Friday, April 24, 2015

Lenny lamb

Aloha....

Received fluffy mail yesterday... Woot woot....


Apa tu?????

Tadaaaaa.....

Meh... My lil kamben nak peluk.


Esok kita rasmikan ye nak...

Malam ni your mummy nak buat bantal peluk sat. 

Update :- Haishhhhh.... baru dpt yg ni bukak website dah masuk design baru. Sabar ye..... sabar. Jangan ikut nafsu.



Thursday, April 23, 2015

Polperro Steak House


Aloha......

Tetiba lah nak memblogging..... Nak lawan orang sebelah lah...

"Puan Jija, u ingat u je ada skill buat posting 15 min.... I lagi 5 minit nak abis lunch..... Lagi adventure tau....."

Ni, nak citer pasal hari Ahad hari tu gi makan. Pergi bertiga je dengan budak kecik tu & bapak budak kecik. Abang budak kecik tak balik lagi.

My laling dah janji berhari2 nak makan situ. Jumpa tempat ni masa gi round2 tengok rumah minggu lepas.

Tempat senang cari, senang parking & selesa. Maybe masa pergi tak ramai orang. Service pun pantas, harga bolehlah..... Takde lah macam tempat lain steak sekeping cecah RM30++. Rasa, not bad... Boleh ulang... Memang plan nak gi lagi, nak kena bawak abang budak kecik tu pulak... Buatnya dia baca post ni, dia ungkit sampai tahun depan. Maklumlah bawak adik je..... Kadang2 ada nada jelesnya di situ.

Ok.... meh layan gambar2 ni.

AMARAN : SILA JANGAN TERLIUR.....


24, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 13-255 4721
 
Ada satu lagi branch kat section 13 kalau tak silap.


Ini steak combo. Beef + tiger prawn. RM19.90. Aku punya.
Laling punya tak snap sebab steak biasa2 je. RM16.90.
Portion dia.... mengenyangkan.


French fries RM4.90. Fresh orange RM3.50.
Portion : banyak. Air gelas besar. Aku tak habis air tu sebab kenyang sangat.
 

 
Ini budak : priceless....
Kalau boleh semua dia nak order.



Tengoklah sendiri menu & harga tu... Ada macam2 lagi. Chicken, fish, lamb, campur2 pun ada. Yang campur2 tu set combo.


First time duduk kat baby chair. Memang nak kasi mak pak dia makan dengan aman...

Overall..... Saya kasi bintang 4.

Friday, April 17, 2015

Hobi

Aloha....

Apa hobi anda?

Jalan2? Travel? Daki gunung daik bercabang tiga? Collection?

I punye hobi yang lassssssttttt sekali tu...... collection.

Collect apa? Hihihihihihi...... (tak perlu kot nak citer)

Tapi kan, hobi aku kali ni sudah bertukar arah.... Masih lagi mengekalkan konsep 'collection'.

Collect apa? Hihihihihihi.......(tunggu aje lah.... soon.)

Hobi ni baru mula. Dan belum mendapat sokongan dari yang maha mulia my laling. Errr..... hobi yang dulu pun tak pernah dapat sokongan pun dari dia. Kalau dia tau aku tak lagi cenderung dengan hobi lama tu, sure dia bangga. Dia tak tau hobi yang baru ni lagi meningkat kos nya. Oopppssss....

Dah lama dah nak insaf nya tapi baru 1 bulan bertahan, dah tangan ni gatal men'survey' balik henbeg & kasut. Ooppppsssss (sekali lagi) ........

Kali ni betul punya insaf. Sebab saya suda jatuh hati dengan......





 
 
Sumber dari google
 
Setakat ni, untuk tempoh 3 bulan, collection sudah ada 2.
 
Sekian.......
 
Note : Akan diterangkan sebab musabab nye di kemudian hari... dan mana nak dapat bende2 ni. Harga? Don't ask..... 
 
 




Saturday, April 11, 2015

Cerita hari sabtu

Aloha....

Tetiba lak rajin nak menghapdet...

My laling princess dah sleep, my laling layan movie tembak2. Huh.... ganas. I dun like.




Hari ni sepeti hari2 wiken yang lain. Cuma hari ni mood nak breakfast di luar zone. Asyik tempat yang sama je. Bowing tau....

Plan semalam nak pegi baby expo kat klcc pagi ni. Nak menyambar diapers dak kecik. Nasib baik lah semalam dah survey siap2.. Nan hado je expo tu. Takde apa. Bersepah orang buat marketing je. Jual insurans, education plan, buku... Sib baik tak bawak princess so dapat lah nak ngelak2.

Selain nak cari diapers, ingat nak sambar ssc carrier.... pun takde. Adalah... tapi bukan idaman hati. 

So hari ni sambar diapers kat Tesco je lah. Ada promotion.... Pantang dengar murah, kejar selalu...

                (eshop.tesco.com.my)

Lepas breakfast, my laling princess tangkap lentok dalam kereta. So dedi kata, jom round2 tengok rumah kat Puncak Alam. 

Jom.....

Dulu dengar je area ni, terus orang kata jauh ujung tanjung. Rumah pun murah je time tu. Semi-d pun tak sampai 300k. Now dah developed. 

Round 1 taman. Nampak je for sale my laling stop. Ambik no, terus text tanya rege. Biar betik dia nih....

Pas tu round lagi.... Nampak lak show house. 

"Jom..."

"Tak payah....." Kang ada yang 'ter'beli. Bukannya tak biasa buat perangai ni.

Dulu, apartment kat OS tu pun 'ter'beli.
Rumah sekarang pun 'ter'beli. 
Asal masuk je show house.... Terus letak deposit. Memang jenis mudah 'ter'beli...

So this time, belajar dari pengalaman.

Ingat habis di situ je....

Petang tadi dia ajak round2 Shah Alam...

"Tengok rumah area sana pulaklah...."

Adoyaiiiiii..... tepuk dahi.


Monday, April 6, 2015

7 months

Aloha....

Ini budak sudah 7 bulan.



Sudah ada gigi...


Nampak tu?

Sudah pandai tepuk tangan... Clap your hand.... Clap your hand.... Hihihihi...

Cer try "tepuk tangan...." Dia pandang je tak paham.

Sekian....