Monday, December 28, 2015

Cuti akhir tahun. Part 3 - Legoland

Aloha....

Amekau.... Entry kali ni ada part 1 part 2 part 3 lagi.

Cuti akhir tahun. Part 1
Cuti akhir tahun. Part 2 - USS

Ok, semalamnya dah penat meround kat USS, balik pun lambat... pagi tu lemau je nak bangun. Nasib baik Legoland tu tak jauh sangat dari hotel. Dalam 25min. So arrange shuttle hotel tu pukul 9.30am.

Pagi tu turun breakfast taklah awal sangat. Turun kul 8 tapi dah ramai orang.

Legoland ni aku pun tak pasti idea sape. Tapi bak kata mylaling, alang2 dah sampai Johor, pegi je lah. 

Kami ambik 1 day combo package - theme park & water park RM150/person. Untuk mylaling princess kena RM11 untuk swimming diapers 2 keping. 


Plan asal nak masuk theme park dulu sebab taklah berat nak pikul baju basah nanti. Tapi bila nak masuk theme park tu, budak jaga entrance tu advice masuk water park dulu sebab dia kata kalau hujan petang water park akan tutup 100%. Tak boleh refund or change date.

Makanya kesitu dulu lah kami. Park dia sebelah2 je tapi lain entrance. 

Seperti biasa, mlp memang suka sangat main air. Tapi tak banyak tempat lah dia boleh main pun. 


Cuaca hari tu pulak panas, berbelang lah dia lepas mandi tu.

Tak lama pun kami kat dalam tu. Pukul 1 lebih tu dah keluar pegi pulak ke theme park. 

Sebelum masuk theme park tu, makan dulu. Kat luar tu ada few kedai makan - The chicken rice shop, kfc, burger king, secret recipies. Aku makan nasi ayam sebab ingat nak suap mlp sekali. Alih2 dia lak tidur dalam tu.



Lama jugak lah kami duk lepak kat situ sampai dia bangun. Air entah berapa kali refill.

Dia bangun je, pegi solat dulu baru masuk dalam park. Kat dalam park tu pun ada surau so tak perlu risau. 

Nama dah Legoland, memang bersepah2 lah lego kat situ. Semua patung2, deco2 dibuat dari lego. Dalam waterpark tu pun bersepah2 lego dalam air. 













Kalau nak ambik gambar satu2 memang banyak lah.

Kat situ bukan setakat ada miniature park tapi ada jugak ride. Seperti biasalah mlp tu kan kemetot sangat so takde lah ride yang dia boleh naik. Kecuali train keliling taman tu.



Ok lah.... Dapat jugak hilang penat sambil duduk dalam train. Si abang nya dari awal masuk dah lesap ke mana.

Taman besar, cuaca panas... memang mengundang kepenatan lah. Tapi demi anak2..... kugagahkan jua.

Shuttle hotel akan ambik kami kul 6.30 tapi kul 5 aku dah habis round. Ekceli tak habis pun, skip2 je. Tapi sempatlah mlp nak main. Cari tempat2 ber aircond je bawak dia masuk.



Macam dah besar sangat main block tu. 

Sebelum keluar tu masuk dulu kedai lego. Semuanya lego. Semuanya mahal. Mungkin aku ni bukan peminat logo & miniature so aku rasa mahal lah. Orang lain aku tengok selamba je shopping bertroli2. 



Termasuklah si kemetot ni. Tau pulak tu ambik barang masuk dalam troli. Yang mak nye ambik balik letak kat rak. 

Habis lah sudah aktiviti hari kedua kami. 

Esok story aktiviti lain pulak ye. Shopping time...

Adios...
 
 

















1 comment:

  1. seronoknyaaaaa yayish main lego. penat sgt nmpknya yg pic tido tu. huhu.

    ReplyDelete