Thursday, December 11, 2014

The Big Bad Wolf Book Sale 2014

Aloha....

 

Hari ni nak cerita bende2 yang berilmiah sikit....

Pernah pegi BBW book sale? Tak pernah??? Kena pergi..... Tak kisah nak pegi pagi, petang, malam, tengah malam, subuh hari, kul 3 pagi....... boleh. Tapi sebelum 17/12/14. Dia bukak 24hours non stop selama 11 hari. Tak nak balik pun boleh....

Yang memang minat membaca, memang patut & wajib pergi. Yang minat buat collection buku, wajib pergi. Yang tak berapa minat membaca tapi minat membeli2 (macam aku)... pun patut pergi....

Harga buku serendah RM3 (tak sure kalau ada harga RM1) sehingga semahal2 buku.

Aku ni jenis kategori suka beli untuk buat collection & kadang2 ada masa baru selak2...

Minat gile dengan buku2 biografi. Kat sana memang banyak. Politician, artist, chef, selebriti......

Segala jenis buku ada. Dari sebodoh2 buku sampai sepandai2 buku... (ada err??)

Nak cerita lebih tak guna... Pegi je.

Sebahagian je ni...
 
Yang minat buku masakan... melambak. Range harga RM6 - RM30 (yg aku nampak). Yang macam atas ni harga dalam RM6-18 je. Yang harga lebih RM20 tu memang kualiti jenis buku mahal2. 
 
 Ini hasil tangkapan kotak pertama. Untuk kotak kedua, tak larat dah nak snap pic.


Buku ni yang mula2 aku ambik.... pegang sampai nak bayar. Last2 letak balik.
Biarkan Ia Pergi.... hihihihi....
 

Ini dah tentu2lah buku tuan puteri tu.... Untuk masa depan yang cerah.

Ini pun dia punya. Soft book. Last2 jadi bantal peluk dia. 2 in 1. Penat baca terus peluk.
  
 Minat sangat buku ni. Pernah nampak kat bookstore somewhere tapi mahal giler..... Tapi this time RM15 sahaja. Beli........
  
Ni buku dedi tuan puteri tu. Dedi dia standby kalau2 anak dia tanya yang bukan2 pasal Science. Sediakan payung sebelum hujan. Entah bila nak khatam, tak tau....
  
Ni buku abam... termasuk sekotak yg lain...
 
  
Jumpa ni time nak bayar. Nasib baik sempat dijeling, kalau tak, dah masuk kotak.. Cute... RM10 klu tak silap.

Total hasil tangkapan disitu...
 

Moh kita balik...

 
Time ni lapar dah masing2. Kat sana dari kul 2 sampai kul 5. Tak lunch pun. Memang cari penyakit.
 
Aku ada jugak beli buku patchwork & quilt untuk my mom. Lupa nak snap. Buku dak kecik tu ada 6... hihihi.... Maaf ye nak... ur mommy ni kemaruk nak anak pandai.
 
Tips : Masuk je tempat tu, terus ambik bakul or kotak. Nampak buku yang berkenan, ambik je. Beli tak beli belakang kira. Kalau rasa kejap2 lagi nak patah balik nak ambik or nak survey2 dulu.... mintak maap lah. Memang tak jumpa dah. Dah habis tawaf baru gi bawah escalator, situ ada section untuk sorting menyorting, pilih memilih, duduk menyelak2, kira2 bajet... sambil melurus2kan kaki. Yang mana konfem nak ambik, bawak gi bayar. Yang mana tak, tinggal kan aje kat situ kalau tak rajin nak letak balik tempat asal.
 
Oh ya... yang mana nak duduk lama kat sana pas tu nak gi solat or makan or make up room tapi tak nak bayar lagi, ada tempat simpan buku2 tu ye.... Dah selesai, datang ambik.
 
 Sekian....
 
Adios.
 
 
 



 

 

 

No comments:

Post a Comment