Wednesday, October 26, 2011

Bikin kecoh

Aloha....



Budak kecik kat atas ni sudah bikin kecoh hari ni. Hari ni seperti hari2 cuti yang lain, dorang dapat pelepasan main kat luar. Wah... sungguh gumbira masing2. Selalu dapat keluar kat belakang je sebab senang nak kawal & macam selamat sikit sebab takde kereta. Tapi disebabkan hari hujan, hari ni dorang main kat depan. Kononnya, dorang tak akan kemana2 sebab hari hujan.
Tapi menjelang Maghrib bila panggil sekor2 masuk, si kecik ni pulak takde. Agak2 puas jugak lah mencari. Hingga hari gelap. Senyap sunyi bila panggil. Bunyi loceng pun tadak. Tak cukup meronda depan rumah, habis satu taman dicari.

Sampai 1 tahap, darling dah nak declare si kecik ni memang dah hilang. Masa tu dah jam 10 mlm. Tapi tetap tak puas hati sebab kadang2 macam terdengar bunyi loceng dia. Sampailah neber2 sini keluar dan cari sama. Konpem, memang ada dengar loceng dia.... Last2 jam 10.30, budak2 sini jumpa dia kat dlm enjin kereta neber sebelah rumah. Punyalah panggil tadi dia boleh buat derk aje. Ekceli sikecik ni memang penakut. Dengan aku pun kalau lalu sebelah tu memang menciput dia lari. Macamlah pernah kena pukul.

Bila dah tau dia kat situ, dah 1 kerja nak keluarkan dia. Tarik punya tarik akhirnya dapat. Dah dapat terlepas pulak. Lari ke rumah sebelah lagi. Masuk pulak dalam enjin kereta orang tu.... Lagi sekali kena masuk bawah kereta.

Banyak adegan betol... Sikecik tu bila tengok orang dah ramai, lagi dia takut.

Mungkin neber2 situ macam tak sabar je nak tengok dia, habis semua berkerumun. Bila dah dapat, jeng jeng jeng..... takde lah kucing lawa mana pun tapi kecoh nye 1 Malaya.

Sekarang dia seakan trauma tapi bila nak pujuk punya lah liar. Biarkan aje. Kasi makan, dia punya lahap...

Ha tu lah... Konon nak lari dari rumah. Nak lari, sebelah rumah je.

Tuesday, October 25, 2011

Cerita lapuk yang disatukan

Aloha....

Ok... beberapa abad rasanya tidak berbahasa di sini...(Ada ke orang kesah??!!)

Dalam otak bercelaru nak cerita macam2 tapi setakat itu je lah. Namun nak buka laptop ni, idak ler.... Semenjak dua menjak ni line SELKOM BODBEN ni SLOW GILOS!!! Akibatnya, bodben itu telah di balut dengan cellotape sebab dah terbelah 2 lepas di baling untuk diuji ketahanan (betul2 menguji ketahanan mental aku). Still boleh guna lagi. Cayalah....

Cerita 1

Agak lama jugak aku tidak menghadirkan diri mendengar talk2 yang kononnya membina semangat dan memajukan diri. Ntah mana datang kesedaran untuk pergi (erti kata lain:- dipujuk seseorang) akhirnya, terjebak jugak lah.

Minit2 pertama, agak bersemangatlah jugak. Masuk minit ke 25, sudah hilang fokus. Masuk jam petama, 4 kali pegi toilet. Dalam hati...tobat aku tak akan datang lagi.
Aku bukan tak boleh terima bende2 macam ni. Tapi aku sungguh2 tak boleh terima bila mereka2 ini sudah menjadi taksub. Ibarat apa saje yang dihadapkan pada mereka semuanya bagus dan elok. Semuanya mahu diikut bulat2 tanpa ada sesi soal jawap.
Dalam sesi ni ada beberapa group. Setiap group ada leader. Ayoooo..... perlu ke nak kena ikut je cakap leader tu? Lansung yg bawahan tidak bersuara. Sowiiii... aku bukan macam itu.
Mungkin kerana dorang tengok aku jenis tak makan saman, lepas sesi tu 2-3 orang yg ala2 leader sudah cuba sedaya upaya mencairkan hati aku. Dan aku tetap aku... HATI BATU.

Cerita 2

Ini pulak cerita pasal seorang teman. Teman aku. Ntah mana silap kami sudah tidak bersefahaman mengenai suatu isu. Isu yang agak sensitip.
Dan disebabkan itu jugak, dia datang pada aku setelah sekian lama kami tidak bertemu, setelah beberapa mesej & kol tidak membantu. Disebabkan dia jugak, beri itam ku berikat getah. Senasib dengan Bodben Selkom diatas. Kesian....
Pada mulanya agak marah tapi endingnya... aku suka aku suka. Ofkos lah hepi ending kan. Rasa2 macam nak gaduh selalu. Akhirnya dapat jugak meluahkan apa yang terbuku. Kalu dia tak buat begitu, mungkin sampai bila2 juga aku akan membatu. Kan rugi tu.... Sekarang, kami menjadi lebih telus & tulus bersahabat.

Cerita 3

Minggu ini cuti sekolah sempena Deepavali. Dan seperti biasa junior telah dikidnap aunty dia. Sudah 3 hari dia disana. Dilayan seperti putera raja. Kononnya mau kasi chance mummy & dedi dia berdua2an. Ok... bab ni no comment. Lips sealed. La la la la....

Cerita 4

Untuk memenuhi masa lapang dan memenuhi jiwa yang kosong, dengan berbekalkan laptop dan line Selkom yang slow, berjaya jugak aku mengopakkan duit poket aku laki aku dengan memborong beberapa barangan.... Walaupun aku sudah agak jarang pergi ke shopping mall, tapi kini shopping mall datang pada aku. I love technology...

Cerita 5

Belum cuti sekolah lagi, kami sudah merancang2 percutian. Antara yang termasuk dalam agenda:-
i )Seberang tambak - Universal Studio
ii )Seberang laut - Kota Kinabalu atau Langkawi

Ada lagi satu... ini idea aku. Disneyland HK. Dan akibatnya..... "Dari kita kesana, baik kite pegi Umrah". AMEK KAU!!!.... Sesejuk2 perut aku mengandungkan anak sebegitu, panas jugaklah telinga aku.

Cerita 6

Nanti.. aku sedang memerah otak untuk mengingati sesuatu.
Cukuplah dulu... jangankan kamu, aku jugak sudah mau muntah dengan cerita2 aku...

Note : Rasa sedikit ringan otak aku.

Friday, October 14, 2011

SANTAU!!!

Aku tau, mulut aku kadang2 jahat.
Aku sedar, kadang2 hati aku busuk.
Aku perasan, kadang2 aku ni tamak.

Tapi...

Tolong lah jangan santau aku.

Aku ni, nampak macam berani. Tapi rambut gugur pun aku dah rasa nak teriak apatah lagi kalau kena santau.

Huishhh... dun play-play...

Pagi tadi aku terima 1 sms dari no kaum kerabat selkom tapi tidak dikenali. Tau2 bangun je check henfon, ada sms. Tak sedar bila masuk... owhh received kul 2.45am. Konpem lah aku tak boleh sedar. Baru lelap 10 minit.

Antara kandungan sms tu (sori aku malas nak vscreenshot pas tu nak ambik kabel, pas tu nak transfer dlm pc, pas tu nak upload sini. Aku rela salin balik apa dia tulis):-

"KO JGN NAK TUNJUK LAGAK. JGN CUBA NAK RAMPAS DIA DARI AKU. KALAU KO TANAK KENA SANTAU DENGAN AKU, JGN NAK KACAU DIA LAGI".


Umak aiiii.... dalam makna nye tu. Tapi sori to say lah.. salah time aku baca. Lepas bangun tido sistem repon aku memang lembap. Nak2 kalau tidur hanya 3 jam. So, aku buat dunno je. Ambik towel, masuk toilet. Berangan sat.....

Then baru aku sedar. Ambik henfon (henfon aku memang letaknya dlm bilik air) baca balik.

Alamak.... 2-3 menjak ni badan aku sakit2. Kena SANTAU ke? Ehhh... dak aih. Badan aku sakit sebab batuk yg keterlaluan. Maklumlah... paru2 dah hitam kena asap.

Ok..ok... sambung baca lagi....

"DIA BINI AKU... (chop!!! taste ai bukan sejenis u...). AKU TAU SAPE KO. AKU TAU ANAK BINI KO. (ok.. chop lagi!! Aku ada bini? Konfius dah ni...) APA YANG KO KENA SEMLM ITU KIRA WARNING DARI AKU. SATU HARI KO AKAN DAPAT LEBIH LAGI!!!


Ok... tanpa membuang masa, aku reply & forward kan balik message tu. Aku bilang :-

"Bro, bro sudah slh antar lah. Cer antar balik, sy takut org tu tak dpt msg bro tu nati. Tak pasal2 kena santau..."


Then dia reply...

"Sori yer.. salah antar. Timekasih..."