Thursday, December 30, 2010

Countdown

Aloha....



Men'countdown' tahun baru tanpa Mr Lappy..??!! Mcmana nak hapdet blog tanpa dia?

Wahai sang pomen, bolehkah my Mr Lappy dibaikpulih sebelum munculnya tahun 2011?

Atau....

Perlukah aku beli yg baru sempena tahun 2011? (Terpikir nak ajak darling exchange gift sempena new year. Aku kasi dia..... T-shirt dan dia kasi aku laptop. Ok kan??)

Kalaulah ditakdirkan Mr Lappy aku tidak dapat disettlekan sehingga esok, so aku ambik kesempatan guna segala kemudahan di office ini (yg tersangatlah limited nya) untuk men'countdown' tahun 2011.....



HAPPY NEW YEAR.........

Note : Tadi dah makan2, tukar2 present dah yg paling penting...ESOK CUTI.... YEAHAA!!!

Saturday, December 25, 2010

Shopaholic balik kampung....

Aloha....

Penama di atas bukan ditujukan untuk aku walaupun aku layak mendapat gelaran itu. Tapi, gelaran itu khas untuk...... (insan di bawah ini).



Harap maaf... Gambar tidak dpt di tepek atas sebab2 teknikal. So, pinjam sat gambar John Doe ni.


Insan ini telah mengulangi tabiat atau perangai nye semasa di Bandung. Kejadian ini berlaku semasa kami bercuti ke utara. Kononnya nak balik kampung dia lah.

Rupa2nya ada udang disebalik rojak.....

Bila aku dengar plan dia, aku yg excited lebey. Apa tak nye. Shopping di Padang Besar?? Tempat yg belum pernah aku jejak.

18/12/2010 - Sabtu

Perjalanan kami dimulakan dgn ini....



Ye lah, kalau takder bende ni mcmana nak jalan...

Dan dengan mengenyangkan perut dua org anak raja ini....




Yeahaa!!!! Kami ke utara. Balik kampung oooo balik kampung..... (kampung darling lah)
Kampung di Kodiang tapi sebelum tu kami meronda dulu 1 Kedah. Mula2 ke Kuala Kedah. Pas tu ke Alor Star. Then baru ke Kodiang. Malam ni kami stay kat sini.



Kat sini boleh pilih je nak bilik mana. Ada 13 bilik dgn 5 org penghuni.



Bergambar dgn mak, atok & mak jang.


19/12/2010 - Ahad

Pagi2 lagi kami bertolak ke Padang Besar. Tempat ni lah yg buat org2 di bawah ini lupa diri.



Gambar akan di tepek kemudian....

Ekceli agenda kami balik kampung untuk pergi kenduri kat Alor Star. Tapi bila Padang Besar dimasukkan dalam senarai perjalanan kami, terus kenduri tu jadi agenda no 2.




Nasib baik tak bawak passport, if not dah ke sempadan dah.....






Permandangan yang menyejukkan mata memandang.... (Hujan, mestilah sejuk)

Darling aku telah memborong jersey2 fav team dia. Disebabkan harganya separuh dari harga yg dia selalu beli, maka jersey bukan team fav pun di sambar sama. Aku? tumpang lah sekaki......



Harap maaf sekali lagi kerana tidak dpt menepek gambar yg sepatutnya.


Darling jr kurang berminat utk bershopping kat tempat2 macam ni.... Dan, thank God wujudnya PSP. So, aku (or daddy dia) bolehlah bershopping dgn amannya....







Selepas puas bershopping, barulah teringat tujuan asal kami balik ke sana. Adalah untuk ke kenduri... Yo lah tu....

Dari Padang Besar kami bertolak ke Tawar. Klu x silap perjalanan 2-3 jam jugak. Sebabnya kami sampai kat rumah kenduri tu kul 4 ptg. Sampai2 je, tgk bekas buffet semua sudah terlangkup.. Alamak!! lauk sudah habis kah? Ya betol... Lauk2 & nasik catering semua sudah habis. Tapi adat bergotong royong kan, dorang kat sana masak lagi untuk tetamu yg lambat datang (seperti kami). Tapi tak salah kami, jemputan hingga kul 6 ptg hoccay.....

Selepas kenduri kami terus ke Alor Star. Kami stay kat Sri Malaysia. Kat sini jugak kamera aku hilang...... tapi jumpa jugak keesokkan hari nya. Terima kasih staff Sri Malaysia yg tolong simpankan kamera aku.

20/12/2010 - Isnin

Pagi2 lagi kami ke Pekan Rabu. Saje jalan2 & nak beli2.

Agenda seterusnya, Ke Gunung Jerai.....

Tempat yg sangat cantik..... Tapi gambar nye tidak dapat di tepek kerana sehingga hari ini laptop aku masih lagi di godek oleh sang pomen. Nak upload kat office tersangatlah tidak ada masanye.

Sekian lah percutian kami untuk penhujung 2010.


Note : Semalam Malaysia menang piala AFF. So, esok coti..........

Friday, December 24, 2010

Happy brithday Darling

Aloha...

Hari ni birthday darling jr. Dah besar anak bujang aku. Dah buat ic pun. So confirm dah jadi rakyat Malaysia.

Seperti biasa, my darling cuti menghabiskan masa bersama anak bujang. Father & son day out. Dan aku, bekerja seperti biasa...

Seperti biasa juga, dia dapat hadiah yg melimpah ruah dari daddy dia, uncle & aunty dia. Dari aku?... Share aku masuk dlm daddy dia nye present lah.... Eh, aku ada beli kan bag sekolah Adidas hari tu. Bukan yg murah2 tau. After discount 20% dapatlah RM130.00. Tu boleh di jadikan present birthday lah.

Hari ni, tak tau lah apa plan dia dgn daddy dia... Jalan2? Makan2? Tgk movie? Suka hati dorang lah.......

Note : Ada sikit jeleslah bila dia dpt henpon yg memory nye lebih besar dr aku nye henpon. Camera nye MP pun lg besar dr aku. Kecanggihan nye pun boleh tahan. Aku nye guna keypad, dia punya guna touch screen.

Thursday, December 16, 2010

December 2010

Aloha....

Alamak.... December sudah.
Takkan sepanjang 16 hari December ni takde 1 cerita pun nak post kat sini?
Ada memang ada tapi..............
Nak nak pulak baru baik demam. Busy dgn Tesh lagi.
Nanti lah, seperti biasa akan ku combine kan segala cerita untuk tahun 2010 di penghujung tahun.
Bubbye......

Note : Nak tido..........

Monday, November 29, 2010

Kebebasan yg telah hilang

Aduhai....

Itu pun mau di sekat. Itu pun mau di blocked. Kedekut.....

Tiada lagi kebebasan. Tiada lagi keceriaan. Semuanya telah ditarik balik.

Buat sahabat2 chatting ku..... Aku tidak lagi mampu berchatting dengan kamu. Ini semua gara2 ini kompeni bukan bapak aku punya. Ruangan untuk kita berchatting baik di YM & Gmail chat sudah tidak boleh ditembusi lagi. Begitu juga di FB chat. Tapi aku rasa aku bisa menembusi tembok untuk berchatting di FB... Tunggu ya, aku cuba. Yang lain, aku mintak maaf. Tembok nya begitu kukuh & angkuh sekali.

Dalam pada itu aku masih bernasib baik kerana Gmail, FB & blog masih boleh beroperasi seperti biasa (buat masa ini). Harap2 tidak akan disekat sama.

Note : Walau aku curi2 masa, tapi kerja aku masih tip top di atas penilaian boss aku hoccay.....

Monday, November 22, 2010

Silent Reader

Aloha....

Aku notice semenjak dua menjak ada saja viewer from Bandung Indonesia... Tapi siapa ya?

Mungkin si dia boleh perkenalkan dirinya...

Teringin bangat mau kenal sama kamu....

Note : Kapan lagi aku mau sampai ke sana??!!

Thursday, November 18, 2010

Kisah Barthez

Aloha....

Semalam:-
Barthez digigit makhluk berwarna hitam tompok oren ketika bersiar2 di belakang rumah. Nasib baik tidak menjadi korban di hari raya korban.

Hari ini:-
Barthez di terkurungkan oleh abg nya di dalam rumah gara2 abg terlupa bawak kunci bila nak keluar... Nasib baik McGyver dapat blk kejap. Dan seperti biasa, Barthez tidak menjawap telefon atau panggilan abg dari luar rumah.


Note : Tapi, siapakah Barthez dlm ini cerita??>

Saturday, November 13, 2010

Semuanya terjawap sudah

Aloha....

Ingat lagi post sebelum ni? Ada 2 benda yg aku nantikan....

Yang pertama :- Sungguh sedih bila junior masih tidak ada rezeki utk ber adik.

Yang ke-2 :- Hari yang sama jugak junior dapat result UPSR. Rezeki hanya setakat 4A 1B. Walaupun ada sikit rasa kecewa tapi aku tetap bangga. Tapi usah cerita lah deraian air mata aku bila tgk junior menangis teresak2. Frust beb.... Lama jugak nak pujuk dia.
Bila dah reda je, cikgu2 pulak beramai2 cari dia. Lagi sekali drama air mata. Ye lah, bila cikgu2 pun sama menangis sebab tak sangka dgn result dia. Cikgu2 suggest utk check balik, tapi aku kata tak payah lah. Ini hanya UPSR.
Aku tau, cikgu2 pun frust sebab dia harapan sekolah. Tapi nak buat mcmana. Itu je yang mampu dia buat. Aku nampak ada riak kesal kat cikgu Zimah - cikgu Sains. Dia pun nangis sama. Cikgu, walau air mata darah pun yg keluar dari mata kita, keputusan tetap mcm tu. Anyway, terima kasih cikgu.

2 hari jugak lah kedua2 bende ni bermain dia fikiran aku. Rasa berat, sedih, kesal...

Tapi hari ni agak terubat sikit bila junior di anugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Lelaki & Pelajar Cemerlang 2010 SAR Al-Ahmadiah. Anugerah pelajar cemerlang di terima bedasarkan keputusan PSRA yg diumumkan semalam. Bagi tokoh pelajar pula bedasarkan pencapaian akedemik dari thn 1 - 6. Oh ya, junior jgk dapat anugerah pengawas. Alhamdullah...



Anugerah Tokoh Lelaki 2010



Anugerah Cemerlang PSRA 2010



Anugerah Pengawas 2010


Banyak jugak hadiah, trophy & sijil yang diterima termasuk cash. Tapi sayang, ayah dia ada kelas pulak hari ni (exam), so tak dpt pergi majlis penyampaian tu.


Note : Sejuk perut aku....

Thursday, November 11, 2010

Sesuatu yang dinantikan....

Aloha....

Actually bukan satu bende. Tapi 2 bende. Tapi yang satu tu awal pagi lagi dah mengecewakan....

Lagi satu ni, kena tunggu........ Tersangat2lah mengharapkan yang terbaik.

Note : Ada butterfly dlm perut ku......

Sunday, November 7, 2010

Birthday boy

Aloha....

Semalam, Nov 6, 2010 birthday darling... Happy birthday darling (walaupun dia tak tau kewujudan blog ini).

Cara sambutan ini tahun berbeza sedikit dgn thn lepas... Ye lah... Kena lah raikan org yg semakin tua. Hadiah? Tugas itu aku serahkan pada Danny Batista. Dia aku tugaskan utk belikan hadiah idaman darling... Tak lain dan tak bukan, his fav team's jersey. Dan tugasan itu telah dilaksanakan dgn jayanya oleh dia walaupun secara last minute.



Nov 5, 2010.

Petang, darling bawak kami dinner di Bagan Lallang. Bukan kami je. Ramai yg pergi. Adik beradik aku, anak2 sedara aku, adik beradik dia, mak & abah dia. Ramaikan. 17 orang semuanya. Ini kali ke 2 aku pergi dlm masa 2 minggu. Hari tu celebrate birthday jugak. But this time, darling lak yg sponsor... Memang superb. Sampai tak ingat lagi nak snap gambar food. But this time kami pergi org tersangatlah ramainya. Last time takde orang. Maybe dulu pegi time tengah bulan, la ni awal bulan... Ada bezanya tu.

Menu yg kami ambil seperti :-
Ikan Kerapu 2 ekor - 3 rasa & sweet sour
Ikan Siakap 2 ekor - 3 rasa & sweet sour
Ketam 5 ekor - Masak cili
Pepahat (lebih kurang 1 kg) - Masak cili
Sotong 1 kg - Goreng Tepung
Tomyam campur - sorang mkn X 4 hidang
Sayur 2 kailan ikan masin + 2 kangkung belacan
Telur dadar 2 org X 4 hidang
Air - 2 jug fresh orange + 2 jug teh o panas

Dapat free(?) air suam sorang 1 & kerepek ubi setiap meja.

Total semua yg darling kena bayar :- RM388.00. For me ok lah utk seramai & sebanyak tu... Like i said b4, selalu kitorang gi mkn ramai2 kat kedai tomyam sekitar kl pun dah cecah RM300 jgk. Tapi lauk tak sebanyak di atas lah.... dan yang penting, lauk2 diatas semuanya licin. Mcm piranha 17 org ini mkn....

Menu & harga diatas hanyalah untuk rujukan sesiapa yg sedang survey tempat seperti mana aku selalu buat. Bukan utk menunjuk2. Kan senang kalau kita survey sesuatu tempat/benda, dpt lak info dgn details mcm aku dpt dr blogger2 lain. Lagi byk info kita dpt, lagi byk kita boleh compare & senang nak buat pilihan... Tak gitu labu...??


Oh ya... sambil2 menunggu order sampai, boleh lah ber wifi. Wifi free. Tapi, kan lebih baik ambik masa tu berborak, menikmati permandangan laut di kala senja.. Dorang nye service pun tip top. Tak payah tunggu lama2. Walaupun ramai, tapi sekejap je dah dpt. Serius..... (But tak tau lah klu nxt time pegi mcm hampeh pulak... Tiada dlm jaminan hokay...)








Nov 6, 2010.

Tengahari - petang.
Hari ni acara utk family kami je. 3 of us jln2, mkn2 beli2.... Acara ni ibarat terbalik pulak. Birthday boy plak yg melayan kehendak & tekak kami. Apa nak, mintak aje.....

Malam.
Acara mlm pulak, berfoya2 bersama adik-beradik dia. Mula2 pergi bowling. Ntah apa nasib aku malang sikit hari ni. Tangan terseliuh lah pulak akibat nak try bola yg tak termampu aku angkat. Tapi pelik jugak, mcmana darling jr boleh guna bola yg lebih berat?




Selepas tu, apa lagi... pegi melalak ler. Dan kat sini, darling jr. sudah kantoi. Ooooo... pergi sekolah pakai songkok. Jadi imam, tukang doa setiap kali perhimpunan.
Tapi masa kat bilik melalak tu, dia cam biasa je... Aspalela lah, sixth sense lah... Siap ckp kat Aunty Su dia, karaoke kat SM x best. Lagu x byk.... Rupa2nya pernah pegi sana dgn kengkawan. Amboi2.. Pada mulanya dia tak perasan dia dah pecah lobang. Kitorang dgr je cerita sampai habis. Tapi aku tak marah. Mana tumpahnya kuah klu tak ke nasik. Tapi jgn selalu sgtlah.





Habis melalak jam 12tgh mlm. Mula nak sambung aktiviti hingga ke pagi tapi adik darling & hubby nak kena balik pagi2 esoknya. Balik utk celebrate birthday abang dia, then kena balik semula. Lagipun, ada budak belum ada ic lagi dgn kitorang, so, limited lah tempat nak berfoya2.

Nov 7, 2010.

Hari ni acara melepak di rumah. Di saat ini, itu 2 beranak sudah terbungkang depan tv. Ibarat beruang lagaknya. Dgn cuaca yg lembab, gerimis. Memang sesuai utk bermalas2an. Shhhh... sorang sudah mengeluarkan bunyi2an. Berdengkur baek punya.......

Now, my turn lak nak ambik port. Bye2 all......

Note : Esok sudah kerja??!! TIDAK!!!!!!!!!!!

Friday, October 29, 2010

Ex-Cinta Hati

Aloha....

Gempak jer kan. Korang ingat aku nak citer sal cinta hati aku yg dolu2... Never!!!
Ini sal cinta hati aku yg satu ni...



Tiba2 aku terjumpa gambar ni. Sentimental value betol... Dulu, dia ni lah yg aku bawak kehulu ke hilir.... Rindu lak kat dia.

Masa mula2 darling kasi aku si dia ni, aku tak nak. Ya lah, aku dah biasa bwk yg kiut miut, tiba2 dpt yg gedabak ni... Time tu, kereta bapa mertua ku jadi mangsa aku. Makan bulan jgklah aku baru berjinak2 dgn yg ini. Lama2 bwk, ok pulak. Dgn leather seat kat dlm. Berdesup...... (memang hobi aku). Klu setakat 120-130km/j tu memang tak sedar lah. Tapi tak syoknye bila dorang slalu ckp kereta tu jln sendiri (sebab x napak driver). 3-4 tahun aku setia bersama dia. Walaupun pintu tepi belah kiri tu dah berkedut sebab terseret bumper kereta lain.... Hihihi.. aku nye keje lah tu. Tu belum cerita lagi org langgar aku dr belakang. Terbarai bumper dia. Tp aku nye just calar jer. Solid sungguh...

Now aku dapat lak yg lagi besar. MPV... Ayoooo.... tadak besar lagi ka? Sudah lupa barangkali anak kita ada sorang. Tidak lama lagi akan masuk asrama. Bukan 2, bukan 3, bukan 4. Lepas ini lori pulak agaknya..... Darling pulak, dia masih setia dgn yg lama.....

Note : Lepas ni aku nak yg aku nak tu....... Kiut miut.

Wednesday, October 27, 2010

Penyakit lama kembali lagi

Aloha....

Aduhai... penyakit lama aku datang kembali. Apa aku nak buat? Apa ubatnya?

Sudah agak lama penyakit ini tak datang. Agak berbulan2, mungkin sudah setahun. Tapi semenjak dua menjak ni aku notis, 'dia' datang balik. Aku dah cakap kat darling tapi dia kata... "Sabar... tahan sikit..."

Aku rasa aku dah tak boleh tahan lagi. Akhirnya semalam aku ambik keputusan yang drastik. Tapi hari ni 'dia' datang lagi....

AKU MENGGILAKAN HANDBAG!!!!!!!

Semalam aku dah sambar satu. Walaupun bukan yang mahal, tapi aku beli juga. Dan handbag tu aku simpan di office atas sebab2 yg tidak boleh dinyatakan disini.



Hari ni aku men'survey' lagi handbag... Aku rasa mcm nak beli lagi... dan lagi... dan lagi.... Dan kali ni nak yang lebih lagi.

Apa aku patut buat dengan yg lama? Ada 1 kotak, tidak terusik. Mungkin sebab semuanya bukan di depan mata, sebab tu keinginan tu membuak2 nak kan yg baru. Mungkin sudah jemu memakai yg satu itu. Ok... aku akan keluarkan satu persatu... supaya aku tidak ada niat untuk beli yg baru.

Note : Atau patutkah aku melelong kesemuanya, dan memborong pula yg berkenan dimata?

Rumah berhantu??!!

Aloha....



Ini kalau ada sound effect, real ni..... Title pun dah berhantu.

Kisah nye.........
Masih ingat budak ini...?



Dan ini...?



Dan ini jugak....



Semuanya budak yang sama. Dulu, aku selalu kidnap budak ni. Rumah aku ibarat rumah ke-2 dia. Macam kucing2 dia jugak.



Tapi sekarang dia tidak mahu lagi datang. Katanya :-
"Mah ankoi ada antu. Char & tam."(Rumah uncle ada hantu. Besar & hitam).
Itu semua lepas dia mimpi/mengigau. Nangis2 dia kata rumah aku ada hantu....
(Ye ke??!!)

Tapi kalau ambik dia bwk jalan2, laju jer dia.

And now, junior pun dah takut nak duduk sorang2 kat rumah tu....


Mungkinkah hantu ini - 'Casper the friendly ghost'...


Note : Puh kiri... puh kanan....

Monday, October 25, 2010

Kerana mulut badan binasa...

Aduhai.....

Itu lah kamu MULUT, ikut sedap mulut jer bila mengeluarkan kata2 tanpa berdiscuss dgn si BADAN. Apalah nasib si badan....
Ooooo... kamu buat2 lupa ya. Mari sini aku remind kan balik apa yg dah kamu buat.

Hari Ahad jam tepat pukul 6 ptg. Masa tu kita dalam kereta, baru balik dari ambik junior yg dikidnapped 2 hari oleh mama nya. Dengan konfiden kau berkata2:-

"Hari ni nak buat karipap lah... Nanti you belikan kentang, serbuk kari & daging. Rasanya tepung pun dah nak habis. Beli sekali lah..."

Bila junior dengar jer terus berkata:- "Nak... nak... I'll help you to uli tepung."

Bila junior dah kata macam tu, bermakna takde chance lagi nak tarik balik kata-kata mu itu...

Bila barang2 dah tersedia, mula lah proses memotong kentang, menumis kari, hingga lah pukul 8pm. Ini adalah pembikinan karipap aku secara solo yang ke-2 seumur hidup. Yang pertama, 5-7 thn yang lalu.

Kesian badan... Dah lah tghari tadi memunggah kabinet kat apartment tu sbb ada org nak masuk hari ni. Yang kamu mulut, tau bercakap & makan jer...

Bila bahan2 inti dah siap, proses menguli tepung. Mula2 uli, tepung lembik. Tambah tepung lagi, tambah lagi, tambah lagi.... Akhirnya dapat doh yang diidam2kan. Gelek punya gelek. Then gulung. Gelek lagi, gulung lagi. Kononnya nak dapatkan lapis yg cantik. Tapi mcm ada yg x kena jer. Tepung lembik lagi. Lantak lah.. Dah 8 kali gelek & gulung (cut story short) masuklah proses meng'kelim' karipap(yg buat bunga2 tepi tu). Bab ni aku terer tanpa di nafikan.

Yang aku tak puas hati, kenapa lah tak nampak lapis pusing tu.. Aku dah gelek & gulung bnyk kali dah. Confirm, tepung tu terlembik. Penat tau.. Kesian kat tangan. Sakit hingga pagi ni.

Kamu tau mulut, kamu punya pasal, pukul berapa badan habis bekerja. Pukul 11 mlm tau. Junior yang menunggu karipap tu sampai tertidur. Proses nya mcm ambik order 200pcs. Padahal dapat 47pcs jer....

Adatlah kan, bukan selalu buat pun. Selalu buat dgn bonda. Bonda yg buat semua tu, aku cuma buat bunga tepi dia ajer. Laju lah.....

Jeng.. jeng... jeng....



Inilah hasilnya..... Ada berbagai size... S, M, L & XL. Ok lah kan. Still ada rupa karipap & bukan rupa donut.


Note : Gambar nye akan di upload kemudian ,bukti aku dah berjaya buat 47pcs karipap.

Monday, October 18, 2010

Bagan Lallang

Aloha...

Last Saturday ada makan besar kat Bagan Lallang. Biasalah, family gathering. Ada pulak orang nak sponsor...



Plan asal nak overnight kat sana. Dapat Sri Malaysia pun jadi lah. Tapi last minute, tak jadi lah pulak.

Takde apa pun nak cerita. Tempat yang jauh, tapi berbaloi sebab food nya boleh tahan sedap & murah. Sorry, sebab excited berborak, lupa nak snap gambar food. Alaa... siapa tak kenal mcmana rupa ikan siakap, sotong, lala, pepahat (ini mungkin ada yg tak kenal), pari & kembung. Total semua harga2 lauk kat atas ni (masak pelbagai cara) RM250. Wow!! Selalu klu kami sumer ni (seramai 15 org) pegi dinner mana2, tak kurang dari RM300 jugak. Tapi this time ok sangat2. Belum habis makan, dah buat plan untuk next session. But this time kena stay 1 night lah. Jauh bebeno...

Menu yg kitorang order :-

Siakap 2 ekor - 3 rasa + stim
Pepahat - masak cili
Sotong (besar) - goreng tepung
Lala - Sup serai
Ikan kembung bakar
Ikan pari bakar
Tomyam campur
Sayur kailan ikan masin
Telur dadar
Air - 1 jug fresh orange + 1 jug teh o panas


Menu & harga dia atas boleh dijadikan rujukan buat sesapa yg sedang survey tempat makan2.... Nak no. telepon, sila ambik kat gambar dia atas.


Kebetulan hari tu birthday Irfan Nabil. Ni yang syok bila tiap2 bulan ada jer antara kami celebrate birthday.



Selepas sesi makan2, kami jalan2 di pantai.... Keadaan pantai, tak dapat lah nak diceritakan coz malam - tak nampak apa. Tapi ada org jual2 kat tepi2 tu.



Si cantik manis

Oh ye, masa otw kesana, ada accident kat Nilai. Dasyat.....


p/s : ini kompem laju.....

Org dalam nye aku tatau selamat ke idak...

Note : Hancus diet aku mlm itu. Tp nasib baik masih maintain.

Friday, October 15, 2010

Soon.....



p/s : Idaman hati ku.....

APARTMENT UNTUK DISEWA

Aloha....

Tenant rumah aku tu call semalam. Dia kata dia kena transfer ke Serdang. So this weekend dah nak pindah.

Apartment aku ni consider apartment baru. Org tu duduk pun baru setahun. Sila lah layan gambar kat bawah ni.... (Tiada unsur paksaan pun....)





3R+2B with access card untuk naik keatas. 1st Floor. 24hr security. Ada mini market & restaurant (melayu & mamak)


Jalan masuk belakang with security guard / guard house. Boleh nampak UiTM Selayang & banyak kedai2.


Sana tu jln masuk depan with security guard / guard house. Tepi highway.

p/s : Sewa RM600 - kalau rasa mahal, cuba survey kat Mudah.my.

Wednesday, October 13, 2010

Sama jer...

Aloha...
Hari ni aku nak mengadu nasib.

1stly aku nak kasi puji-pujian kat sang PERUT. Dia dah tak mengamuk lagi. Dia dah tak menghasut sang KEPALA bersubahat dengan dia. Credit untuk itu...

Tapikan, kenapa berat aku tak kurang2. Dah seminggu ni. Adalah perubahan sikit dgn angka. Itupun setakat 500g - 1kg. Tapi bila aku mkn jer roti sekeping, dah naik balik. Aku telan biskut kering 2 keping pun, naik balik. Adakah berat sekeping roti itu bersamaan dgn 1kg?



p/s : ini hanya contoh..

Santapan harian aku hanya yg berasaskan sayur2an & sup. Paling berat aku telan pun, mee hun sup/tomyam, roti atau telur. Kan perut kan.... Itu pun seksa kita nak habiskan 1 mangkuk. Nampaknya kamu dah memahami aku perut... Exercise pun aku dah buat.


p/s: ini bukan aku yg masak.....

Tapi kenapa masih sama? Atau................

Aku rasakan perut, penimbang kat rumah tu yang dengki kan kita. Saje nak sabotage kita. Tak mengapa. Tadi aku sudah sorok dia masuk bawah meja. Sia2 saje aku redeemed dia. 15,000 points tau, nak redeem bende tu. Bersamaan 15 ribu hengget aku spent. Nanti kita beli scale baru. RM29.90. Kalu kita masih tak puas hati kita boleh buang je & beli lain.




Note : How larrr????....