Sunday, November 29, 2009

Bandung Trip - Part 2

Part ni aku nak citer sal trip aku. Syok bangat... X terasa letih walaupun seharian kami berjalan. Dah sampai Malaysia baru terasa.

19/11/09 (Khamis) - Jam 4.25 pm. LCCT

Flight kami bertolak tepat pada waktunya.. Permintaan ku (dlm hati) untuk tidak duduk dekat sayap, tidak dimakbulkan. So, sepanjang penerbangan aku berdoa utk tidak nampak api, asap or hantu kat sayap plane. Aku dah start terbayang citer Twilight Zone, yg part ada hantu kat tingkap.



Kami tiba di Soekarno Hatta Int Airport tepat jam 5.25pm (waktu Indonesia). Syukur kami selamat sampai setelah 2jam di udara. Waktu kat sana lewat 1 jam dr sini. Time tu hari dah ibarat senja. Mlm kat sana lebih cepat. Then kami terpaksa tunggu flight adik aku lak. Flight dia 2 jam lewat dari kami. Di sana kami disambut oleh org2 yg berebut nak angkat bag kami. Nasib baik b4 pergi kami dpt tips dari few friends yg selalu pergi. Nasihat dorang, jangan lepaskan bag kite if not dorang kat sana terus jer angkat masuk trolley & tolak masuk dlm kereta sewa dorang.

Agak2 dah 1 jam menunggu, driver yg dah kami booked earlier pun sampai. Memang kami suruh dtg lambat coz nak tunggu flight lg satu. Kami lepak dlm van yg teramatlah selesanya. Van 12 seater. Setelah sumer nya ada, kami terus bertolak ke Bandung. Perjalanan 2 jam a bit memboringkan coz kat hiway dah x nampak apa coz dah malam. Walaupun jam baru kul 7pm. Nasib baik x jam seperti yg org ckp. Ramai org kata jam kat sana teramatlah teruknye hingga ada yg ckp nak ke Bandung tu boleh sampai 5 jam. Nasib kami agak baik hari tu.

Sampai di Bandung kami terus dihantar ke hotel. Time dah dekat 10pm. Apalagi, letak bag, mandi & terus tido. Tak sabar nunggu esok hari....

20/11/2009 (Jumaat) - Jam 8.30am - Bandung.
Dah janji dgn driver kami, Alex utk ambik kami kul 8.30am. Mcm awal sgt kan.. Tp sebenarnya x. Kul 8am kat sana dah mcm kul 10am kat sini. Kul 5am hari dah terang. Nasib baik mata ni automatic dpt ikut time sana. Melangut jugak lah kami nak tunggu kul 8.30 tu.

Kami di bawa bkfast di restoran nasi padang. Alamak... makan nasi di pagi hari? Ikut jer lah. Ingatkan style org sana makan nasi utk bfast. Siap berlauk lg.. Tp not bad jugak.
Desinasi pertama kami ke Pasar Baru... Itu tempat ibu2 bershopping. Gila betul tgk kain2 kat sana. Sempatlah bershopping telekung yg dikatakan murah utk buat souvenir. Then beli kain ela lak. Hi hi hi... Siap beli utk raya thn depan lg. Sampai x hingat hari. Budak2 dah melepek. Bile dah penat, baru ingat lapar & penat.

Lunch, kami dibawa ke restoran Sunda. Kami order ayam bakar, ikan, sayur kangkung & sayur asem.



Nasi plak kami ambik nasi putih & try nasi liwat.. Ha ha ha.. memang betul nama nasi tu mcm tu... Di masak bersama rempah or herba. Tp nasi putih menjadi pilhan hatiku.



Lepas makan, apalagi... agenda seterusnya. SHOPPING time. Mcm2 factory outlet yg kami terjah. Byk2 tempat yg kami pergi tu ada yg kami pergi sampai 2-3 kali. Itu dah kira best sgt lah tu. Ada jer bende yg nak beli. Tempat2 yg best tu seperti Rumah Mode, Heritage, Grandes.. Mcm2 lagi lah sampai aku pun konfius mana yg dah pergi or belum. 1st day jer Sham dah sambar jean 2-3 helai. Hebat laki aku.....

Seharian kami berjalan & bershopping, mlm after dinner baru balik hotel. Time tu bila 'menteri kewangan' kami kira duit collection, alamak.... rasa cam x cukup jer utk hari2 berikutnya. Ini gara2 ada group yg terlebih shopping pg td. Mlm tu jugak buat meeting tergempar, tp xde penyelesaian. Sbb bende2 mcm ni, dah potong mood.

21/11/2009 (Sabtu) - 8.00am (Hari ni suruh driver ambik awal skit)
Bile terjaga jer dari tido, aku dpt idea. Nasib baik idea tu boleh diguna pakai. Apalagi, suruh sumber dari Malaysia hantar duit ler... Nasib baik kat sana hari Sabtu ada bank bukak separuh hari. Tp x sumer bank yg bukak. Menjelajah 1 Bandung jugaklah kami cari bank/Western Union yg bukak. Plan hari ni patutnye ke Kawah Putih (Gunung berapi). Tp sbb terpaksa tunggu bank bukak jam 10am so kami pun di bawa merayau2 sekitar bandar. Kedai bukak jer kami terus serbu. B4 that beli kuih2 jer kat Kartika Sari. Awal2 lagi ckp kat driver tu kami x nak mkn nasik. Nak kuih2 jer.

Hari ni kami sambung balik activity semlm. Shopping lagi.... Sampai malam.... Siang tu sempat lg gi Pasar Baru sekali lg. Beli pisang keju.
B4 tido, meeting lg utk plan hari esok nye. Sepatutnye kami ke Jakarta & stay 1 mlm kat sana b4 flight jam 6am keesokkannye. Tp sbb x cukup lg time kami kat Bandung, kami batalkan niat utk ke Jakarta. Kami cuba kautim dgn driver kami yg baik hati tu utk hantar kami ke Jakarta lewat malam. Nasib baik dia kata ok.


22/11/2009 (Ahad) - 8.00am
Kami check out & terus ke Kawah Putih. 2 jam dari Bandung ke sana. View cantik sangat2. Lalu kawasan sawah padi.



















Dlm perjalanan ke sana hari dah start hujan. X lebat. Semakin dekat semakin sejuk & nyaman... Permandangan kat sana mmg x boleh nak citer lah. Cantik sgt2.. Hanya gambar jer yg dpt menceritakan segalanya... Sejuk sgt2. Airnya kehijauan & suam2. Ada bau sulfur.




Kat sini ada jual strawberry. Murah dari Cameron Highlands. 1 pack dlm RM3 jer.

Next lak kami dibawa ke tasik tempat movie My Heart. Pun cantik jugak. Kami dibawa ke 1 pulau yg di mana lagenda nye mengisahkan pasangan dewi bercinta yg di temukan semula di pulau tu. Utk kesana kami melalui 1 lg pulau yg dipanggil Pulau Asmara.. Menurut tukang dayung sampan tu, pulau tu dipanggil Pulau Asmara coz bentuk pulau tu seperti love.





Dah puas bergambar, time utk balik. Rasa cam berat hati jer nak tinggalkan tempat yg cantik ni... Hu hu hu... nak datang lg nanti. Walaupun hujan, lansung x potong mood kami.

Balik ke Bandung semula. Terus ke Cibaduyut Street. Kononnye tempat barangan kulit. Lansung x menarik minat aku. Rupa2nye bukan sini tempat kulit yg famous tu. Lagi 1 kat Garut. On the way ke Kawah Putih tadi. Dlm x menarik pun Sham sempat beli tali pinggang.
Time dah kul 4pm. Driver kami si Alex offer lepak kat rumah dia sebelum balik ke Jakarta. Alaa... segan lak. Kami ramai. Dia kata dah inform family dia nak bwk kitorang balik. Ye lah, dia kesian kan kitorang klu hantar awal ke Jakarta, kami kene lepak kat airport dr kul 10-12 tgh mlm until kul 4am. Kesian budak2 dia kata. Beria2 dia ajak at last kami setuju. Dlm hati, mcmana lah rumah dia....
Sebelum tu dia bawak kami utk last shopping until kul 7.30pm. Lepas tu kami terus bertolak ke rumah dia di Rancaekek. Dlm 30 -45 min perjalan dr Bandung. Sampai di sana kami di sambut mesra oleh family Alex. Rumah yg cantik (rumah teres)& nyaman. Sayangnya kami sampai dah malam so x nampak permandangan kat sana. Dinner dah sedia terhidang. Walaupun simple tp sungguh menyelerakan. Bilik untuk berehat pun dah disediakan. Terharu nya kami. Layanan yg sungguh tip top. Kesian lak kat dorang yg terpaksa berjaga hingga jam 12 tgh mlm semata2 nak layan kami. Tiba2 rasa rindu lak kat dorang. Semoga Allah membalas budi baik dorang.



Salah seorang anak sedara Alex.. Cantik huh..


Tepat jam 12 kami bertolak ke Jakarta. Alex kata dia drive se slow yg mungkin. Punya lah dia x nak kami lepak terlalu lama kat airport. Dlm van kami tido. Sham duduk depan so dia yg kena layan Alex berborak. Kami sampai kat airport dlm kul 3 am. Just nice lah. X lah lama sgt menunggu. Kul 4.30 kami check in. Flight jam 6.25 am. Kami 1st flight, yg lain kena tunggu kul 8.


Keadaan airport yg sunyi sepi.


Barang2 yg di borong. Pegi 1 bag, balik ber bag2..



Pak Di tgh kira duit balance







Diyana & Irfan sama flight dgn aku. Nasib baik irfan ok time tu. Terpaksa jugaklah aku & Sham buat2 baik dgn mamat tu b4 balik. X boleh gaduh2... Diyana lak demam. Nasib baik lepas time sampai kat Malaysia.



Trip kali ni memang menyeronokkan. Masing2 dah plan nak pergi lagi, tapi bile yerk..??

Note : Home sweet home....

No comments:

Post a Comment