Saturday, June 11, 2016

Safety first

Aloha....

Selamat berpuasa...

Nak singgah kejap je ni.

Tadi, sementara tunggu subuh, scroll2 wall fb... Jumpa iklan ni.



Jangan tanya rege sebab aku bukan nye nak promote mende alah ni. 

Orang kite ni kan memang kreatif sangat nak cari bala. 

Yang tukang jual tak yah cakaplah sebab depa memang tak peduli pun pasal bahaya ke tak, janji masyukkkk.... 

Mak pak yang beli ni, tak pikiaq ke? Lagi2 yg terpikir nak beli sebab nak balik kampung. Nak anak selesa tido bergolek2 kat seat belakang.

Korang..... bende ni bahaya. Tak duduk kan budak especially baby dalam carseat pun dah bahaya, apatah lagi nak suruh dorang bergolek2 atas tu.

Even riba baby dalam moving car pun boleh ada risiko... No need to mention lah apa akan jadi sekiranya accident... So scary. Dah banyak yang kena.

Well.... aku pun takdelah tahap displin sangat pun bab2 safety dlm kereta ni. Lagi2 mylaling princess dah start melasak. Kejap je pun nak duk carseat nak2 kalau abam dia ada sekali. 

Aku pun kadang2 riba jugak dak kecik tu, tapi nak kasi duk atas tilam tu.... Sorry!!!! Kalau jalan jauh, carseat mesti ada. Sebab hakak tak mampu weh nak pangku budak 10kg tu kalau dia tido. Tido je, letak dalam carseat. Siyes, baby akan lagi lena dalam tu. Kalau aku berdua je dengan mlp, memang aku ikat dia dalam tu. Ada masa dia teriak jugak nak turun, tapi NO WAY!! Tak buat cam tu kang sat lagi kedepan kebelakang, panjat seat, tekan segala butang yang ada. Tak leh tahan kalau..... "ma.... nak nenen...". 

Pelikkan kalau tengok anak omputih, molek je duk senyap2 dalam carseat. Kalau yang besar sikit, pakai seatbelt. 

Sebab derang tu dah di ajar dari kecik. Derang WAJIB buat macam tu.

Tempat kita, hot2 chicken shit je... Tengoklah pasal wajib pasang seatbelt seat belakang. Kejap je implement nye... 

Nak kasi selamat pun ramai yang kondem.

Yes, carseat mahal... Tak semua mampu. 
Yes, kereta kecik, anak 4 orang, mak mertua lagi nak bawak. No space for carseat.

Fine.... bab ni aku tak kata apa2. Aku paham. Aku pun pakai kancil je dulu.

Tapi, boleh tak kalau nak riba baby, sila duduk belakang. 

Ada kawan pernah ngadu, laki dia tak kasi duk belakang, sebab nanti orang ingat dia driver... Jatuh terjelepok ego derang. 

Ko pikir ada orang kaya pakai drebar bawak myvi?? Tu grabcar bongok!!!! Bongok bongok!!!!!

Dan lagi satu, tolong biasakan anak yang besar sikit untuk pakai seatbelt. Bukan anak je, kite2 pun silalah pakai... 

Aku pun kadang2 tak pakai... hihihihi....

Tapi my laling jr memang pakai seatbelt kalau duk belakang. Dari kecik sampai sekarang. Sebab mak pak dia memang trained dia macam tu. So aku sekarang ni dah termalu sendiri kalau tak pakai. Adik pun dah terikut2 apa abam buat. Dah satu keje pulak time dia pakai seatbelt, aku kena pegang tali tang dada/badan tu sebab ngam2 kena muka dia. 

Itu lah alkisahnya aku meroyan pagi2 ni.

SAY NO TO 'TILAM ANGIN YANG LETAK KAT SEAT BELAKANG KERETA'!!!! (tak tau nama dia).

Adios....