Saturday, December 26, 2015

Cuti akhir tahun. Part 1

Aloha....

Berakhir sudah cuti kami sekeluarga tahun ni.

Cuti yang paling best & paling penat. Cuti 4 hari, 3 hari full dengan aktiviti. Tapi sangat2 best.

Agak lama jugak aku tak bercuti. Lepas mylaling princess ada, abang dia pun nak exam, memang tak kemana.

Now, abang dah habis exam, adik dah  besar sikit, bolehlah buat plan.

Macam aku citer last post, cuti kali ni plan ke Johor. Ekceli stay kat Johor - Pulai Spring Spa & Golf Resort. Apartment 3 bilik. Kalau dengar manager dia citer pasal resort tu, banyak benda yang boleh explore. Clubhouse, sport centre, cineplex, 3 pool, jakuzi & sauna. 















Pic aku amik dari webpage resort ni sebab aku memang tak sempat pun nak snap.

Memang cantik cuma tak sempat nak enjoy facilities kat situ sebab busy dengan aktiviti kat luar. 

Ok, aku citer dari hari pertama aku cuti ye....

Aku bertolak dari KL hari ahad 20/12. Memang plan nak singgah makan kat Melaka. Asam pedas lah, apa lagi. Set dengan kawan sekolah kat sana. 

Sampai sana kul 1 lebih. Lewat sikit sebab banyak menyinggah.

Kami singgah kat Restoran Asam Pedas Ani Ayer Keroh. 

Time aku sampai tu memang penuh meja. Yang menunggu pun ramai. Bila dah dapat meja, punyalah lama nunggu derang nak kemas meja tu. Overall masa menunggu food sampai adalah 1 jam lebih. Fine..... Nasib baik sibuk borak so tak rasa sangat lamanya. 

Kami order simple je. Ikan yang tinggal time tu Jenahak & kembung. So ofkos lah amik jenahak. Konon nak amik sebelah je tapi tinggal bahagian kepala atau sekor. Amiklah sekor... Bapak besar untuk mentekedarah 5 orang. Tapi habis je.....

Cuma frust sebab rasa tak lah seindah khabar sangat. Kuah cair. Tapi kuah yang dia asing dalam mangkuk lain tu sedap. Cumanya kosong. Bendi sumer takde. 

Sayur kami amik taugeh & kangkung. Pas tu telur dadar. Ingatkan datanglah 1 set dengan ulam, telur masin, sambal ke... Takde pun. 

Tengah makan tu ada lagi orang datang. Dah pukul 3- 4 masih tak putus orang tapi lauk dah habis. Memang femes lah kot tempat ni.

Time bayar, baru lah tauke tu citer yang lauk habis. Lauk tengah on the way tapi kereta bawak lauk rosak. 

Kawan aku kata selalunya tak lah macam ni. Kalau asam pedas tu memang power & cukup rencah. Bukan rezeki kami kot.

Total makan hari tu RM154.00. Nasib baik puas makan ikan tu. Sampai korek mata.

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke destinasi dalam hujan lebat.

Keesokan harinya kami ke USS. Next entry aku citer ye.... 

Adios....



No comments:

Post a Comment