Saturday, February 13, 2010

Al-Fatihah...

Pagi ni aku dikejutkan dgn 1 sms. Maryam Saffiyah telah tiada.... Al-Fatihah...



Maryam..... beliau adalah puteri kesayangan kawan baik aku, Nurul Hanis. Lahir pada 10/1/2008. Genap 2 thn 1 bln 3 hari, beliau telah pergi buat selama2nya meninggalkan ibu, ayah dan seorang abang, Harith 3 thn. Aku dikhabarkan Maryam hanya demam biasa dan dimasukkan ke hospital kerana sawan pada petang sehari sebelum beliau pergi.
Sms telah dihantar kepada kami pada jam 1.47 pg tp aku hanya sedar jam 8.30 pagi...
Alhamdulillah... sempat jugak aku lihat arwah buat kali ke-2 dan terakhir sebelum beliau dimandikan di kediaman pakcik Nurul di Bkt Damansara. Aku lihat Maryam tersenyum... Tiba2 aku teringatkan arwah Azim.
Kali pertama aku jumpa Maryam, 2 minggu lepas. Comel sangat... Aku beli kasut untuk dia tp x muat. So aku promise her untuk cari saiz yg kecik sikit. 2 minggu aku mecari kasut yg sama jugak untuk dia tapi hampa. Alangkah sedihnya aku bila aku x sempat sediakan kasut/hadiah birthday dia...


Kasut Maryam yg x sempat dia pakai.



Selama aku berkawan dgn Nurul, bermacam2 cerita pasal Maryam yg kami panggil Cik Yam or Mary yg Nurul ceritakan. Ada sajer cerita dia. Cik Yam pandai itu, Cik Yam pandai ini... Cik Yam menantu aku... (Itu yg selalu kami sebut2kan) Nampaknya x der jodoh dia dgn Abg Adam tp jodohnya dgn Abdul Azim.



Semoga Maryam Safiyyah ditempat di kalangan orang2 yg soleh. Insyaallah, tempanya di syurga.

Note : Maryam, kirim salam kat Abang Azim ye. Cakap kat dia, aunty rindu sangat kat dia... Sangat2.

1 comment: