Monday, October 25, 2010

Kerana mulut badan binasa...

Aduhai.....

Itu lah kamu MULUT, ikut sedap mulut jer bila mengeluarkan kata2 tanpa berdiscuss dgn si BADAN. Apalah nasib si badan....
Ooooo... kamu buat2 lupa ya. Mari sini aku remind kan balik apa yg dah kamu buat.

Hari Ahad jam tepat pukul 6 ptg. Masa tu kita dalam kereta, baru balik dari ambik junior yg dikidnapped 2 hari oleh mama nya. Dengan konfiden kau berkata2:-

"Hari ni nak buat karipap lah... Nanti you belikan kentang, serbuk kari & daging. Rasanya tepung pun dah nak habis. Beli sekali lah..."

Bila junior dengar jer terus berkata:- "Nak... nak... I'll help you to uli tepung."

Bila junior dah kata macam tu, bermakna takde chance lagi nak tarik balik kata-kata mu itu...

Bila barang2 dah tersedia, mula lah proses memotong kentang, menumis kari, hingga lah pukul 8pm. Ini adalah pembikinan karipap aku secara solo yang ke-2 seumur hidup. Yang pertama, 5-7 thn yang lalu.

Kesian badan... Dah lah tghari tadi memunggah kabinet kat apartment tu sbb ada org nak masuk hari ni. Yang kamu mulut, tau bercakap & makan jer...

Bila bahan2 inti dah siap, proses menguli tepung. Mula2 uli, tepung lembik. Tambah tepung lagi, tambah lagi, tambah lagi.... Akhirnya dapat doh yang diidam2kan. Gelek punya gelek. Then gulung. Gelek lagi, gulung lagi. Kononnya nak dapatkan lapis yg cantik. Tapi mcm ada yg x kena jer. Tepung lembik lagi. Lantak lah.. Dah 8 kali gelek & gulung (cut story short) masuklah proses meng'kelim' karipap(yg buat bunga2 tepi tu). Bab ni aku terer tanpa di nafikan.

Yang aku tak puas hati, kenapa lah tak nampak lapis pusing tu.. Aku dah gelek & gulung bnyk kali dah. Confirm, tepung tu terlembik. Penat tau.. Kesian kat tangan. Sakit hingga pagi ni.

Kamu tau mulut, kamu punya pasal, pukul berapa badan habis bekerja. Pukul 11 mlm tau. Junior yang menunggu karipap tu sampai tertidur. Proses nya mcm ambik order 200pcs. Padahal dapat 47pcs jer....

Adatlah kan, bukan selalu buat pun. Selalu buat dgn bonda. Bonda yg buat semua tu, aku cuma buat bunga tepi dia ajer. Laju lah.....

Jeng.. jeng... jeng....



Inilah hasilnya..... Ada berbagai size... S, M, L & XL. Ok lah kan. Still ada rupa karipap & bukan rupa donut.


Note : Gambar nye akan di upload kemudian ,bukti aku dah berjaya buat 47pcs karipap.

No comments:

Post a Comment