Tuesday, March 8, 2011

Email buat Azim

Salam Azim,

Macamana Azim disana? Rindukan ibu? Ibu rindu sangat2 kat Azim darling. Abang & Ayah too.

Jam sekarang dah pukul 11.45pm. Lagi beberapa minit je birthday Azim darling. Tahun ni Azim dah 5 tahun. Dah sekolah. Abang Adam kata Azim boleh masuk Q-dees. Belajar pandai2 macam abang.

Azim Darling,

Dah lama ibu tak berborak dgn Azim. Banyak sangat cerita.... Mana ibu nak mulakan ye?

Ok, mula2 ibu nak cerita pasal Abang. Adik tau kan Abang dah sekolah menengah. Dah jadi remaja sekarang. Abang sekarang ni tengah dlm practical jadi pengawas. Yes, again.... Mula2 ibu tak nak kasi tapi bila fikir2, biarlah. Biar dia rasa ada tanggungjawab sikit.
Oh ya, sekarang ni pun every weekend Abang akan pergi practice memanah. So, bukan setakat Abang je dah gelap, dengan ibu sekali. Sepatutnya bulan April ni ada tournament tapi dia tak confident lagi. Maybe next year.

Now ibu cerita pasal ayah pulak. Ayah macam biasa je. Tapi lately ni dia busy sikit dengan kerja. Lupa pulak, semalam anniversary ibu & ayah. Abang belanja kami dinner. Kesian Abang korek duit tabung. Berdenting2 dengar syiling keluar. Ibu tengah sembahyang pun rasa macam nak gelak. Time dia bayar, rasa tak sampai hati pulak.

Azim taukan tak lama lagi kita akan berpindah ke rumah baru. Now rumah tu still under renovation. Ibu akan sediakan bilik untuk Adik jugak. Nanti Adik datang tau. Adik nak bilik colour apa? Ibu just letak single bed je ok tak?

Azim,

Esok Azim buat apa kat sana? Mesti meriah birthday Azim dengan kawan2.

Hari Sabtu lepas ibu pergi visit Azim. I bought some white flowers. Your favorite I guess. Masa beli tu ada pink flowers. Cantik sangat, but Abang kata Azim mesti tak suka. Like gugirl, he said.

Sayang,

Azim taukan ibu sayang sangat kat Azim. Walaupun kita tak pernah ada kenangan di sini, tapi ibu tetap rindu kan Azim. Kadang2 ibu teringin sangat nak mimpikan Azim. Ibu nak peluk Azim. Ibu pernah mimpikan Azim tapi ibu tak tau kenapa ibu tak pernah kenal rupa Azim & Azim tak pernah sekali pun bersuara. Tapi ibu tau itu Azim. Azim pernah kiss pipi ibu kan? Then, ada one day tu Azim follow ibu jalan2. Time tu ibu drive, Azim & Abang duduk kat belakang. Ibu cuba nak tengok Azim thru cermin depan but still tak boleh.

Kenapa susah sangat Azim nak muncul depan ibu. Setiap kali lepas ibu mimpikan Azim, hati ibu rasa macam.... tak dapat ibu nak luahkan. Happy, resah, sedih.... semua bercampur baur.

Ibu seperti tidak mahu berhenti menulis untuk Azim. Tapi kemanakan surat ni ibu nak emailkan?

I love you so much darling.......

p/s : Sampaikan salam ibu buat teman2 Azim disana.

No comments:

Post a Comment