Saturday, May 4, 2013

Kisah lawak

Aloha.....

Aku tamau citer panjang sebab apa yang aku kopipes ni pun dah panjang. Cuma aku rasa lawak pulak dengan apa yang aku dapat ni. Bangga pun ada sebab aku antara yang terpilih....

Alkisahnya.....

-----Original Message------
From: Datin Rosmah Mansor
ReplyTo: Datin Rosmah Mansor
Subject: AGENDA PENTING
Sent: May 2, 2013 21:59

Nama saya adalah Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansor, isteri kepada YB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kini.

Saya menulis warkah ini kerana ada satu agenda penting yang mesti saya laksanakan. Namun saya tidak berupaya melaksanakannya sendiri.

Bagi pengetahuan anda, saya ada mempunyai sejumlah wang yang banyak dimana saya telah menyimpannya dalam satu akaun rahsia di Switzerland. Saya hendak membuat TRANSFER tapi ia kini menjadi terlalu sulit kerana segala perlakuan saya, suami dan famili saya di pantau.Terlalu banyak cerita yang disebarkan dan saya sedar keadaan politik disini tidak lagi menyebelahi saya. Silap langkah saya akan kehilangan segala yang telah saya usahakan selama ini.

Tujuan saya menulis kepada anda kerana saya sangat memerlukan bantuan anda. Memang benar saya tidak mengenali anda tapi anda pasti kenal siapa saya. Hanya cara ini saja yang dapat saya lakukan agar tidak ada mata yang memandang dan telinga yang yang mendengar. Ingat, apa yang akan saya jelaskan disini hanya untuk tatapan anda SEORANG sahaja.


(**nasib baik kat sini dia tak cakap, kalau tunjuk email ni kat orang, anda akan disumpah**)


Jika di hati anda terbit rasa ingin tahu dan mahu melibatkan diri membantu saya, saya dengan besar hati akan berbincang dengan anda dalam warkah seterusnya.

Saya perlukan nama dan nombor peribadi anda untuk memudahkan saya berhubung terus dengan anda. Apa pun yang akan berlaku biarlah setelah saya dapat hubungi anda.

ROSMAH MANSOR 


Lu percaya??!! Aku, sumpah tak........
Agak2 lah kalau nak kelentong.........

No comments:

Post a Comment