Wednesday, May 29, 2013

Sapu habuk

Aloha....

Baru balik cuti2 tapi mood nak story mory tak sampai lagi....

Lidah lak luka kena gigit tergigit. Ada orang kutuk agaknya....

Kemalasan yang melanda....

Kita makan dulu....



Thursday, May 16, 2013

Lunch hari ini...

 
Aloha...
 
 
Lunch hari ini..

 
Alhamdulillah.. kenyang.
 
 


Menu baru

Aloha....
 
 
Semalam layan tekak orang puasa.... Aku, tiap2 hari kata nak puasa. Bangun pagi je, haus lah, pedih perut lah.... Entah bila nak insaf tak tau lah.... (Motif??)
 
Sila2 kan menjamu mata...... sebelum aku bercerita

 
Burger penuh kaler-kaler...

 

Tengok cheese tu.....
 
 
Nampak lazat dan enak kan..... Tapi sayang indah khabar dari rupa (bak kata Papa Joe). Atau mungkin nasib aku malam tu kurang baik kot.
 
Cara dia serve, nampak very tempting. Dengan frech fries....
 
Tapi kan, burger dia sejuk.... fries dia lembik..... rasa dia sumer sama walau ambik lain2....
 
Kata my laling.... "Macam burger pasar malam..."
 
Yang sedap hanyalah A&W Rootbeer.....
 
Food lain aku tak pastilah. Mungkin float dia sedap. Mungkin jugak sausage dia marveles. Mungkin banana split dia no 1.
 
 
 
 
Kat mana? Aku pun tak sampai hati nak kasi tau nama tempat. Nanti, elok2 orang nak pegi sana terus terbantut. Kedai baru bukak. Walaupun katanya dah ada few branches, aku tak pasti branch lain pun sama macam ni ke or ok. Jap2 lagi aku kasi tau kat mana yer. Dengar aku citer sampai habis dulu.
 
Cara servis - self service. Pegi kat kaunter, order, bayar, ambik nombor dan duduk sampai no panggil. Aku nasihatkan kat branch sini, kena dengar betul2 nombor tu. Kang sekali dia panggil korang tak dengar, kali kedua dia dah jerit. Kali ketiga dia seakan tengking. Kali keempat dia guna hailer speaker. Serious aku cakap.....
 
Please lah kan... bukannya orang pekak pun. Tapi sometime ambik masa untuk bangun, nak ke depan. Relaks dik...... Lagipun kedai tu bukannya besar sangat pun. Dari korang penuh dok berlonggok depan pintu dapur terjerit2 no orang.... kalau angkat dulang tu & hantar kedepan, pun kira halal lah... Ini penuh kat kaunter lepas orang ni jerit, orang tu jerit. Nak jerit tu bukan nye dia kasi time orang nak bangun. Selang 2 saat je..... Kat bank yang penuh orang pun kasi time nak ulang balik nombor tu hoccay.....
 
Dapat kat laki aku, sekali nombor dipanggil, dia terus jerit.... "I'm coming...." Aku & jr dah rasa nak masuk bawah meja time tu. Hah... ko jerit lagi kalau berani....
 
Okaylah.... cut story short, aku kasi 6/10 bintang. Itupun sebab hiasan..... Tapi takdelah sampai tak nak pergi lagi. Mungkin next time, nasib aku lebih baik.
 
Kalau korang nak try pegilah Saujana Utama, Sg Buloh. Dekat2 dengan Ace Hardware. 
 
Carilah Man Burger Kukus Lava. Selamat mencuba......
 
 
 
 


Tuesday, May 14, 2013

Manjakan diri @ DF Nusantara Spa & Salon

Aloha....

Happy Mother's Day..... Happy Nurse's Day.... Happy Teacher's Day.... Happy My Birthday (soon)....

Sangat2 relevant yer nak buat wish untuk semua2 hari tu.

Mother's day hari tu aku dapat lah memanja2 kan diri dengan ditaja oleh my laling2 sekelian.

Makanya, ke spa lah aku. Nasib ada geng.... Memang habis hari lah kitorang kat sana. Syok tidak terkata.

Nak tau apa aktiviti kami di DF Nusantara sila lah sekodeng kat rumah Cik Jija si gadis ayu.

Cik Jija, I suka you upload citer ni laju2, so i boleh suh je orang sekodeng kat rumah you.


Gambar ni sudah terang lagi bersuluh aku cilok dari dia. Kalau dia nak guna aku punya membership, dia terpaksa menghalalkan gambar ini....... (Tak kuasa i nak blur2 kan watermark dia).
Lebih banyak lagi gambar ada kat rumah Cik Jija tu. Jom serbu sana ramai2 sebab ada gambar yg tengah berkemban, tengah kuak lentang dalam jakuzi, tengah mandi ala2 mayang di ulek.....
HUAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!
Amboi2..... cakap je ada gambar berkemban, terus serbu sana yer....
Orang tak habis tulis lagi..... JANGAN HARAP !!!!!!!!!!!!!
So, korang nak ke sana, koling2 dulu yer. Bermacam2 pakej disediakan. Yang bawah ni adalah yang terbaru. Cepat2......



Oh ya... sesape nak keje kat situ pun, try lah kol owner dia Cik Rozi sebab rasa2nya dia tengah cari orang tu.






Friday, May 10, 2013

terbeli.... bukan sengaja.

Aloha....

Semalam, sedang menjalani hari seperti biasa, tiba2 masuk 1 mesej kat bbm time lunch. Biasalah, kalau tak laling, teman kelab berfoya2.....

Baca....

U tak tau ke kat Weld  ada sale kasut?

Awatlah hang pi bbm lagi 2 minit nak masuk ofis Seman oooiiiii......

x tau pun.... nak pegi balik nati.

ok.....

Dia kata ok?!!!! Impossible.......

Terus reply icon kiss....

5.30 u pegi dulu, nati i datang.....

kalau ujan?

bawak payung....

Aku nak uji lagi nih.

laaaa..... i nak beli banyak. nak kena pegang payung lagi. susah...

letak lah payung tu. hilang pun takpe. tp jgn bwk payung bn. 1 penghinaan klu hilang payung tu.

WADEHECK mamat ni merepek!!!!!!

tak. i ada payung affin jer.

payung affin ilang takpe.

Habis disitu.....

Jam 5.15pm

dah solat? klu belum gi cepat. kang nak keluar awal cari kasut.

Tepat jam 5.30, berdesup kuar ofis. Tak pernah wei buat keje balik awal cam ni.

Cut story short....

8 pasang aku bawak pulang.....

Sebab2 jadi begitu :-

1) beli 2 pasang lagi murah dari sepasang. So terpaksa ambik 2.
2) terbekenan pulak yg lain, seperti biasa, 2 pasang lagi murah...
3) jumpa pulak sandal... pun sama. 2 lagi murah dari 1.

Sebab dah terambik lebih dari duit yang ada dalam poket, makanya kenalah pakai kad. tetapi....... nak swipe kena lebih dari sekian sekian amount. Padahal duit aku kurang 4 hengget je. Namun nak letak balik kasut tu, tidak sama sekali.

4) TERPAKSA ambik lagi 2 pasang. Tapi, tak nak nampak boros dan tamak, ambiklah kasut kasual untuk laling2 sekelian.

Sambil tu kol my laling t anya dia saiz apa, jr saiz apa.

tunggu i datang...

See.... bijak tak strategi.... nanti dia datang.

mana kasut u. tadi beria2 nak beli.

tu.... (sambil tunjuk kat kaunter) tak muat tangan nak pegang.

Dan akhirnya dia bayarkan.....

Aku nak tanya.... pernah tak dapat beli kasut 8 pasang dengan harga RM150???

Try lah kalau dapat.

Ini kesah lawak lagi.....

Aloha....

Ini ada lagi satu kesah lawak. Tapi takde kena mengena dengan orang lain. Ini pasal diri sendiri dan laki sendiri.

La ni, orang sibuk ber WeChat. Lagi satu medium untuk generasi kita bersosial.

Aku pulak, sebut je apa yang takde dalam my fon  pintar. Okay, myberi itam sangat2 limited. Yang ada setakat FB, BBM, Twitter, WhatsApp & WeChat.

MySamseng memang confirm sumer ada. Apa je yang takde.... kecuali BBM. (Please dun ask why!!)

FB, Twitter, WhatsApp, WeChat, Line, Viber, Foursquare, Waze.......

Sumer tu kerja my laling jr. Apa saje dia akan donlod kat situ. Fon dia lagi lah.......

FB aku memang 24hrs online. Aku tak pernah log out pun.

Twitter pun tak pernah log out. Tapi Twitter ni biasanya digunakan untuk berkomunikasi dengan anak2 sedara dan anak sendiri. Kalau sms dorang memang takkan di balas. Kalau tweet je, berdesup reply.

WhatsApp pun memang senantiasa on... ini untuk teman2 yang kedekut kredit.

Bak kata apa yang ada dalam my beri itam, memang senantiasa on. Nak tak nak aku reply je.

(**mana kesah lawaknya????)

Ni nak citer sal WeChat.... Memang jarang2 digunakan tapi ada. Selalunya guna time nak panggil my laling jr kat atas. Dia ala2 walkie talkie.

Tapi ada 1 feature yg mana kita leh tengok orang sekitar kita yang ada WeChat. Tapi kalau guna android ada lebih feature lagi kot, boleh shake lah, moment lah.... My beri itam cuma ada accept / add fren dgn look around sahaja.

Yang aku tak berkenannya bila orang pun boleh suka2 hati send greeting. Hi, hoi, hey, nak kenal, pls accept me..... apa kejadahnya aku nak bertegur sapa dengan orang2 yang aku tak kenal. Orang yang aku kenal pun tak tentu aku nak bertegur.....

see... ni baru pagi je.

Nak nak kalau kat ofis. time tu punya ramai makhluk dari sedekat 100m hingga 2km sumer dia tunjuk. Pas tu mula lah start hei, hi, hoi bagai.... Aku pun tak pasti itu sumer memang dorang2 yang hantar atau auto send by system. Sebab macam tak percaya je ramai no orang nak kenalan dengan aku.

Ini kesah lawaknya....

Aku saje2 citer kat my laling.... Tunjuk dengan rasa bangga gambar2 makhluk yang hantar greeting kat aku tu..

Ada bangla, Arab, Indon, Myammar..... cina, melayu, pakistan....

Last2 ada 1 gambar dia kenal.....

INI BOSS I.......!!!!! dah... tukar gambar profile tuh......

Sampai sekarang aku tak tukar lagi... hihihihihi.....


 
 

















Saturday, May 4, 2013

Kisah lawak

Aloha.....

Aku tamau citer panjang sebab apa yang aku kopipes ni pun dah panjang. Cuma aku rasa lawak pulak dengan apa yang aku dapat ni. Bangga pun ada sebab aku antara yang terpilih....

Alkisahnya.....

-----Original Message------
From: Datin Rosmah Mansor
ReplyTo: Datin Rosmah Mansor
Subject: AGENDA PENTING
Sent: May 2, 2013 21:59

Nama saya adalah Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansor, isteri kepada YB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kini.

Saya menulis warkah ini kerana ada satu agenda penting yang mesti saya laksanakan. Namun saya tidak berupaya melaksanakannya sendiri.

Bagi pengetahuan anda, saya ada mempunyai sejumlah wang yang banyak dimana saya telah menyimpannya dalam satu akaun rahsia di Switzerland. Saya hendak membuat TRANSFER tapi ia kini menjadi terlalu sulit kerana segala perlakuan saya, suami dan famili saya di pantau.Terlalu banyak cerita yang disebarkan dan saya sedar keadaan politik disini tidak lagi menyebelahi saya. Silap langkah saya akan kehilangan segala yang telah saya usahakan selama ini.

Tujuan saya menulis kepada anda kerana saya sangat memerlukan bantuan anda. Memang benar saya tidak mengenali anda tapi anda pasti kenal siapa saya. Hanya cara ini saja yang dapat saya lakukan agar tidak ada mata yang memandang dan telinga yang yang mendengar. Ingat, apa yang akan saya jelaskan disini hanya untuk tatapan anda SEORANG sahaja.


(**nasib baik kat sini dia tak cakap, kalau tunjuk email ni kat orang, anda akan disumpah**)


Jika di hati anda terbit rasa ingin tahu dan mahu melibatkan diri membantu saya, saya dengan besar hati akan berbincang dengan anda dalam warkah seterusnya.

Saya perlukan nama dan nombor peribadi anda untuk memudahkan saya berhubung terus dengan anda. Apa pun yang akan berlaku biarlah setelah saya dapat hubungi anda.

ROSMAH MANSOR 


Lu percaya??!! Aku, sumpah tak........
Agak2 lah kalau nak kelentong.........

Beef lasagna

Aloha....

Tunjuk gambar dulu kasi terliuq.....

Sedang menikmati, nanti story.....

Jemput makan....


Nampak tak cheese nya yg lembik2 tu.....



Menunggu masa untuk di ngap.


Layernya tak berapa nak nampak sebab bekas lebar, daging kurang.... Pas tu ada sikit lembik so layer nya jadi berterabur....

Tapi.... mengiurkan. (**kes perasan)










Thursday, May 2, 2013

Kisah seram

Shhhhhhh........

Ini kisah baru sebentar tadi. Masih meremang segala rerambut....

Hari ni sampai rumah lambat. Siap singgah dinner dulu. 

Seperti biasa, sampai rumah, duduk lepak2 dulu. My laling dah keluar jumpa geng. My laling jr naik atas. Ntah kul berapa aku naik mandi. 

Dah siap sumer, time nak turun...... dah sampai separuh tangga....... aku nampak kelibat orang kat dapur.

Turun lagi 1 step. Cuba fokus pada objek.... konfem bukan my lalings. 

Apalagi.... ca alip but naik atas kunci bilik, cari kayu. Jumpa kayu hoki..... Kol laling. 

Dalam kepala ligat pikir apa nak buat kalau 'orang' itu sampai dulu sebelum laling sampai.... Nak jerit? Nak pukul? Nak bukak sliding door bilik?

Sib baik my hero sampai dengan segeranya.....

Setelah diselidik, di belek..... takde siapa2 pun.

Adakah bayangan aku semata2? Tidak mungkin..... Walaupun gelap, objek jelas kelihatan. Tegak berdiri di hujung dapur. 

Ini bukan kali pertama aku nampak sesuatu. 

Mungkin sebab kurang percaya dengan 'bende2' karut, so memang aku buat donno je.

Nak kata tak pernah jumpa, rasa2 pernah. 

Nak kata tak pernah kena kacau, selalu jugak. Especially kalau balik ofis lambat. Kalau turun sengsorang dari tingkat 13, lif tu sure akan sesuka hati berenti kat mana2 floor. Pas tu lampu padam. Kadang2 dah sampai bawah, lif naik balik....

Setakat kacau2 manja aku tak kisah. Janji jangan tunjuk rupa.

Yang pasal tadi tu, mulanya aku terpikir itu memang orang. Tapi bila difikir secara lojik....... hmmmmmm........

Apa saje 'benda' itu, tolong jangan ganggu aku.....

Sila cari tempat lain. Ini tempat aku.....