Thursday, March 31, 2011

Orang lain kata (lagi)

Aloha...

Mmmm.... 2-3 minggu lepas ada org menyampaikan sesuatu pada aku. Dia kata, ada org kata yang :-

1) Aku suka merajuk - ye, aku tau.
2) Aku suka mintak2 kat laki aku... dgn erti kata lain menghabiskan duit laki aku.

Hari ini ada jugak aku terima kata2 yg lebih kurang sama dari seseorang. Cuma orang yg dulu menggunakan perkataan2 yg melampau dan yg kali ni dgn kata2 yg agak lembut skit tapi berdesing jugaklah.

Bezanya dulu aku sikit pun tak ambik kisah dgn apa yg dia cakap. Sebab, orang itu tiada kena mengena pun dalam hidup aku. Dia (orang itu) berkata2 atas dasar dengki.

Tapi, kali ini disebabkan dia yg aku anggap sebagai sahabat dunia & akhirat. Sebagai teman tapi mesra suka & duka, so ia ada memberi sedikit kesan buat aku.

Sebenar2nya.....

Aku bukan nya jenis mengikis duit laki aku walaupun sudah ada perjanjian berdarah apa yg aku nak, dia akan kasi. Masa dia kenal aku pun sudah ada cop kat dahi aku ni, "SUKA MEMBELI a.k.a SHOPPING".

Aku terpaksa mintak kat laki aku sebab dia ibarat banker bergerak buat aku. Kad atm aku dia yg pegang atas sebab2 tertentu. Bila nak duit aku mintaklah. Tu yg nampak macam aku mintak duit dia. Aku mintak duit aku tapi kalau dia kasi duit dia, takkan aku menolak.

Kalau aku mintak dia belikan apa2 pun sebenarnya maksud aku, gunalah duit aku. Tapi kalau dia guna duit dia, aku sikit pun tidak akan membantah. Ciri2 isteri mithali aku ni.

Aku pun tidak pernah mintak bende2 yg di luar jangkauan. Sekadar mintak Blackberry atau Suzuki Swift, masih ok lagi. Tidak lah sampai KLCC atau Ferarri....

Buat org yang dengki itu, tidak perlulah nak dengki kan aku. Tiada apa yg lebih pada aku. Aku hanya dapat apa yg aku mampu...

Buat kawan aku tu..... "Oooooo banyak cakap ye.... mau kena cium cubit??!!"

Note : PhD....

Wednesday, March 30, 2011

Orang kata....

Aloha....

Hari ni nak cerita pasal apa orang kata.

Orang kata.... kalau makan, kena habiskan. Kalau tak rezeki akan lari.

Orang kata.... menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sori yg itu aku tak tau maksudnya.

Orang kata.... jika bulu mata gugur, maknanya ada org rindu. Tolong jangan ada sesiapa rindu kan aku. Nanti botak pulak bulu mataku, terpaksa memakai bulu mata palsu.

Orang kata.... Berkasih biar satu. Ya, yang ini aku setuju.

Orang kata.... Hidup ini hanya sekali. So, perlukah kita buat apa yg kita mahu?

Orang kata....

Pedulikan apa yg orang kata. Apakah ada orang peduli dengan apa yang kita kata?
Perlukah kita dengar kata2 orang?

Aku.... suka hati aku apa pun apa aku nak kata. Suka hati aku apa pun aku nak buat. Jangan ada sesiapa yang nak mengata.

Note : Aku....................

Tuesday, March 29, 2011

White Lion - When the Children Cry (official music video) HQ

YA TUHAN....
JANGANLAH KAU BIARKAN AKU TERPESONG

YA TUHAN....
JANGANLAH KAU BIARKAN JIWA KU KOSONG

YA TUHAN....
JANGANLAH KAU TARIK SEGALA APA YANG ADA PADAKU

YA TUHAN....
JIKA IA KEPUNYAANKU, KAU KEKALKANLAH BEGITU HINGGA AKHIR HAYATKU
JIKA DIA JODOHKU, KAU KEKALKANLAH AGAR DIA TERUS MENYAYANGI DIRIKU

YA ALLAH....
KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA-DOSA KU


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Saturday, March 26, 2011

Avril Lavigne - When You're Gone

Premium Beautiful

Mornink....

Alang2 (rindu pulak kat Dato Alang) dah berblogging pagi2 hari ni, buat lawatan tak rasmi lah kat blog2 lain. Yang skema2 tu, aku skip2 je lah.

Ada 1 blog ni citer sal PB ni.... Tau bende ni wujud dah lama, tapi apesal hari ni lak boleh meleleh air liur baca sal bende ni. Macam dah terpengaruh gitu. Sebab aku tau, blogger sorang ni memang jujur bila berkata2 walaupun kata2 dia byk berunsurkan 18SX.



Maunye tak terpengaruh, lepas pakai PB ni minah tu boleh sarung skinny jeans you.... Stock jeans2 aku tu banyak dlm lemari. Antara nak pakai or tak je..(Yolah tu makcik... ckp je lah bile sarung je, tersekat kat peha).

Dulu2 aku ada jugak beli korset2 ni. Long korset, short korset, body korset... sumer aku ada. Tapi.... (no reason selain malas). Seksa siot nak pakai. Sampai tergolek2 nak menyarungkan korset tu. Pernah sampai EL sebab dah lambat....

Rasa cam tak sabar je nunggu darling balik. Time ni lah rasa cam rindu je nak dia balik... Sambil2 tu mintak tolong pakcik gugel survey harga set PB ni. Ambik kau!!! RM2366. Boleh kan darling. Ala... dari u nak habiskan duit antar I gi slimming centre tu (sure I kena ambik lebih dari 50 session or lebih lagi). Tak sangka u pun terpengaruh dgn iklan2 tu....

Mana tau lepas pakai tu, aku dah selim melim, boleh beranak lagi... Dari nak habiskan berpuluh riban tapi tak beranak2 jugak. (Tgk!!! aku dah emo sal bende ni lepas dpt kol dr kwn aku tu. HEPI KAMU??!!)

Sebelum aku ter emo lebih, baik aku blah dulu. Aku nak cari baju2, jeans2, mini skirt2 (ooppsss... lupa sudah. Mini skirt sudah tidak blh pakai). Hehehe.... 3 thn sudah aku tukar imej ala2 perempuan solehah. Teringat kata2 maut dari darling jr (mesti bapak dia ajar nih!!)

"Klu ibu slim, mesti ibu tak pakai tudung kan.."

Nak kaver malu punya pasal, aku pun warning dia...

"Jgn nak laser org lain mcm ni tau!!"

Yelah... buat nye dia laser makcik2 dia yg masih lagi sexy mexy tu, sumpah, sampai tua dia takkan dapat birthday present dari dorang.

Note : Nak tunggu darling balik..... La la la (sambil try baju2 ketat)

Friday, March 25, 2011

La la la.....

La la la....

Hati aku berbunga riang....

La la la la.......

Note : Kan bagus begini

Thursday, March 24, 2011

Mahu bermuhasabah

Aloha...

Terngiang2 lagi ayat mamat hari tu..." sis ni kan sombong..". Gulp... terkedu aku.

Since dah ada orang cakap macam tu terang2an, so aku pun mula lah nak bermuhasabah kan diri ini. Walaupun bende ni dah pernah diberitahu berkali2 oleh darling 2 org tu.

Mula2 mari buat list:-

1) Org kata aku sombong - dah orang kata, aku terima je lah.
2) Org kata aku baran - ye saya baran, tapi itu dulu.
3) Darling kata, aku kuat marajuk - ye saya mengaku.
4) Darling kata, aku degil - ya betol. 10 markah buat darling.

Itu semua yg org kata.

Yang aku rasa pulak :-

1) Aku mudah kesian kan orang - WARNING!! Jangan ada yg cuba ambik kesempatan.
2) Aku pelupa - betul sangat2. Nasib baik aku tak lupa aku dah ada 2 org darling.
3) Aku pemboros aka kaki nyopping. - No komen.
4) Aku suka buat hal sendiri - Ok apa dari cari pasal dgn org.

Kalau setakat ni je list yg ada, kira ok lagi lah. Takde lah teruk sangat kan. Masih boleh diperbaiki.

Bak kata seseorang yg aku kenal :- "Jika sesorang itu anggap dia baik or perfect, cuba berdiri bogel depan cermin. Tengok diri tu, perfect ke tidak? Lawa ke tidak?"

Note : Cuma jangan ada yg cuba mencurah minyak pada api...

Saturday, March 19, 2011

Hari membeli & membelah

HA HA HA... (*evil laugh*)

Tulah.....
I ajak gi CH, u kata ramai orang.
I ajak gi Kuantan, u kata takut tsunami... (errr... logik ker?)
I ajak gi Nilai, u kata nanti habis duit beli barang merapu. (Mcm tau2 je niat aku)

Ok lah, kita gi Puchong je ye. Pas tu kita gi Midvalley, KLCC... paling cekai pun kita gi JJ.

Nah!! ambik u.....
Kat Puchong je RM1500 duit dia jadi korban. Hihihi.... (*menyengih aku*)

Esoknya... jalan lagi.
Kali ni up lagi... RM2k lak aku & junior belasah... Huawahahahaha...

Kalau kita gi holiday, busuk2 kita habis pun dlm RM1k. Now, sape rugi? Ada nyesal??

Lusanya nak jalan lagi.....
Terus dia tobat nasuha.

Sudah lupa agaknya yg kami2 ni kaki nyoping.

Inilah jadinya bila AKU MEMBELI DIA TERBELAH...

Note : Darling.... nati kita cuti lagi ye...

Friday, March 18, 2011

mood

Ggrrrr......

My mood ada sikit swing today.

Kalau lah aku boleh jerit mcm ni....



Maaf pada siapa2 yg terkena tempiasnya.....
Maaf pada siapa2 yg aku dah sound direct...
Maaf pada siapa2 yg aku tidak pedulikan....
Maaf pada siapa2 yg aku dah maki tadi......

PEGI MAMPOS PADA ORANG YG BUAT AKU MCM NI!!!!!

Note : Jangan nak tambah lagi..............

Thursday, March 17, 2011

Salah siapa?

HADOIIII!!!!!

Kepala ku sudah benjol. Tepat atas dahi. Nasib baik 2-3 hari ni takde date.
Sebab apa? Sebab kena palang besi papan iklan. HAZAB!!!! Hilang jap ingatan aku.

Ada pulak yg gatal mulut tanya aku... "Laaa..... u tak nampak ke papan iklan punya besar. Bergegar papan tu.." SHADAP U!!!
Dan ada pulak yang gelakkan aku. Tu 2 beranak tu. Masuk kereta boleh gelak guling2 kat aku. Nasib baik kamu laki aku. Klu org lain, naik penyepak dah tepat kat dahi. Nasib baik lah sorang tu je lah anak aku, klu tak dah lama makan kasut aku.
Hah!! Korang pun nak gelak?? Gelak... gelak.... aku sumpah kang.

Memang betul aku boleh nampak bintang kat kepala aku. Cuma time tu aku tak reti nak kira. Tengah biol.

Ini semua sebab longkang. Longkang punya longkang!!! Sebab kamu lah kepala aku terhantuk. Sebab aku tengok kamulah kepala aku dah benjol. Aku tengok bukan sebab kamu lawa. Bukan mcm Bretpit pun. Klu aku nampak muka org itu (!!??) kat dlm longkang tu aku percaya lah sebab muka dia memang macam longkang pun. Aku tgk kamu sebab aku nak melangkah. Sebab tgk bawah, atas aku abaikan.

PENING SIOT!!! SAKITTTTTT!!!!!!......

Sape patut aku salahkan? LONGKANG OR PAPAN IKLAN?

Note : Lompat apek depan ada longkang...

Monday, March 14, 2011

Dialog tak berapa nak romantik

Aloha....

Di suatu hari, di dalam kereta menuju ke destinasi.

Aku : (Sambil bijik mata melirik pada Alphard) You, apa kata u upgrade kan my car to Alphard or Caldina

Dia : Apa kata u ugradekan u jadi Beyonce or JLo....

MAIN KASAR NAPAK!!!!

Note : Hisshhhh!!!! Tak boleh ke dia mengiyakan je kata2 aku.

Sunday, March 13, 2011

Jumpa kawan lama

Aloha....

Sepatutnya entry ni aku nak join venture dgn entry sebelum ni. Konon2 nak buat 3 in 1 tapi mcm panjang sangat. Nanti ada pulak yg migrain... (Mcm ada yg baca...)

Kali ni aku nak cerita sal reunion sekolah aku.

Walaupun dah diconfirmkan awal untuk pergi, tapi hati ni rasa macam tak nak pergi. Kenapa? Aku tak pasti. Ramai yg memujuk untuk pegi.....

Kena pulak daddy masuk spital.... So, hati lagi rasa berat nak pegi. Hinggakan sejam sebelum pegi tu baru dpt decide. Pegi jugak akhirnya. (Byknya pegi daa....)

Yup... selalunya (bagi aku lah) klu satu bende tu aku rasa mcm tak syok je utk join, akan jadi sebaliknya. Memang betul.....
Bila dah sampai sana, happy nya aku dapat jumpa dorang2 sumer. Sampai darling pun aku tinggal2kan. Sampai aku lupa aku ada laki... Sungguh tidak baik aku ini. Nasib baik dia boleh masuk kat mana2 pun. Last2 dia buat mcm tempat dia pulak. Dia yg sibuk2 borak dgn cikgu2, bekas2 cikgu & entah sesiapa kat sana. Aku rasa dia pun sudah lupa, dia datang dgn aku.

Food yg dihidangkan, masakan kampung. Pergghhh.... malatop pedasnya.

Ramai batch aku yg datang. Ada yg kenal, ada yg berubah. Kebanyakkan masih kenal aku. (Erti kata lain... aku masih maintain) Walaupun dorang kata rupa aku mash sama tapi masih ada terang2an kata saiz aku sudah berubah. Sungguh tak sayang mulut orang itu. (Itu salah satu sebab kenapa aku tak nak pergi)

Nasib baik niat aku untuk pergi sorang tidak dipakai guna. Kalau tidak mau aku menangis tengah jalan. Mungkin jugak hantu pocong yg akan temankan aku... Ampunnnnn.
Jalan kesana sungguh tidak berubah. Masih berbelok2. Masik gelap gulita. Sumpah kalau aku drive sorang, memang aku gila.

Berbagai acara, berbagai rupa, berbagai cerita.....
Semuanya happy belaka. Terus lupa dengan duka......
Ada yg aku nak sangat jumpa, ada yg aku sudah lupa....
Kakak angkat, abang angkat.... kawan2 semua tak akan aku lupa...
Aku sayang kamu semua....

Buat cikgu2 yg sangat berjasa...
Jasamu aku kenang sampai bila2....

Note : AKu nak jumpa kamu semua lagi....

2 in 1

Aloha....

Seperti tajuk diatas, blog hari ni adalah 2 in 1. Ada 2 cerita dlm 1 entry.

Minggu ini adalah minggu yg sgt happening....

Kisah 1

Minggu ini ofis ada buat stress test utk system baru. Aku pun kurang paham motip buat test tu. Langsung aku x stress... Sori lah boss klu kamu nak buat staff kamu stress, aku rasa bukan aku kot. Aku peduli apa sumer tu.... 2 jam buat test tu kamu ingat aku buat? Hihihi...... Dan aku harap bile system ni dah live, darling dah kasi green light utk aku berenti keje. Tentu kamu stress nak cari penganti staff mcm aku.
Tapi nak cerita sal ofis ni buat aku stress. Nak nak pulak esok dah hari Senin. Stress.. stress....

Kisah 2

Hari khamis baru ni, tgh syok2 bershopping lepas kerja (3 hari pujuk darling, 2 hari buat plan mcmana nak pujuk darling), dapat kol dr sister, daddy sakit. Mum kol, kata tgh tunggu ambulance. Oh God....
Patutlah since pagi hati ni rasa lain mcm. Asyik terpikirkan my dad. Sumpah aku tak pernah doakan bende tak baik buat dia tapi hari itu terdetik kat hati aku dia sakit. Aku terbayang2kan dia sakit. DEMN!!! Kenapa mesti aku terpikirkan bende2 tu sumer. Setiap kol yg masuk masa aku kat ofis, aku rasa berderau je, terpikirkan berita yg kurang baik.
(Nasib baik sempat beli brg yg aku nak), kami terus balik, pack baju apa yg patut terus blk kampung. Aku rasa setiap 5 km aku kol mum. Nasib baik ada aunties, uncles, cousins & nebers yg sungguh2 ambik berat. Habis sumer org2 diatas iring daddy sampai hospital.

Katanya my dad tiba2 kata sakit & tak sedar. Dia meronta2 sakit. Nasib baik mum sempat kol neber & my uncle.

Aku sampai hospital tepat jam 12 am. GOSH.... ramai nye kat sana. Darling park betul2 depan emergency ward. Aku bukak kereta tapi kaki aku tak terlangkah sikit pun utk keluar. Kenapa ramai ni??!!

Aku gagahkan jugak. Masuk dalam dorang memang tgh tunggu aku. Yelah, aku sorang2 anak yg sampai dulu. Yg lain aku tak pasti. Yg penting aku dah sampai. Aku tak nampak mana mum. Dorang sumer suruh aku masuk tgk daddy. Ramai org kat sana. Ada yg aku tak kenal, menangis2.... Aku rasa aku tak nak masuk.

Ooooooo... yg nangis2 tu memang takde kena mengena dgn kami. Yg ramai2 kat luar tu pun takde kena mengena dgn kami. Ada orang meninggal rupanya. Org tu sebelah katil daddy. Takziah buat famili dorang. Muda lagi.....

My mum ada kat luar sebab dia pun dah tak berapa kuat utk tengok keadaan my dad. Kat dalam ramai keliling katil dia. Ada yg baca Yasiin, ada yg tengah mengipas. Daddy bukan setakat tak sedar, tapi dia meronta2 sakit. Dah 3 kali doctor masukkan ubat tidur tapi hanya dapat tahan untuk tak sampai 1 jam. Ada yg tahan 10 minit aje. Sampaikan dorang kata tak boleh lagi takut over dose.

Sukur, bila aku panggil dia kenal aku......

After 1/2 jam aku sampai, dorang masukkan daddy ke ward. Then baru kakak, abang & adik aku sampai. Mlm itu darling, adik & abang tunggu daddy kat ward. Aunty ckp, kena 3 org tunggu. Sorang dlm ward, 2 org kat luar. Then blh ambik turn. Yg penting 2 org mesti kat luar... Macam keras je bunyi nye.

Aku & kakak balik rumah teman mum. Mum dah balik dulu sebab dah tak larat. Aku tunggu until kul 2 am. Daddy masih meracau2. Dia mau balik. Akhirnya dia tidur jugak.
Esok pagi2 lagi aku & kakak ke hospital untuk ambik turn jaga. Adik & abang aku kena balik kl. Pukul 4.30 dorang dah bailk coz nak kerja. Aku rasa untuk ambik turn, eloklah dorang gi kerja. Atleast nanti dorang pulak boleh cuti.

After breakfast dgn darling, baru perasan road tax mati 12/3/11. iaitu esoknya. Alamak, Sabtu mcmana nak renew r/tax. So darling terpaksa balik jgk ke KL. Samada tukar kereta or renew r/tax. Sambil tu boleh ambik darling jr sekali. Sebab esoknye jugak aku ada reunion sekolah. Klu r/tax takder, mcmana aku nak balik dari dinner. Aku kena sampai rumah sebelum kul 12 if not junior kata, kereta aku akan bertukar jadi labu.

Daddy dah ok. Dah sedar tapi masih lemah. Doctor hanya kata dia gastrik, sebab setiap ubat yg doctor kasi tu ubat gastrik dan dia ada respons dgn ubat tu. Well... kamu doctor, aku terpaksa percaya walaupun aku tak percaya.

Daddy dah discharge tapi memory dia tidak seperti dulu.....

Next aku cerita pasal dia & kisah2 yg dia ingat.

Terima kasih jiran, aunties, uncles & cousins sumer sebab bersusah payah. Ada yg tunggu hingga jam 2 pagi. TERIMA KASIH....

Note : *terkesima*.......

Tuesday, March 8, 2011

Email buat Azim

Salam Azim,

Macamana Azim disana? Rindukan ibu? Ibu rindu sangat2 kat Azim darling. Abang & Ayah too.

Jam sekarang dah pukul 11.45pm. Lagi beberapa minit je birthday Azim darling. Tahun ni Azim dah 5 tahun. Dah sekolah. Abang Adam kata Azim boleh masuk Q-dees. Belajar pandai2 macam abang.

Azim Darling,

Dah lama ibu tak berborak dgn Azim. Banyak sangat cerita.... Mana ibu nak mulakan ye?

Ok, mula2 ibu nak cerita pasal Abang. Adik tau kan Abang dah sekolah menengah. Dah jadi remaja sekarang. Abang sekarang ni tengah dlm practical jadi pengawas. Yes, again.... Mula2 ibu tak nak kasi tapi bila fikir2, biarlah. Biar dia rasa ada tanggungjawab sikit.
Oh ya, sekarang ni pun every weekend Abang akan pergi practice memanah. So, bukan setakat Abang je dah gelap, dengan ibu sekali. Sepatutnya bulan April ni ada tournament tapi dia tak confident lagi. Maybe next year.

Now ibu cerita pasal ayah pulak. Ayah macam biasa je. Tapi lately ni dia busy sikit dengan kerja. Lupa pulak, semalam anniversary ibu & ayah. Abang belanja kami dinner. Kesian Abang korek duit tabung. Berdenting2 dengar syiling keluar. Ibu tengah sembahyang pun rasa macam nak gelak. Time dia bayar, rasa tak sampai hati pulak.

Azim taukan tak lama lagi kita akan berpindah ke rumah baru. Now rumah tu still under renovation. Ibu akan sediakan bilik untuk Adik jugak. Nanti Adik datang tau. Adik nak bilik colour apa? Ibu just letak single bed je ok tak?

Azim,

Esok Azim buat apa kat sana? Mesti meriah birthday Azim dengan kawan2.

Hari Sabtu lepas ibu pergi visit Azim. I bought some white flowers. Your favorite I guess. Masa beli tu ada pink flowers. Cantik sangat, but Abang kata Azim mesti tak suka. Like gugirl, he said.

Sayang,

Azim taukan ibu sayang sangat kat Azim. Walaupun kita tak pernah ada kenangan di sini, tapi ibu tetap rindu kan Azim. Kadang2 ibu teringin sangat nak mimpikan Azim. Ibu nak peluk Azim. Ibu pernah mimpikan Azim tapi ibu tak tau kenapa ibu tak pernah kenal rupa Azim & Azim tak pernah sekali pun bersuara. Tapi ibu tau itu Azim. Azim pernah kiss pipi ibu kan? Then, ada one day tu Azim follow ibu jalan2. Time tu ibu drive, Azim & Abang duduk kat belakang. Ibu cuba nak tengok Azim thru cermin depan but still tak boleh.

Kenapa susah sangat Azim nak muncul depan ibu. Setiap kali lepas ibu mimpikan Azim, hati ibu rasa macam.... tak dapat ibu nak luahkan. Happy, resah, sedih.... semua bercampur baur.

Ibu seperti tidak mahu berhenti menulis untuk Azim. Tapi kemanakan surat ni ibu nak emailkan?

I love you so much darling.......

p/s : Sampaikan salam ibu buat teman2 Azim disana.

Monday, March 7, 2011

Hari kawen aku dgn dia

Aloha...

Mesti pelik kan? Hari tu kata nak bercuti dari segala aktiviti yg melibatkan pc/laptop/komputer. Alih2 lepas 5 hari muncul balik....

Hehehe....

LAPTOP ku sudah ok.
(**dlm hati ....... kenapa lah ko dah ok. kenapa lah ko tak rosak forever & ever until when-when.)

Aku terdengar desas desus my darling tgh survey kan laptop baru. Mestilah utk aku, takkan utk mak dia pulak kan... kan... kan....
Tapi bila yg lama dah ok, nampaknya terkubur lah impian aku.
Kalau aku kenal org yg repair tu, awal2 aku kol suruh dia baling bende alah tu kat atas jalan.

So, dengan erti kata lain.... AKU MASIH TAK DAPAT HADIAH ENIBESERI AKU...... dan aku masih mengharap.

Yes... hari ni enibeseri aku dan dia.... Yg ke berapa??? Mmmmmmmmmm..............

Tak ada yg special pun. Seperti biasa, hari ni hari Isnin. Aku kena tunggu dia habis meeting sampai pukul 8pm. Kenapalah hari ni aku terajin pulak nak tunggu dia. Kenapa aku tak drive ajer?? Kan padan dgn muka aku, duduklah kat ofis yg sejuk lagi dingin ni.
(**Puan hantu, tolong jgn kacau saya. Sy tau kamu sudah tahu masuk lift turun tingkat 13 ni. Klu kamu mahu overtime, datang saje esok...)

Sempena enibeseri aku hari ni, seperti biasalah, aku berangan macam2....

-Aku nak bodek dia DSLR
-Aku nak mintak dia LAPTOP... (tak payah lah sebut bende yg takkan dapat)
-Aku nak sebijik beri hitam (bukan kek beri biru hoccay!!!)
-Nak tambah baby... (Wei!!... gediks gatal sungguh ayat ini)
-Dan yg paling penting (korang baik ambik baldi dulu...) aku nak jodoh aku & dia berpanjangan & dia sayang aku sampai bila2 forever & ever until when2. derrrr... terlalu klise ayat aku. (Nah, korang boleh muntah skrg.)

Saat ini aku tengah lapar. Purposely kosong kan perut untuk dinner ini mlm. Darling jr sudah kol kata mau belanja mami & dedi dia dinner tunite. Alahai anak omak. Tapi bajet RM60 shj hoccay!!! (Itu pesanan dr dia.)
Takpelah... kedai mamak pun jadi lah. Nak grand sikit, kite pegi kedai GELAS BESAR tu. Bapak besar gelas dia. Boleh share 3 org... Jimat jgk kan.

HAPPY ANNIVESSARY UNTUK AKU......

Note : Baru berangan kan sebijik beri hitam, henpon aku sudah buat hal. Putus2 pulak suara dia bila kol/sms masuk...
Ooooo... rupanya darling sms. Sudah habis meeting. Yehaa!!!

Wednesday, March 2, 2011

Aku bercuti

Aloha....

Mulai hari ini...err... esoklah, aku nak bercuti dari segala aktiviti yg tidak formal yg melibatkan pc, komputer or laptop. Erti kata lain aku tidak akan beronline sehingga diberitahu kelak.

Bukannya sebab aku nak panjat Gunung Everest atau menyelam di lautan Pasifik. Tapi ada sebab2 yg lebih drastik daripada kedua2 sebab itu.

Sungguh... hati ini berat sangat nak meninggal kan semua itu. Tapi......

LAPTOP KU ROSAK LAGI....

kat office pulak.....

DAH TAKDE PRIVACY.....

Aku dah tak boleh online sesuka-suki.

Hati aku dah berbunga riang bila nampak banner PC Fair kat tepi2 jalan tapi bila tgk date... WAAARRGHHH!!!!! lambat lagi.

Darling kata, tak perlu. Repair je apa yg ada.
Dia mcm buat2 lupa je enibeseri bakal menjelma. Mungkin dia nak kasi benda lain kot sebab laptop itu pun pemberian dari dia sempena enibeseri aku yg ke... (mmm... aku lupa).

Note : Korang sayang aku kan kan kan? Doakan aku dpt hadiah err.. (Muka tak malu)