Tuesday, July 23, 2013

Muka sardin roll

Aloha....

Hari ni time berbuka, aku pandang muka dia, dia pandang muka dia satu lagi, dia satu lagi pandang muka aku.... then masing2 pandang menu yang terhidang. Sardin roll & air oren.



Yup.... ini je hidangan kami hari ini. Ini je yang termampu aku buat..... Memang hidup kena berserdehana, tapi kalau setakat sardin roll je buat santapan berbuka, mau nanges mak mertua kalau dia dapat tau.

Hari ni aku sangat2 tidak larat untuk berjuang di dapur. Itupun nasib baik ada sardin roll ni dalam peti es. Ini memang dah buat awal2 sebagai stok. Kalau tak..... roti sapu peanut butter je lah aku hidang.

Ekceli, baru balik dari Johor. Pagi lepas sahur gerak kesana. Pergi melawat makcik dia meninggal. Sepanjang Ramadhan ni, aku tak pernah sekali pun sakit kepala, boleh hari ni pulak terasa berat. Pelagi, time sahur telan ubat. Bajet dalam kereta boleh tido.

Memang tido pun... tapi bangun je, masih berat lagi kepala ni. Kat sana memang panas terik....

Sampai KL kul 6. Memang idak upaya lah nak buat apa2. So, itu jelah cukup untuk alas perut.

Lepas Maghrib... duduk2 kejap, baru keluar makan. Tapi perut dah masuk angin agaknya, tambah pulak kepala masih berangin, so fresh orange je lah yang aku hadap sampai habis. Now perut dah berbunyik... siapa mau jawab??!

No comments:

Post a Comment