Wednesday, December 28, 2011

Kekosongan hidup ini

Sunyi....

Sepi....

Rasa kosong bila dia takde...

Dah lama kami tidak bermesra2an seperti dulu...

Tiada lagi tempat mengadu... Kekadang kala hanya dapat mengadu pada yg 1 lagi.

Tiada lagi tempat meluahkan perasaan... Sekali sekala mengambil kesempatan meluahkan pada yang 1 lagi.

Hati berkata...'cari je yang lain'.
Otak berkira2 mau atau tidak....

Ada yang sudah meng'offer'kan diri untuk carikan untuk aku.
Ada yang memberi cadangan yang bisa menghasut hati ini.

Ya.. aku tau sudah berkali2 ini terjadi pada aku, tapi akhirnya kami akan kembali bersama semula.
Tapi... kali ni rasanya seperti sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Walaupun kami semakin akrab, segala rahsia aku ada bersama dia tapi aku tidak mampu berbuat apa2 lagi....

Aku perlu keraskan hati aku untuk mencari pengganti.
Aku tidak bisa hidup tanpa pengganti dia.

Sekarang aku hanya perlu membuat pilihan yang mana satu :-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
sama ada aku mahu yang ini kah ?
atau yang ini kah ?

atau hanya yang ini?

(*gambar ihsan dari google untuk mencuci mata & hati kita)

susah jugak nak buat pilihan kan... kan... kan....

Terasa sangat2 bila laptop ku JAHANAM........ Segalanya ada dlm tu. Gambar, lagu, video, working paper, backup contact....... ADOYAIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tidak adakah pakcik Santa Klos mau campak 1 bende2 diatas ni kat chimney rumah aku... Owh aku lupa. Rumah aku hanya rumah teres. Tidak ada chimney..... Mungkin boleh letakkan saje dalam post box. Post box rumah aku besaaaaarrrrr..........

Note : Harap offer tu masih on ....

Monday, December 12, 2011

(*Ekceli... lupa apa mau citer daa...)

Dulu malu... tapi mahu...
Kini baru ku tahu....
Diam-diam... jatuh cinta...
Bersama akhirnya......

Tau lagu apa tu? Lagu Kak Melah....

Tadi terdengar kat radio, terikut2 lak menyanyi. Tapi lagu tu takde kena mengena pun dgn citer hari ni. Jauh panggang dari api. Ibarat lagu Sedetik Lebih dengan citer Merong Mahawangsamaju tu, bagi aku mcm takde kena mengena jugak.

Bagi aku lagu Pulangkan dlm citer Si Sundal Malam (yg harum) tu ada kena mengena dengan citer dia.


'Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku'

Kan, ada jugak lah related nye kan...

Ok... aku sudah lupa apa aku mau citer hari ini...

Sekian dulu ye.... Wassalam.

Wednesday, November 16, 2011

Time ni lah.....

Ek elehhhh.....

Banyak2 hari, hari ni lak nak kena. Dah lama tak kena ni, mesti teruk.

Time laki aku tadak, time ni lah nak kena migrain. Now belum teruk lagi. Masih boleh mengadap laptop ni kira ok lagilah. Sat2 lagi tak tau lah macamana. Sebab lepas mandi, makan ubat, belum ada tanda2 nak kurang... Muntah sudah 2 kali since balik keje tadi.

Time bawak keter tadi pun dah semacam. Rasa melayang layang je. Nasib baik sampai.

Nak tido rasa mcm awal sangat. Nak tengok tv.... remote mana satu pun aku tak tau. Kalau minggu2 lepas time2 gini layan Mastercep kat ch 104. Tapi sejak 2 menjak ni macam meluat pulak tengok lagak si juri. Nak2 bila ada kes juri yg menipu... Bila dengar dia komen terus je terdetik, alaahhh.... kamu tu pun bukannya baguuuuusssssss sangat. New york pun tak pernah lepas (itu kata bapak dia). Tulah, tipu lagi. Dah buat orang hilang rasa respect.

Ok, dah melalut dah ni.....

Nyut nyut nyut kepala ni.....

Cing cing cing.... bunyi loceng Tesha & Trio berkejar2an.

Eong eong eong... bunyi alarm.

Adoiiii... kenapalah sumernya time ni??!!

Note : Tido lah macam ni.

Saturday, November 12, 2011

Belajar benda baru.....

Aloha....

Entry kali ni post testing2....

Pagi2 hari otak tgh fresh elok lah berguru dgn org. Nasib baik paham, maklumlah berguru dgn org yg tengah sakit gigi ni besar risiko nye..... Silap2....(??)

Tenkiu kepada cik puan remaja purba yang sangat bermurah hati mengajar diriku yang mengong ni walaupun tatkala dia tengah berperang di dapur dan berperang dengan perasaan dia. Dan aku sangat2 kagum dengan dia yg boleh buat keje 2 in 1. Memasak sambil berfesbuking. Ailapyu lah....... forever n ever until when when....

Note : Tenkiuk daun keladi,lepas sakit gigi boleh ajar lagi...

Thursday, November 10, 2011

Mata Bengkak Hati Bengkerk

Adooiiiiii!!!!!

Bangun tido mata dah sakit. Tapi tidak bertahi mata.... cuma ada rasa bengkak ditepi mata sebelah kanan. Nak pejam, nak gerakkan anak mata rasa sakit. 15 minit belek kat cermin sebelum mandi dan selepas mandi. Manalah tau semakin membengkak ke... Boleh lah MC. Tapi, MC hari ni rugi jugak. Baik ambik esok.

Kat ofis, jap jap belek mata. Manalah tau tiba2 dia bengkak, bengkak dan bengkak lagi....

Sakit makin bertambah sakit tapi rupa bentuk masih seperti pagi tadi. Nak kaver, hari ni tak pakai lens. Pakai cermin mata je. Dah jadi macam cikgu Markonah dah aku ni. Dengan berbaju kurung... Motif berbaju kurung, malas nak gosok baju... Cari baju yang kalis kedut.

Badan pun dah macam seram-seram sejuk.. Ala2 nak demam gitu. Muka dah jadi panas ibarat orang menahan malu.

Ok, part tu aku boleh kontrol jelitawan lagi.... Mata bengkak takpe, jangan hati bengkerk.

Ni nak citer lak pasal hati bengkerk....

Dah lah dengan rasa satu muka ni berdenyut2.

Tiba2 teringat lak kat kawan aku si remaja purba yang tengah menderita sakit gigi.... Ya Tuhan.. Kau sihatkan lah gigi/gusi dia agar cerita pasal gigi dia yg sakit tu tak jadi beratus episod....

Ok back to the topic pasal hati aku bengkerk.

Ulang balik.... dah lah muka aku tengah rasa berdenyut2... Ada pulak makcik CNN yg memekak kat sini.. Aduuuhhhh... Bingit tau tak...Bingit!!!

Dah... tak nak ngata lebih2.

Mata sudah tidak boleh pejam. Sakit. Tapi belum bengkak yang betul2 bengkak... Bengkerk jer.....

Note : Mihun sup ok tak hari ni?

Wednesday, October 26, 2011

Bikin kecoh

Aloha....



Budak kecik kat atas ni sudah bikin kecoh hari ni. Hari ni seperti hari2 cuti yang lain, dorang dapat pelepasan main kat luar. Wah... sungguh gumbira masing2. Selalu dapat keluar kat belakang je sebab senang nak kawal & macam selamat sikit sebab takde kereta. Tapi disebabkan hari hujan, hari ni dorang main kat depan. Kononnya, dorang tak akan kemana2 sebab hari hujan.
Tapi menjelang Maghrib bila panggil sekor2 masuk, si kecik ni pulak takde. Agak2 puas jugak lah mencari. Hingga hari gelap. Senyap sunyi bila panggil. Bunyi loceng pun tadak. Tak cukup meronda depan rumah, habis satu taman dicari.

Sampai 1 tahap, darling dah nak declare si kecik ni memang dah hilang. Masa tu dah jam 10 mlm. Tapi tetap tak puas hati sebab kadang2 macam terdengar bunyi loceng dia. Sampailah neber2 sini keluar dan cari sama. Konpem, memang ada dengar loceng dia.... Last2 jam 10.30, budak2 sini jumpa dia kat dlm enjin kereta neber sebelah rumah. Punyalah panggil tadi dia boleh buat derk aje. Ekceli sikecik ni memang penakut. Dengan aku pun kalau lalu sebelah tu memang menciput dia lari. Macamlah pernah kena pukul.

Bila dah tau dia kat situ, dah 1 kerja nak keluarkan dia. Tarik punya tarik akhirnya dapat. Dah dapat terlepas pulak. Lari ke rumah sebelah lagi. Masuk pulak dalam enjin kereta orang tu.... Lagi sekali kena masuk bawah kereta.

Banyak adegan betol... Sikecik tu bila tengok orang dah ramai, lagi dia takut.

Mungkin neber2 situ macam tak sabar je nak tengok dia, habis semua berkerumun. Bila dah dapat, jeng jeng jeng..... takde lah kucing lawa mana pun tapi kecoh nye 1 Malaya.

Sekarang dia seakan trauma tapi bila nak pujuk punya lah liar. Biarkan aje. Kasi makan, dia punya lahap...

Ha tu lah... Konon nak lari dari rumah. Nak lari, sebelah rumah je.

Tuesday, October 25, 2011

Cerita lapuk yang disatukan

Aloha....

Ok... beberapa abad rasanya tidak berbahasa di sini...(Ada ke orang kesah??!!)

Dalam otak bercelaru nak cerita macam2 tapi setakat itu je lah. Namun nak buka laptop ni, idak ler.... Semenjak dua menjak ni line SELKOM BODBEN ni SLOW GILOS!!! Akibatnya, bodben itu telah di balut dengan cellotape sebab dah terbelah 2 lepas di baling untuk diuji ketahanan (betul2 menguji ketahanan mental aku). Still boleh guna lagi. Cayalah....

Cerita 1

Agak lama jugak aku tidak menghadirkan diri mendengar talk2 yang kononnya membina semangat dan memajukan diri. Ntah mana datang kesedaran untuk pergi (erti kata lain:- dipujuk seseorang) akhirnya, terjebak jugak lah.

Minit2 pertama, agak bersemangatlah jugak. Masuk minit ke 25, sudah hilang fokus. Masuk jam petama, 4 kali pegi toilet. Dalam hati...tobat aku tak akan datang lagi.
Aku bukan tak boleh terima bende2 macam ni. Tapi aku sungguh2 tak boleh terima bila mereka2 ini sudah menjadi taksub. Ibarat apa saje yang dihadapkan pada mereka semuanya bagus dan elok. Semuanya mahu diikut bulat2 tanpa ada sesi soal jawap.
Dalam sesi ni ada beberapa group. Setiap group ada leader. Ayoooo..... perlu ke nak kena ikut je cakap leader tu? Lansung yg bawahan tidak bersuara. Sowiiii... aku bukan macam itu.
Mungkin kerana dorang tengok aku jenis tak makan saman, lepas sesi tu 2-3 orang yg ala2 leader sudah cuba sedaya upaya mencairkan hati aku. Dan aku tetap aku... HATI BATU.

Cerita 2

Ini pulak cerita pasal seorang teman. Teman aku. Ntah mana silap kami sudah tidak bersefahaman mengenai suatu isu. Isu yang agak sensitip.
Dan disebabkan itu jugak, dia datang pada aku setelah sekian lama kami tidak bertemu, setelah beberapa mesej & kol tidak membantu. Disebabkan dia jugak, beri itam ku berikat getah. Senasib dengan Bodben Selkom diatas. Kesian....
Pada mulanya agak marah tapi endingnya... aku suka aku suka. Ofkos lah hepi ending kan. Rasa2 macam nak gaduh selalu. Akhirnya dapat jugak meluahkan apa yang terbuku. Kalu dia tak buat begitu, mungkin sampai bila2 juga aku akan membatu. Kan rugi tu.... Sekarang, kami menjadi lebih telus & tulus bersahabat.

Cerita 3

Minggu ini cuti sekolah sempena Deepavali. Dan seperti biasa junior telah dikidnap aunty dia. Sudah 3 hari dia disana. Dilayan seperti putera raja. Kononnya mau kasi chance mummy & dedi dia berdua2an. Ok... bab ni no comment. Lips sealed. La la la la....

Cerita 4

Untuk memenuhi masa lapang dan memenuhi jiwa yang kosong, dengan berbekalkan laptop dan line Selkom yang slow, berjaya jugak aku mengopakkan duit poket aku laki aku dengan memborong beberapa barangan.... Walaupun aku sudah agak jarang pergi ke shopping mall, tapi kini shopping mall datang pada aku. I love technology...

Cerita 5

Belum cuti sekolah lagi, kami sudah merancang2 percutian. Antara yang termasuk dalam agenda:-
i )Seberang tambak - Universal Studio
ii )Seberang laut - Kota Kinabalu atau Langkawi

Ada lagi satu... ini idea aku. Disneyland HK. Dan akibatnya..... "Dari kita kesana, baik kite pegi Umrah". AMEK KAU!!!.... Sesejuk2 perut aku mengandungkan anak sebegitu, panas jugaklah telinga aku.

Cerita 6

Nanti.. aku sedang memerah otak untuk mengingati sesuatu.
Cukuplah dulu... jangankan kamu, aku jugak sudah mau muntah dengan cerita2 aku...

Note : Rasa sedikit ringan otak aku.

Friday, October 14, 2011

SANTAU!!!

Aku tau, mulut aku kadang2 jahat.
Aku sedar, kadang2 hati aku busuk.
Aku perasan, kadang2 aku ni tamak.

Tapi...

Tolong lah jangan santau aku.

Aku ni, nampak macam berani. Tapi rambut gugur pun aku dah rasa nak teriak apatah lagi kalau kena santau.

Huishhh... dun play-play...

Pagi tadi aku terima 1 sms dari no kaum kerabat selkom tapi tidak dikenali. Tau2 bangun je check henfon, ada sms. Tak sedar bila masuk... owhh received kul 2.45am. Konpem lah aku tak boleh sedar. Baru lelap 10 minit.

Antara kandungan sms tu (sori aku malas nak vscreenshot pas tu nak ambik kabel, pas tu nak transfer dlm pc, pas tu nak upload sini. Aku rela salin balik apa dia tulis):-

"KO JGN NAK TUNJUK LAGAK. JGN CUBA NAK RAMPAS DIA DARI AKU. KALAU KO TANAK KENA SANTAU DENGAN AKU, JGN NAK KACAU DIA LAGI".


Umak aiiii.... dalam makna nye tu. Tapi sori to say lah.. salah time aku baca. Lepas bangun tido sistem repon aku memang lembap. Nak2 kalau tidur hanya 3 jam. So, aku buat dunno je. Ambik towel, masuk toilet. Berangan sat.....

Then baru aku sedar. Ambik henfon (henfon aku memang letaknya dlm bilik air) baca balik.

Alamak.... 2-3 menjak ni badan aku sakit2. Kena SANTAU ke? Ehhh... dak aih. Badan aku sakit sebab batuk yg keterlaluan. Maklumlah... paru2 dah hitam kena asap.

Ok..ok... sambung baca lagi....

"DIA BINI AKU... (chop!!! taste ai bukan sejenis u...). AKU TAU SAPE KO. AKU TAU ANAK BINI KO. (ok.. chop lagi!! Aku ada bini? Konfius dah ni...) APA YANG KO KENA SEMLM ITU KIRA WARNING DARI AKU. SATU HARI KO AKAN DAPAT LEBIH LAGI!!!


Ok... tanpa membuang masa, aku reply & forward kan balik message tu. Aku bilang :-

"Bro, bro sudah slh antar lah. Cer antar balik, sy takut org tu tak dpt msg bro tu nati. Tak pasal2 kena santau..."


Then dia reply...

"Sori yer.. salah antar. Timekasih..."

Thursday, September 15, 2011

Pengakuan dia

Aloha...

Ini lagi kisah Tabby... Nampaknya tahun ni memang tidak ada kisah raya.

Tiap2 hari masih bercerita pasal dia.

Tabby here, Tabby there...
Tabby this, Tabby that...

Everyday, never miss.

Dan tetiba my darling buat pengakuan:-

Dia : Hari tu kalau ikutkan hati, I tumbuk je budak tu. Boleh cari gaduh. Takde otak!!!

'Budak itu' merujuk kepada manusia yang langgar Tabby kami.

Itu tandanya dia memang punya perasaan. Rasa kekesalan masih berbekas di hati.

Dan si Tesha & Trio jugak yg mendapat keuntungan dari kejadian. Segala keperluan didahulukan. Segala kebajikan diutamakan.

Dan mereka2 itu, sungguh pandai mengambil kesempatan....

Note : Walaupun mereka hanya kucing.....

Sunday, September 4, 2011

Kat mana lagi tempat yg selamat

Aloha...

Masih bersedih dengan kehilangan Tabby, terima lagi 1 berita sedih from my niece pasal Jasper yg dorang hantar for boarding hilang. Bukan aje hilang, rupanya ada yang mati.

Thank God... petang tadi Jasper dah dijumpai di Balai Polis Paya Jaras.

Giler!!!! Kenapa lah gile sangat owner Petknode tu. Kucing yg gemuk2 boleh jadi kurus kering. Bayangkan 7 hari kat sana dorang tak diberi makan & minum...

Yang bulu tebal hanya tinggal kulit.

Yang baru lahir mati bersama sang ibu.

Yang manja jadi liar.

Dibiarkan dalam carrier selama 6 hari?

Sebanyak 300 ekor kucing dibiarkan tak dijaga dlm kedai yg kononnya 'hotel'. Ada yang terbiar di luar kedai. Ada yang mati bergelimpangan.

Aduhhh... mana lagi tempat yang selamat untuk dorang?

Bawak balik kampung pun tak selamat, ditinggal kan pun buat tak senang jiwa, hantar boarding pun tak tentu hidup atau mati.

Dikhabarkan owner kedai tu dah ditangkap dan disiasat. Hambik kau!!! Memang cari pasal dengan salah orang. Azab lah jawabnya....

Dan masih ada berpuluh ekor kucing yang belum dituntut oleh owner. Volunteer diperlukan untuk jadi fosterer bagi kucing2 yang belum dituntut.

Tak dapat bayangkan kalau terjadi kat my furkids....

Raya kali ni asyik dengar citer sedih pasal furkids je. Sama hari Tabby pegi tu, kucing my cousin yg baru dapat baby jatuh dari bumbung. Patah pinggang & mati. Paling sedih bila anak2 dia menyusu kat ibu dia yg dah mati. Memang meruntun jiwa.....

Oh ya... sekarang kawalan keatas Tesha & kids semakin ketat. Tidak dibernarkan keluar pagar lansung. Nasib baik dorang paham. Tapi Tesha masih mencari2... dan semakin manja. Mungkin sebab kurang makan, dia makin kurus.

Orang kata kucing ada 9 nyawa. Aku harap Tabby baru 'menggunakan' 1 nyawa. Semoga kehidupan dia akan datang akan lebih baik dan dijaga dengan sempurna.

Note : Tiada ganti...




Thursday, September 1, 2011

Baru aku tahu....

**PERINGATAN!!!!**
Ini kisah sedih aku. Pada siapa yang tidak sayangkan makhluk Tuhan yang bernama KUCING, sila jangan teruskan bacaan. Pasti anda akan rasa meluat yang amat sangat. Jangan paksa diri anda atau cuba berpura2 untuk bersedih. Aku tidak perlukan semua itu.... Cerita ini hanya untuk aku. Terlebih dulu, aku mintak MAAF....


*************************************************************************************

Sob..sob....

Baru aku tau...
kenapa aku macam tadak mood je nak raya.
kenapa aku mimpikan kubur dan keranda sebelum raya.
kenapa aku nak bawak balik semua furkids aku beraya.
kenapa Tabby senyap je hari tu.
kenapa Tabby dan Tesha bergaduh petang raya tu. Bergaduh yang betul2 gaduh. Tak pernah aku tengok dorang begitu. Tapi hanya sebentar lepas aku & darling pujuk.

Baru aku tau...
semua ini ada sebabnya.

1 Syawal 1432
Kami hanya sempat bergembira di hari raya hanya untuk 13 jam shj. Selepas jam 8.20pm, semuanya menjadi hancur. Luluh hati ini.

Tabby telah pergi selama2nya meninggalkan kami. Hati aku remuk bila dia pergi betul2 depan mata aku.

Kalaulah....
aku tak bawak dia balik... sekarang ni mesti dia sama mengadap atau sengaja baring atas laptop ni.

Bagi sesiapa yang rasa kami over acting... Ya!!! kami memang over acting. Setakat kucing mati apa nak herankan sangat kan??!! Itu kata korang. Katalah apa nak kata.

Bagi sesiapa yang rasa kami gila sebab sayangkan kucing macam baby... Ya!!! kami memang gila. Aku pedulik apa.

Kata darling, dia pergi dengan senang. Tapi aku tak boleh lupa macamana dia menggelupur depan aku. Lepas darling pegang dan cakap "Pergilah Tabby...." baru dia senyap. Dia seakan faham. Yang aku buat hanya menjerit & meraung.

Masa tu memang kitorang nak keluar. Sementara tu darling lepaskan dorang untuk main depan rumah. Masa tu darling memang jaga dorang ibarat jaga budak tengah main. Memang itulah rutin dia & aku klu dorang keluar main depan rumah.

Pada masa tu jugak, aku baru cakap..."Kalau baik mcm ni, bolehlah selalu bwk balik kampung" sebab dorang memang tak pergi jauh. Tak kisahlah kalau kena angkut segala barang dia. Sebelum balik aku memang sangat2 excited nak bawak dorang.

Tiba2 dia melintas... aku tak kisah sangat dia melintas sebab itu kawasan taman perumahan. Jalan pun hanya sebesar 4 langkah. Kereta pun takde.

Aku cuma sempat cakap kat Tabby.... "Tabby, come here. Nanti ada kereta.." Dan pada masa sama darling bangun untuk ambik dia sebab dengar ada kereta yg ibarat bunyi enjin yg dah nak roboh datang dengan lajunya. Belum sempat nak lintas, kereta tu lalu dan......

Aduhhhh....... luluh hati aku.

AKU TAK PAHAM DENGAN MANUSIA ITU. KENAPA DIA MESTI NAK LAJU?!! JALAN TU JALAN SEMPIT. DAN YANG PALING2 BUAT AKU LAGI TAK PAHAM, RUMAH MAK AKU TU RUMAH NO 2 LAST. MAKNANYA... ITU JALAN MATI. TAK TAULAH KALAU DORANG TU NAK LAJU SEBAB NAK LANGGAR BUKIT YANG ADA KAT DEPAN TU. DAN, TAKKAN DIA TAK NAMPAK SEBESAR2 DARLING AKU NAK LINTAS JALAN. BANGGA SANGAT DIA DENGAN PROTON YANG DAH NAK ROBOH ENJIN TU. SEBAB ENJIN KERETA DIA TULAH YANG BUAT TABBY TAKUT DAN BERPATAH BALIK LARI KEARAH DARLING. KALAULAH DIA TAK LAJU.... DAN MANUSIA ITU PUN BUKAN ORG SITU. HANYA DATANG BERAYA KAT RUMAH JIRAN. BONGKAK DENGAN KERETA BURUK TU!!!!

Ya... dia ada datang untuk mintak maaf. KEPALA HOTAK KAU!!!! Kan dah kena sound direct dengan aku.

Tesha sempat tengok dan cium adik dia. Aku... memang aku tak mampu. Aku tak mampu nak tengok pun. Aku hanya mampu menangis... Makin kuat mak & kakak peluk aku, makin kuat aku meraung.

Darling & junior sempat mandikan Tabby, dan kebumikan dia di tempat yang sangat cantik.

Walaupun baru sehari di kampung tapi aku sudah mau pulang kerana aku tidak mau furkids aku berada ditempat yg tidak selamat. Selepas kejadian itu, mak tak kasi lagi dorang keluar. Semua duduk dalam cage didalam rumah. Hanya bawak dorang main dibelakang rumah dan dijaga oleh 6 orang iaitu darling, aku, junior, kakak & anak2 sedara.

Tapi darling tidak mau balik sebab dia tau, kalau balik dia akan terbayang2kan Tabby.

Memang pun... Malam semalam jugak (raya ke-2) aku ajak darling balik. Ikutkan pukul 6.30 am tu aku dah ajak dia. Sampai rumah terbayang2 je dia berlari2 dengan Tesha & kids.
Ternampak2 dia jaga ketiga2 anak Tesha dan yang paling rapat dengan dia adalah T-kiut.
Terasa2 dia tidur sebelah bantal.
Terdengar mcmana dia kejutkan kitorang time subuh.

Paling sedih bila pagi, Tesha mencari2 Tabby. Pukul 6.30am memang time dorang kejutkan kami & bermain kejar2. Tak tentu arah Tesha. Dia sudah mula kehilangan Tabby.
Hari ini Tesha sudah tidak lalu makan. Makan hanya sedikit walaupun di suap. Lepas penat mencari, dia akan tidur.

Paling aku tak tahan bila tengah sembahyang. Ketika hayatnya, Tabby memang suka 'mengacau' orang tengah sembahyang. Oleh sebab itu, dia ada 'sejadah' khas untuk dia kalau kita nak sembahyang. Sebelum sembahyang, bentangkan 'sejadah' dia sebelah kita. Dia akan duduk disitu sampai habis. Ini bukan cerita rekaan....

Petang tadi, bawak Tesha keluar untuk main. Dia sudah tidak ceria. Dan kawalan kali bertambah ketat. Bila dengar je bunyi kereta, aku atau darling akan pegang dia erat2 walaupun masih dalam pagar. Tidak sekali2 kami akan lepaskan dia keluar pagar. Sangat2 serik dengan apa yag dah jadi...

Hari ini aku menangis lagi.... Aku terkenangkan Tabby. Aku kesiankan Tesha.
Hari ini aku mula mengemas barang2 dia untuk disimpan. Rantai, towel, toys, kad klinik, pinggan... Hingga kan bulu dia sehelai pun aku simpan. Cakaplah aku gila....

Kalaulah ini semua hanya mimpi...

Dia pergi seperti dijemput anak dia yg tak sempat dia lahirkan dulu....

Terima kasih pada semua yang mengucapkan takziah. Pada yang tidak ikhlas, sudah aku katakan, aku tidak perlu kan kata2 dari kamu. Aku punya famili, sepupu, pakcik, makcik yang betul memahami situasi aku. Memang aku sangat2 beremosi ketika ini.

Tabby... Ibu sayang Tabby sangat2.



Note : Ini adalah entry paling lama aku tulis. Susah untuk mencari kata2...













Monday, August 22, 2011

Jantan meroyan

Huh!!!

Korang pernah dengar jantan meroyan? Org selalu kata pompuan je kan yg meroyan. Dengar perkataan meroyan pun dah rasa mcm hodoh je kan apatah lagi kalau jantan yg meroyan.

2-3 hari ni aku sabar je. Mula2 aku boleh lah jugak melayan. Lama2, penat haih. Bukan penat apa... penat dok nak kena delete message kat bbm. Kelentung kelentang bunyik cik beri aku bila message jantan meroyan ni masuk. Pagi petang malam, time sahur, time keje, time tido... Ayoooo.. amma appa... penat mak nak delete message dia nyah.

Mak punye boipren pun tak segila dia antar message nak pujuk mak tengah merajuk.
(Mode: masih merajuk) Habih2 pagi sekali petang sekali dia antar sms.

Tapi bab jantan meroyan ni sampai aku rasa mau deactivate kan aku nye bbm chat tu. Oooo... mentang2 message kamu antar tu free. Cer kamu antar sms. Tau lak takut habis credit. Antar pulak kat group chat. Pas tu ada pulak lain yg melayan... lagi meroyan lah dia.

Geli aku dengan jantan macam ni. Nak aku nyah dia dari group chat tu tak boleh. Last2 aku jugak yang kena berkorban nyah kan diri aku dari group itu. Babai frens sumer. Aku memang takleh masuk arr dgn jantan macam tu. Bak kata satu sumber... BOILER!!!!

Note : *^#%#@!&





Saturday, August 20, 2011

Sisa Kisah Kita

Ditegaskan lagu ini tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup atau yang sudah mati. Bukan ada kena mengena dengan aku dan juga bukan dituju untuk sesiapa. Hanya sekadar suka2.

Ibarat berantu gitu.....





Thumbs up violet5986.

Raya paling gempak

Aloha...

Nah ambik!!! Punya lah lama tak melepak kat sini, hari ni melebih2 pulak nak hapdet blog.

Walaupun masih tiada 'rasa' mau bergebang tapi demi tidak mau tempat ni bersawang terutama dekat2 raya ni, ku gagahkan jua.

Itu tajuk diatas adalah seperti cerita dibawah... (baru perasan betapa teruknya bahasa ibunda ku ini - so, jgn salahkan junior aku)

Kenapa raya kali ini (buat masa ini) ku kata kan gempak?
Ianya adalah kerana :-

1) Aku - belum beli apa2 pun yg bekaitan dengan raya.
2) Aku - tiada 1 kuih raya pun aku order. (Oh ya, dapat 1 hari tu tapi sudah habis)
3) Aku - tiada mood untuk beraya walaupun dah cuba dengar berpuloh2 lagu raya.
4) Aku - pegi shopping mall, tapi yg dibawa balik adalah shampoo & lip liner.

5) Junior - juga tiada baju raya & tidak pulak dia berminta2.
6) Junior - tidak pulak dia kisah mau beraya di mana.

7) Darling - memang tiada baju raya dan itu memang perkara biasa.
8) Darling - tidak sibuk untuk menservis kereta sebelum raya.
9) Darling - berkali2 dan berhari2 dia tanya aku tak membeli apa2 seperti tidak atau tidak mahu percaya.

Note : Gempakkan???



Friday, August 19, 2011

Kisah Hati

Soal hati

Aloha...

Aku hanya mahu bicara pasal hati tapi bukan pasal perasaan.

Kenapa mesti kita...

Kecik hati?
Sakit hati?
Makan hati?
Jaga hati ?

Kadang2 terpikir jugak... Kalau kite takde hati, adakah kite akan rasa bende2 ni semua?

Arrgghhh... sudah! cukup! aku tidak mahu beremosi lagi. See, aku sudah teringin kan hati goreng kunyit. Mana mau cari??

Note : ...(..mencari2 lagu pasal hati)

Tuesday, August 9, 2011

..... sabar je lah

Aloha...

Ini bulan, bulan puasa. Ini bulan tadak cerita.

Ekceli banyak nak cerita sejak dari sebelum puasa. Sejak dari 2-3 bulan lepas. Tapi...... (no reason for that)

Tapi hari ni.....

Kalau nak mengeluarkan kata2 kesat kang, ini bulan puasa. Hormat sikit bulan yg mulia.
Tapi ini lah hakikatnya. Hati ini menjerit2 mahu memaki. Hati ini meronta2 mahu mencari pasal.

Tension gile hari ni kat ofis. Kononnya mau tukar sistem baru. Tapi aku tak nampak dari segala sudut yg sistem tu bakal menyenangkan hidup aku. Dorang tak buat, so dorang tak tau macamana menderitanya hidup aku.

Hari ini aku sengaja mau mencari pasal dgn boss. Tapi dia seakan tau2 je... Sepatah haram dia tak bercakap apa2. Aku tunggu dia bersuara. 5 patah dia bersuara aku akan balas 83 patah perkataan. Begitu telitinya plan aku, tapi dia lak buat bodo. Sampai lah balik. Hati ini jadi semakin meluap2 api kemarahannya.

Kata pertama yg keluar dari mulut aku time jumpa darling masa balik tadi adalah....

"You, I nak benti keje..."

.... dan dia tak berkata apa2...
pekak agaknya....

Note : BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI!!!!!!!

Sunday, August 7, 2011

Once upon a time......

The End.....


Note : Konpem otak jam giler. Sehebat jam kat Jalan TAR time dekat2 nak raya.

Saturday, July 23, 2011

Patutkah beri itam menjadi beri putih?

Aloha...

Untuk soalan diatas, tak perlu kamu jawap. Aku hanya bertanya2 dalam hati. Dan yang lebih tepat lagi aku saje nak tayang aku dah dapat beri itam... Orang sudah berabad guna bende ni, aku baru ni nak dapat. Tapi aku macam teringin je nak transform beri ini dari hitam ke putih. Nati tak nampak pulak keoriginaliti dia pulakkan.... Mmmmmmm.....

Aku tau kamu akan kata :-
"Ada aku kesah... "
(So klise itu ayat. Sudah tidak power)

Dan sebelum kamu mengeluarkan ayat yang tidak power itu, aku dulu akan cakap :-
"Ada aku kesah yg kamu tak kesah"

Dan kamu pulak berkata :-
"Ada aku kesah kamu tak kesah yg aku tak kesah...."

Ok enuff... jangan gaduh2. Ini sudah lari tajuk.

Aku dapat benda alah ni sempena....... (*thinking... thinking...*) sempena darling gi ostesyen kot. Memang takde kena mengena kan. Tapi bila pikir2, ada jugak kena mengena.

Yelah... sekarang ni dia selalu kena gi ostesyen seperti dolu2. Kesian mak kena tinggal nyah.

Minggu pertama dia gi ostesyen, aku dapat si beri itam. Yes, mungkin itu satu kebetulan.

Minggu kedua, dia gi ostesyen lagi. Balik2 je, darling junior pulak dapat set bilik tido baru. (Banyak2 bende, ini yg dia mintak... Heran aku taste dia.) Adakah ini masih kebetulan?

Minggu ketiga, belum pegi lagi... aku sudah dijamukan dengan barangan IKEA. Bila dah sampai kat situ tangan ni mula menggatal... Tanpa menjeling, sambil lalu, tangan ini macam sotong ambik brg tu masuk trolley. Ambik brg ni masuk trolley. Kadang tak terpikir pun kegunaan benda2 tu. Kat kaunter... terkebil2 mamat tu membayar RM477.77. Cantik sungguh angka itu. Tapi kalau RM777.77, tentu lagi cantikkan?

Dah masuk 3 kali... aku rasa ini bukan lagi kebetulan tapi suratan....

Kadang2 terpikir jugak. Agak2 kalau dia kena pegi Uganda ke... Ghana ke... mungkin jugak aku boleh dapat sebijik CRV. (Terlalu jauh imiginasi kamu makcik...Hentikan lah)

Ini minggu, setelah berminggu2 dia 'mencurahkan' bakti dia pada kami... dia pergi mencari harta karun. Mungkin harta yang ada sudah berkurangan.

Aku kat rumah bersengkang mata depan Pakcik Gugel sebab kejap2 dia kol.
"Yang... tolong check nama boss James Bond"
Jap lagi....
"You... apa nama watak Will Smith dlm Bad Boys?"

Wah...wah... kamu... kalau masih tak dapat bawak balik hadiah berupa blender atau iron atau juice maker... memang sial2 sia2 aje usaha aku kamu.

Kamu, kamu, kamu... kalau nampak aje Porsche yang ditampal OMG Treasure Hunt, sila beri laluan. Laki aku tu.

Minggu depan... dia tersangat2 lah free nya (mengikut jadual).
(Cepat makcik pikir apa plan minggu depan...)

Note : Ok...ok... back to the topic. Patutkah aku tukar hitam kepada putih? Macam suci je kan.....

Saturday, July 16, 2011

Hanya 1 skru yg tercabut

Aloha....

Semenjak 2 menjak ni kepala selalu biol a.k.a migraine.

Setakat pening2 tu ibarat dah jadi rutin. Biasalah kan....

Blood pressure low - pening.
Sugar level low - pening.
Kurang makan - pening (ini sangat2 lah bahayanya)
Kurang dara darah - (jadi puntianak)
Kurang kasih sayang - ???

Tiap2 hari aku melantak lolipop pun gula tetap kurang. Nak aku telan 4 sudu gula setiap 6 jam? Atau istilah aku tu yang salah?? Perlu ke gula dlm badan kurang, kena makan gula?

Tapi sekarang ni bukan tahap pening dah. Memang konpem konpem migraine. Selagi aku tak keluarkan segala isi perut aku, selagi tu lah ada batu melompat2 dalam ini kepala. Nah ambik... dulu orang cakap aku keras kepala / kepala batu tak nak percaya. Betul2 sudah ada batu dalam ini kepala.

Sudah pegi check. For futher check up aku kena buat MRI... Wooaaww... sori ye doc. Aku berani jamin nye tadak apa dalam kepala aku. Tak yah buat tu sumer. Buat habis sel2 darah aku je.

Oh tidak... mungkin jugak boleh detect jika ada mana2 skru yang dah tercabut.

Aku rasa hanya 1 skru saje tercabut.... Terselit di bawah otak belah kanan. Sebab tu daya kreativiti aku sekarang ni makin kurang.

Okay... enuff makcik. sudah jauh kamu merapik. Sudah terover kamu punya imiginasi. Hentikan!!!!

Note : Baru cakap sudah pening... Sengal tul lah!!!!

Friday, July 15, 2011

Cerita tentang aku

Aku...

Aku masih di ofis. Jam berapa skrg? Oooo... sudah jam 7.10 mlm. Jika hari lain, aku anggap ia masih siang. Tapi hari ini, dengan hujan lebatnya.... guruh berdentum dentam nya..

Oh Tuhan... jangan lah sampai banjir KL ni.

Saat ini...

Aku perlukan seseorang yang paham perasaan aku. Yang paham isi hati aku.

Aku yang sedang lapar... yang sedang sejuk... ditambah dengan denyut di kepala.
Aku tidak harapkan orang yang hanya menambahkan kusut dalam hati aku. Yang menambahkan kacau dalam jiwa aku.

Aku tidak perlukan mereka, meraka dan mereka itu.

Apa yang aku perlukan lagi?

Hanya sepinggan nasi cukup berlaukkan telur + kicap.

Note : Aku mau nangis..... temankan aku...

Monday, July 11, 2011

Tiada berteman....

Aku keboringan...

Menunggu... menunggu... menanti... menanti....
Tiada teman, tiada kawan.
Berteman kan pc, aircond dan mungkin juga hantu.

Game bodoh, game cerdik sudah di godek.

Game bodoh:-
Pecahkan telur, kira cicak dalam mangkuk, pukul lalat, pecahkan kepala elfs.. semua sudah ku buat.

Game cerdik:-
Crossword, Letterlink, Spot the different.... sampai nak pecah otak ni.

Okeh... aku kira sampai 8 je... Takde kol, takde sms... aku blah.

1...2...3...4...5...6...6 1/2...6 3/4...7...7 1/4... 7 1/2... 7 3/4.... 8.

BYE!!!!!

Note : Dah nasib diri kan..............

Saturday, July 9, 2011

Friday, July 8, 2011

Sape pernah buat...

Aloha...

Aku bukan nak tanya saper pernah buat kek, buat kuih atau buat bodo....
Aku nak tanya saper pernah pijak kasut anak dia sampai kotor... Kamu pernah buat?
Aku rasa aku sorang je mak kat dunia ni yang buat pangai macam tu...

Al-kisahnya......

Si junior tu, part basuh kasut tersangat2 lah allergic nya. Memang tiada keserasian antara dia dan basuh kasut. Kasut ada 3 pasang, bermakna dia boleh pakai kasut tu sampai 3 minggu. 18 kali aku boleh bising lah... Segala contoh kaki berulat, kaki bersopak, kaki berkurap aku dah kasi kat dia. Haram.......
Yang rajin membasuh kasut dia sejak azali adalah nenek dia & bapak dia. Korang mampu?!

Tapi sekarang ni aku sudah gunakan tactic kotor. Setiap jumaat je, konpem aku bwk balik sumer kasut dia termasuk kasut jalan & kasut sport balik rumah aku yg nun jauh di ujung dunia. Aku kena buat macam tu sebab aku takkan buat depan ibu mertua ku...

Elok sampai je kat rumah, aku susun kasut dia cantik2 dan aku pijak2 kasut dia kasi kotor sekotor2nya....

Nah ambik.... pergi basuh.

Setakat ni dah buat 3-4 kali dan berjaya. Sampaikan trauma mamat tu klu napak aku pegang kasut dia.... Dan aku bajet takde saper yg sanggup ikut perangai tak senonoh aku tu kan.

Note : Jangan lah korang buat kat anak baru tadika pulak.... Sian dia.....

Burung yg marah

Ok ok ok..

Tadi dah update 1 cerita.. Ni nak citer 1 lagi. Sowi.... aku bukan species kejar post paling banyak hoccay. Aku rasa aku ada citer, aku citer. Kalau time aku malas.... bersawang ler jawapnya...

Ok.. back to the topic.

Errr... aku nak tanya korang... Sekarang ni tengah menggila pasal 'Burung marah' aka 'Angry Birds'? Ada yang tak tau??!!! Siyes tak pernah dengar??!!



Hihihi... aku pun. Aku pernah dengar tapi selama ni aku ingat tu movie kartun. Macam Little Chicken, Ice Age or mcm citer tikus yg pandai masak tu.....

Baru hari ni terbukak minda aku lepas baca blog sorang blogger. Sumpah... aku tatau pun itu game. Macam sakai je kan...

Balik rumah aku nekad tanya junior walaupun aku macam pasti je apa bakal dia jawap.

Junior : Laaa.... ibu ni baru balik dari mana?

Kan dah kena....
Dan sampai situ je jawapan dia. Seperti biasa, daddy dia akan menambah lauk...
dan aku konpem dia pun memang tatau lansung malah tak pernah dengar pasal ini topic.

Kata blogger itu lagi (walaupun dia claim dia sudah purba, tapi dia ada sikit advance lah dari aku..)game tu boleh di download dalam psp.

Aku : You... nati tolong suh kawan you masukkan game tu dlm psp err..
Dia : Kalau tak boleh masuk?
Aku : Tukar apple itam lah. Kawan I kata, boleh masuk dlm tu....

(Nasib kamu lah dapat bini yg mintak tak pernah pakai otak)


Note : Kalau sudah dapat nati, bermakna... bersawang baliklah tempat ini.

Thursday, July 7, 2011

I suka.....

Aloha...

Hari tu ada kasi tau yg aku mau kasi tau apa aku dpt tuk beday kan... (macam ada org tanya. Kamu bkn retis lah makcik)

Tadaaaa......

Dengan adanya benda itu aku boleh mengabadikan permandangan yg indah ini....



Dan ini jugak.....



Kalau korang masih tak tau apa aku dapat, aku tatau lah mcmana nak mencairkan otak korang... Mintak ampunnnn.....

Walaupun tahun lepas aku dapat bende yg sama, tapi kali ni up sikit lah....

HUAHAHAHAHAHAHA!!!!!!

Aku adalah sangatlah suka hatinya. Gila kamu tak suka dapat bende alah tu. Aku mau terkinja2 disini sebab masa dapat tu aku cuba control untuk tidak terkinja2 di depan dia. Hilang kejelitawanan aku nak buat pangai mcm tu...

Baru testing 1,2,3.. ada pulak yg konon2 nak mitak tolong aku ambik gambar kawen... Pala hotak kamu Senah. Nak ambik 1 shot pun kena snap 4,5,6 kali. Tu baru dapat pilih 1 gambo. Kamu nak aku ambik gambo pengantin tu sampai lebam? Mau jadi cam kes Cepwan yg kecoh 1 nusantara, gambo anak daro err(yg dah nak masuk anak 2) tak siap2. Akai ada ka??!!! Tu sumer kes nak free lah tu. (Sori mak terover nyah..)


Note : La la la la la......

Wednesday, July 6, 2011

Dialog kantoi

Aloha....

Lokasi : 5 meter to traffic light (kaler oren)

Junior : Dedi... dont stop. just go...
Darling: Dah merah lah.
Junior : Ibu selalu buat ok je....

Apa kena mengena aku dalam ini filem... Tak boleh ke borak tanpa melibatkan nama aku?

Darling: Ooooo... yg 2 saman redah traffic light tu you punya hal lah.. Bayar balik!!!

Aku : Ah... mengungkit. (macam tak biasa buat...)


Ambik cushion, buat2 tido....

Note : Mau tido

Tuesday, June 28, 2011

Sudah ada cucu

Aloha....

Pengumuman.. pengumuman....
Tesha sudah selamat melahirkan 3 ekor baby.
Dengan ini, makanya bertambah lah tanggungjawap aku daddy dia....
Dulu nak kasi makan 2 ekor je. Tak lama lagi 5 ekor.
Dulu beli food 4 kgs tahan sebulan. Tak lama lagi mau kena ambik 15kgs. Ambik!!! RM400 sebulan untuk depa je.
Dulu beli pasir kristal tu 4 packet utk sebulan. Tak lama lagi 8 packs. RM13 x 8 = RM104.
Dulu bawak gi klinik untuk vaksin 2 ekor je. Tak lama lagi kena hantar lak yg 3 ekor tu pulak. Sekor RM45 sebulan x 3 ekor x 3 bulan x tiap2 tahun.

Semalam Tesha hanya mau tunjuk kat daddy dia je mana babies dia. Tabby pulak sudah tidak mahu kawan dengan Tesha. Bila Tesha datang dekat je dia marah. Padahal dulu dia paling manja dengan Tesha.
So far, Tesha sayang & pandai jaga baby dia. Walaupun masih muda & 1st time. Kejap2 dia naik atas duduk kat anak dia.

Tapi.... body Tesha sudah out of shape. Nak kena pakai corsett lah pulak lepas ni.

Patutlah Tesha beria nak berborak before pergi kerja pagi tu.. Nak cakap dia dah nak bersalin rupanya....

Note : Tesha, ibu tunggu baby Tesha besar skit baru ibu jaga yer...

Sunday, June 26, 2011

Happy birthday..(to me)

Happy birthday to me....
Happy birthday to me....
Happy birthday to me....
Happy birthday to me....

Yeahhh sila sambung nyanyi ramai2...

Yup. Today is my birthday...
Meaning?? Tiada makna nya...
Hadiah??? Dapat trip percutian 3D2N di Kuching... Yeahaaaa!!!! (Eh bukannya dlm wishlist nak ke KK or Bandung?)
Bila tripnya??? This coming Thursday? Suka suka suka....

Disamping tu, aku juga disuruh buat pilihan...Mula2 hati kata nak tu. Lepas tu tanya pendapat org lain kata yg ni pulak. Tapi hati ni macam nak yg lagi satu tu pulak. Tak tau lah nak yg mana. Semua tak boleh ke? Semua tu idaman hatiku. Jangan pilih punya pilih, satu habuk pun tak dapat sudah. Melepas... Kena cepat ni sementara orang nak sponsor.
Hihihi... Nanti dah pilih, baru kasi tau yerk.

Hari ni nama je birthday aku.. Tapi tak kemana2 pun. Duduk dalam kilang papan rumah yg dah macam kilang papan.
Semalam org yg pasang kabinet & wardrobe datang antar barang. Hari ni baru buat. Pasang ni tak kena, potong... Pasang situ tak padan, potong lagi... Bersepah2 papan & habuk. Adooiii bila lah nak siap. Macam forever menunggu nak siap.

Tak kemana lah jawapnya hari ni....

Note : Meniti bahagia....

Wednesday, June 22, 2011

What say you...?

Aloha...

Kalau disuruh pilih salah satu kat bawah ni, yang mana pilihan korang :-

1) Ipad
2) Samsung Galaxy Tab
3) DSLR
4) Blackberry

Note : Tak boleh pilih 3 ker??

Sunday, June 19, 2011

Mau berkira ye....

Aloha...

Last week aku dihantar training 2 hari. Konon2nya nak train kami 'how to be a good leader'.
2 hari dlm bilik training, takde lah membosankan. Memang enjoy sebab ada banyak activity. Tak sempat nak berangan pun kat dlm tu sebab aku duk depan sekali. Asyik2 aku je yg kena soal...

Tapi.....

Bila masuk je ofis balik.... MACAM SIAL!!!!

Konon2, dengan semangat yg berkobar2 mau praktik kan apa yg di ajar. Tapi bila ada yg mulut macam longkang, terus rasa mau maki.

Ok.. takpe... kamu mau berkira dengan aku ye... Kamu tunggu aje hari kamu. Kamu lupa selama ni sape yg selalu backup kamu yg pemalas dan bangang itu? Atau aku kah yg bangang yg selalu kaver keje kamu?

Note : Ada ubi ada batas.....

Arrgggghhh... Lega.

Aloha & gud morning.

Phewwwh... lega skit pagi ni. Itu batu atas kepala rasa sudah hilang.

Semalam, dari pagi sudah start sakit kepala... Ayoo.. time2 ramai org datang rumah, time tu ini kepala mau buat hal.
Takpe.. boleh tahan lagi. Masuk tghari, sudah telan ubat. Tido sat... Bangun, still kepala ni mengong lagi.

Takpe.. cuba bertahan lagi. Gagahkan jugak bawak Tabby gi vaksin. Kalau tak bawak hari ni, jawapnya kena start all over again. Ini 3rd & last vaksin. Kalau lambat hantar lagi (patutnya last week) aku kena start balik dgn 1st vaksin. Itu lah padahnya kalau kerja bertangguh. (Tazkirah utk diri sendiri).

Sepanjang jalan nak hantar Tabby, aku dah tergulik2 dlm kereta. Keluar je kereta, nah... muntah melambak2 (sowi sape yg tgh mkn). Ingatkan lega lah pas tu. Tidak rupanya.

Balik rumah, lagi sekali. Telan lagi ubat.. Rasa mau telan 8 bijik sekaligus. Takut lak tak bangun lansung. Time2 maghrib aku tido. Kul 8.30pm aku bangun, aduihhh... tak hilang lagi. Fikir sudah mau ke klinik suh doctor cucuk je. Tapi memikirkan klinik & hospital jauh, dan aku tak sanggup duk dlm kereta, lupakan je. Telan lg ubat. Tido lagi sampai pagi ni.....

Sudah lega........

Note : ............

Sunday, June 12, 2011

Mari mengomen (ooo pls.. bkn romen hoccay)

Aloha...

Hari ni nak buang tebiat. Nak on9 sambil mengomen.

Skrg ni aku tgh tgk 1 konsert. Yang kononnya berfenomena.

Start2 je..... sudah out. Wow!!! Datuk RMS ada dowh... i like.

Pengacara... Eh eh, minah ni mmg dah gemuk or tv aku yg buat dia gemuk?

1st singer... OUT. Ayooo... mcmana ini pompuan boleh masuk final??

Laaa.... ada pulak yg dah terkeluar dulu nyanyi balik. Patutlah hangpa sumer keluar awal.. Hancus!!!! Yang pernah jadi juara pun sama je ke laut.

Woaahhh... abg RMS sudah bersuara.. Ingat tu adik2... jgn duduk atas any instrument hoccay. Sumer musician tak buat mcm tu. Takde adab gitu...

Take 5. Iklan sat....... Mana Tesha & Tabby ni. Oooo tido rupanya.
Ok jom sambung balik.

Konpem tv aku yg buat dorang2 ni napak gumuks. Sikecik molek ni pun aku tgk kembang semacam je.

Makhluk Tuhan paling seksi... i like this song & this singer.

Minah kurus kering ni not bad jugak... Ni lagu citer apa ye?? Hah! citer Manjalara (tanya junior). Kita tunggu kata juri.

Ini minah kena betulkan sebutan (kata 1st juri).
Kakak... tudung kakak dah senget lah kakak. Dah lah merah menyala....

Datuk RMS tak cakap banyak, kira oklah tu.

Ok, now turn mamat ni yg konon2nya akan jadi juara... Dia ni bukannya pernah masuk season yg keberapa ntah. Mcm pernah kudengar nama ini....
Motif org2 berbaju hitam itu...??
KAWTIM... jgn jadi super poyo!!! konpem juara lah ini malam.

Nak tunggu SEARCH pulak... Alaaa sound system x best pulak. Lagu pun tak syok. Tapi suara dia tetap maintain. Eh korang2.. jgn spoil kan lagu tu boleh tak.

Bila mau kasi tau juara ni.... Wa sudah ngantuk lor.

Dik non... ini konsert last.. Kamu hantam kromo je lah lagu tema tu.. bukannya cikgu2 kamu boleh marah lg...

Sempat aku berangan sat sambil tunggu habis lagu tema ni. Berangan ke Cameron Highland lagi.. Motif??!!

Masa yang di tunggu2. Jeng jeng jeng.....

Tempat ke 4 - Azri

Laa... sabar cik kiah2. Jangan panjat pagar tu...

Tempat ke 3 - Fina (Eh aku konfius.. bukan nya dia ni lg ok dari minah sorang lagi tu)

Juara - Hazama... (Nasib baik kamu menang..)
Naib Juara - Lena (Rezeki kamu lah...)

Yehaaa!!!! tamat sudah. No more AF after this. THANK GOD.....

Note : Esok kejer....

Saturday, June 11, 2011

Pandai sangat kamu...

Aloha...

Hari ini hari makan2... Yehaa!!! tak perlu masak makan kat kedai lg.

Hari ni ada kenduri. Pas tu ada birthday party...

Rasa2 macam dah lama sangat tak makan nasi kenduri. Rasanya dlm thn ni tak pernah lagi rasa nasi kenduri dgn erti kata lain belum pergi lagi mana2 kenduri. Bukan takde jemputan tapi.... well.... aku & kenduri ibarat tiada keserasian lah. Can't explain why.

Kali ni macam excited pulak nak pegi. Bukan kenduri sedara mara aku pun. Bukan kenduri sahabat handai aku pun. Aku hanya mengikut sorang mamat ni. Dah lama tak jalan2 dgn dia. Apatah lagi pegi kenduri dgn dia.

Ni nak citer sal mamat ni... Hari ni nak gi kenduri nya tak lah jauh tapi sebab tak tau arah tuju (kad dia x bawak) so ibarat main redah je. Time ni baru dia kenal apa itu GPS. Ok, aku dah set arah tuju....

GPS : After 500m turn left.....
Dia : Salah kot.... (sambil masuk kanan)
GPS : Re-calculating.....

GPS : After 1.5km turn right....


Belum sampai 500m mamat tu dah masuk simpang.

Dia : Ikut sini pun boleh....

Aku bukan apa, kesian dengan cik GPS tu asyik dok nak kena cari jalan baru untuk dia. Memandai sangat. 3-4 kali tak mau dengar cakap cik GPS tu. Sampai hang bende alah tu. Dah kena set balik.

Kalau lah bende alah tu boleh maki orang, memang free je dia kena.

GPS : Turn left....
Dia : Jam kat situ, ikut sini lah....
Aku : You ni kenapa??!! Tak boleh ke dengar cakap dia? Orang dah lapar ni....


Aku dapat rasakan yg cik GPS tu mewakilkan aku untuk bersuara bagi pihak dia.

This time baru mamat ni nak ikut. Masuk 1 simpang, 2 simpang... dah sampai. Kan senang. Lagi dia taknak percaya....

Aku dah lapar tahap kebulur dah rasanya. Nasib baik food & tempat dia marvelous. Lantak kamu lah mamat. Kenduri kawan kamu. Kamu pegilah cari kawan2 kamu. Aku mau melantak. Aku melantak banyak pun bukan ada sape kenal aku... Nasi minyak, kuih, buah, cendol... semua aku rasa. Lupa pulak lepas ni ada 1 lagi function... Ayoo.. kena simpan perut sikit.

Disebabkan lama kat dewan kenduri tu, aku sampai kat birthday party anak sedara aku dah lambat. Sampai2 je....

Irfan : Mak Na.... (sambil tgk atas bawah). Kenapa Mak Na pakai baju ni?
Suara sumbang lain : Laa... ni salah majlis ke?

Ni semua gara2 aku berbaju kurung. Baru mau terasa ala2 ayu gitu dah ada yg pelik. Yup.. pelik tapi benar.



Apa2 je lah...

Tapi aku masih tak puas hati pasal mamat tu dgn cik GPS...

Note : Mamat di atas adalah laki aku...

Wednesday, June 8, 2011

Monday, June 6, 2011

Pergaduhan 2 beradik

Aloha...

Masih tidak ada mood mau cerita sal rumah baru.

Hari ni mau cerita pasal aku nye furkids. Si Tesha & Tabby @ Qaseh & Suci. Junior & daddy dia panggil Si kain buruk & Si kusyen. Kesian tau babies aku tu dorang panggil nama macam tu.

Semalam, ntah apa silapnya, si kakak (Tesha) meradang kat si Tabby sampai tak cukup tanah dia kejar si Tabby tu. Kedepan kebelakang keatas... pas tu tak sempat turun, Tabby main terjun je separuh dari tangga tu. Punya lah nak lari dari si kakak. Yg Tesha pulak tak padan dengan perut tu bulat, ada hati nak kejar adik dia. Kejap2 berenti mengah, pas tu kejar lagi. Habis sumer bende dorang redah.

Punca nya, si Tabby masuk dalam plastic sampah. Tesha datang korek plastic tu, tiba2 Tabby keluar. Terkejut lah minah tu. Sampai terbalik, tergolek. Dah sumer pakat gelakkan dia. Malu punya pasal agaknya, dia kejar lah si Tabby sampai dapat.

Adegan kejar mengejar ni berlansung agak lama jugak. Sampai aku & junior kena tangkap dorang2 tu pujuk baik2.

Aku pegang Tesha, pujuk dia "Dah lah tu kakak, maafkan je lah Tabby tu..."
Junior pegang Tabby, apalagi kena basuh lah dia dgn junior "Cari lagi pasal dgn kakak tu. Kan kakak dah naik angin"

Memang jarang sangat2 nak tengok si Tesha tu naik angin. Sekali... Ambik kamu.




Satu cara pujuk si Tesha, ajak dia tgk tv. Baru dia cool....




Si Tabby sudah kepenatan. Menyorok balik tv besar, tapi sempat lagi menelek kakak dan akhirnya tertido.

Note : Penyeri hidup aku....

Saturday, June 4, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir

Setiap waktu yang ada pasti akan berakhir...
Adakah kita pasti akan ada waktu yang lain?
Adakah kita pasti akan ada waktu untuk kita?
Adakah kita pasti waktu yang bakal tiba adalah waktu untuk kita?


Email untuk Azim

Hi sayang....

First of all, ibu nak mintak maaf sebab dah lama tak menulis buat Azim.

dan.....

Maaf, minggu lepas ibu tak sempat visit Azim. Ibu sibuk pindah.

Sebelum ibu bercerita kat org lain pasal rumah baru kita, ibu nak citer dulu kat darling.

Dah seminggu ibu, daddy & abang pindah rumah baru. Rumah yg ibu selalu ceritakan tu masa ibu visit Azim. Kat sini sunyi sangat2. Rasa mcm tak padan je ibu bertiga duduk kat sini. Rumah rasa mcm kosong. Bila bercakap, bergema2 1 rumah.

Pagi2 kat sini sejuk berkabus. Mungkin sebab bukan dlm bandar. Macam tempat Azim. Tapi tempat Azim atas bukit tepi hutan simpan. Lagi sejuk kan. Ibu suka sangat duduk kat tempat Azim. Mendamaikan.....

Mungkin kawasan baru, so masing2 masih belum dapat menyesuaikan diri kat sini. Abang sudah mula tidur kat bilik dia. Bilik Azim sebelah bilik abang tau. Bila2 masa Azim boleh datang. Mungkin bilik Azim nampak kosong tapi katil & wardrobe ibu dah sediakan. Ibu tak tau nak cat bilik Azim kaler apa. Abang kata biarlah kaler putih tu. Sesuai untuk adik, suci.

Daddy pulak masih nak jadi jaga. Kadang2 dia tidur bawah. Dia kata kalau tidur atas, tak dengar apa2 kat bawah. Motif dia ibu tak pasti. Mungkin dia takut ada orang kacau. Kadang2 dia lepak dengan pakcik2 guard kat depan. Ibu tak heran kalau 1 hari dia pulak meronda kawasan ni dgn pak guard tu. Harus.....

Ibu pulak, sorong je bantal kat kepala. Ibu lena jer. Janji mata ibu mengantuk. Tak kuasa ibu nak test tidur kat semua tempat mcm daddy & abang. Kat dapur & bilik air je dorang belum try tidur lagi.

Azim...

Kalau Azim ada kan best. Sekurang2nya riuh jugak lah rumah ni. Sekarang ni abang & daddy lebih buat hal masing2. Nak2 lagi kalau dorang dah tgk movie. Lansung dorang sikit pun tak jeling kat ibu. Nak panggil dorang pun kena terjerit2. Kadang2 nak ckp pun guna sms.... Tesha & Tabby lagi lah pulak lepas pindah sini. Memang tak pedulikan orang bila dapat main kejar2.

Adik...

Ibu rindu sangat2 kat adik. Tadi ibu baru berborak dgn jiran baru. Anak dia ada 4 org. Meriah sungguh rumah dia. Dan sorang ada bersama adik. Abang Amin nama dia. Adik boleh berkawan dgn dia. Cakap kat dia, ibu dia & ibu Azim berjiran. Nanti boleh balik sama2.

Azim baby...

Minggu depan ibu pegi visit Azim ye. Nanti ibu bawakan white flower.

Azim....

Maafkan segala dosa, salah & silap ibu ye sayang....
Ibu sayangkan Azim sampai hujung nyawa ibu. Semoga kita kan bertemu disana....

Saturday, May 28, 2011

Yang pertama & yang ke-200

Aloha...

Seperti tajuk diatas.... Bukan boifren yg pertama atau yg ke-200.

Tapi....

Ini ada lah entry yang pertama di rumah baru.,

dan.....

Entry yang ke 200 untuk blog aku. (Kecoh kamu baru update 200 entry. Org len dah berpuluh ribu...)

Note : Purposely menunggu hari ini untuk entry kali ini. More story coming....

Saturday, May 21, 2011

Sudah sampai masanya

Aloha...

Kalau tgk tajuk diatas, boleh didenifasi dgn berbagai makna.

Sudah sampai masanya - untuk pergi kerja
Sudah sampai masanya - untuk bersalin
Sudah sampai masanya - untuk melakukan sesuatu yg lebih baik
Sudah sampai masanya - untuk sempurnakan hidup kita
Sudah sampai masanya - untuk bertaubat
Sudah sampai masanya - untuk mati

Tapi....

Untuk tajuk hari ini, adalah...

Sudah sampai masanya - henpon ku perlu ditukar

Tiba2 pulak keypad jam. Pagi semalam dah tunjuk tanda2 awal. Tapi kejap ok kejap tak. Malam tadi lansung x boleh nak buat apa2. Hanya boleh jawap kol je. (Mesti ada yg kata "alaa... alasan nak jimat bill lah tu. Nak org kol je." Sekati lu lah!!). Nasib baik boleh jawap kol sebab phone aku jenis slide. Nak jawap either press answer button or slide. Yang lain... jgn harap. Nombor2 boleh guna lagi tapi button send, end, menu, sumer jam. Habis, apa yg aku boleh buat? Pengunaan yg paling tinggi adalah sms. Macamana mau bercinta berkomunikasi klu tak boleh sms?

26 June ni, ngam 2 tahun umur phone aku tu. Hihihi... mcm disuruh2 je ganti phone baru bulan depan. Tapi, korang jgn nak tuduh2 aku errr.... Bukan aku sengaja jam kan phone tu untuk dapatkan yg baru. Sebenarnya ada benda lain yg aku inginkan.

Walau macamana pun aku tetap akan hantar service phone tu. Banyak data kat dlmnya. Gambar, lagu, mesej, info, password & pin no.....

Note : Guna balik henpon lama.... Dah bertahun2 pun masih elok lagi.

Thursday, May 19, 2011

My theraphy

Aloha...

Mood hari ini :- kurang baik.

Mood berkerja :- tiada.

So, apalagi...."Boss, I'm taking EL today..."

Tempat dituju : Shopping mall.

Tujuan kesana : Basuh kain... Bershopping lah!! Apa lagi.

Thank God!!

Ada sale.
Gila punye sale.

HUAHAHAHAHA!!!!!

Hati sangat gumbira.

Barang yg sempat di beli :-

-Handbag (lagi!!!) Carlo Rino. (Sudah lama mengidam..)
-Kasut 2 pasang. Alain Delon & Nautifit.
-Blouse - 3 helai.
-Sweat shirt - 1 helai.
-T-shirt junior - 1 helai. (Untuk tutup mulut dia, if not membebel mengalahkan bapak dia). Rege RM129.00.(Klu mulut tu takleh tutup jgk, aku sumbat je dlm mulut dia)
-dll

Selepas selesai menyopping....

Mood :- sudah ok

Bershopping adalah 1 therapy yg sangat2 berkesan untuk aku. Sungguh!!!
So, jangan sesekali cuba spoil kan mood aku. Bankrap laki aku nanti.

Note : Dah lama tak buat kerja gile ni....

Wednesday, May 11, 2011

Tuan rumah yg baik hati

Aloha...

Penama diatas adalah aku....

Ini cerita minggu lepas.

Tenant aku seorang engineer. Masih bujang & menyewa sorang. Mula2 dia datang tgk rumah tu, awal2 lagi dia tanya.

Dia : Surau kat mana ye??
Aku : Errr..... kat sana kot. (Tak tentu arah jari aku menunding...)

Yelah.. aku tak duk situ, mana aku tau. Tempat tu pulak baru.... Last2 aku tunjuk masjid kat rumah aku je.

Aku rasa dah nak masuk setahun jgklah dia menyewa apartment aku tu. So far, payment ok. Tip top, tak pernah kurang tak pernah lambat.

Minggu lepas dia kol darling. Dia kata dia sekarang ada kat Labuan. Dia memang selalu ke sana sebab kerja. Tapi dia tak sangka kali ni pergi berbulan2.

So, dia ada permintaan....

Dia : Saya ni kat Labuan. Ingatkan sekejap je, tapi tak sangka lak kali ni lama. Saya ingat nak mintak klu boleh sepanjang sy kat sini sy x perlu bayar sewa apartment tu.

Hah!!! Hukum mana kamu ikut?

Dia : Tapi kalau abang & kakak tak setuju, saya kena balik untuk pindahkan brg2 saya lah...

Oleh sebab dia kol daling aku, so darling aku lah yg berurusan dgn dia. Tapi disebabkan rumah itu rumah aku.... aku lah yg buat keputusannya.

Setelah berbincang dan berfikir dan disebabkan aku ni baik hati (seperti tajuk diatas), maka aku pun kasi cadangan kat dia..

Aku : Apa kata, suruh dia bayar separuh je.

Ye lah, kitorang pun dah malas nak cari orang. Dia ni pun nampak dah ok je. Dia pun kata dah selesa duk kat situ.

Dengan cadangan aku tu dia pun setuju untuk bayar RM300. Tapi janganlah sampai setahun kamu nak bayar separuh. Aku pun nak bayar kat bank jugak.



Note : Mudah kesian kat orang...

Tuesday, May 10, 2011

Si anak mami...

Aloha...

Pagi tadi memang betul2 buat aku tidak keruan... Dah lah lambat bangun (bukannya itu perkara biasa makcik??!!), lepas mandi tgk punyalah banyak darah merata living room. Huishhh... darah apa ni??

Jeng jeng jeng....

Aku dah mula menjerit panggil adam.... Terkebil2 darling jr turun. Nasib baik, dia ok.
Aku mula terpikir kat anak2 dara tu... Mana dorang?? Masing2 dah buat muka suci. Dorang ni bila buat muka suci lagi murni, mesti ada perbuatan yg tak diiktiraf yg dorang dah lakukan....

Mula2 aku angkat Tesha... mana tau kot2 dia peknen dan keguguran ke.. (Wei makcik!! mana ada kucing keguguran.. Wat lah you...). Ok takde apa...
Pas tu aku angkat Tabby... Ya ampun.... menitik2 darah dari kaki dia.

Aku dah mula terjerit panggil darling. Rupa2nya darling kata, dia ada dengar bunyi Tabby panjat tingkap bilik junior. Sah... kaki dia kena cermin tingkap.

Baju aku dah penuh dgn darah. Dah brp helai towel aku guna lap kaki dia. Nasib baik dia duduk senyap je. Si Tesha lak, time2 ni lah nak tunjuk baik. Nak groom adik dia lah, nak peluk lah....

Mulanya aku nak antar Tabby pegi klinik. Aku takut luka kaki dia dalam. Tapi bila darah dah start kering, aku tengok hanya terkoyak. Tapi consider banyak jugak lah. Kesian anak mami tu, nampak isi kaki dia. Dan dia pulak... sudah mula berlari berkejaran dengan si Tesha. Oklah tu....

Balik kerja ni kalau napak tak ok, mau bawak pegi vet.

Note : Dia aku panggil anak mami sebab, hidungnya yg mancung, gelang (belang) dari kaki sampai ketiak. Rantai ada dua di leher. Badan pulak ada kaler gold2 lagi...

Saturday, May 7, 2011

Sorry... wrong no.

???

Hari ni aku dapat 1 sms. Masuk ni aku dah dpt 3 sms yg berunsurkan soalan yg sama? Cuma ayat yg lain2 (Itu pun sebab sms ni tak leh kopipes). Awat tak berani kol??

1st sms - 'orang' tu tanya, no henpon aku ni kepunyaan pompuan atau lelaki... Yg ni aku ignored.

2nd sms - i think org yg sama tapi no yg lain. Tanya aku ni sape?... Nak je aku jawap aku ni JLo ke, Beyonce ke..... harus.

3rd sms - hari ni. Nak tau aku ni sape lagi. Watdeheck!! Kamu sape nak tanya aku sape... Anak kamu? Adik kamu? (Betul jgk, klu aku anak or adik dia, takkan dia tanya). Nak tau aku jawap apa?
MADU KAMU!!!
Boleh?? Nah ambik!! Terus senyap.

Tapi nasib baik lah itu yg aku jawap. Kira lembut dan manis lagi. Kalau aku %$&#*^&@ dia?! Itu pun sebab dia tanya tu cara baik.

Sorrylah yerk.... aku takde ambik laki saper2 pun. Aku ada laki aku sendirik.... Laki yang ada pun aku dah tak terjaga, mau jaga laki orang?

Atau peng'sms' tu mau ngorat aku?? Wah!!! Mak masih laku lagi nyah. (Cukup2 lah makcik...Aku sendiri yg mau muntah.)

Note : Mau control hati dan mulut.....

Thursday, May 5, 2011

Sebenarnya, kamu tu yg pemalas

Bukan aku hoccay!!!!

Ini cerita pasal seorang kawan. Tak penting pun dalam hidup aku. Kesian dia, mengadu nasib kat salah orang.

Bila dia kata, dia takde masa mau masak - aku paham. Yelah, balik keje pun dah pukul brp kan. Aku pun mcm tu.
Bila dia kata, dia takde masa nak lipat kain - lagilah aku paham. Aku pun upah indon je.
Bila dia kata, dia takde masa nak pergi bercuti - aku boleh paham lagi...

Tapi tak nak pulak dia cakap dia takde masa mau belai laki... (Nasib baik lah dia x ngadu pasal ni)

Yang aku tak paham, bila dia kata dia takde masa mau jaga muka dia. Tapi tau pulak mau jaga air muka....

Ceritanya bermula begini. Semlm dia belek2lah facial set yg aku baru beli. Dia tanya mcmana nak pakai. Aku pun tunjuk lah cara2. Mula dgn cuci muka, spray toner, sapu moisturizer & sun block. Then baru aku tepek bedak. Aku memang takde make-up2 nye ke ofis. Bedak,lipstick... wallahh!! dah cantik (anda mau muntah??) Hello... mak aku pun ada masa mau belek muka dia. Bukan dgn bedak sejuk tapi Olay lagi...

Dan start lah dia cerita :-

Dia : I takde masa nak belek2 muka I. (Abis tu, kamu nak aku jaga muka kamu..?) Pagi I bangun siapkan anak sekolah. Pas tu terus gi ofis.

Kamu tak mandi Bedah??!! Sambil mandi tu kan kamu boleh cuci muka.

Dia : Betul.. takde masa lansung. I bangun pukul 5.30am. Siap2kan anak ke sekolah. (Wei pompuan!!! 2 org je anak kamu. Bukan 1 lori)


Time ni aku boleh lagi terima.

Tapi masuk part ni.... Since dia dtg keje dgn laki dia, laki dia drive, sambil2 duk sebelah tu, touch up lah sikit. Ini tidak, membuta.. kamu biar laki tu jadi cam taxi driver.

Dia : Time tulah I dapat tidur..
.(F&#K!!! nak je aku carutkan dia...)

Aku pun kadang2, tak sempat nak tepek bedak kat rumah. (Yolah!! bangun pun kul 7.00. Nasib baik sempat mandi) Tapi aku gagahkan jugak belek2 muka dlm kereta.. Walaupun aku drive sendirik. Kadang2 sampai keter belakang dah nak pecah hon kan aku sbb tak sedar keter depan dah jalan. Kadang2 apply lipstick pun sampai ke pipi.

Dia boleh cakap, lecehlah nak kena apply itu ini. Sampai 2-3 lapis kat muka.

Hari ni aku try tgk time, brp jam aku perlu habiskan masa utk belek muka aku. Tak sampai 5 minit pun. Bukannya nak kena urut muka tu...

Lantak kamu lah Bedah. Yang bersopak esok, muka kamu.

Muka aku ni pun takde lah cantik sangat pun. Jerawat tetap ada tanpa di jemput. Kadang2 siap menggelupas lagi. Parut jerawat, usah citer lah. Parut aku accident hari tu pun ada lagi. Aku pun jenis tak rajin nak make-up2 bagai. Cukup aku tepek bedak je utk ke ofis.

Tapi aku takdelah malas macam kamu.....!!!!

Note : Tak perlu alasan untuk cantikkan diri tu...

Saturday, April 30, 2011

Cinta hati aku...

Aloha....

Kamu mau pikir apa? Siapa cinta hati aku?

Inilah sebahagian dari cinta hati aku...

Semalam, bawak kedua2 cinta hati ini pergi dinner. Nak celebrate lah kononnya setelah kedua2 dorang ni gigih berlatih untuk pertandingan memanah. Dan yang penting, nak celebrate si Naqib yg dapat tempat ke 2 peringkat KL dan sekaligus dapat mewakili KL untuk peringkat kebangsaan. Caya lah weh!!! Anak sedara aku tu. Untuk darling junior aku, takpe, next time cuba lagi. Sikit je lagi nak dapat. Belum ada rezeki kan..... Lagipun dia dalam kategori 15thn kebawah, so saingan ramai terutama untuk Selangor.

Lepas dinner, bawak pulak dorang gi Uptown Danau Kota. Sapa punya idealah tu.... Hadoiii... memang tak larat jalan dengan 2 heroes ni. Sumer tempat nak singgah dan aku lansung tak ada peluang nak singgah tempat aku. Girl things.. tak main. Dah singgah semestinya nak beli. Dah beli 1 nak kena 2. Ibarat kembarkan. Begitu power dorang pow darling. Lansung aku tak dapat tumpang sekaki.

Nak cerita sikit sal 2 org budak ni.

Kedua-duanya tiada adik, abang atau kakak. So dengan rasminya kami, ibu bapa kepada kedua2 budak ini mengisytiharkan dorang ni sebagai adik beradik. Secara tidak lansung, aku ada 2 org heroes. Jangan tak tau, aku & darling telah membuat wasiat jika apa2 terjadi pada kami, kakak dia itu akan menjadi penjaga sah pada darling jr aku.

Memang dari dulu budak berdua ni memang rapat. Dan yang paling tak tahan, bila gaduh. Memang kalau gaduh tu, sorang kena tarik darling jr, sorang kena tarik si junior lg satu. Ataupun, tunggu aje kedua2nya menangis.

Apa yg sorang ada, yang sorang lagi pasti akan dapat. Apa saje yg dibeli, pasti dibeli untuk seorang lg.

Aku harap dorang akan terus rapat sampai bila2.



Note : Aku sayang semuanya...

Friday, April 29, 2011

Sudah tidak tahan

ZZzzzz....

Lately ni memang susah sgt nak tido. Semalam, dulu semalam, dulu dulu semalam memang susah sgt. Kalau dulu, tak sempat habis berangan, sudah lena. Tapi kali ni, bersambung2 berangan tapi tak jalan jgk...

Tapi malam tadi lagi teruk. Nak pejam mata pun tak boleh. Mata dah pedih tapi masih tak boleh tido. Bila pejam je mata, terasa ada sesuatu bisik kat telinga. Bila bukak mata, takde apa pun (Better be that way dari bukak je mata ada hantu pocong...) Serious aku memang tak percaya bende2 macam ni tapi.... memang jadi kat aku. Cuak doe..
Nasib baik Tesha ada sebagai peneman.

Malam padi tadi memang keje mengira detik jam. Kejap2 tgk jam. Kul 1.30am... kul 1.45am... kul 2.15am.... Adoyaiii... lambat nye nak siang. Tau2 ayam sudah berkokok (sungguh, ada ayam berkokok kat rumah aku). Tgk jam kul 3.45am. Wei!!! pukul brp aku nak tido ni. Kat luar ujan. Memang sedap utk tido.

Pagi ni masuk ofis lambat. Baek punya lambat. Mana tak nya, dah terlajak pagi td. Tapi, ada aku pedulik. Aku sampai ofis pun, boss aku baru sampai cepat 2 minit je dari aku. Standardlah tu. Aku kan tukang kaver dia.

Kat ofis ni mula lah 24 kali menguap setiap 10 minit. Nak koyak dah mulut ni asyik menguap je. Esok cuti, dah plan nak bayar balik waktu2 tido tu. Itupun kalau tak mengalami sindrom yg sama seperti sekarang.

Kan syok kalau ada orang mau dodoikan.... Macam baby.

Note : Sepatutnye mau mc ini hari tapi demi mahu melengkapkan 5 hari berbaju kurung ke ofis.... Akhirnya berjaya juga. (Feeling mcm ayu lah sgt...)

Friday, April 22, 2011

Rasa mau pecah

Aduiiihhh....

Since semlm sakit kepala. Rasa mau pecah.

Adooiiii mak....

Rasa mau hantuk saja kepala ni ke dinding....

Adoooiiii hai....

2 panadol, tak jalan. 4 panadol, takde kesan.....
2 pain killer.....

Rasanya aku tau kenapa. Kerana aku tidak makan. Sejak dulu semalam, sejak semalam. Aku mau makan, tapi aku tiada selera. Tidak tahu mengapa. Aku beli nasi, aku buang. Aku beli roti, aku kasi org.

Sekarang, Migrain sudah mula datang menjelma. Sudah mula muntah2 dan sudah pula berpinar2.



Boss... saya mau tidur sebentar.

Note : Tutup pc, tutup mata....ZZZzzzzzz......

Tuesday, April 19, 2011

Jason Mraz I'm Yours Lyrics

Ayam kamu TAK SEDAP!!!

Arrgghhhh!!!!!

Hari ni teringin makan ayam goreng. Bukan buatan KFC, bukan buatan McD. Tapi ayam goreng biasa je. Port tempat untuk membeli sudah ada dalam kepala.

Sesudah bungkus seketul ayam goreng, hulur kat makcik tukang kira tu. Dengan muka mcm &%$^# makcik tu ckp:-

Makcik &%$^# : Tak boleh lah ambik ayam je. Nati tak cukup pulak lauk...

Aku : Hah??!! (Malas nak ckp lebih, takut kang dia jampi lak food aku)

Aku pegi blk tempat nasi, bungkus nasi sepenuh2 bekas tu, cukup untuk mkn 3 orang, aku letak ayam seketul atas nasik.

Aku : Nah... !!! (Lansung tamau pandang muka itu makcik)

Makcik &%$^# : Ini je? Tak nak sayur?

Hissshhh!!! banyak bunyik lah makcik ni. Nasib baik mak aku ajar suruh hormat org tua tak kira berapa bangang pun.

Makcik &%$^# : RM4.50 je lah...

Aku : ... (dlm hati) Kenapa tak caj je RM18. Aku bayar lah!!!!

Now selera aku utk mkn ayam goreng sudah tiada. Aku makan sikit aku buang yg lebih. Nasi tu, aku kasi je kat kawan aku untuk buat nasik goreng.

Note : Really need somebody to cheer me up....

Sunday, April 17, 2011

Checklist

Aloha...

Rumah DC sudah mau siap. Contractor tu kata ujung bulan ni sudah boleh settle sumer. Dengan erti kata lain, sudah boleh kasi settle sumer payment.

Tak sabar... Bukan tak sabar nak bayar tapi tak sabar nak tgk apa jadi kat rumah tu. Adakah rumah itu boleh jadi seperti banglo? (PERASAN!!!!)Rumah ada 4 kangkang kucing mau berangan jadi banglo. Bersyukur je lah apa yang ada.

Mau buat checklist untuk rumah DC.

Renovation - 80% complete
Furniture - sudah beli
Deco - sudah ada dalam kepala
Curtain - Sudah tempah
Dapur - Sudah order
Autogate - Belum pasang
Alarm System - Tengah survey. (Perlu ke klu dah ada guard?)
Smoke detector - Tengah survey. (Takde ke abg bomba yg nak sponsor?? hihhi...)

Ini semua, aku punya bahagian.

Darling, i punya tugas sudah almost settle. Mcmana dgn uols pulak? Sila kasi settle sebelum i punya bahagian settle hoccay....

Note : **Mode : berangan.....**

Aku dah bosan... aku dah bosan....

Aloha....

Sungguh busan hari ini.

Ada laki - keluar.
Ada anak - keluar jugak.
Ada PSP - rosak.
Ada henpon - Tak berbunyik. (takde sape ke yg nak kol???!!! SMS maybe??!!
Ada kucing - Tido je.
Ada kereta - malas nak drive.
Ada TV - remote ntah mana2. (Asal dorang 2 beranak tu keluar je, mesti remote hilang)

Lepak sini je lah.......

Note : ZZzzzzzzzz..........

Saturday, April 16, 2011

Rezeki... rezeki....

Aloha...

Bulan ni aku memang nekad. Nekad untuk tidak membeli-beli. Aku cuba bersabar untuk tidak akan terpengaruh dari segala unsur2 yg boleh menjebakkan aku kearah membeli-beli.

Yes!!!...Berkat kesabaran aku itu, berkat dari niat aku itu, aku telah mendapat ganjarannya....

Walaupun aku tidak membeli-beli tapi dapat jugak aku handbag. Bukan 1 tapi 2....

Memang benar, sabar itu ada ganjarannya.

Terima kasih my luvly brother & sis in law yg baru balik bercuti dan telah bermurah hati menghadiahkan aku handbags. 1 dari abang, 1 dari kakak. Sungguh2 suka hati... Jgn lupa, nanti beli lagi.

Dengan ini, dengan rasminya my bags collection telah bertambah ke....(errr... kena kira balik lah..)

Note : Suka dalam rindu....

Thursday, March 31, 2011

Orang lain kata (lagi)

Aloha...

Mmmm.... 2-3 minggu lepas ada org menyampaikan sesuatu pada aku. Dia kata, ada org kata yang :-

1) Aku suka merajuk - ye, aku tau.
2) Aku suka mintak2 kat laki aku... dgn erti kata lain menghabiskan duit laki aku.

Hari ini ada jugak aku terima kata2 yg lebih kurang sama dari seseorang. Cuma orang yg dulu menggunakan perkataan2 yg melampau dan yg kali ni dgn kata2 yg agak lembut skit tapi berdesing jugaklah.

Bezanya dulu aku sikit pun tak ambik kisah dgn apa yg dia cakap. Sebab, orang itu tiada kena mengena pun dalam hidup aku. Dia (orang itu) berkata2 atas dasar dengki.

Tapi, kali ini disebabkan dia yg aku anggap sebagai sahabat dunia & akhirat. Sebagai teman tapi mesra suka & duka, so ia ada memberi sedikit kesan buat aku.

Sebenar2nya.....

Aku bukan nya jenis mengikis duit laki aku walaupun sudah ada perjanjian berdarah apa yg aku nak, dia akan kasi. Masa dia kenal aku pun sudah ada cop kat dahi aku ni, "SUKA MEMBELI a.k.a SHOPPING".

Aku terpaksa mintak kat laki aku sebab dia ibarat banker bergerak buat aku. Kad atm aku dia yg pegang atas sebab2 tertentu. Bila nak duit aku mintaklah. Tu yg nampak macam aku mintak duit dia. Aku mintak duit aku tapi kalau dia kasi duit dia, takkan aku menolak.

Kalau aku mintak dia belikan apa2 pun sebenarnya maksud aku, gunalah duit aku. Tapi kalau dia guna duit dia, aku sikit pun tidak akan membantah. Ciri2 isteri mithali aku ni.

Aku pun tidak pernah mintak bende2 yg di luar jangkauan. Sekadar mintak Blackberry atau Suzuki Swift, masih ok lagi. Tidak lah sampai KLCC atau Ferarri....

Buat org yang dengki itu, tidak perlulah nak dengki kan aku. Tiada apa yg lebih pada aku. Aku hanya dapat apa yg aku mampu...

Buat kawan aku tu..... "Oooooo banyak cakap ye.... mau kena cium cubit??!!"

Note : PhD....

Wednesday, March 30, 2011

Orang kata....

Aloha....

Hari ni nak cerita pasal apa orang kata.

Orang kata.... kalau makan, kena habiskan. Kalau tak rezeki akan lari.

Orang kata.... menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sori yg itu aku tak tau maksudnya.

Orang kata.... jika bulu mata gugur, maknanya ada org rindu. Tolong jangan ada sesiapa rindu kan aku. Nanti botak pulak bulu mataku, terpaksa memakai bulu mata palsu.

Orang kata.... Berkasih biar satu. Ya, yang ini aku setuju.

Orang kata.... Hidup ini hanya sekali. So, perlukah kita buat apa yg kita mahu?

Orang kata....

Pedulikan apa yg orang kata. Apakah ada orang peduli dengan apa yang kita kata?
Perlukah kita dengar kata2 orang?

Aku.... suka hati aku apa pun apa aku nak kata. Suka hati aku apa pun aku nak buat. Jangan ada sesiapa yang nak mengata.

Note : Aku....................

Tuesday, March 29, 2011

White Lion - When the Children Cry (official music video) HQ

YA TUHAN....
JANGANLAH KAU BIARKAN AKU TERPESONG

YA TUHAN....
JANGANLAH KAU BIARKAN JIWA KU KOSONG

YA TUHAN....
JANGANLAH KAU TARIK SEGALA APA YANG ADA PADAKU

YA TUHAN....
JIKA IA KEPUNYAANKU, KAU KEKALKANLAH BEGITU HINGGA AKHIR HAYATKU
JIKA DIA JODOHKU, KAU KEKALKANLAH AGAR DIA TERUS MENYAYANGI DIRIKU

YA ALLAH....
KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA-DOSA KU


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Saturday, March 26, 2011

Avril Lavigne - When You're Gone

Premium Beautiful

Mornink....

Alang2 (rindu pulak kat Dato Alang) dah berblogging pagi2 hari ni, buat lawatan tak rasmi lah kat blog2 lain. Yang skema2 tu, aku skip2 je lah.

Ada 1 blog ni citer sal PB ni.... Tau bende ni wujud dah lama, tapi apesal hari ni lak boleh meleleh air liur baca sal bende ni. Macam dah terpengaruh gitu. Sebab aku tau, blogger sorang ni memang jujur bila berkata2 walaupun kata2 dia byk berunsurkan 18SX.



Maunye tak terpengaruh, lepas pakai PB ni minah tu boleh sarung skinny jeans you.... Stock jeans2 aku tu banyak dlm lemari. Antara nak pakai or tak je..(Yolah tu makcik... ckp je lah bile sarung je, tersekat kat peha).

Dulu2 aku ada jugak beli korset2 ni. Long korset, short korset, body korset... sumer aku ada. Tapi.... (no reason selain malas). Seksa siot nak pakai. Sampai tergolek2 nak menyarungkan korset tu. Pernah sampai EL sebab dah lambat....

Rasa cam tak sabar je nunggu darling balik. Time ni lah rasa cam rindu je nak dia balik... Sambil2 tu mintak tolong pakcik gugel survey harga set PB ni. Ambik kau!!! RM2366. Boleh kan darling. Ala... dari u nak habiskan duit antar I gi slimming centre tu (sure I kena ambik lebih dari 50 session or lebih lagi). Tak sangka u pun terpengaruh dgn iklan2 tu....

Mana tau lepas pakai tu, aku dah selim melim, boleh beranak lagi... Dari nak habiskan berpuluh riban tapi tak beranak2 jugak. (Tgk!!! aku dah emo sal bende ni lepas dpt kol dr kwn aku tu. HEPI KAMU??!!)

Sebelum aku ter emo lebih, baik aku blah dulu. Aku nak cari baju2, jeans2, mini skirt2 (ooppsss... lupa sudah. Mini skirt sudah tidak blh pakai). Hehehe.... 3 thn sudah aku tukar imej ala2 perempuan solehah. Teringat kata2 maut dari darling jr (mesti bapak dia ajar nih!!)

"Klu ibu slim, mesti ibu tak pakai tudung kan.."

Nak kaver malu punya pasal, aku pun warning dia...

"Jgn nak laser org lain mcm ni tau!!"

Yelah... buat nye dia laser makcik2 dia yg masih lagi sexy mexy tu, sumpah, sampai tua dia takkan dapat birthday present dari dorang.

Note : Nak tunggu darling balik..... La la la (sambil try baju2 ketat)

Friday, March 25, 2011

La la la.....

La la la....

Hati aku berbunga riang....

La la la la.......

Note : Kan bagus begini

Thursday, March 24, 2011

Mahu bermuhasabah

Aloha...

Terngiang2 lagi ayat mamat hari tu..." sis ni kan sombong..". Gulp... terkedu aku.

Since dah ada orang cakap macam tu terang2an, so aku pun mula lah nak bermuhasabah kan diri ini. Walaupun bende ni dah pernah diberitahu berkali2 oleh darling 2 org tu.

Mula2 mari buat list:-

1) Org kata aku sombong - dah orang kata, aku terima je lah.
2) Org kata aku baran - ye saya baran, tapi itu dulu.
3) Darling kata, aku kuat marajuk - ye saya mengaku.
4) Darling kata, aku degil - ya betol. 10 markah buat darling.

Itu semua yg org kata.

Yang aku rasa pulak :-

1) Aku mudah kesian kan orang - WARNING!! Jangan ada yg cuba ambik kesempatan.
2) Aku pelupa - betul sangat2. Nasib baik aku tak lupa aku dah ada 2 org darling.
3) Aku pemboros aka kaki nyopping. - No komen.
4) Aku suka buat hal sendiri - Ok apa dari cari pasal dgn org.

Kalau setakat ni je list yg ada, kira ok lagi lah. Takde lah teruk sangat kan. Masih boleh diperbaiki.

Bak kata seseorang yg aku kenal :- "Jika sesorang itu anggap dia baik or perfect, cuba berdiri bogel depan cermin. Tengok diri tu, perfect ke tidak? Lawa ke tidak?"

Note : Cuma jangan ada yg cuba mencurah minyak pada api...