Tuesday, October 25, 2011

Cerita lapuk yang disatukan

Aloha....

Ok... beberapa abad rasanya tidak berbahasa di sini...(Ada ke orang kesah??!!)

Dalam otak bercelaru nak cerita macam2 tapi setakat itu je lah. Namun nak buka laptop ni, idak ler.... Semenjak dua menjak ni line SELKOM BODBEN ni SLOW GILOS!!! Akibatnya, bodben itu telah di balut dengan cellotape sebab dah terbelah 2 lepas di baling untuk diuji ketahanan (betul2 menguji ketahanan mental aku). Still boleh guna lagi. Cayalah....

Cerita 1

Agak lama jugak aku tidak menghadirkan diri mendengar talk2 yang kononnya membina semangat dan memajukan diri. Ntah mana datang kesedaran untuk pergi (erti kata lain:- dipujuk seseorang) akhirnya, terjebak jugak lah.

Minit2 pertama, agak bersemangatlah jugak. Masuk minit ke 25, sudah hilang fokus. Masuk jam petama, 4 kali pegi toilet. Dalam hati...tobat aku tak akan datang lagi.
Aku bukan tak boleh terima bende2 macam ni. Tapi aku sungguh2 tak boleh terima bila mereka2 ini sudah menjadi taksub. Ibarat apa saje yang dihadapkan pada mereka semuanya bagus dan elok. Semuanya mahu diikut bulat2 tanpa ada sesi soal jawap.
Dalam sesi ni ada beberapa group. Setiap group ada leader. Ayoooo..... perlu ke nak kena ikut je cakap leader tu? Lansung yg bawahan tidak bersuara. Sowiiii... aku bukan macam itu.
Mungkin kerana dorang tengok aku jenis tak makan saman, lepas sesi tu 2-3 orang yg ala2 leader sudah cuba sedaya upaya mencairkan hati aku. Dan aku tetap aku... HATI BATU.

Cerita 2

Ini pulak cerita pasal seorang teman. Teman aku. Ntah mana silap kami sudah tidak bersefahaman mengenai suatu isu. Isu yang agak sensitip.
Dan disebabkan itu jugak, dia datang pada aku setelah sekian lama kami tidak bertemu, setelah beberapa mesej & kol tidak membantu. Disebabkan dia jugak, beri itam ku berikat getah. Senasib dengan Bodben Selkom diatas. Kesian....
Pada mulanya agak marah tapi endingnya... aku suka aku suka. Ofkos lah hepi ending kan. Rasa2 macam nak gaduh selalu. Akhirnya dapat jugak meluahkan apa yang terbuku. Kalu dia tak buat begitu, mungkin sampai bila2 juga aku akan membatu. Kan rugi tu.... Sekarang, kami menjadi lebih telus & tulus bersahabat.

Cerita 3

Minggu ini cuti sekolah sempena Deepavali. Dan seperti biasa junior telah dikidnap aunty dia. Sudah 3 hari dia disana. Dilayan seperti putera raja. Kononnya mau kasi chance mummy & dedi dia berdua2an. Ok... bab ni no comment. Lips sealed. La la la la....

Cerita 4

Untuk memenuhi masa lapang dan memenuhi jiwa yang kosong, dengan berbekalkan laptop dan line Selkom yang slow, berjaya jugak aku mengopakkan duit poket aku laki aku dengan memborong beberapa barangan.... Walaupun aku sudah agak jarang pergi ke shopping mall, tapi kini shopping mall datang pada aku. I love technology...

Cerita 5

Belum cuti sekolah lagi, kami sudah merancang2 percutian. Antara yang termasuk dalam agenda:-
i )Seberang tambak - Universal Studio
ii )Seberang laut - Kota Kinabalu atau Langkawi

Ada lagi satu... ini idea aku. Disneyland HK. Dan akibatnya..... "Dari kita kesana, baik kite pegi Umrah". AMEK KAU!!!.... Sesejuk2 perut aku mengandungkan anak sebegitu, panas jugaklah telinga aku.

Cerita 6

Nanti.. aku sedang memerah otak untuk mengingati sesuatu.
Cukuplah dulu... jangankan kamu, aku jugak sudah mau muntah dengan cerita2 aku...

Note : Rasa sedikit ringan otak aku.

No comments:

Post a Comment