Thursday, November 10, 2011

Mata Bengkak Hati Bengkerk

Adooiiiiii!!!!!

Bangun tido mata dah sakit. Tapi tidak bertahi mata.... cuma ada rasa bengkak ditepi mata sebelah kanan. Nak pejam, nak gerakkan anak mata rasa sakit. 15 minit belek kat cermin sebelum mandi dan selepas mandi. Manalah tau semakin membengkak ke... Boleh lah MC. Tapi, MC hari ni rugi jugak. Baik ambik esok.

Kat ofis, jap jap belek mata. Manalah tau tiba2 dia bengkak, bengkak dan bengkak lagi....

Sakit makin bertambah sakit tapi rupa bentuk masih seperti pagi tadi. Nak kaver, hari ni tak pakai lens. Pakai cermin mata je. Dah jadi macam cikgu Markonah dah aku ni. Dengan berbaju kurung... Motif berbaju kurung, malas nak gosok baju... Cari baju yang kalis kedut.

Badan pun dah macam seram-seram sejuk.. Ala2 nak demam gitu. Muka dah jadi panas ibarat orang menahan malu.

Ok, part tu aku boleh kontrol jelitawan lagi.... Mata bengkak takpe, jangan hati bengkerk.

Ni nak citer lak pasal hati bengkerk....

Dah lah dengan rasa satu muka ni berdenyut2.

Tiba2 teringat lak kat kawan aku si remaja purba yang tengah menderita sakit gigi.... Ya Tuhan.. Kau sihatkan lah gigi/gusi dia agar cerita pasal gigi dia yg sakit tu tak jadi beratus episod....

Ok back to the topic pasal hati aku bengkerk.

Ulang balik.... dah lah muka aku tengah rasa berdenyut2... Ada pulak makcik CNN yg memekak kat sini.. Aduuuhhhh... Bingit tau tak...Bingit!!!

Dah... tak nak ngata lebih2.

Mata sudah tidak boleh pejam. Sakit. Tapi belum bengkak yang betul2 bengkak... Bengkerk jer.....

Note : Mihun sup ok tak hari ni?

No comments:

Post a Comment