Thursday, December 31, 2009

Bye bye 2009....


Counting detik2 terakhir 2009.... Tinggal lg 4 jam untuk bertemu 2010. Sebelum masuknye 2010, aku nak flashback skit apa yg aku tempuh sepanjang 2009. Banyak bende yg dah aku lalui sepanjang 365 hari tu...

-Umur aku makin bertambah (itu semestinya...). Tp yg best aku dpt hadiah henpon. Tp yg x best IUI aku failed. Hu hu hu....

-Mcm2 tempat aku pergi/visit. Aku pergi Melaka, Johor, Penang, but yg paling best.. Bandung..

-Kerja - mcm biasa lah. Ada suka, duka, senang, susah dan x kurang jugak yg menyakitkan hati..(standard lah tu..)

-Kawan - kawan makin bertambah. Yg jauh, yg dekat, yg baru & yg lama. Aku jgk dpt contact kawan2 sekolah lama. Thanks fb... (I love internet)

-Kenduri - Mcm2 kenduri. Kenduri kawen, kenduri bertunang, kenduri rumah baru.. Pakdi kawen, Aunty Su bertunang.

-Rumah - Apartment aku dah ada org sewa. Rumah Kepong aku dah jual. Aku beli rumah baru.

-Adam - Adam tetap mcm Adam... Birthday dia ayah dia beli PSP. Tp main 1 hari dah rosak... Ish ish ish.... Syian dia...
Hari tu bwk dia gi tgk teater natrah. Excited betul dia.

Ikut kan memang banyak lg yg x tercerita kat sini. Anyway...

BYE BYE 2009... WELCOME 2010....

Thursday, December 24, 2009

Adam's Birthday

Today Dec 24, 2009 - Adam's bday.. Dah 11 thn mamat tu..
Apa aku nak kasi dia? (Selain kiss, hug, doa...) Ikut plan mcm2 nak kasi. Tp...... Tengoklah nanti, just bwk dia jalan2 je lah. Nasib baik dia bukan jenis yg demanding. Alahai.. anak aku.

Thursday, December 3, 2009

Falsafah dalam bekerja

Falsafah dalam bekerja

Rajin bekerja, malas bercakap -KENA BULI
Malas bekerja, rajin bercakap -WAYANG CINA
Malas bekerja, malas bercakap -TAK GUNA
Malas bekerja, suka mengadu -LANGAU(lalat hijau)
Malas bekerja, suka ponteng -LEBIH BAIK BERHENTI
Malas bekerja, suka termenung -LEBIH BAIK MATI
Rajin bekerja, rajin mengadu -KAKI BODEK
Rajin bekerja, rajin bercakap -BAGUS
Note : Fikir-fikirkan lah....

Wednesday, December 2, 2009

Avina DC

Teringin lak nak citer sal rumah baru. Nak citer lebey2 rumah belum siap lg. X sabar... x sabar....





Our mission

Now we're concentrating with our next mission, sell Kepong's house. Dah ramai yg datang tgk but 1 pun belum sangkut. Ada yg nak tp nak mintak kurang gile2 nye. Agak2lah...
RM220k, is it too high? But checked dgn 3 valuer sumer kata that price. X per.. sabar2...

Sunday, November 29, 2009

Bandung Trip - Part 2

Part ni aku nak citer sal trip aku. Syok bangat... X terasa letih walaupun seharian kami berjalan. Dah sampai Malaysia baru terasa.

19/11/09 (Khamis) - Jam 4.25 pm. LCCT

Flight kami bertolak tepat pada waktunya.. Permintaan ku (dlm hati) untuk tidak duduk dekat sayap, tidak dimakbulkan. So, sepanjang penerbangan aku berdoa utk tidak nampak api, asap or hantu kat sayap plane. Aku dah start terbayang citer Twilight Zone, yg part ada hantu kat tingkap.



Kami tiba di Soekarno Hatta Int Airport tepat jam 5.25pm (waktu Indonesia). Syukur kami selamat sampai setelah 2jam di udara. Waktu kat sana lewat 1 jam dr sini. Time tu hari dah ibarat senja. Mlm kat sana lebih cepat. Then kami terpaksa tunggu flight adik aku lak. Flight dia 2 jam lewat dari kami. Di sana kami disambut oleh org2 yg berebut nak angkat bag kami. Nasib baik b4 pergi kami dpt tips dari few friends yg selalu pergi. Nasihat dorang, jangan lepaskan bag kite if not dorang kat sana terus jer angkat masuk trolley & tolak masuk dlm kereta sewa dorang.

Agak2 dah 1 jam menunggu, driver yg dah kami booked earlier pun sampai. Memang kami suruh dtg lambat coz nak tunggu flight lg satu. Kami lepak dlm van yg teramatlah selesanya. Van 12 seater. Setelah sumer nya ada, kami terus bertolak ke Bandung. Perjalanan 2 jam a bit memboringkan coz kat hiway dah x nampak apa coz dah malam. Walaupun jam baru kul 7pm. Nasib baik x jam seperti yg org ckp. Ramai org kata jam kat sana teramatlah teruknye hingga ada yg ckp nak ke Bandung tu boleh sampai 5 jam. Nasib kami agak baik hari tu.

Sampai di Bandung kami terus dihantar ke hotel. Time dah dekat 10pm. Apalagi, letak bag, mandi & terus tido. Tak sabar nunggu esok hari....

20/11/2009 (Jumaat) - Jam 8.30am - Bandung.
Dah janji dgn driver kami, Alex utk ambik kami kul 8.30am. Mcm awal sgt kan.. Tp sebenarnya x. Kul 8am kat sana dah mcm kul 10am kat sini. Kul 5am hari dah terang. Nasib baik mata ni automatic dpt ikut time sana. Melangut jugak lah kami nak tunggu kul 8.30 tu.

Kami di bawa bkfast di restoran nasi padang. Alamak... makan nasi di pagi hari? Ikut jer lah. Ingatkan style org sana makan nasi utk bfast. Siap berlauk lg.. Tp not bad jugak.
Desinasi pertama kami ke Pasar Baru... Itu tempat ibu2 bershopping. Gila betul tgk kain2 kat sana. Sempatlah bershopping telekung yg dikatakan murah utk buat souvenir. Then beli kain ela lak. Hi hi hi... Siap beli utk raya thn depan lg. Sampai x hingat hari. Budak2 dah melepek. Bile dah penat, baru ingat lapar & penat.

Lunch, kami dibawa ke restoran Sunda. Kami order ayam bakar, ikan, sayur kangkung & sayur asem.



Nasi plak kami ambik nasi putih & try nasi liwat.. Ha ha ha.. memang betul nama nasi tu mcm tu... Di masak bersama rempah or herba. Tp nasi putih menjadi pilhan hatiku.



Lepas makan, apalagi... agenda seterusnya. SHOPPING time. Mcm2 factory outlet yg kami terjah. Byk2 tempat yg kami pergi tu ada yg kami pergi sampai 2-3 kali. Itu dah kira best sgt lah tu. Ada jer bende yg nak beli. Tempat2 yg best tu seperti Rumah Mode, Heritage, Grandes.. Mcm2 lagi lah sampai aku pun konfius mana yg dah pergi or belum. 1st day jer Sham dah sambar jean 2-3 helai. Hebat laki aku.....

Seharian kami berjalan & bershopping, mlm after dinner baru balik hotel. Time tu bila 'menteri kewangan' kami kira duit collection, alamak.... rasa cam x cukup jer utk hari2 berikutnya. Ini gara2 ada group yg terlebih shopping pg td. Mlm tu jugak buat meeting tergempar, tp xde penyelesaian. Sbb bende2 mcm ni, dah potong mood.

21/11/2009 (Sabtu) - 8.00am (Hari ni suruh driver ambik awal skit)
Bile terjaga jer dari tido, aku dpt idea. Nasib baik idea tu boleh diguna pakai. Apalagi, suruh sumber dari Malaysia hantar duit ler... Nasib baik kat sana hari Sabtu ada bank bukak separuh hari. Tp x sumer bank yg bukak. Menjelajah 1 Bandung jugaklah kami cari bank/Western Union yg bukak. Plan hari ni patutnye ke Kawah Putih (Gunung berapi). Tp sbb terpaksa tunggu bank bukak jam 10am so kami pun di bawa merayau2 sekitar bandar. Kedai bukak jer kami terus serbu. B4 that beli kuih2 jer kat Kartika Sari. Awal2 lagi ckp kat driver tu kami x nak mkn nasik. Nak kuih2 jer.

Hari ni kami sambung balik activity semlm. Shopping lagi.... Sampai malam.... Siang tu sempat lg gi Pasar Baru sekali lg. Beli pisang keju.
B4 tido, meeting lg utk plan hari esok nye. Sepatutnye kami ke Jakarta & stay 1 mlm kat sana b4 flight jam 6am keesokkannye. Tp sbb x cukup lg time kami kat Bandung, kami batalkan niat utk ke Jakarta. Kami cuba kautim dgn driver kami yg baik hati tu utk hantar kami ke Jakarta lewat malam. Nasib baik dia kata ok.


22/11/2009 (Ahad) - 8.00am
Kami check out & terus ke Kawah Putih. 2 jam dari Bandung ke sana. View cantik sangat2. Lalu kawasan sawah padi.



















Dlm perjalanan ke sana hari dah start hujan. X lebat. Semakin dekat semakin sejuk & nyaman... Permandangan kat sana mmg x boleh nak citer lah. Cantik sgt2.. Hanya gambar jer yg dpt menceritakan segalanya... Sejuk sgt2. Airnya kehijauan & suam2. Ada bau sulfur.




Kat sini ada jual strawberry. Murah dari Cameron Highlands. 1 pack dlm RM3 jer.

Next lak kami dibawa ke tasik tempat movie My Heart. Pun cantik jugak. Kami dibawa ke 1 pulau yg di mana lagenda nye mengisahkan pasangan dewi bercinta yg di temukan semula di pulau tu. Utk kesana kami melalui 1 lg pulau yg dipanggil Pulau Asmara.. Menurut tukang dayung sampan tu, pulau tu dipanggil Pulau Asmara coz bentuk pulau tu seperti love.





Dah puas bergambar, time utk balik. Rasa cam berat hati jer nak tinggalkan tempat yg cantik ni... Hu hu hu... nak datang lg nanti. Walaupun hujan, lansung x potong mood kami.

Balik ke Bandung semula. Terus ke Cibaduyut Street. Kononnye tempat barangan kulit. Lansung x menarik minat aku. Rupa2nye bukan sini tempat kulit yg famous tu. Lagi 1 kat Garut. On the way ke Kawah Putih tadi. Dlm x menarik pun Sham sempat beli tali pinggang.
Time dah kul 4pm. Driver kami si Alex offer lepak kat rumah dia sebelum balik ke Jakarta. Alaa... segan lak. Kami ramai. Dia kata dah inform family dia nak bwk kitorang balik. Ye lah, dia kesian kan kitorang klu hantar awal ke Jakarta, kami kene lepak kat airport dr kul 10-12 tgh mlm until kul 4am. Kesian budak2 dia kata. Beria2 dia ajak at last kami setuju. Dlm hati, mcmana lah rumah dia....
Sebelum tu dia bawak kami utk last shopping until kul 7.30pm. Lepas tu kami terus bertolak ke rumah dia di Rancaekek. Dlm 30 -45 min perjalan dr Bandung. Sampai di sana kami di sambut mesra oleh family Alex. Rumah yg cantik (rumah teres)& nyaman. Sayangnya kami sampai dah malam so x nampak permandangan kat sana. Dinner dah sedia terhidang. Walaupun simple tp sungguh menyelerakan. Bilik untuk berehat pun dah disediakan. Terharu nya kami. Layanan yg sungguh tip top. Kesian lak kat dorang yg terpaksa berjaga hingga jam 12 tgh mlm semata2 nak layan kami. Tiba2 rasa rindu lak kat dorang. Semoga Allah membalas budi baik dorang.



Salah seorang anak sedara Alex.. Cantik huh..


Tepat jam 12 kami bertolak ke Jakarta. Alex kata dia drive se slow yg mungkin. Punya lah dia x nak kami lepak terlalu lama kat airport. Dlm van kami tido. Sham duduk depan so dia yg kena layan Alex berborak. Kami sampai kat airport dlm kul 3 am. Just nice lah. X lah lama sgt menunggu. Kul 4.30 kami check in. Flight jam 6.25 am. Kami 1st flight, yg lain kena tunggu kul 8.


Keadaan airport yg sunyi sepi.


Barang2 yg di borong. Pegi 1 bag, balik ber bag2..



Pak Di tgh kira duit balance







Diyana & Irfan sama flight dgn aku. Nasib baik irfan ok time tu. Terpaksa jugaklah aku & Sham buat2 baik dgn mamat tu b4 balik. X boleh gaduh2... Diyana lak demam. Nasib baik lepas time sampai kat Malaysia.



Trip kali ni memang menyeronokkan. Masing2 dah plan nak pergi lagi, tapi bile yerk..??

Note : Home sweet home....

Friday, November 27, 2009

Bandung Trip - Part 1

Walaupun dah 4 hari berlalu, tp aku masih teringat2kan tempat itu.... Jalan2, shopping2, makan2..... Mana lagi kalau bukan BANDUNG....
Hari ni baru ada energy untuk update blog. Selepas 4 hari tenaga ku dihabiskan kat sana. bukan hanya tenaga, uang ringgit juga sudah kehabisan.....
Tak banyak tempat kami pergi. Dalam agenda kami hanya ada shopping... shopping... shopping... Bapak2nye mengalahkan ibu2.. Lagi hebat.
Tempat cantik, murah & food boleh tahan. Tapi kalau boleh untuk sesapa yang nak pegi tu, plan kena baik. Jangan sampai x cukup duit balik. Kat sana, sana sini kena tax. Kena tanya pada orang2 yang dah biasa pergi. Catit tips2 yang dorang kasi. Memang berguna. Meh sini aku list kan apa yang perlu diambil kira bile kat sana.

1) Bagi yang x biasa dgn currency dorang, kat sana bawak rm1000, kita dah jadi jutawan. Kalau x biasa, or mengong nak kire ribu riban dorang, better bawak list mcm gini. (Mcm aku buat lah... Aku x mengong tp malas nak kira)
- RP1 juta = RM365
- RM500k = RM182.50
- RP100k = RM36.50
- RP50k = RM18.25
- RP10k = RM 3.65
- RP 1k = RM0.36
Sumer ni lebih kurang lah yerk.. Bawak jer kemana pegi. Memang berguna untuk org2 yang malas nak kira. Atleast kite boleh compare kan harga barang kat sana dgn sini b4 beli. So, tak lah sampai lupa diri nanti.

2)Hotel kat sana, klu niat nak berehat kat bilik, ambik lah yg ada bintang2. Tp klu setakat nak tido, banyak yg murah. Below RM100 dah dapat. Dekat2 dgn outlet. Setakat ada tv, a/cond, water heater ok lah. Citer sal water heater, hotel kami guna heater yg guna gas masak. Heater brand National tp guna api.. Dapat bayangkan, bile petik jer ada api (cam api dapur tu) kat dlm box tu. X pulak terbakar bende alah tu. Tapi air x jugak panas. Tapi at the end, kami dapat diskaun coz bende2 cam tu..


3)Kat sana, walaupun aku rasa cam aman jer, tapi kena jugak berhati2. Kalau dalam kereta/van, x yah lah bukak tingkap. Kalau kereta berenti jer, mesti ada org datang mintak sedekah or jual brg2. Memang elok sedekah tu. Kdg2 kesian jugak tgk dorang gendong anak. Tapi sorang kite kasi, berduyun2 yang datang... Ada berani?? Selalunya driver yang bawak kite akan kasi. (Time aku pegi dulu cam tu lah. Driver jer yg hulur, sebab van kami xder tingkap. Cermin gelap)

4)Traffic kat sana, x reti aku nak citer. Memang xder law. Main hantam saje lah labu... Tapi dorang x der lah gaduh or hon sesuka hati. Walaupun driver langgar lampu merah, dorang tetap kasi jalan. Dah terbiasa kat sana. So kalau ada sesape yg berangan nak pergi then nak tunjuk terror nak drive sendirik, x yah ler.... Upah jer lah driver. Lagi satu, kalau nak jugak drive sendirik, sila sediakan duit kecik. RP500 or RP1000 ker. Itu untuk kasi tips kat petugas2 traffic x bertauliah kat sana. Dorang lah yg menjaga kelancaran traffic (kononnye..). Tapi memang sungguh, walaupun jam kat sana, tapi moving. X lah cam kat kl yg kononnye driver2 kat sini yg educated tp bile jam, nak maki hamun. Pas tu terus stuck 2-3 jam x gerak2..


5)Factory outlet kat sana memang melambak2. Kalau kat sini, style cam butik2 arr.. Bila masuk jer sana terasa cam org kaya2 gitu.. Klu naik kereta, parking sumer depan2 outlet. Alaa.. just park 1 tempat then jln lah sepanjang jalan kat situ. Outlet dorang sebelah2 jer. Cam banglo sebijik2. B4 pergi, list kan dulu outlet2 yg nak di singgah. Google & print. Aku nak list kan satu2, x terlist. Aku pun dah konfius, outlet mana dah pegi or belum... Baju memang murah. Kalau compare harga sini, 3x ganda murah. Tp jgn lah expect kat sana leh dapat RM5-10 (memang ada jugak). Klu convert duit kite, dlm RM20, 30, 40 ++ dah kire worth it sgt2. Sbb kalau beli kat sini harganye ratusan jugak. Sumer tu branded items lah. Walaupun keoriginalan dia kite x tau, tp kualiti tetap ada. Memang sebijik cam yg ori kat sini. (kata adik aku & Sham lah sbb dorang dah biasa survey brg2 cam tu kat sini). Sham jer sambar jeans 3 helai. Baju, usah citer lah. Dia yg sakan shopping dari aku.
Kalau ujan, budak2 payung dah standby kat luar outlet untuk payungkan kite ke next outlet. Just pay them RP1000 (36 sen), suka sgt hati dorang dpt duit. 36sen tu dah tinggi nilai buat dorang baik budak or bapak budak. Anak2 kite kat sini, dapat duit raya 50 sen pun dah jeling.




6) Untuk ibu2, tempat shopping nye semesti lah di Pasar Baru. Tempat sempit, kena hati2 klu bawak handbag. Klu bawak anak2, kene pegang sbb terlalu ramai org. Klu nak beli, org kata kat 2nd floor ke atas murah sikit. Logiklah kan, klu sewa kat floor bawah2 mestilah mahal. Klu beli kain2 ela tu boleh di mintak kurang. Tak cam kat Jakel or Kamdar. Kain memang cantik2 & murah. Kat sini kain2 yg jenis ratusan ringgit sepasang tu, kat sana boleh dapat murah. Cantik bangat. Klu kedai2 yg ada tulis 'Obral' tu makna nye lelong. Klu telekong2 tu semestinya kene mintak kurang seboleh mungkin. Jangan mudah lupa diri kat sini. Kat tingkat atas sekali (klu x silap) ada food court. Klu lapar, naik je kat atas.



7) Bab makan, rasanye x der masalah untuk tekak aku. Tapi sesaper yg x boleh hidup tanpa roti canai & teh tarik, sorry lah yerk.. Klu pergi sana x sah klu x try nasi padang & sunda. X jauh beza dgn food kite. Cuma klu masuk restoran nasi padang, dorang akan hidang segala apa yg ada. Kalau dah banyak sgt duit tu, nak try rasa sumer, try jer lah. Tp dorang akan kire sumer. Dorang akan caj apa yg kite usik. So, agak2lah yerk walaupun harga tersangatlah murah. Hah! lagi satu,jgn lak terkezut dgn nama2 pelik food dorang..




8) B4 kesana, klu boleh, belajarlah sikit bahasa dorang. Atleast x lah bodoh sgt kat sana. Org kat sana boleh dikatakan ramah2 jugak. Ada jugak yg ramah sbb ada udang sebalik mee. Itu kena pandai kite sendiri lah nak pikir mana buruk mana baik. Jgn terlalu percaya sgt. Ada jugak yg menipu dlm iman..(Lu pikirlah sendirik..)

9) Shopping jangan sampai lupa diri. Kena standby duit utk balik. Walaupun tiket dah ambik pergi balik & dah include airport tax, tapi time balik kite tetap kena tax. Dlm RP150,000 (RM60) sorang. Tax terlebih muatan (berat) bagasi tu lain lak. Yang lain2 tu seperti apa yg x boleh bwk dlm flight tu, biasalah kan. Klu yg beli brg2 dlm kuantiti yg byk seperti nak niaga (telekong, baju, etc..) kena pandai2 lah pack. Klu nasib x baik, kastam check & kena tax lagi. Klu boleh, asing2 kan.

Kalau ikutkan banyak lg yg nak kene tau. Pandai2 lah google b4 nak pergi sana. Kena study skit. If not, byk tempat terlepas. Itu belum citer sal gunung berapi, tasik & mcm2 lagi lah. Berbaloi-baloi... Duit kena cukup.

Next update, aku citer sal lain laik.

Note : Nak pergi lagi........

Thursday, November 19, 2009

..........

YEAHOOO!!!! Cuti time. X nak pikir apa2, just nak jalan2, shopping2, makan2....... BANDUNG... here i come......

Sunday, November 15, 2009

Hari minggu..


Hari minggu hari utk kite lepak2 kan? kan? kan....?? Tapi apasal lah org sebelah ni dok mengetuk, mendrill, meng hapa2 tah lg... Tadak hari lain ke nak buat?? Ni sumer nak buat aku jadi Hulk kaler pink lg ni (but with baju..)

Hari ni ada org dtg tgk rumah lagi. Nasib baik time tu belum ada sesi ketuk mengetuk ni..

Note : Sabar... sabar.....

Saturday, November 14, 2009

Yeahooo...!! Oopss.. terlebey sudah.

Kenapa aku melompat kegirangan?? Nak tau? Nak tau?? Sebab....akhirnya kami dapat rumah yang kami idam2kan.. (Insyaallah...) Walaupun bukan bungalow, bukan penthouse, bukan villa, tp itu rumah idaman kami. Walaupun org kata jauh, tempat x glam, tapi dekat di hati kami, cantik dihati kami. Hati dah berbunga riang. Kepala dah dok berangan2. Sambung angan2 hari tu yg terbantut sekejap. Gara2 bank 'A' (bukan nama sebenar) telah meng'conned' kami. Konon boleh dpt 100%. Konon boleh approve within 3 days... Yang dapat 80%. Itupun bukan dpt tau dr officer 'tut' tu. Dia ntah kemana2. Email x jawap, kol pun tadak, SMS pun yelek... Kawan kepada officer 'tut' (ini bukan perkataan bukan2. Hanya ganti nama bukan nama sebenar) ckp, "Encik, promotion yg 100% loan tu dah lama habis. Bulan Aug hari tu last."... After menunggu seminggu lebih, itu jawapan yg kami dpt.WTH..!!@#%$#^ Memang nak kena pangkah bank 'A' tu. Terpaksa lah Sham buat lakonan kat lawyer. "Sorry, I skrg outstation. X dapat nak sign S&P." Klu boleh x nak lah sign S&P dulu, mana tau loan x lepas. Kang burn lak booking fee tu. Banyak tu.......
Problem tu lah yg buat otak aku celaru 2-3 menjak ni. Kami memang desperately nak kan rumah tu. Ye lah, kami pun nak buat penghijrahan hidup. Now kepala otak kami dah ringan sikit. Boleh lah bercuti ke Bandung dengan aman dan gumbira. Cuma, ada lg 1 mission........



Lelong...Lelong... Siapa nak beli rumah..Murah! Murah!..

Kami nak jual rumahku syurgaku sekarang ni. Walaupun sayang sangat2 dgn rumah ni. Xpelah, lepas kan rumah ni at least kami ada lg 1 rumah kat One Selayang.


Hari ni ada lagi 1 Indian family datang tgk. Hope dorang berminat setelah kami lobi baek punyer...

Ok for now... Aku nak gi shopping2... Nxt time aku cerita sal rumah baru plak. Gambar rumah sumer dah ada dlm simpanan...

Note : Setiap manusia perlukan penghijrahan kepada kehidupan yg lebih baik dan bermakna. Walaupun X banyak, tp atleast ada peningkatan.

Friday, November 13, 2009

Otak masih celaru

Mcm2 hal lah 1-2 minggu ni... Sumer bikin aku HANGIN.
Semalam tambah lg ke'hangin'an aku... Adam nyer result peksa. Akul tul2 frust dgn result dia. Bile org dengar, mesti kata "ok lah tu.." Tp bagi aku TAK OK.
Sekolah kebangsaan, no 2. Aku dah ckp, akhir thn mesti dpt no 1. Tiap2 thn dpt no 1, knp kali ni x boleh... Aku tau kenapa. Sebab dia x bersungguh. X napak kesungguhan dia thn ni... Salah aku ker? Salah ayah dia ker?? Tp dia mcm dia lah... aku mbebel mcmana pun, sekejap jer dia buat muka seposen.
Sekolah agama pulak.... no 7. Ni lagi buat hangin aku berpusing2 dlm bdn. Mcm twister.


Ni lah akibatnye asyik nak memonteng jer keje nye. Aku x tau lah nak cakap apa lg. Harap2 tahun depan x lah mcm ni. Aku yg sesak napas bile pikir sal UPSR dia.

Wednesday, November 11, 2009

Otak celaru

Lama x lepak sini. Otak ada sikit celaru. Wayar serabut sana sini... Selagi x settle, selagi tu kepala ting tong.... Sehingga kini, di saat ini, pun belum dapat apa2 jawapan...
Ni nak citer pasal rumahku syurgaku ni. Kami dah nekad nak jual gak rumah Kepong. Malam semlm advertised kat Mudah.my. Tak sangka lak pagi ni jer dah ada org call. Alamak... klu jadi jual, mana kami nak duduk??
Malam ni ada org nak tgk rumah ni... Bila aku browse siang td, rupanya tinggi jgk market sini. Hati dah mula tamak. Tapi cuba kuatkan iman ni.. Jangan tamak... Allah marah....




Note : Harap apa yg kami rancangkan menjadi....

Wednesday, October 28, 2009

Passport si mamat...

Ini cerita lama. Lama x lama tp last week lah...19/10/2009. Kami bertiga (happy family) pergi buat passport untuk cuti2 ke Bandung. Knp pilih hari tu? Sebab Adam cuti Deepavali.. Aku ambik half day.
Sampai kat immigration, mak oii... ramainye umat manusia. X per lah. Cuba nasib. Mula2 ambik gambar. Then pegi ambik no... No brapa?? 1446. No yang tengah naik time tu 1346. 100 no lagi beb... Time 2.11pm. Tunggu punya tunggu punya tunggu.... akhirnya no kami naik jugak tepat jam 4 pm. Itu baru nak proses. Untuk collect passport tu, kena tunggu lagi 2 jam (itu yg tertulis kat notice board dorang lah).
Aku dah lapar.. Nak cepat nye pasal tadi, x sempat nak makan. Last2 Sham gi beli Twisties jer. Duduk lah kami 3 beranak bersila kat situ makan twisties sebungkus... Dah hilang kesopanan & keayuan aku. Duduk lepak bersila baekk punya....
Tepat jam 5.10, no kami di panggil untuk collect passport. Ingatkan nak kena tunggu until kul 7pm. Dah settle satu bab.
Bandung... here i come.......... Yeahooooo!!!!



Ini gambar2 yg sempat aku snap khas utk blog aku. Napak mcm x ramai tapi....


Bangga dua beradik ni dapat passport. Kejap2 bukak tengok....

Note : Sham kata hari tu aku betul2 sabar. Ye lah... tgk dorang kat kaunter tu betol2 keje...