulan bawak pegi kedai suruh cuci. Kos, dah lupa berapa harga time tu. Ntah ada lagi ke tak jenis tu pun tak pasti.
 
La ni.... dah reti pakai yang disposable. Pakai yang boleh tahan sebulan. Habis sebulan, tukar.
 
Brand yang aku pernah guna adalah Ciba Vision.
 
Mula2 dulu pakai jenis murah. Tak ingat cap apa. Tapi tak dan sebulan, dah nampak kulat2 kat lens tu. Nak kata tak cuci, tiap hari aku sental. Pas tu cepat koyak.... then takleh pakai lama. Kalau pakai pagi pergi kerja, kul 4 dah pedih. Yelah.... barang murah. Time tu bukannya memang nak beli yang murah tapi tak tau jenis apa yang sesuai.

Lepas tu bila dapat kedai yang betul, optician tu pun explain apa yang mata kite perlu iaitu oksigen...
Oooooo..... baru paham. (Sorilah dulu belajar Sains tapi tak ingat ada masuk bab mata perlukan oksigen).

So, optician suggest ambik yang bawah ni.

Ni untuk pemakaian sebulan. Memang banyak perbezaan. Sangat2.... Boleh pakai sampai malam. Lembut tapi tak mudah koyak.
Harga ikut nasib kedai mana boleh kasi murah tapi dalam range RM65 - 70 sekotak/3 pairs. Oleh kerana power mata aku lain2 so memang kena ambik 2 kotak. Maknanya stock untuk 6 bulan.

Lama jugak guna brand ni sebab macam dah ok.

Tiba-tiba...... ada pulak yang recommend jenis yang bawah ni pulak. Brand yang sama tapi lain tajuk. Mula2 dapat free trial sebulan. Ok..... lagi lama dia tahan. Kadang2 lepas kerja pergi berfoya2 hingga pagi pun tak terasa.

Harga yang ni mahal sikit. Hari tu aku beli RM50 untuk 3 pieces. Maknanya kalau beli 2 kotak = 3 pairs = RM100. Tapi lepas usha2 orang kedai tu aku dapat 2 pairs free. Cayalah kan....

Lansung tak rasa macam pakai lens. Pernah sekali hari kedua aku pakai, boleh selamba bawak tido sampai pagi esok. Pelik jugak sebab masa tengok tv malam tu rasa terang je dunia tapi rasa macam dah bukak. Bila bangun pagi esok, pun terang je pandangan. Bila lepas mandi time nak pakai lens tu, baru tau lens masih ada kat mata..... Punya lah tak terasa.

Ertikata lain.... yang ni lagi ok lah kat mata aku.

Kat sini aku ada kopipes bulat2 dari website Ciba Vision.


O2OPTIX™

Breathable lenses for the health of your eyes.1

Something is about to change the way you look at contact lenses. It's O2OPTIX, breathable contact lenses that transmit up to five times more oxygen versus traditional soft contact lenses - for whiter, healthy-looking eyes, no matter how long you wear your lenses each day. They're so breathable, you can nap in them or even sleep in them for up to six nights extended wear.2

Visit O2OPTIX.com for more information and a free trial!

1. Dk/t = 138 at -3.00D. Other factors may impact eye health.
2. Please consult your eye care professional for recommended wearing schedules.

Also Available -- O2OPTIX Custom™

O2OPTIX Custom gives individuals with unique prescriptions a healthy and comfortable contact lens option.

The lenses allow up to 5 times more oxygen through the lens than the leading made-to-order soft contact lenses. They are available in powers from +20 to -20. Learn more!


AIR OPTIX® AQUA breathable contact lenses are made from state-of-the-art material that allows up to 5 times more oxygen through the lens than traditional soft contact lenses1 - for healthy-looking and healthy-feeling eyes.

SEE BENEFITS:

·         Lubrication for outstanding comfort on contact

·         Up to 5X more oxygen flow through the lens than traditional soft contact lenses1

·         Patented lens material retains moisture for comfort throughout the day

·         Superior deposit resistance for cleaner lenses

RIGHT FOR YOU IF:

·         You wear your lenses for long hours

·         You have an active, nonstop schedule

·         Your eyes get tired or dry late in the day

·         You want to wear your lenses from breakfast to bedtime
 
 


 

Wednesday, July 10, 2013

Intai-intai

 
Aloha.....
 
 
 

wink.. wink...

Sebab ciptaan manusia yang satu ni lah buat aku masih bekerja dan terus bekerja dan bekerja dan bekerja........

Thursday, July 4, 2013

Metallica live @ Singapore 24/8/2013

Aloha....

Straight to the point....

4tiket untuk di lepaskan..... huhuhuhu....

Ada yg berminat?

Monday, July 1, 2013