Saturday, November 13, 2010

Semuanya terjawap sudah

Aloha....

Ingat lagi post sebelum ni? Ada 2 benda yg aku nantikan....

Yang pertama :- Sungguh sedih bila junior masih tidak ada rezeki utk ber adik.

Yang ke-2 :- Hari yang sama jugak junior dapat result UPSR. Rezeki hanya setakat 4A 1B. Walaupun ada sikit rasa kecewa tapi aku tetap bangga. Tapi usah cerita lah deraian air mata aku bila tgk junior menangis teresak2. Frust beb.... Lama jugak nak pujuk dia.
Bila dah reda je, cikgu2 pulak beramai2 cari dia. Lagi sekali drama air mata. Ye lah, bila cikgu2 pun sama menangis sebab tak sangka dgn result dia. Cikgu2 suggest utk check balik, tapi aku kata tak payah lah. Ini hanya UPSR.
Aku tau, cikgu2 pun frust sebab dia harapan sekolah. Tapi nak buat mcmana. Itu je yang mampu dia buat. Aku nampak ada riak kesal kat cikgu Zimah - cikgu Sains. Dia pun nangis sama. Cikgu, walau air mata darah pun yg keluar dari mata kita, keputusan tetap mcm tu. Anyway, terima kasih cikgu.

2 hari jugak lah kedua2 bende ni bermain dia fikiran aku. Rasa berat, sedih, kesal...

Tapi hari ni agak terubat sikit bila junior di anugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki & Pelajar Cemerlang 2010 SAR Al-Ahmadiah. Anugerah pelajar cemerlang di terima bedasarkan keputusan PSRA yg diumumkan semalam. Bagi tokoh pelajar pula bedasarkan pencapaian akedemik dari thn 1 - 6. Oh ya, junior jgk dapat anugerah pengawas. Alhamdullah...



Anugerah Tokoh Lelaki 2010



Anugerah Cemerlang PSRA 2010



Anugerah Pengawas 2010


Banyak jugak hadiah, trophy & sijil yang diterima termasuk cash. Tapi sayang, ayah dia ada kelas pulak hari ni (exam), so tak dpt pergi majlis penyampaian tu.


Note : Sejuk perut aku....

No comments:

Post a Comment