Monday, November 29, 2010

Kebebasan yg telah hilang

Aduhai....

Itu pun mau di sekat. Itu pun mau di blocked. Kedekut.....

Tiada lagi kebebasan. Tiada lagi keceriaan. Semuanya telah ditarik balik.

Buat sahabat2 chatting ku..... Aku tidak lagi mampu berchatting dengan kamu. Ini semua gara2 ini kompeni bukan bapak aku punya. Ruangan untuk kita berchatting baik di YM & Gmail chat sudah tidak boleh ditembusi lagi. Begitu juga di FB chat. Tapi aku rasa aku bisa menembusi tembok untuk berchatting di FB... Tunggu ya, aku cuba. Yang lain, aku mintak maaf. Tembok nya begitu kukuh & angkuh sekali.

Dalam pada itu aku masih bernasib baik kerana Gmail, FB & blog masih boleh beroperasi seperti biasa (buat masa ini). Harap2 tidak akan disekat sama.

Note : Walau aku curi2 masa, tapi kerja aku masih tip top di atas penilaian boss aku hoccay.....

Monday, November 22, 2010

Silent Reader

Aloha....

Aku notice semenjak dua menjak ada saja viewer from Bandung Indonesia... Tapi siapa ya?

Mungkin si dia boleh perkenalkan dirinya...

Teringin bangat mau kenal sama kamu....

Note : Kapan lagi aku mau sampai ke sana??!!

Thursday, November 18, 2010

Kisah Barthez

Aloha....

Semalam:-
Barthez digigit makhluk berwarna hitam tompok oren ketika bersiar2 di belakang rumah. Nasib baik tidak menjadi korban di hari raya korban.

Hari ini:-
Barthez di terkurungkan oleh abg nya di dalam rumah gara2 abg terlupa bawak kunci bila nak keluar... Nasib baik McGyver dapat blk kejap. Dan seperti biasa, Barthez tidak menjawap telefon atau panggilan abg dari luar rumah.


Note : Tapi, siapakah Barthez dlm ini cerita??>

Saturday, November 13, 2010

Semuanya terjawap sudah

Aloha....

Ingat lagi post sebelum ni? Ada 2 benda yg aku nantikan....

Yang pertama :- Sungguh sedih bila junior masih tidak ada rezeki utk ber adik.

Yang ke-2 :- Hari yang sama jugak junior dapat result UPSR. Rezeki hanya setakat 4A 1B. Walaupun ada sikit rasa kecewa tapi aku tetap bangga. Tapi usah cerita lah deraian air mata aku bila tgk junior menangis teresak2. Frust beb.... Lama jugak nak pujuk dia.
Bila dah reda je, cikgu2 pulak beramai2 cari dia. Lagi sekali drama air mata. Ye lah, bila cikgu2 pun sama menangis sebab tak sangka dgn result dia. Cikgu2 suggest utk check balik, tapi aku kata tak payah lah. Ini hanya UPSR.
Aku tau, cikgu2 pun frust sebab dia harapan sekolah. Tapi nak buat mcmana. Itu je yang mampu dia buat. Aku nampak ada riak kesal kat cikgu Zimah - cikgu Sains. Dia pun nangis sama. Cikgu, walau air mata darah pun yg keluar dari mata kita, keputusan tetap mcm tu. Anyway, terima kasih cikgu.

2 hari jugak lah kedua2 bende ni bermain dia fikiran aku. Rasa berat, sedih, kesal...

Tapi hari ni agak terubat sikit bila junior di anugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki & Pelajar Cemerlang 2010 SAR Al-Ahmadiah. Anugerah pelajar cemerlang di terima bedasarkan keputusan PSRA yg diumumkan semalam. Bagi tokoh pelajar pula bedasarkan pencapaian akedemik dari thn 1 - 6. Oh ya, junior jgk dapat anugerah pengawas. Alhamdullah...



Anugerah Tokoh Lelaki 2010



Anugerah Cemerlang PSRA 2010



Anugerah Pengawas 2010


Banyak jugak hadiah, trophy & sijil yang diterima termasuk cash. Tapi sayang, ayah dia ada kelas pulak hari ni (exam), so tak dpt pergi majlis penyampaian tu.


Note : Sejuk perut aku....

Thursday, November 11, 2010

Sesuatu yang dinantikan....

Aloha....

Actually bukan satu bende. Tapi 2 bende. Tapi yang satu tu awal pagi lagi dah mengecewakan....

Lagi satu ni, kena tunggu........ Tersangat2lah mengharapkan yang terbaik.

Note : Ada butterfly dlm perut ku......

Sunday, November 7, 2010

Birthday boy

Aloha....

Semalam, Nov 6, 2010 birthday darling... Happy birthday darling (walaupun dia tak tau kewujudan blog ini).

Cara sambutan ini tahun berbeza sedikit dgn thn lepas... Ye lah... Kena lah raikan org yg semakin tua. Hadiah? Tugas itu aku serahkan pada Danny Batista. Dia aku tugaskan utk belikan hadiah idaman darling... Tak lain dan tak bukan, his fav team's jersey. Dan tugasan itu telah dilaksanakan dgn jayanya oleh dia walaupun secara last minute.



Nov 5, 2010.

Petang, darling bawak kami dinner di Bagan Lallang. Bukan kami je. Ramai yg pergi. Adik beradik aku, anak2 sedara aku, adik beradik dia, mak & abah dia. Ramaikan. 17 orang semuanya. Ini kali ke 2 aku pergi dlm masa 2 minggu. Hari tu celebrate birthday jugak. But this time, darling lak yg sponsor... Memang superb. Sampai tak ingat lagi nak snap gambar food. But this time kami pergi org tersangatlah ramainya. Last time takde orang. Maybe dulu pegi time tengah bulan, la ni awal bulan... Ada bezanya tu.

Menu yg kami ambil seperti :-
Ikan Kerapu 2 ekor - 3 rasa & sweet sour
Ikan Siakap 2 ekor - 3 rasa & sweet sour
Ketam 5 ekor - Masak cili
Pepahat (lebih kurang 1 kg) - Masak cili
Sotong 1 kg - Goreng Tepung
Tomyam campur - sorang mkn X 4 hidang
Sayur 2 kailan ikan masin + 2 kangkung belacan
Telur dadar 2 org X 4 hidang
Air - 2 jug fresh orange + 2 jug teh o panas

Dapat free(?) air suam sorang 1 & kerepek ubi setiap meja.

Total semua yg darling kena bayar :- RM388.00. For me ok lah utk seramai & sebanyak tu... Like i said b4, selalu kitorang gi mkn ramai2 kat kedai tomyam sekitar kl pun dah cecah RM300 jgk. Tapi lauk tak sebanyak di atas lah.... dan yang penting, lauk2 diatas semuanya licin. Mcm piranha 17 org ini mkn....

Menu & harga diatas hanyalah untuk rujukan sesiapa yg sedang survey tempat seperti mana aku selalu buat. Bukan utk menunjuk2. Kan senang kalau kita survey sesuatu tempat/benda, dpt lak info dgn details mcm aku dpt dr blogger2 lain. Lagi byk info kita dpt, lagi byk kita boleh compare & senang nak buat pilihan... Tak gitu labu...??


Oh ya... sambil2 menunggu order sampai, boleh lah ber wifi. Wifi free. Tapi, kan lebih baik ambik masa tu berborak, menikmati permandangan laut di kala senja.. Dorang nye service pun tip top. Tak payah tunggu lama2. Walaupun ramai, tapi sekejap je dah dpt. Serius..... (But tak tau lah klu nxt time pegi mcm hampeh pulak... Tiada dlm jaminan hokay...)








Nov 6, 2010.

Tengahari - petang.
Hari ni acara utk family kami je. 3 of us jln2, mkn2 beli2.... Acara ni ibarat terbalik pulak. Birthday boy plak yg melayan kehendak & tekak kami. Apa nak, mintak aje.....

Malam.
Acara mlm pulak, berfoya2 bersama adik-beradik dia. Mula2 pergi bowling. Ntah apa nasib aku malang sikit hari ni. Tangan terseliuh lah pulak akibat nak try bola yg tak termampu aku angkat. Tapi pelik jugak, mcmana darling jr boleh guna bola yg lebih berat?




Selepas tu, apa lagi... pegi melalak ler. Dan kat sini, darling jr. sudah kantoi. Ooooo... pergi sekolah pakai songkok. Jadi imam, tukang doa setiap kali perhimpunan.
Tapi masa kat bilik melalak tu, dia cam biasa je... Aspalela lah, sixth sense lah... Siap ckp kat Aunty Su dia, karaoke kat SM x best. Lagu x byk.... Rupa2nya pernah pegi sana dgn kengkawan. Amboi2.. Pada mulanya dia tak perasan dia dah pecah lobang. Kitorang dgr je cerita sampai habis. Tapi aku tak marah. Mana tumpahnya kuah klu tak ke nasik. Tapi jgn selalu sgtlah.





Habis melalak jam 12tgh mlm. Mula nak sambung aktiviti hingga ke pagi tapi adik darling & hubby nak kena balik pagi2 esoknya. Balik utk celebrate birthday abang dia, then kena balik semula. Lagipun, ada budak belum ada ic lagi dgn kitorang, so, limited lah tempat nak berfoya2.

Nov 7, 2010.

Hari ni acara melepak di rumah. Di saat ini, itu 2 beranak sudah terbungkang depan tv. Ibarat beruang lagaknya. Dgn cuaca yg lembab, gerimis. Memang sesuai utk bermalas2an. Shhhh... sorang sudah mengeluarkan bunyi2an. Berdengkur baek punya.......

Now, my turn lak nak ambik port. Bye2 all......

Note : Esok sudah kerja??!! TIDAK!!!!!!!!!!!