Thursday, May 16, 2013

Menu baru

Aloha....
 
 
Semalam layan tekak orang puasa.... Aku, tiap2 hari kata nak puasa. Bangun pagi je, haus lah, pedih perut lah.... Entah bila nak insaf tak tau lah.... (Motif??)
 
Sila2 kan menjamu mata...... sebelum aku bercerita

 
Burger penuh kaler-kaler...

 

Tengok cheese tu.....
 
 
Nampak lazat dan enak kan..... Tapi sayang indah khabar dari rupa (bak kata Papa Joe). Atau mungkin nasib aku malam tu kurang baik kot.
 
Cara dia serve, nampak very tempting. Dengan frech fries....
 
Tapi kan, burger dia sejuk.... fries dia lembik..... rasa dia sumer sama walau ambik lain2....
 
Kata my laling.... "Macam burger pasar malam..."
 
Yang sedap hanyalah A&W Rootbeer.....
 
Food lain aku tak pastilah. Mungkin float dia sedap. Mungkin jugak sausage dia marveles. Mungkin banana split dia no 1.
 
 
 
 
Kat mana? Aku pun tak sampai hati nak kasi tau nama tempat. Nanti, elok2 orang nak pegi sana terus terbantut. Kedai baru bukak. Walaupun katanya dah ada few branches, aku tak pasti branch lain pun sama macam ni ke or ok. Jap2 lagi aku kasi tau kat mana yer. Dengar aku citer sampai habis dulu.
 
Cara servis - self service. Pegi kat kaunter, order, bayar, ambik nombor dan duduk sampai no panggil. Aku nasihatkan kat branch sini, kena dengar betul2 nombor tu. Kang sekali dia panggil korang tak dengar, kali kedua dia dah jerit. Kali ketiga dia seakan tengking. Kali keempat dia guna hailer speaker. Serious aku cakap.....
 
Please lah kan... bukannya orang pekak pun. Tapi sometime ambik masa untuk bangun, nak ke depan. Relaks dik...... Lagipun kedai tu bukannya besar sangat pun. Dari korang penuh dok berlonggok depan pintu dapur terjerit2 no orang.... kalau angkat dulang tu & hantar kedepan, pun kira halal lah... Ini penuh kat kaunter lepas orang ni jerit, orang tu jerit. Nak jerit tu bukan nye dia kasi time orang nak bangun. Selang 2 saat je..... Kat bank yang penuh orang pun kasi time nak ulang balik nombor tu hoccay.....
 
Dapat kat laki aku, sekali nombor dipanggil, dia terus jerit.... "I'm coming...." Aku & jr dah rasa nak masuk bawah meja time tu. Hah... ko jerit lagi kalau berani....
 
Okaylah.... cut story short, aku kasi 6/10 bintang. Itupun sebab hiasan..... Tapi takdelah sampai tak nak pergi lagi. Mungkin next time, nasib aku lebih baik.
 
Kalau korang nak try pegilah Saujana Utama, Sg Buloh. Dekat2 dengan Ace Hardware. 
 
Carilah Man Burger Kukus Lava. Selamat mencuba......
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment