Monday, December 28, 2015

Cuti akhir tahun. Part 4 - Shopping

Aloha....
Ok ok sumpah ini last part. Boring kan? Ngeh ngeh ngeh..... Dun play play. Sekali ahkak hapdet, berjela2. Almaklumlah baru ni ahkak dapat cuti jalan2 dik..

Sepatutnya hari ke 2 nak round Singapore balik tapi kensel, pegi Legoland. Hari ke 3 pun rasa macam tak sanggup je nak ke sana balik. 

Ekceli dalam list banyak tempat nak pergi. Dah puas jalan2 nak jugak shopping2... Ahaks....

Dalam kepala ni mana lagi.... Johor Premium Outlet aka JPO.

Kami pergi situ pagi so tak ramai sangat orang. Boleh cuci mata dengan aman.

Tak banyak story pun kat sini. Cuma tempat dia bukanlah macam shopping mall. Konsep dia open gitu. Situ butik2 branded items seperti Coach, MK, Burberry, Nike etc... 






Cumanya aku rasa barang dia macam old stock. Ni mana yang aku familiar lah. Yang lain aku tak tau. Tapi ok lah, takdelah out dated sangat. Harga ada discount lagi up to 70%. 

Mylaling usha2 jam. Tapi last2 tak ambik sebab takde yang berkenan sangat. 

Aku.... Ishhh takyah tanya lah. Ada MK kot kat situ. Carlo Rino pun ada. Tapi CR tu kasut dia sama je dengan harga aku beli 2 tahun lepas.

Mylaling jr cari kasut pun takde yang berkenan. Maybe hari tu bukan mood shopping dia kot.

Tapi.....


Dalam pada tak berkenan tu pun.....

Mylaling princess seperti biasa tak peduli pun hal orang. Tak buat hal...






Dapat belon pun dah suka sangat hati dia. Seat belakang kereta tak putus dengan belon dia.

Sekian.... Setel kat sini. Tapi tak setel lagi agenda kami. 

Ada bende yang aku nak beli tapi tak sempat. Kononnya esok time balik KL tu nak repeat sini lagi. 

Hari last....

Cut story short...

Tak pegi balik JPO tu tapi port baru. Kononnya Malacca dah bukak Premium Outlet. Gugel punya gugel, tanya sana sini, konfem dah bukak tapi bukan nama MPO. Freeport A'Famosa Outlet aka FAO. Betul2 area A'Famosa Resort. Sesat barat jugaklah nak cari sebab terlajak simpang. 

Sampai sana dah agak petang, so orang dah ramai. Dah macam kat Giant pun ada. Hujan pulak tu. Feeling nak shopping tu takde. 

Tapi kat situ jugak lah mylaling dua beranak tu sakan membeli.



Aku.... plastik kuning tu je. Jeans. Beli tu pun sebab tak sempat nak beli kat JPO. Aku berkenan jeans ELLE kat situ tapi tah kenapa malas nak try. 

Habis je sessi tawaf sini, baliklah kami. 

Tamat lah sudah cuti tahun ini. Tahun depan errrr.... bulan depan jalan lagi. Kemana? Adalah....... 

Oh ya... sampai rumah dah malam. Malam tu dari kul 1am mlp muntah2. Kul 5am aku bawak gi hospital. Doctor kata angin..... Demam jugak lah dia. Nasib baik lepas makan ubat dia ok cuma tak berapa nak menyusu & makan sampai hari ni. Esoknya pulak aku pulak sakit perut & muntah2. Lepas tu ml & mlj pulak. Mc lah aku hari ni.... Tak tau lah silap makan ke apa. Nak kata food, mlp tak makan food kitorang. Ada orang kata demam urat sekali tu. Penat sangat....

Adios....










Cuti akhir tahun. Part 3 - Legoland

Aloha....

Amekau.... Entry kali ni ada part 1 part 2 part 3 lagi.

Cuti akhir tahun. Part 1
Cuti akhir tahun. Part 2 - USS

Ok, semalamnya dah penat meround kat USS, balik pun lambat... pagi tu lemau je nak bangun. Nasib baik Legoland tu tak jauh sangat dari hotel. Dalam 25min. So arrange shuttle hotel tu pukul 9.30am.

Pagi tu turun breakfast taklah awal sangat. Turun kul 8 tapi dah ramai orang.

Legoland ni aku pun tak pasti idea sape. Tapi bak kata mylaling, alang2 dah sampai Johor, pegi je lah. 

Kami ambik 1 day combo package - theme park & water park RM150/person. Untuk mylaling princess kena RM11 untuk swimming diapers 2 keping. 


Plan asal nak masuk theme park dulu sebab taklah berat nak pikul baju basah nanti. Tapi bila nak masuk theme park tu, budak jaga entrance tu advice masuk water park dulu sebab dia kata kalau hujan petang water park akan tutup 100%. Tak boleh refund or change date.

Makanya kesitu dulu lah kami. Park dia sebelah2 je tapi lain entrance. 

Seperti biasa, mlp memang suka sangat main air. Tapi tak banyak tempat lah dia boleh main pun. 


Cuaca hari tu pulak panas, berbelang lah dia lepas mandi tu.

Tak lama pun kami kat dalam tu. Pukul 1 lebih tu dah keluar pegi pulak ke theme park. 

Sebelum masuk theme park tu, makan dulu. Kat luar tu ada few kedai makan - The chicken rice shop, kfc, burger king, secret recipies. Aku makan nasi ayam sebab ingat nak suap mlp sekali. Alih2 dia lak tidur dalam tu.



Lama jugak lah kami duk lepak kat situ sampai dia bangun. Air entah berapa kali refill.

Dia bangun je, pegi solat dulu baru masuk dalam park. Kat dalam park tu pun ada surau so tak perlu risau. 

Nama dah Legoland, memang bersepah2 lah lego kat situ. Semua patung2, deco2 dibuat dari lego. Dalam waterpark tu pun bersepah2 lego dalam air. 













Kalau nak ambik gambar satu2 memang banyak lah.

Kat situ bukan setakat ada miniature park tapi ada jugak ride. Seperti biasalah mlp tu kan kemetot sangat so takde lah ride yang dia boleh naik. Kecuali train keliling taman tu.



Ok lah.... Dapat jugak hilang penat sambil duduk dalam train. Si abang nya dari awal masuk dah lesap ke mana.

Taman besar, cuaca panas... memang mengundang kepenatan lah. Tapi demi anak2..... kugagahkan jua.

Shuttle hotel akan ambik kami kul 6.30 tapi kul 5 aku dah habis round. Ekceli tak habis pun, skip2 je. Tapi sempatlah mlp nak main. Cari tempat2 ber aircond je bawak dia masuk.



Macam dah besar sangat main block tu. 

Sebelum keluar tu masuk dulu kedai lego. Semuanya lego. Semuanya mahal. Mungkin aku ni bukan peminat logo & miniature so aku rasa mahal lah. Orang lain aku tengok selamba je shopping bertroli2. 



Termasuklah si kemetot ni. Tau pulak tu ambik barang masuk dalam troli. Yang mak nye ambik balik letak kat rak. 

Habis lah sudah aktiviti hari kedua kami. 

Esok story aktiviti lain pulak ye. Shopping time...

Adios...
 
 

















Saturday, December 26, 2015

Cuti akhir tahun. Part 2 - USS

Aloha....

Sambungan entry terdahulu...
Iternary sepanjang bercuti kesana berubah2. Mulanya plan gi cover area JB dulu pas tu baru USS then the next day round Sentosa Island. Pas tu tukar pulak. 

So, 1st day tu gi USS dulu. 

Perjalanan kami kesana diuruskan oleh manager hotel tempat kami stay tu. Aku tak sure under pakej hotel atau dia tolong uruskan sebab takde pulak orang lain yang join. Tapi arrangement memang buat dengan dia lah.

Kami kesana naik bas persiaran. Sangat selesa sebab kami je. Pas tu bas ada ambik 1 family 4 org lagi on the way ke sana. Masih selesa.


Bas ambik kami jam 8am. So, kenalah breakfast awal sikit. Kul 7 kami dah turun breakfast. 

Perjalanan kesana hari tu ambik masa 3 jam jugaklah. Itupun termasuk check in kat Imigresen Johor & Singapore. Laluan Johor-Singapore Causeway katanya seperti biasa jem. Kata driver tu jem macam tu sempat tidur. Tapi sebab bukan kami yang drive so kurang sikit terasa. Ramai jugak yang jalan kaki. 

Dalam bas, driver dah siap2 kasi white card untuk kita isi details. Sorang satu. Kad tu nanti tunjuk kat Imigresen Singapore. Nanti dia koyakkan separuh keratan kad tu, separuh lagi kita kena simpan. Balik nanti kena kasi kad yang separuh tu balik.

Kalau kat imigresen Johor, senang je. Passport kita scan je. Kat Singapore tu yang cop. Masa kat Johor tu aku masuk lane scan. Aku dukung mylaling princess. Rupanya kalau dah scan sekali terus kena keluar. Tak boleh scan lagi sekali untuk mlp. Nasib baik ada pegawai dekat2 situ so dia bawak aku kat kaunter. 

Basically urusan kat kastam semuanya smooth. Cuma masa kat imigresen Singapore tu urusan aku dengan kastam tu lambat sikit sebab aku dukung mlp. Bukan sebab ada problem apa, tapi sebab borak dengan pegawai kaunter tu. Borak pasal anak. Anak dia pun sama nama Marissa & sama umur jugak. My laling dah cuak kot ada apa2.

Sampai kat bas balik semua dah ada. Aku ingat aku paling lambat. Rupanya........... 2nd driver lak sangkut. Kena tahan kastam sebab bawak rokok 2 kotak. 

Lorrr.... sebelum sampai imigresen Johor tu 1st driver dok pesan dengan kami, kalau ada bawak rokok, kena bukak. Jangan simpan dalam kotak. Last2 assistant dia buat hal. Orang baru, tengah belajar...

Adalah 15-30 min kami tunggu. Nasib baik lepas. Kalau tak 1st driver nak tinggal dah dia. 

Sampai kat USS jam 11am. Kira dah lambat jugaklah. Driver kata kul 7pm dia datang ambik. Semua kena ada sebab dia tak boleh tunggu lama. Nanti kena halau. Bukannya boleh tunggu tepi2 jalan macam tu. Dia hantar & ambik kami pun kat basement parking. Memang tempat drop & pick up penumpang. 

Disebabkan hal 2nd driver tadi tu, kami pakat dengan family 1 lagi tu untuk extend time. Mintak dia ambik kul 8. Nasib baik driver kata ok. 

Sebelum masuk USS perkara wajib, ambik gambar kat globe USS tu. Tapi disebabkan orang dah ramai maka gambar kat situ main snap ikut dan je.



Gambar family depan tu belum upload dari kamera, so tepek gambar ni dulu.

Dah masuk, cari kaunter express pass. Memang dedi dia dah janji dulu kalau masuk sini memang nak ambik express pass untuk dia. Kalau tengok orang time tu memang kena ambik kalau tak, tak tau sempat ke tak nak naik semua ride.

Express pass ni untuk fast lane. Maknanya tak perlu beratur lane yang ramai2 tu. Terus masuk je. Selalunya express lane ni tak ramai. Kalau kena tunggu pun dalam 10 min je. Kalau tak, terus dapat ride. Pass ni ada 2 jenis. Express pass & unlimited express pass. EP ni untuk express lane tapi 1 time for each ride. Makna nya, boleh guna sekali je express. Kalau nak repeat kena beratur kat lane biasa. UEP pulak boleh repeat banyak kali kat lane express. Masuk-keluar-masuk balik, boleh guna express lane. Gerenti orang yang beratur panjang tu bengang giler. Yelah, derang masih beratur, yang express ni dah naik 2-3 kali.

Sebelum pergi sana aku gugel harga pass ni SGD50 (EP) & SGD70 (UEP). Tapi time pergi hari tu dah naik SGD70 & SGD90. Peak season kot.



Tapi pass ni kami ambik 2 je untuk bujang2 2 orang tu. Mylaling jr & kazen dia. Kami ni tak payah ambik sebab bukannya main pun. Abih2 naik Transformer tu je sebab semua kata wajib naik tu. Memang best....

Untuk sorang pun tiket dah mahal, ambik express pass lagi lah.... Untuk mlj je dah RM500 (Entrance RM230+ UEP RM270).

Overall kat dalam tu memang best lah. Mlp pun memang tak buat perangai lansung walupun tak dapat naik ride. Dia dapat naik merry go round je. Itupun abang dia bawakkan. 



Dapat belon pun dah suka sangat hati dia.

Stroller & carrier memang sangat2 membantu.  Kalau bukan dia yang duduk , boleh jadi tempat letak barang. Ada je stroller yang boleh kita sewa kat sana tapi aku bawak sendiri sebab lagi selesa. Stroller mlp ni boleh front & back facing. 




Bab makan kat dalam tu kena pandai2 tengok tempat. Ada halal & non halal. Check dulu. Harga pun mahal lah kalau nak convert balik duit kita. Semua bende pun mahal kalau nak kira duit kita, so pejam mata, beli je lah. Kalau food tu harga SGD10, tak payah lah nak compare duit kita. Anggap je lah macam 10 henget. Kalau tak, lapar lah.... Food tak boleh bawak masuk. Tapi aku hari tu lepas je bawak roti. 

Hari tu aku makan set Chicken 2 pcs + fries & mylaling pulak ambik chicken sandwich. Portion yang mengenyangkan. Add soft drink 1. Total SGD23.50. Setiap entrance ticket dapat meal voucher SGD5. So aku hanya bayar SGD13.50. Walaupun hakikatnya makan tu je dah 40 hengget lebih.

Untuk orang2 macam aku ni yang tak berapa main sangat memang lah macam boring je nak kena tunggu. Tapi bagi aku, tak penat pun sebab banyak tempat lepak. Toilet pun banyak tapi takde air kat  dalam toilet. Kat sink je so pandai2 lah... 

Surau pun ada 1 je. Kecik pulak tu. Kalau lelaki maybe senang lah sikit nak solat kat mana2 tempat lepak. 

Apa lagi ye.....

Haaaa... ada 1 ride ni, Juarassic park kalau tak silap, ada air. So kita akan basah. Silap2 kuyup luar & dalam. Nasib baik dah standby baju ujan beli kat econsave RM2.50. Kat situ jual SGD4 or RM12. Pakai buang je hoccay. Selamat sibujang2 tu dari basah. Bukannya last ride pulak tu. Lepas dari tu banyak lagi ride. Tapi time dah nak balik tu derang repeat balik without baju hujan, habis... balik dengan baju basah. 

Kat dalam tu memang best. Dari mula masuk sampai nak balik, memang penuh dengan fun. 








Time balik tu hazab sikit. Hazab dengan jem kat Tambak Johor tu. Pas tu bas rosak pulak. Nasib baik dah sampai Johor. Kena tunggu bas lain ambik. 

Sampai hotel kul 12.30am. Baru terasa penat. Pas tu nak kemas2 untuk ke Legoland esok pagi nya. Yang tu guna shuttle hotel. Tiket & transport pun hotel yang arrangekan. 

Tapi ni aku citer next entry ye.....

Adios...
 
 















Cuti akhir tahun. Part 1

Aloha....

Berakhir sudah cuti kami sekeluarga tahun ni.

Cuti yang paling best & paling penat. Cuti 4 hari, 3 hari full dengan aktiviti. Tapi sangat2 best.

Agak lama jugak aku tak bercuti. Lepas mylaling princess ada, abang dia pun nak exam, memang tak kemana.

Now, abang dah habis exam, adik dah  besar sikit, bolehlah buat plan.

Macam aku citer last post, cuti kali ni plan ke Johor. Ekceli stay kat Johor - Pulai Spring Spa & Golf Resort. Apartment 3 bilik. Kalau dengar manager dia citer pasal resort tu, banyak benda yang boleh explore. Clubhouse, sport centre, cineplex, 3 pool, jakuzi & sauna. 















Pic aku amik dari webpage resort ni sebab aku memang tak sempat pun nak snap.

Memang cantik cuma tak sempat nak enjoy facilities kat situ sebab busy dengan aktiviti kat luar. 

Ok, aku citer dari hari pertama aku cuti ye....

Aku bertolak dari KL hari ahad 20/12. Memang plan nak singgah makan kat Melaka. Asam pedas lah, apa lagi. Set dengan kawan sekolah kat sana. 

Sampai sana kul 1 lebih. Lewat sikit sebab banyak menyinggah.

Kami singgah kat Restoran Asam Pedas Ani Ayer Keroh. 

Time aku sampai tu memang penuh meja. Yang menunggu pun ramai. Bila dah dapat meja, punyalah lama nunggu derang nak kemas meja tu. Overall masa menunggu food sampai adalah 1 jam lebih. Fine..... Nasib baik sibuk borak so tak rasa sangat lamanya. 

Kami order simple je. Ikan yang tinggal time tu Jenahak & kembung. So ofkos lah amik jenahak. Konon nak amik sebelah je tapi tinggal bahagian kepala atau sekor. Amiklah sekor... Bapak besar untuk mentekedarah 5 orang. Tapi habis je.....

Cuma frust sebab rasa tak lah seindah khabar sangat. Kuah cair. Tapi kuah yang dia asing dalam mangkuk lain tu sedap. Cumanya kosong. Bendi sumer takde. 

Sayur kami amik taugeh & kangkung. Pas tu telur dadar. Ingatkan datanglah 1 set dengan ulam, telur masin, sambal ke... Takde pun. 

Tengah makan tu ada lagi orang datang. Dah pukul 3- 4 masih tak putus orang tapi lauk dah habis. Memang femes lah kot tempat ni.

Time bayar, baru lah tauke tu citer yang lauk habis. Lauk tengah on the way tapi kereta bawak lauk rosak. 

Kawan aku kata selalunya tak lah macam ni. Kalau asam pedas tu memang power & cukup rencah. Bukan rezeki kami kot.

Total makan hari tu RM154.00. Nasib baik puas makan ikan tu. Sampai korek mata.

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke destinasi dalam hujan lebat.

Keesokan harinya kami ke USS. Next entry aku citer ye.... 

Adios....



Tuesday, December 15, 2015

Mood cuti

Aloha....

Lama gila tak menghapdet. Story ada, kerajinan tiada. Nak2 si princess sorang tu dah pandai nak mintak main henfon. 

Kalau henfon aku, ofkos dia nak dengar lagu ABC dia. Kalau henfon dedi dia, purak2 on the line. Beriya2 dia cakap pas tu dia pass kat dedi dia. Dedi dia cakap sepatah dua, pass balik kat dia. Dia sambung balik cakap. Bila ada wasap nya notification masuk, dia pass kat dedi dia balik.

Tu pasal jugak kadang2 aku tak reply or join group borak. 

Ok.... Kali ni nak story pasal jenjalan. 

Next week aku dah start cuti seminggu. 21-24/12. Ekceli amik 3 hari je tapi bersambung dengan public holiday & weekend. 

Kali ni nak ke selatan pulak... Penat dah berulang ke pantai timur je. Nak tukar angin pulak.

Kemana?

Dah ada passport, apa lagi.... Terus ke seberang tambak lah.

Nak bawak mylaling jr & mylaling princess jenjalan ke USS Singapore. 

Plan nak ke situ dah lama. Bukannya aku nak pegi. Tapi sebab mylaling dah janji dengan mlj kalau dapat good result time PMR nak bawak pegi situ. Itu pun sebab sebelum tu dedi dia pegi sensorang, nak kaver balik, buat janji dengan anak. Sekali... Amekau.... Straight As dia kasi.

Tapi lepas tu tak berkesempatan nak bawak sebab aku peknen & dia dapat offer asrama. La ni dah abis SPM, kena tunaikan lah jugak.

Tak tau lah apa bestnya kat sana tu nanti. Balik nanti aku story.

Oh ya.... Lepas USS tu, nak masuk Legoland pulak. Ni aku tak tau nak lepaskan hajat sape. Bukan aku.... 

Ikutkan aku....... Disneyland.

Takpe.... Kayuh pelan2. Mula2 sini, pas tu sikit2 kita plan yang jauh2 pulak. 

Korea, NZ, Europe..... Tunggu aku datang. 

Oh ya... Tak lupa Bandung jugak.

Adios....