Monday, November 16, 2015

Birthday

Aloha....

Bulan ni ramai yang celebrate birthday.  Family aku je 6 orang.

Seperti biasa, nak celebrate, buat sekali.

Kali ni beramai2 serbu ke Latest Recipi di Le Meridien Hotel. Disebabkan kami ramai, dan dah boleh agak akan havoc nanti, so siap ambik bilik. Boleh muat 16 orang (2 meja). Tapi buffetnya still ambik kat luar lah.... Kira privacy jugak lah. Budak2 pun boleh lepas, tak jadi hal. Dorang nak berlari ke, nak berguling ke..... 3 orang je pun budak kecik nye termasuk my laling princess.

Mak pak boleh bergossip2an. Mak aku pun ada, makan punya pasal sanggup ambik dia.

Makan kat situ...... bolehlah... Banyak jugak menu yang merapu2 yang mesti cuba. Tapi bila dah berkumpul tu, bukannya makan sangat pun. Yang syoknya, main order je kat anak2 sedara suruh depa gi ambik.

Aku pun takde lah snap gambar2 food tu. Banyak sangat. Malay food, western, cina, mamak, jepun.... tah tak tau lah apa lagi. Nak ambik pun tak tau cara nak makan. Tapi nasib baik ada yang tukang senduk kan so dorang suggest lah nak makan macamana... Hihihihi....

Aku pun banyak ambik lauk2 je... seafood lah apa lagi. Udang, ketam, lobster, kepah & tah apa lagi.... Dessert dia sedap.

Haa... ada 1 kejadian. My laling princess. Dia tu kan jenis suap apa saje. Semua dia ngap. Macam abang dia.

Semalam aku banyak suapkan dia ikan, Macam2 jenis ikan. Steam, grill, goreng... Dia suka salmon. Dah banyak makan ikan tu aku kasi dia tempura. Mula ingat sotong rupanya bawang. Pas tu kasi lagi satu, abang aku kata tempura tomato sebab tengok merah. Lama dia makan tu tiba2 dia macam merengek pandang muka aku.... Tak nangis. Rupa2nya yang dia makan tu tempura capsicum.. Agaknya terasa lah pedas2 sikit. Nasib baik bukan cili... Apa punya mak lah main kasi je anak tu tak check dulu.


Kat tangan dia tu lah capsicum tu. Time ni dia dah start merengek manja dah tapi aku tak perasan.

Oh ya... Mangkuk hijau tu memang bawak untuk dia. Set dengan sudu garfu. Kalau pegi makan kat mana2 wajib  bawak tu. Tu yang boleh buat dia makan dengan behave nya.

 
Kalau sesiapa rasa nak cuba, sila2.... puas hati lah makan situ.
 
Cuma untuk aku macam tak berbaloi sangat sebab tak sempat try semua.... Dok borak je sambil2 kutuk mengutuk.
 
Yang penting dapat spend time dengan family. Priceless........



 






Saturday, November 14, 2015

Buku merah

Aloha.....

Lama tak menghapdet. Feeling2 kecut perut anak exam uols....

Sebenarnya malas....

Ok... Semalam gi buat passport dak kecik tu. Hishhh... Kecik2 dah ada passport.

Tah tetibe lak macam nak standby passport je anak beranak. Ngeh ngeh ngeh...

Aku & my laling pun kena buat jugak sebab dah expired awal tahun ni.

Bila mikir nak buat passport, tu yang paling lemah. Sebab dah 2-3 kali buat mau 4-5jam berkampung kat imigresen tu. Tu kena datang subuh2 tau baru leh dapat nombor. Maknanya, datang subuh sebab nak q ambik nombor je.

My laling ajak cuti, balik kampung buat kat sana sebab tahun lepas buat untuk my laling jr kat sana, tak ramai. 

Tapi semalam tanya2 kawan, dorang kata buat kat UTC Keramat. Ekceli aku tanya UTC Sentul kat mana, kawan aku cakap buat apa pegi situ ramai manusia. Pegi je Keramat tu. 

Tak tau pulak aku ada UTC kat Keramat tu sebab bila aku tengok list UTC, takde pulak dalam list. Mungkin aku tengok list 2014 kot sebab dia baru bukak tahun ni.

Bila tanya 2-3 orang yang pernah pegi situ macam ok je, dan2 malam tu nak pegi jugak. 

Balik keje, lepas Maghrib je terus keluar. Bajet2 nak sampai kul 8 sebab kul 7 dia break, 8 bukak balik. 


Tapi nak siap satu hal, berenti isi minyak, fotostat segala document (dah suruh buat kat ofis tapi dia tak bawak wallet rupanya), singgah withdraw duit... last2 sampai sana kul 8.20pm. Tu termasuk sekali pusing2 tak jumpa jalan masuk. 

Nak sedapkan hati sebab rasa macam orang imigresen tu akan cakap nombor dah habis atau tak sempat buat, cakaplah sesama sendiri, takpelah... ni kira survey tempat je dulu. Esok2 kita pegi lagi. 

Sampai sana memang kedai2 semua dah tutup lah. Macam tak percaya ada ofis     kat sini. 

Naik tingkat 1 (Keramat Mall), pun malap je. Ada lah brader jual selipar. Jalan sikit nampak lah few ofis (kerajaan) yang terang menderang. Tapi semua kosong. Yang ramai kat imigresen je.


Masa ml tercangak2 nak tekan no yang mana, datang pegawai tu tanya. Dah kasi  document & passport lama, dia kasi nombor. Yeayyy... Dapat nombor.  Memang rasa happy & lega sebab dapat nombor.

Dia tanya sape yang nak bawak baby? Aku or ml. Aku lah.... Aku bajet2 dapatlah  special lane untuk baby. Sebab bila aku survey ramai kata yang bawak baby, org peknen, warga emas & oku ada special treatment.

Memang dari dulu aku berangan nak dapat masuk lane khas. Konon2 kalau masa mengundi, aku peknen, mesti dorang kasi potong q siap tolak wheelchair.  Atau masa kat airport, ada hensem steward tolong tolak wheelchair aku ke.... Hahaha... Mak aku macam tu lah. Steward tolak sampai depan pintu. Itu MAS lah. Kalau AA aku rasa...... ko tolaklah mak ko sendiri.

Over dah melalutnya ni....

Sambung balik part dapat nombor tadi.


Tu nombor aku. Lagi 2 nombor je. Siap tayang kat ml lagi 2 orang. 

Konon2 ingat dapat nombor khas, rupa2nya nombor ml naik dulu. Tak sempat cecah montot kat kerusi. 

Laaaa.... Nombor dia 1172, aku 1173, mylaling princess 1174. 

Process kat kaunter sekejap je. Tak sampai 5 minit kot. Sebab kat situ jugak ambik gambar. 


Tiap kaunter ada kamera sendiri. Kamera tu dia boleh adjust kasi turun naik. Kalau pendek sangat, dia rendahkan. So budak tak payah pegang dah. Tapi kalau baby tak boleh duduk, aku tak sure macamana. Parents kena pegang sambil tunduk kat bawah kot. 

Tapi ingat, pakai baju gelap. Kalau pakai tudung pun kena gelap.

Tak yah dah nak bawak gambar macam dulu. Siap pegawai tu boleh suruh pilih2 gambar yang mana, ok ke tak. Snap sampai 2-3 kali. Eh eh... dia yang tanya ok ke tak, bukannya aku nak nyusahkan dia pun. Aku nye sekali snap dah ok, tapi ml & mlp sampai lebih 3 kali. pegawai tu yang kata ni macam tak ok, snap lagi... Pas tu pilih yang mana. Now gambar black & white.

Masa nak datang tu aku terpikir jugak, macamana nanti time mlp nak ambik gambar. Sampai ke? Aku kena pegang ke? Mood dia ok ke tak? Mood tu aku tak risau sebab jalan punya pasal, ngantuk pun dia tahan. Memang tu time tidur dia. Yang aku risau rambut dia. Almaklumlah... pompuan kan ada 'bad hair day'. Dari dalam kereta aku dok sikat rambut dia kasi tak kembang mambang.

Mlp suruh ambik gambar, dia ok. Tapi kena buat wayang lah kat depan kamera tu supaya dia tengok lens tu. Mula dia pandang, senyum cantik dah... Bila snap je dia pandang tang lain. Pas tu dia tak senyum, tapi bila habis snap je dia senyum. Orang2 yang tunggu depan tu dah gelak2 tengok peel dia & mak pak dia terkinja2 suruh anak tengok depan. Last2 dapat lah.... 


Haaaa..... Booolat sungguh. Rambut selit macamana kat telinga, tetap lentik keluar.  Jadi lah dik... 2 tahun lagi tukar gambar baru. Time tu ambik gambar bw, bawak gi Jalan Duta. Kat situ je boleh tukar gambar. Baby memang kena tukar lepas 2 tahun. Nak2 kalau nak travel guna passport. Muka dorang kan berubah bila besar sikit.

Keseluruhan process buat tu tak sampai pun sejam. By 9.20pm dah collect passport & balik.

Kali ni memang dah kena buat 5 tahun. Dah takde pilih2 2 tahun or 5 tahun. Bayaran pun dah reduce. 

Harap2 passport yang ni banyak sikit lah chop nya. Yang sebelum ni 1 je chop. Itu pun masa pegi Umrah. Pas tu tak ke mana dah. Tambah pulak mlj nak PMR, pas tu aku peknen, pas tu dapat baby. Memang tak jalan mana. 

Atleast mlj banyak jugak chop sebab berjalan aje dia ikut aunty & uncle dia. Ml pun ada lah jugak 2-3 chop. Kalau dulu2 memang halal... chop banyak dalam tu.

Ni hah.... passport mlj tak setel lagi ni. Tah mana dia letak. Bila tanya, kata kat aku. Apa2 hal nak report or buat baru kena tunggu dia balik dulu.

So sekarang.... anytime je boleh pack barang & fly.... Yeaahaaaa.....