Wednesday, March 30, 2011

Orang kata....

Aloha....

Hari ni nak cerita pasal apa orang kata.

Orang kata.... kalau makan, kena habiskan. Kalau tak rezeki akan lari.

Orang kata.... menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sori yg itu aku tak tau maksudnya.

Orang kata.... jika bulu mata gugur, maknanya ada org rindu. Tolong jangan ada sesiapa rindu kan aku. Nanti botak pulak bulu mataku, terpaksa memakai bulu mata palsu.

Orang kata.... Berkasih biar satu. Ya, yang ini aku setuju.

Orang kata.... Hidup ini hanya sekali. So, perlukah kita buat apa yg kita mahu?

Orang kata....

Pedulikan apa yg orang kata. Apakah ada orang peduli dengan apa yang kita kata?
Perlukah kita dengar kata2 orang?

Aku.... suka hati aku apa pun apa aku nak kata. Suka hati aku apa pun aku nak buat. Jangan ada sesiapa yang nak mengata.

Note : Aku....................

No comments:

Post a Comment