Sunday, June 30, 2013

Kidswear

Aloha....

Update laju2....

Hari tu ada ambik stok baju budak.... kiut miut sangat. Ofkoslah gugurl punya je. Stok boboy akan datang sebab permintaan dari gugurl2 lagi tinggi. 

Hari tu masa stok sampai, tak sempat nak update. Sekarang yang tinggal hanya ini sahaja....


 
Available:-
 Blouse size 3 & 5yrs (1 each)
Legging size 3, 5 & 7
 

 
Available :-
Blouse size 2
Legging size 2 & 3






Wednesday, June 26, 2013

Konspirasi

Aloha....

Kebiasaannya, setiap tahun, pada hari ini...... pasti akan wujudnya konspirasi. Selalunya konpirasi ni bermula seminggu or dua minggu awal. Mula2 memang siyes aku tak perasan. Tapi setelah bertahun2, aku dapat agak. Tapi biasalah.... buat2 tak paham je lah.

Cuma tahun ni, jalan cerita lain sikit. Dan sikit pun aku takleh saspek apa2. 

Orang2 yang terlibat pun bukan orang yang sama.

Kali ini dia sudah tukar plan. Selalunya orang2 yang terlibat adalah staff or kawan2 dia tapi kali ni dia guna budak2 sekolah pulak. Sungguh licik.....

Ok.... ini mesti bajet last minit punye. Sebab tu aku tak perasan. Kalau tak, sumer plan dia dalam tangan.

Tahun2 lepas, kalau tak staff dia tolong order kan bunga, mesti ada yang try korek2 apa yang aku nak. Tak pun ada spy yang sekodeng wishlist aku kat blog or fesbuk. Tapi this year senyap sunyi dorang.... 

Rupa2 nya..... tadi siang....

Laling jr : ibu, what u want for ur birthday? Farisha want to buy u something?

Apasal budak tu termasuk dalam ini wayang?! Farisha ni kawan si junior. Very close friend. Aku panggil budak genius coz dia top student & assistant si junior. 

Aku : Eh... cakap kat dia nak henfon...

Laling jr : Siyes ni....

Aku : No need arrr. Tak sampai hati ibu nak habiskan duit budak kecik.

Laling jr : U want henbeg or purse?

Aku : I dun want anything.... (so klise...)

Laling jr : so.... she just buy u anything k. Bye....

Aku... like...hah??!

Dan balik tu aku dapat hadiah. Bila bukak, dah tau bukan budak tu kasi.

Rupa2nya itu adalah konspirasi dia 2 beranak. Dan antara yang terlibat adalah....

Pengarah : My laling

Hero & heroin : my laling jr & Farisha

Pelakon tambahan : kawan2 kelas junior.

Pelakon undangan : mak Farisha merangkap penasihat.

Tengok.... berapa ramai yang terlibat. Sampaikan mak anak orang lain pun terlibat sebagai penasihat. Dia terlibat dalam pemilihan hadiah kali ini. Yang lain tu sebagai peneman. Anyway aku suka hadiah tu sebab itu antara barang yang aku nak.

Dan malamnya pulak dinner anak beranak di tempat pilihan aku. Ekceli itu pilihan kedua. Pilihan pertama adalah sangat jauh, tak boleh pergi hari bekerja.

Tak tau apa silapnya, balik rumah aku muntah..... muntah.... dan muntah. Terus jadi lembik.

Sekian....

Jerebu

 
Aloha....
 
Ini ada pesanan untuk pemilik2 kucing sekelian:-
 

 
 
Ingat jerebu ni boleh memudaratkan kita je? Makhluk2 lain juga terdedah kepada bahaya jerebu ni. So, ambil lah langkah2 yang sepatutnya. Senang cerita, buat macam aku, tak payah kasi keluar dorang2 ni. Ekceli hari tu kasi Tesha & trio keluar, tapi dorang pun tau tak nak. Dia keluar then kejap tu masuk balik. Dengan mata berair2, lepas tu mula melepek.
 
Dah.... lepas tu terus masuk bilik pasang kipas. Tak keluar2.....
 

 
Today Tzack, Trex & Tkay punye birthday. Dua tahun lepas si Tesha telah menghadiahkan si 3 ekor ni kat aku.
 
Balik2 keje je.....
 
"Ibu.... kita takde hadiah nak kasi kat ibu. So kite beranakkan 3 ekor ni, ini lah hadiah untuk ibu. Terima lah seadanya...."
 
Takde hadiah lain ke nak kasi........................................................&#&*#@(*&%
 

 
 
 

 


Tuesday, June 25, 2013

me & luv.... june 26.

Aloha.....





Happy birthday Tzack, Trex, Tkay & me.... ahaks.
 
 
 



Tuesday, June 18, 2013

Sambungan jom jalan-jalan

Aloha....
Sambung balik cerita jalang2 cari makang jalan2 cari makan.
Tak sah ok kalau nak cerita pasal jalan2 makan2 kat sana tanpa ada gambar sotong goreng tepung ni. See... dah terliur dah ni. Dari hari tu aku dok tanya resepi takde respong pung....



2 malam berturut2 dinner menu yang sama, tempat yang sama.....



Ini telur penyu. Maaf, tekak aku tak boleh terima. Mungkin kesian kan penyu dan macam dah boleh agak rasa nya macamana. Ini memang purposely kopek sebab laling jr nak tengok isi dalam.



Senyum kak jangan tak senyum. Satu Malaya mau tengok akak punya pose...



Antara keropok kering. Tak sah lah kan pegi sana tanpa beli keropok. Kat bawah ni gerai2 keropok yang sempat di abadikan disini. Siap kasi alamat kat situ. Mintak tolong cik GPS kalau tak reti cari.







Ni baru tengok orang sikit ni. Masa aku pegi hari tu, jalan kat situ jem. Mana taknya, sepanjang jalan tu kedai keropok, so memang orang dok berenti lah.... Bayangkan bila 10 buah bas rombongan berenti, berapa orang yang turun....

Untuk sampai ke tempat / perkampungan keropok ni, tak susah aku rasa. Kat sana memang ada banyak signboard tunjuk arah untuk ke tempat2 yang telah disenaraikan sebagai tempat wajib pergi. Salah satunya Kampung Losong. Memang ada signboard tulis 'Keropok Lekor'.
Dulu, aku ingat keropok losong tu keropok lekor yang dalam dia kosong. Bila makan dalam tu ada rongga. Keropok pasar malam tu tak guna nama Losong ni sebab tu isi padat2... (yang aku pikir lah...) Aku pernah nampak kat Giant guna nama losong & bila aku beli, memang kosong je kat dalam tu. So selama beberapa tahun aku memang ingat keropok losong tu keropok kosong.
Rupa2nya, Losong tu nama kampung keropok tu......................................................................... (hantuk dahi kat meja 18 kali). Mintak ampunn........
  
Sekian dulu untuk kali ini.
Keropok dah habis. So jangan mintak2.








Jom jalan-jalan....


Aloha....

Hari tu jalan2 kat sini. Jom ai bawak uols jalan2 pulak. Oleh kerana uols boleh tengok free, so ai tak letak semua. Nak tengok lebih banyak, silalah berkunjung ke Taman Tamadun Islam di Terengganu.

Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu, 21000, Kuala Terengganu, 21000 Terengganu. 
09-627 8888





Pintu masuk ke Taman Monumen


Dalam taman ni, anda boleh melawat replika2 masjid yang ada dengan berjalan kaki, menaiki basikal atau naik tren. Untuk menaiki kenderaan2 diatas, anda perlu sewa ya. Ofkos, kaki sendiri adalah free. So eloklah jalan kaki sahaja.



















 Yang ni aku lupa apa tajuk dia... Nanti kena check balik.

Masjid Biru


Tapi sayang... ini jadinya. Bayar 20 hengget untuk tengok ini??!! Kamon lah weii.... Ekceli, ada lagi few yang berkeadaan macam ni. Sedih kan....



Ini replika kincir air

 Bukan senang nak ambik gambar anak bujang sorang ni....


Oh ya, masa beli tiket masuk tu anda akan diberi passport. Dalam tu ada details pasal replika2 yang ada disini. Diakhir penjelajahan anda dalam taman ni, sebelum keluar dorang akan chop passport anda. Bermakna, lengkap lah sudah lawatan anda ke Taman Monumen.



Masjid Kristal

Masjid Kristal berada dalam kawasan Taman Tamadun Islam tapi luar dari Taman Monumen.


Masjid Tengku Tengah Zaharah,
Teluk Ibai, Kuala Terengganu


Okay... Cukup untuk hari ini dulu. Cerita lain akan menyusul kemudian nanti....












Tuesday, June 11, 2013

Mee goreng air oren

Aloha...

Tajuk kampungan sungguh....

Dah 2-3 bulan ni my laling & the gang telah menambahkan aktiviti dorang. Dulu acara dipenuhi dgn acara melepak main carrom. Thank God.... brader rumah yg dorang selalu lepak tu sekarang ni selalu outstation, so..... sendirik mau ingat lah kan. Carik port lain....

Ni schedule dorang sepanjang minggu :-

Isnin - Rabu : mengaji
Alhamdulillah...... insaf akhirnya. Bila2 tengok dorang berkain pelikat  berkopiah... suci je wajah masing2.

Khamis : Tetap melepak kadang2 tapi balik cepat.

Jumaat : 10 - 12pm main badminton.
               12 - 2 am lepak Maju Ahmad

Sabtu & Ahad : Acara bebas bersama keluarga.
                          Malam - lepak lagi.

Ni nak cerita sal depa mengaji. Port mengaji, ikut suka sape yang jemput. Kalau takde sape bukak mulut jemput ke rumah, selalunya rumah kitorang lah yang my laling offer. Sekurang2nya dapat halau setan2 (kalau ada) dalam rumah tu.

Orang dah datang, takkan tak menghidang. Ye tak?? Walaupun dorang dah pesan, tak perlu buat apa2 tapi adat orang melayu hidup berjiran, sekurang2nya air mesti ada.

So far, setiap kali dorang datang rumah aku, rezeki sentiasa ada. Paling kokak pun aku buat cekodok & keropok.

Semalam aku buat mee goreng. Ni konsep berani mati ni nak hidang mee goreng kat orang. Bajet2 reti je masak....

Lepas Maghrib dah start masak. Dorang datang jemaah Isyak pas tu baru mengaji. 

Aku masak rencah mee tu je dulu. Dah lepas Isyak baru masuk mee.

Semalam ramai lah pulak. Time Isyak tak ramai, pas tu sorang2 datang. Dari nak buat mee sepeket, tambah lagi 1 peket.

Oleh kerana rencah yang mula2 masak tu bajet untuk 1 peket, so kena tambah sikit lagi. Konon2 nak buat mee goreng basah, so kena lah tambah air lagi kan....

Tang ni lah insiden yang tak patut berlaku telah terjadi.....

WHY???!!! Why today???? Huhuhuhuhu......

Instead nak tambah air masak dalam kuali.... aku tercurah AIR OREN....

Maaaakkkkkkkk............

Ni semua my laling jr lah ni. Dia tukang buat air oren. Pas tu dia letak jag air oren kat sebelah dapur. Air masak dia bawak ke depan. Aku main sauk je tak pandang2.

Agak2 suku gelas jugak lah dah masuk kuali.

Dah termanis pulak my mee goreng. Kena lah aku ketuk2 cili padi kasi campak dalam kuali. Mana tau kot2 dapat tutup rasa oren tu.

Syabas.... berjaya jugak.

Yang penting mee aku licin dorang bedal. Kalau aku sempat snap gambar mee goreng aku tu, korang mesti terliur. Ahaks.....

Semalam masak cepat2 sebab nak duduk atas. Ada strategi......



I can wait...

Aloha.....

Hari ni belek paper semalam. Semalam belek paper hari dulu semalam....

 
Really??!!!
 
Walaupun my pojaan hatiku is not in the list.... but, nevermind... i can wait.
 

 

 
 


Saturday, June 8, 2013

H.A.D.I.A.H

Aloha.....

Ramai bebenor birthday bulan ni.

Saje je intro.....

Ini hadiah untuk budak kuala tu. 


Kalau ada saiz aku, moh jgk sambar selai dua.

Apakata masukkan sekali dalam my wishlist. Pasti gempak....

Ok sebelum beredar, mau buat check list sat. Bukan apa, tahun ni tamau bikin my laling pening kapla. So, kite sediakan list panjang2...Pilih je mana nak kasi. Satu pun cukup tapi nak kasi dua tiga pun apa salahnya. Semua benda2 dalam list ni ada sebab musabab nya. Bukan sesaje suka2 nak mintak hoccay...

Birthday present yang patut aku dapat dia kasi :-


1) henpong - bekberi jgk - hari tu mengadu domba dgn dia sal bateri fon slalu kong. Igtkan paham.... Paham lah sangat. Dia belikan bateri baru....

2) Anklet - ganti yg putus tak jumpa2 tu...

3) holiday trip to Bandung - ini dah janji lama. 

4) nikon lens - ini untuk kegunaan bersama. 

5)jeans - jeans lama terlalu longgar dan terlalu ketat. Yg ok, dah nak rabak kat peha. I ok je pakai yg koyak2. (ini baru masuk list).

6) henbeg - boleh?

last but not least

7) CRV - errrr....... ini dah target 2 tahun lepas. Akan tetap dlm list takleh delete2 sampai dapat.

See.... banyak pilihan kan? Senang nak pilih.

Good nite.