Monday, December 22, 2014

PM PM.... KEPALA HOTAK DIA LAH!!!!!!!

Debushhh!!!!!!!

Aku tumbok muka ko nati....!!!!

Cik Kiah tengah geram nih....!!!

Apa tak nya... Cik Kiah ni kan suka menyopink. Ada je yang berkenan dek mata kalau nampak barang yang comei comei. Nak2 sopink online.... Huisshhh... tak menahan nafsu ni.

share pic google


Tapi........ yang tak berkenannya bila bangsa tak reti nak letak rege.

Pic cilok dr google

"PM for price" "PM for serious buyer only"

Ok, ni boleh tolerate lagilah....

Tapi kalau dah 2 kali PM, 3 hari tak reply2....PEJADAHNYA!!!!!!!!!! Pas tu boleh upkan lagi comment "For serious buyer only"..

Buyer dah serious, masalahnya seller tu yang tak serious nak jual barang dia. Memang dasar berbakul2 nak kena sumpah.

Bende2 ni selalunya kat fesbuk lah. Bila kite dah PM & wait for the reply, mesti ada orang lain yg comment lepas kita tu. Tak ke semak bila ada notification masuk melambak2...

Bila orang dah start bising2 kat comment tu, barulah seller nak jawab....  "I takleh PM dear, pls PM me  first...." Pas tu org pun PM dia directly... Pun tak dapat. Pas tu "I tak dapat dear, u kena add me first".... VONGOK lah!!!!! Kadang2 nak add pun tak boleh. Bangsa ni, click je button report tu. Biaq pi kena block.

Apa salahnya letak terus rege kat situ.... Or seller ni main pilih bulu ke nak kasi rege.

Ooooo.... nampak macam orang ada2 je, kasi up skit rege tu. Yang profile pic nampak cekai je, tak yah reply.... HOTAK DIA LAH!!!!!!!!

LAZADA & ZALORA selamba batak je letak rege, berdesup2 orang beli.

Kadang2 aku tengok dah sampai beratus2 comment PM PM. Aku... sori.... NO MORE PM after this. Ko nak jual, ko letak harga. Ko yang rugi sebab I am potential buyer...

Ni kisah seller lah. Ada jugak yang dah letak harga, dah kasi tau mcmana nak order tapi buyer pulak nak PM PM lagi..... Yang ni spesis DOUBLE VONGOK.... Sekian.






 

Thursday, December 11, 2014

My lil IRIS

Aloha....

Nak cerita jugak pasal my laling kecik @ boss kecik @ mykesayanganhamba @ irimarissa_sji ...

Dari sekecil2 baby, now dah 3 bulan lebih dah jadi sesihat ini.....

Baru ni bawak dia pi makan kenduri. Tak jauh, dekat2 rumah je.... jalan kaki.

Seperti biasa.... mak nya memang tak tau apa nak sarung.. Penyakit tu dah berjangkit lak kat si anak. Bukan dia tak tau nak pakai apa tapi aku yang tak tau nak pakaikan dia baju mana.

Teringat ada beli jeans masa peknenkan dia 5 bulan.... Beli pulak yang umur 12-18 months. Geram punya pasal kan. Konon2 nak pakai time raya tahun depan.

Terasa macam nak try pakaikan...... Memanglah sangat2 muat. Ngam ngam tang pinggang & montot. Cuma kena lipat lah...

 
Memang sekarang ni pun dah banyak baju nak kena beli baru... Banyak dah yang sendat mendat. Beli pun takleh lah ambik yang 4-6 mths nye size. Ambik yang 8 - 12mths ye..... Dah nak dewasa dah anak dara aku ni.

Tengoklah ketak2 kat peha tu....

Tengoklah kelabuhan pipinya itew....
 


The Big Bad Wolf Book Sale 2014

Aloha....

 

Hari ni nak cerita bende2 yang berilmiah sikit....

Pernah pegi BBW book sale? Tak pernah??? Kena pergi..... Tak kisah nak pegi pagi, petang, malam, tengah malam, subuh hari, kul 3 pagi....... boleh. Tapi sebelum 17/12/14. Dia bukak 24hours non stop selama 11 hari. Tak nak balik pun boleh....

Yang memang minat membaca, memang patut & wajib pergi. Yang minat buat collection buku, wajib pergi. Yang tak berapa minat membaca tapi minat membeli2 (macam aku)... pun patut pergi....

Harga buku serendah RM3 (tak sure kalau ada harga RM1) sehingga semahal2 buku.

Aku ni jenis kategori suka beli untuk buat collection & kadang2 ada masa baru selak2...

Minat gile dengan buku2 biografi. Kat sana memang banyak. Politician, artist, chef, selebriti......

Segala jenis buku ada. Dari sebodoh2 buku sampai sepandai2 buku... (ada err??)

Nak cerita lebih tak guna... Pegi je.

Sebahagian je ni...
 
Yang minat buku masakan... melambak. Range harga RM6 - RM30 (yg aku nampak). Yang macam atas ni harga dalam RM6-18 je. Yang harga lebih RM20 tu memang kualiti jenis buku mahal2. 
 
 Ini hasil tangkapan kotak pertama. Untuk kotak kedua, tak larat dah nak snap pic.


Buku ni yang mula2 aku ambik.... pegang sampai nak bayar. Last2 letak balik.
Biarkan Ia Pergi.... hihihihi....
 

Ini dah tentu2lah buku tuan puteri tu.... Untuk masa depan yang cerah.

Ini pun dia punya. Soft book. Last2 jadi bantal peluk dia. 2 in 1. Penat baca terus peluk.
  
 Minat sangat buku ni. Pernah nampak kat bookstore somewhere tapi mahal giler..... Tapi this time RM15 sahaja. Beli........
  
Ni buku dedi tuan puteri tu. Dedi dia standby kalau2 anak dia tanya yang bukan2 pasal Science. Sediakan payung sebelum hujan. Entah bila nak khatam, tak tau....
  
Ni buku abam... termasuk sekotak yg lain...
 
  
Jumpa ni time nak bayar. Nasib baik sempat dijeling, kalau tak, dah masuk kotak.. Cute... RM10 klu tak silap.

Total hasil tangkapan disitu...
 

Moh kita balik...

 
Time ni lapar dah masing2. Kat sana dari kul 2 sampai kul 5. Tak lunch pun. Memang cari penyakit.
 
Aku ada jugak beli buku patchwork & quilt untuk my mom. Lupa nak snap. Buku dak kecik tu ada 6... hihihi.... Maaf ye nak... ur mommy ni kemaruk nak anak pandai.
 
Tips : Masuk je tempat tu, terus ambik bakul or kotak. Nampak buku yang berkenan, ambik je. Beli tak beli belakang kira. Kalau rasa kejap2 lagi nak patah balik nak ambik or nak survey2 dulu.... mintak maap lah. Memang tak jumpa dah. Dah habis tawaf baru gi bawah escalator, situ ada section untuk sorting menyorting, pilih memilih, duduk menyelak2, kira2 bajet... sambil melurus2kan kaki. Yang mana konfem nak ambik, bawak gi bayar. Yang mana tak, tinggal kan aje kat situ kalau tak rajin nak letak balik tempat asal.
 
Oh ya... yang mana nak duduk lama kat sana pas tu nak gi solat or makan or make up room tapi tak nak bayar lagi, ada tempat simpan buku2 tu ye.... Dah selesai, datang ambik.
 
 Sekian....
 
Adios.