Sunday, March 13, 2011

2 in 1

Aloha....

Seperti tajuk diatas, blog hari ni adalah 2 in 1. Ada 2 cerita dlm 1 entry.

Minggu ini adalah minggu yg sgt happening....

Kisah 1

Minggu ini ofis ada buat stress test utk system baru. Aku pun kurang paham motip buat test tu. Langsung aku x stress... Sori lah boss klu kamu nak buat staff kamu stress, aku rasa bukan aku kot. Aku peduli apa sumer tu.... 2 jam buat test tu kamu ingat aku buat? Hihihi...... Dan aku harap bile system ni dah live, darling dah kasi green light utk aku berenti keje. Tentu kamu stress nak cari penganti staff mcm aku.
Tapi nak cerita sal ofis ni buat aku stress. Nak nak pulak esok dah hari Senin. Stress.. stress....

Kisah 2

Hari khamis baru ni, tgh syok2 bershopping lepas kerja (3 hari pujuk darling, 2 hari buat plan mcmana nak pujuk darling), dapat kol dr sister, daddy sakit. Mum kol, kata tgh tunggu ambulance. Oh God....
Patutlah since pagi hati ni rasa lain mcm. Asyik terpikirkan my dad. Sumpah aku tak pernah doakan bende tak baik buat dia tapi hari itu terdetik kat hati aku dia sakit. Aku terbayang2kan dia sakit. DEMN!!! Kenapa mesti aku terpikirkan bende2 tu sumer. Setiap kol yg masuk masa aku kat ofis, aku rasa berderau je, terpikirkan berita yg kurang baik.
(Nasib baik sempat beli brg yg aku nak), kami terus balik, pack baju apa yg patut terus blk kampung. Aku rasa setiap 5 km aku kol mum. Nasib baik ada aunties, uncles, cousins & nebers yg sungguh2 ambik berat. Habis sumer org2 diatas iring daddy sampai hospital.

Katanya my dad tiba2 kata sakit & tak sedar. Dia meronta2 sakit. Nasib baik mum sempat kol neber & my uncle.

Aku sampai hospital tepat jam 12 am. GOSH.... ramai nye kat sana. Darling park betul2 depan emergency ward. Aku bukak kereta tapi kaki aku tak terlangkah sikit pun utk keluar. Kenapa ramai ni??!!

Aku gagahkan jugak. Masuk dalam dorang memang tgh tunggu aku. Yelah, aku sorang2 anak yg sampai dulu. Yg lain aku tak pasti. Yg penting aku dah sampai. Aku tak nampak mana mum. Dorang sumer suruh aku masuk tgk daddy. Ramai org kat sana. Ada yg aku tak kenal, menangis2.... Aku rasa aku tak nak masuk.

Ooooooo... yg nangis2 tu memang takde kena mengena dgn kami. Yg ramai2 kat luar tu pun takde kena mengena dgn kami. Ada orang meninggal rupanya. Org tu sebelah katil daddy. Takziah buat famili dorang. Muda lagi.....

My mum ada kat luar sebab dia pun dah tak berapa kuat utk tengok keadaan my dad. Kat dalam ramai keliling katil dia. Ada yg baca Yasiin, ada yg tengah mengipas. Daddy bukan setakat tak sedar, tapi dia meronta2 sakit. Dah 3 kali doctor masukkan ubat tidur tapi hanya dapat tahan untuk tak sampai 1 jam. Ada yg tahan 10 minit aje. Sampaikan dorang kata tak boleh lagi takut over dose.

Sukur, bila aku panggil dia kenal aku......

After 1/2 jam aku sampai, dorang masukkan daddy ke ward. Then baru kakak, abang & adik aku sampai. Mlm itu darling, adik & abang tunggu daddy kat ward. Aunty ckp, kena 3 org tunggu. Sorang dlm ward, 2 org kat luar. Then blh ambik turn. Yg penting 2 org mesti kat luar... Macam keras je bunyi nye.

Aku & kakak balik rumah teman mum. Mum dah balik dulu sebab dah tak larat. Aku tunggu until kul 2 am. Daddy masih meracau2. Dia mau balik. Akhirnya dia tidur jugak.
Esok pagi2 lagi aku & kakak ke hospital untuk ambik turn jaga. Adik & abang aku kena balik kl. Pukul 4.30 dorang dah bailk coz nak kerja. Aku rasa untuk ambik turn, eloklah dorang gi kerja. Atleast nanti dorang pulak boleh cuti.

After breakfast dgn darling, baru perasan road tax mati 12/3/11. iaitu esoknya. Alamak, Sabtu mcmana nak renew r/tax. So darling terpaksa balik jgk ke KL. Samada tukar kereta or renew r/tax. Sambil tu boleh ambik darling jr sekali. Sebab esoknye jugak aku ada reunion sekolah. Klu r/tax takder, mcmana aku nak balik dari dinner. Aku kena sampai rumah sebelum kul 12 if not junior kata, kereta aku akan bertukar jadi labu.

Daddy dah ok. Dah sedar tapi masih lemah. Doctor hanya kata dia gastrik, sebab setiap ubat yg doctor kasi tu ubat gastrik dan dia ada respons dgn ubat tu. Well... kamu doctor, aku terpaksa percaya walaupun aku tak percaya.

Daddy dah discharge tapi memory dia tidak seperti dulu.....

Next aku cerita pasal dia & kisah2 yg dia ingat.

Terima kasih jiran, aunties, uncles & cousins sumer sebab bersusah payah. Ada yg tunggu hingga jam 2 pagi. TERIMA KASIH....

Note : *terkesima*.......

No comments:

Post a Comment