Monday, June 2, 2014

Cuti Sekolah


Aloha.....

Cuti sekolah dah bermula. Dah seminggu pun..... Tapi aku takde perasaan apa2 pun pasal cuti ni. Aku bukan student, aku bukan cikgu.....

My laling jr pun dah balik sini bawak kawan dari Kelantan nak jalan2 KL. Tiket flight dia dah di booked awal untuk balik 27/5/14 tu. Tetiba lak kawan nak ngikut balik. Bajet2 kawan tu nak naik bas je kononnya. Tak patut lak dia sorang2 naik bas. Anak orang tu, dah lah tak pernah sampai KL.

So, cari jugaklah tiket flight. Nasib baik ada lagi sama flight walaupun rege dah naik sikit. Takpe, janji dua2 sampai serentak & selamat.

Aku dulu balik bila cuti, balik rumah naik bas angkut2 je.... (startlah nak mengungkit zaman dolu2)..

Puas jugaklah bawak kawan dia berjalan kat sini. KLCC, Selayang mall... tempat wajib bawak tu. Aku ambik cuti bawak pulak ke OU.... Haus tapak kaki ikut dorang jalan kat sana. Pantang jumpa kerusi. Dah rasa nak sewa wheel chair je dah. Last2 dorang buat hal sendiri, aku.... banyak lepak dari jalan.

5 hari dorang balik, semalam hantar balik ke sekolah. Minggu ni ada International Scout Jamboree di Kuala Terengganu. Ini 1st time dia pergi Jamboree. Setakat camping sekolah 2-3 hari tu dah biasa. Elok aku sampai KL je, dia kol..... lupa bawak pinggan.

Pinggan je pun yang lupa nya.... tapi aku dah gelabah lebih2. Yelah... macamana nak makan pinggan takde. Dia kata share kawan. Dah lah makan banyak, nak share dengan kawan....

Dedi dia, kira senang je.... Pandai lah dia. Grrrrr...........

Hari ni dia kol lagi. Dia kata, rugi tak bawak duit banyak2... Ingatkan macam camping biasa, rupanya ramai orang jual2....

Berapa dia bawak? RM20.....  (hantuk dahi kat dinding 18 kali...).

Dedi dia dah tanya dah hari tu ada duit tak.. Dia kata ada. Siap aku pesan, buatnya time balik nati beg dia terlebih berat, dia kena bayar masa nak naik flight nanti. Dia kata ok, nanti dia bayar.

La ni kata ada 20 hengget aje!!!???

Ni kalau setakat perjalanan 2 jam kesana, memang aku dah suh dedi dia gi hantar pinggan, gi hantar duit, gi ambik baju kotor.....

Dedi dia pulak..... Nasib baik dia ada 20 hengget je. Kalau ada 200 pun boleh habis kalau dah ada orang jual2.....

Alaaa..... aku tau. Dedi dia sama je tak keruan macam aku. Saje control macho.

Haiiihhhh... itu lah perasaan seorang ibu kan. Lupa bawak pinggan pun aku dah tak senang duduk pikir, ni kan pulak duit tinggal 20 hengget....