Wednesday, October 29, 2014

Abam nak balik

Aloha....

Esok ini budak nak balik... weehuuuuu.......


Rasa macam dah lama sangat dia duk sana. Padahal raya haji hari tu baru balik....
Semalam dia kol kata boleh balik hari ni sebab dah habis exam tapi tiket dah beli untuk esok. Huhuhuhu... rugi 1 hari. Tiket malam pulak tu kul 9.20pm  Kat KLIA pulak tu.... jauh nak ambik.

Dedi dia dah rindu sesangat2 kat dia. Dari last week dok berkira2 nak kesana visit dia. Sib baik dia kata boleh balik minggu ni.

Since ada adik ni, tiap hari dia kol.

Tapi kadang2 kalau dia kol, tanya tengah buat apa, cakap je tengah tengok tv ke, tengah duduk2 ke... Jangan cakap tengah belek adik. Nati sure jeles kot... Ye lah asyik belek adik je. Sikit2 adik, sikit2 adik... Kena lah juga jaga hati my laling jr ni.

Raya haji hari tu dia sempat lah main2 dengan adik, belek2 adik, gigit2 adik..... Tang gigit tu aku tak tahan tu. Tinggal kan kejap je dah dengar si kecik tu teriak.

"Abam buat apa...?!"

"Abam gigit tangan adik......."

???!!!!!!!!!........................

Bab2 dukung memang aku belum berani kasi dia lagi. Dia pun tak nak...... Dia takut adik cari nenen. Kihkihkih..... Gitu pun ada.

Overall...... dia abang yang belum biasa jadi abang. Itu je yang boleh di komen buat masa ini.

Barang2 dia masih lagi barang dia... No sharing2.....

Tak tau dalam ipod dia penuh dah gambar adik...









Tuesday, October 21, 2014

Kesayangan hamba

 
Aloha....
 
 
Dah lama nak kenalkan tapi sibuk memanjang mengulik dia  ni....
 
IRIS MARISSA...
 
 
Iris 1 day old
 
Iris & Abang

 


 
Kenapa IRIS MARISSA??
 
Kerana........
 
1) Aku nak jugak ada nama bunga untuk anak pompuan.
2) Aku nak 11 huruf pada setiap nama anak.
3) MARISSA itu bersopan santun. So..... aku nak dia bersopan santun, InsyaAllah....
4) Sebab banyak nama yang aku kenan, takde makna seperti Delisha & Melissa. Dan ada yang ada makna tapi telah dicilok dulu oleh orang2 terdekat.
 
Makanya.... telah terpateri lah nama puteri ku IRIS MARISSA.
 
 

 

Wednesday, October 8, 2014