Tuesday, November 18, 2014

Balik, hujan & banjir

Aloha....

Tajuk memang takde rupa tajuk. Otak beku.

Minggu ni Abam nak balik. Cuti sekolah sudah terasa bahangya.

Plannya, nak ambik dia hari Khamis then terus extend cuti sampai Sabtu. Nak jalan2 KT, Pasar Payang lah kononnya.... And mungkin juga ke Kota Bharu.

Tapi, semakin dekat hari, semakin hujan menjadi2.....

Sana sini dah ada berita banjir.... Huishhh... takleh jadi ni. Kalau teruskan jugak mau bermastautin 2-3 malam kat sana. Takut tak lepas balik sini.

So, kensel plan..... Maybe ambik dan balik aje.

Semalam, dah rasa kena tukar plan jugak. Kena suruh dia naik flight je. Baru berkira2 nak ambikkan tiket, dia kata tak nak pulak naik flight. Sebab barang banyak. Takpe, itu bisa ditambah luggage nye. Dia tak nak jugak sebab dia tak reti nak kemas. Bajet2 kalau jemput, dia main campak je barang2 tu dalam kereta. Bijak bijak... Hantar belajar jauh2 itu yang dia pikir nye. Nanti ur mommy bawak lori ye nak.....

Alhamdulillah, exam kali ni dia ada peningkatan compare to exam sebelum2 nye. Kalau tak setiap kali dapat result, tiap kali tu jugak kol dedi nak balik. Frust amat sangat lah kononnya.

Kali ni dia dapat no 2. Memang jauh sangat dah peningkatannya tu. Tak sia2 antar ngaji jauh2..... Harap2 SPM nanti dapat cemerlang.

Adik pulak, menggeletis kaki tangan kalau panggil nama Abam.... Tak sabar agaknya nak kena gigit lagi....








No comments:

Post a Comment