Saturday, February 13, 2010

Al-Fatihah...

Pagi ni aku dikejutkan dgn 1 sms. Maryam Saffiyah telah tiada.... Al-Fatihah...



Maryam..... beliau adalah puteri kesayangan kawan baik aku, Nurul Hanis. Lahir pada 10/1/2008. Genap 2 thn 1 bln 3 hari, beliau telah pergi buat selama2nya meninggalkan ibu, ayah dan seorang abang, Harith 3 thn. Aku dikhabarkan Maryam hanya demam biasa dan dimasukkan ke hospital kerana sawan pada petang sehari sebelum beliau pergi.
Sms telah dihantar kepada kami pada jam 1.47 pg tp aku hanya sedar jam 8.30 pagi...
Alhamdulillah... sempat jugak aku lihat arwah buat kali ke-2 dan terakhir sebelum beliau dimandikan di kediaman pakcik Nurul di Bkt Damansara. Aku lihat Maryam tersenyum... Tiba2 aku teringatkan arwah Azim.
Kali pertama aku jumpa Maryam, 2 minggu lepas. Comel sangat... Aku beli kasut untuk dia tp x muat. So aku promise her untuk cari saiz yg kecik sikit. 2 minggu aku mecari kasut yg sama jugak untuk dia tapi hampa. Alangkah sedihnya aku bila aku x sempat sediakan kasut/hadiah birthday dia...


Kasut Maryam yg x sempat dia pakai.



Selama aku berkawan dgn Nurul, bermacam2 cerita pasal Maryam yg kami panggil Cik Yam or Mary yg Nurul ceritakan. Ada sajer cerita dia. Cik Yam pandai itu, Cik Yam pandai ini... Cik Yam menantu aku... (Itu yg selalu kami sebut2kan) Nampaknya x der jodoh dia dgn Abg Adam tp jodohnya dgn Abdul Azim.



Semoga Maryam Safiyyah ditempat di kalangan orang2 yg soleh. Insyaallah, tempanya di syurga.

Note : Maryam, kirim salam kat Abang Azim ye. Cakap kat dia, aunty rindu sangat kat dia... Sangat2.

Sunday, February 7, 2010

Ayahanda Harith... my uncle

Now aku nak update sal sorang pakcik aku yg kami panggil Ayah Ngah. (Daddy's brother). Kami di khabarkan yg Ayah Ngah sekarang x sihat. Umur dah 88 thn. Ayah Ngah yg kami kenali sebagai seorang yg bijak, tegas & mesra. Tp tengok dia terlantar kat spital, sedih lak rasanye. Menambahkan lagi rasa sebak bile dia menjerit2 panggil adik dia (my daddy).. Alang... Alanggg..... Sayu sangat. Tp aku respek kat dia yg masih kenal anak2 dia, anak2 sedara dia & mata still terang... Semoga Allah memelihara dia & semga Ayah Ngah kembali sihat.




note : Macamana lah aku bile tua nanti. Dgn sorang anak....

Kenduri, meeting, meeting & meeting....

Halluuuu.......... Long time no see.
Baru masuk bulan ke 2 utk tahun ni tp dah berbagai kenduri yg telah & akan aku tempuh. Bukan kenduri setakat pergi mkn jer tp kena buat keje sekali tau....
29-30/1/2010 - kenduri cousin Effa.

Memang ramai giler (bukan org yg dtg tu giler...) Itu betul2 menguji kelasakan aku... Perghhh.... Meriahs. Lauk jer berjenis. On akad nikah's day, tumbang sekor lembu & 2 ekor kambing.lauk kari lembu, kambing (masak apa ntah) gulai lemak telur itik & ikan goreng. The nxt day plak, nasi 3 jenis, nasi tomato, nasi jagung, nasi putih. Lauk, gulai nangka, rendang kerbau, ayam bombay. Ada cendol. Doorgift bermacam2.





Time kenduri tu Sham xder. Pegi seminar kat PD. So dah kurang 1 tenaga. Tp aku respek kat Adam. Rajin dia. Org kata dia ganti ayah dia.... hihihi.. Anak saper.....

1st kenduri dah settle..

Semalam ada meeting untuk kenduri kawen Farah plak (Cousin Shaikah's daughter). Kenduri on 19-20/2/2010. Seperti biasa aku ada tugas lagi. Tolong jaga meja pengantin. Ingatkan kurang keje coz buat kat dewan & katering. But sumernye silap belaka. 1 day b4 kenduri ada kenduri lagi kat rumah. Kena all out lagi. Itu sumer akan aku update kan selepas kenduri.

Ilma nyer kenduri lak kitorang belum start apa2 lg. Ingat nxt week nak panggil dorang datang rumah buat meeting skit. Meeting lagi.......